WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Friday, January 29, 2010

10 RIBU PEMUDA PAS PERAK AKAN BERHIMPUN



IPOH, 28 Jan: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengambil kesempatan untuk memperkatakan agenda Himpunan 10,000 Pemuda PAS Perak yang telah di rancang akan diadakan pada hari Ahad, 31 Januari 2010 ini di Darul Taa’lim, Kubu Gajah, Selama, Larut.

Majlis akan bermula dengan perasmian oleh Ustaz Haji Abu Bakar Hussien, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak pada jam 10.00 pagi. Pengisian di sebelah pagi ialah persembahan pentas dan juga aturcara pertunjukan. Akan ada juga beberapa gerai pameran yang telah di jemput hadir selain gerai jualan dan juga bahagian derma darah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

DPPN Pk juga akan mengadakan majlis kenduri pemuda setelah kita berhenti berehat untuk makan tengahari dan bersolat Zohor jamaah. Pada sebelah petangnya kita akan mendengar beberapa ucapan pimpinan tertinggi kita. Antaranya ialah Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang juga akan merasmikan Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Perak.

Selepas itu ucapan daripada Menteri Besar kita, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin. YB Datuk Haji Mahfuz Haji Omar, Naib Presiden PAS juga akan memberikan ucapan pada sebelah petang tersebut. Dan akhir sekali ialah ucapan penutup daripada YB Haji Salahuddin Haji Ayub, Naib Presiden PAS dan majlis di jangka berakhir pada jam 5.00 petang.

DPPN Pk menjemput dan mempersilakan seluruh Ahli Pemuda PAS Perak dan penyokong muda PAS untuk hadir beramai-ramai dengan sasaran kita sebanyak 10,000 orang pada hari tersebut. Program yang julung-julung kali ini diadakan adalah menyatakan persediaan Pemuda PAS Perak dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak pada bila-bila masa sahaja.

DPPN Pk yakin dengan program tersebut akan membuktikan bahawa Pemuda PAS telah bersedia untuk berdepan dengan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihan raya tersebut. Ayuh Pemuda bersama kami, gerakkan kawan, sahabat dan rakan anda untuk hadir demi menunjukkan kepada seluruh rakyat bahawa PAS cintakan demokrasi.

DPPN Pk meminta supaya semua yang hadir, memakai baju berwarna hijau, simbolik kepada PAS yang kita dokongi ini. Saya mengalu-alukan kehadiran semua pada hari tersebut. Sekian terima kasih.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : PERSIAPKAN DIRI KERNA 'PERTEMPURAN' AKAN BERLAKU BILA-BILA MASA SAHAJA...MUSUH SEDANG MELIHAT KEALPAAN KITA UNTUK BERTINDAK..JANGAN BAGI MUSUH-MUSUH RUANG UNTUK 'MENYERANG' KITA SEMUA..RAPATKAN 'SAF' AGAR TIADA MUSUH YANG MAMPU MENYELINAP MASUK KEDALAM 'PASUKA' KITA.....

No comments:

Post a Comment