JEBAT_BERANI : DI BAWAH PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR,RAKYAT BERBILANG KAUM DILIHAT SEMAKIN ERAT..INI DIBUKTIKAN DALAM MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI KAMPUNG BARU AMPANG...MAJLIS TERSEBUT TERUT MENGAMBARKAN SOKONGAN PELBAGAI KAUM KHUSUSNYA KAUM TIONGHUA KEPADA PAKATAN RAKYAT SELAMA INI TIDAK PERNAH PUDAR MALAHAN SEMAKIN KUKUH..
MAJLIS YANG BERMULA PADA JAM 8.00 MALAM TURUT DIHADIRI OLEH ADUN CHEMPAKA,ISKANDAR SAMAD YANG JUGA MERUPAKAN EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR,KAMARULZAMAN MOHAMMAD,SETIAUSAHA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT,LI SHUOK JIN AHLI MAJLIS ZON 17 DAN KHAIRUL FAZI AHMAD KAMIL,PENGERUSI LAJNAH PERPADUAN NASIONAL DEWAN PEMUDA PAS...GIMIKPERASMIAN MAJLIS TERSEBUT DIMULAKAN DENGAN MEMPERSEMBAHKAN TARIAN CINA..MANAKALA ISKANDAR SAMAD DAN LI SHUOK JIN DIBERI PENGHORMATAN MEMBUKA KAIN RENTANG YANG TERTULIS HARIMAU GARANG MENGHALAU KEZALIMAN DAN SING TIONG HWA MENYAMBUT TAHUN BARU YANG BERHARAPAN...
ISKANDAR TURUT MELAHIRKAN RASA GEMBIRA DAN TERHARU BERLIAU ATAS SAMBUTAN YANG SANGAT HEBAT OLEH MASYARAKAT TIONGHUA DI SEKITAR KAWASAN ITU TERHADAP MAJLIS INI..BELIAU JUGA BERJANJI PAKATAN RAKYAT AKAN TERUS MEMBERI PERKHIMATAN TERBAIK KEPADA RAKYAT SELANGOR.."Selepas ini kita akan memberi bermacam-macam lagi untuk rakyat, tapi sekiranya dapat tawan satu Malaysia kita akan beri 'the best' lagi untuk rakyat,"KATA BELIAU..ISKANDAR SAMAD JUGA BERKATA,RAKYAT BERBILANG KAUM,AGAMA DAN BERBEZA IDEOLOGI POLITIK SALING FAHAM MEMAHAMI DIANTARA SATU SAMA LAIN.."Kalau kita berbeza tidak semestinya kita bergaduh, yang penting kita mesti erat perpaduan di antara kita,” KATANYA..
MAJLIS PADA MALAM ITU TURUT DIMERIAHKAN DENGAN ACARA CABUTAN BERTUAH,PERSEMBAHAN DARI ORKESTRA CINA,KOMPANG,URAMI,SKETSA DAN PERSEMBAHAN NYANYIAN DARI MR. YAU,JUARA KARAOKE KAMPUNG BARU AMPANG PADA TAHUN LEPAS..ISKANDAR SAMAD JUGA KELIHATAN MEMBERIKAN ANG PAU KEPADA KANAK-KANAK YANG HADIR..MAJLIS MALAM ITU DIAKHIRI DENGAN TEMBAKAN BUNGA API SEBAGAI PENUTUP MAJLIS...SEMUA YANG HADIR NYATA BEGITU GEMBIRA DAN BERSERONOK DENGAN PELBAGAI ACARA YANG TELAH DIATURKAN..MEREKA NAMPAKNYA SEMAKIN SELESA DENGAN PENTADBIRAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT..MEREKA BERIKRAR AKAN MEMPERTAHANKAN "KERAJAAN RAKYAT" INI PADA PILIHANRAYA UMUM AKAN DATANG...
MELIHAT KEMAJUAN DARI SUDUT PERPADUAN BERBILANG KAUM INI HAMBA MERASAKAN ADALAH TIDAK MUSTAHIL SELANGOR DI BAWAH PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT MAMPU MENJADI SEPERTI KELANTAN YANG RAKYATNYA SAMAADA MELAYU,CINA ATAU INDIA HIDUP AMAN DAMAI DAN SALING HORMAT-MENGHORMATI...RAKYAT KELANTAN BERBILANG KAUM INI SANGAT RAPAT SEHINGGAKAN KITA BOLEH MELIHAT BAGAIMANA MEREKA YANG BERBANGSA CINA ATAU INDIA BOLEH BERBAHASA DIALEK KELANTAN DENGAN BAIK..MALAH MEREKA JUGA SANGAT MEMAHAMI BUDAYA ANTARA SATU SAMA LAIN..INI ADALAH HASIL DARI KEMUFAKATAN MEREKA DALAM APA JUA PERKARA YANG MEREKA LAKUKAN...