WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Friday, January 8, 2010

MCA : LUKA MASIH BERDARAH LAGI

Liow, Chua ‘bertegang urat’ isu peletakan jawatan ahli CC


KUALA LUMPUR: Kemelut dalaman MCA yang berlarutan sejak tahun lalu ternyata masih gagal menemui jalan penyelesaian apabila dua pemimpin tertingginya kini `bertegang urat’ mengenai isu peletakan jawatan ahli Jawatankuasa Pusat (CC) untuk membolehkan pemilihan baru parti itu diadakan.

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, menggesa Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memenuhi janjinya untuk meletakkan jawatan, manakala Timbalan Presiden parti itu menegaskan bahawa beliau akan bertindak mengikut `jadual sendiri’ dan bukan tertakluk kepada perancangan Liow.

Dr Chua berkata, dirinya tidak pernah bersikap memberi pelbagai alasan untuk mengelak daripada memenuhi janji berkenaan, sekali gus meminta Menteri Kesihatan itu tidak menjadikan beliau sebagai kambing hitam atas kegagalan pihak Liow sendiri mendapatkan peletakan jawatan daripada 21 ahli CC.

“Masalah dengan Liow ialah beliau bersikap seolah-olah adalah Presiden MCA...apa saja beliau kata, kami semua mesti ikut. Saya pernah memberitahunya terus-terang bahawa dalam politik, sekiranya anda katakan sesuatu, orang yang tidak menyokong anda akan melakukan perkara yang berlainan.

“Kami tidak perlu mengikut perancangan Liow. Saya tidak pernah memberi sebarang alasan (untuk tidak memenuhi janji meletakkan jawatan). Saya juga menyatakan bahawa apabila saya mahu meletak jawatan, saya akan berbuat demikian mengikut jadual sendiri dan bukan yang ditentukan oleh Liow,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Hal-Ehwal Parti MCA di ibu pejabat parti itu di sini, semalam.

Setakat ini, hanya 13 ahli CC MCA meletak jawatan sedangkan mengikut perlembagaan parti, pemilihan baru hanya boleh diadakan selepas dua pertiga atau 21 anggota jawatankuasa itu melepaskan jawatan.

Sementara itu Liow pada satu sidang akhbar berasingan di ibu pejabat MCA pula menggesa peringkat akar umbi supaya meminta ahli CC negeri masing-masing untuk meletakkan jawatan sebagai satu lagi ikhtiar terbaru,” katanya.

Sumber : Berita Hairan

JEBAT_BERANI : TAK HABIS-HABIS LAGI KEMELUT YANG MELANDA MCA INI...MASING-MASING CUBA MEMPERTAHANKAN KEPENTINGAN DIRI MASING-MASING...DAN AKHIRNYA KEPENTINGAN RAKYAT JUA YANG TERKORBAN...

TAKALA P-END '1MONGOLIA' SIBUK MENGULAS MASALAH PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT,NAMPATNYA P-END KITA TERLEPAS PANDANG UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH DALAM KOMPONEN BE-END INI...MUHYIDDIN YASSIN YANG SEBELUM INI KELIHATAN CUBA MENJADI 'JUARA' BAGI MENYELESAIKAN KEMELUT MCA INI AKHIRNYA MENGALAH BILA AHLI MCA MENOLAK CAMPUR TANGAN BELIAU....

APAKAH AKHIRNYA MCA AKAN DIBUBARKAN ATAU BERLAKUNYA PERALIHAN KUASA...SAMA-SAMA KITA NANTIKAN...

No comments:

Post a Comment