WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Sunday, May 31, 2009

KATAKAN TAK NAK PADA NAJIB!!!

CALON PKR SAUDARA MANSOR OTHMAN TELAH MEMENANGI PILIHANRAYA KECIL DUN PENANTI MENGALAHKAN 3 CALON BEBAS DAN 1 CALON PENAKUT(KES TAK BERANI BERTANDING=BE-END)....

KEMENANGAN INI BUKAN SAHAJA KEMENANGAN PKR DAN PR,TETAPI JUGA ADALAH KEMENANGAN RAKYAT DALAM MENOLAK PEMERINTAHAN NAJIB TUN RAZAK....


SEGALA MACAM STRATEGI NAJIB BAGI MEMENANGI HATI RAKYAT DIBALAS DENGAN KEMENANGAN 5-0 BAGI PR DISETIAP PILIHANRAYA KECIL DI SEMENANJUNG MALAYSIA....(SABAH SERAWAK TOLAK TEPI DULU)


INI MENUNJUKKAN DENGAN JELAS BAHAWA RATA-RATA RAKYAT MALAYSIA TIDAK DAPAT MENERIMA LAGI UM-NO DAN BE-END TERUTAMANYA PEMERINTAHAN NAJIB......


REPUTASI NAJIB MAKIN MERUNDUM BILA UM-NO DAN BE-END TELAH MERAMPAS KERAJAAN RAKYAT DI PERAK DAN MENGANTIKKANNYA DENGAN KERAJAAN MAHKAMAH...


OLEH ITU NASIHATKU PADA UM-NO DAN BE-END,KALAU BENAR-BENAR IKHLAS NAK MEMENANGI HATI RAKYAT....
PULANGKANLAH HAK RAKYAT!!!!!!


CALON PKR MASUR OTHMAN MENANG DI DUN PENANTI


BUKIT MERTAJAM: Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mansor Othman, 59, memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti dengan majoriti 5,558 undi.


Mansor yang memperoleh 6,052 undi mengalahkan tiga calon Bebas iaitu Aminah Abdullah, 56, dengan 392 undi; Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dengan 494 undi dan Kamarul Ramizu Idris, 42 dengan 56 undi.


Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahaya pada jam 7.10 malam di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Jalan Berapit, di sini.


Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya,Mohammad Fairus Khairuddin kerana hendak melanjutkan pelajaran di peringkatpasca ijazah pada 16 April lalu.


- dipetik dari Bernama

Saturday, May 30, 2009

MOGOK LAPAR ......ADAKAH DIBENARKAN OLEH ISLAM






Mogok adalah satu tindakan yang biasanya diambil dalam 2 keadaan .

Pertama, disaat pasrah atau tiada pilihan bertindak bagi merubah sesuatu situasi .

Kedua , untuk menarik perhatian pihak lain atau sebagai satu ‘bahasa’ untuk menyatakan sesuatu perkara yang besar setelah bahasa lidah kelihatan tidak difahami .

Lapar atau berlapar salah satu dari cara mogok yang sering dilakukan dan ia antara cara mogok yang tertua di dunia dan pernah dilakukan oleh kaum jahiliyah .Ibu kepada Saad bin Abi Waqqas rha. pernah melancarkan mogok untuk tidak makan dan tidak minum , sehinggalah Saad bin Abi Waqqas rha. kembali kepangkuan agama asal mereka .

Ibu Saad bin Abi Waqqas pernah berkata kepada anaknya :"Demi Allah Aku tidak akan makan sebarang makanan dan Aku tidak akan minum sebarang minuman sehinggalah aku mati atau engkau mengingkari [ agama Muhammad saw dan kembali kepada agama asal ]" Riwayat Imam Muslim , Ahmad , Tarmizi dan Nasaei.

Pendapat 1 : Mogok Lapar adalah Haram.

Peristiwa di atas sering menjadi hujjah bagi mereka yang berpendapat bahawa mogok adalah haram justeru ia adalah amalan jahiliyah .

Atas alasan untuk melahirkan rasa tidak puas hati [ protes ] terhadap pihak lain , ingin memberitahu orang ramai tentang kezaliman yang dilakukan atau untuk memberi tekanan kepada pihak tertentu maka ia tidak sampai menghalalkan mogok lapar.Justeru matlamat tidaklah menghalalkan cara .

Hujjah mereka diperkuatkan dengan nas yang menyebut :وَلاَ تُلْقُواْ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ 'Jangan kamu campakkan diri kamu ke lembah kebinasaan' - (195 al-Baqarah)

Syara' tidak membenarkan sama sekali [ kecuali dhorurat ] kita mendedahkan diri dan jamaah kepada binasa walaupun di atas tujuan yang baik seperti menentang kezaliman kerana matlamat yang ingin dicapai tidak sampai menghalalkan semua cara atau pendekatan .

Mogok lapar dilihat lebih membawa kesan mudharat atau binasa ke atas pelakunya berbanding musuh yang ditentang . Tidak dinafikan musuh menerima kesan tekanan politik dari mogok lapar yang dilancarkan tetapi tidak menjejaskan keseluruhan reputasi dan survival politik mereka sebaliknya mereka masih mempunyai 1001 cara untuk mengalih tumpuan dunia dan menyembunyikan kezaliman mereka .

Jika kita sanggup mogok lapar lalu membinasakan diri demi menentang kezaliman , kenapa tidak gempur sahaja musuh di atas nama jihad sehingga memungkinkan kita syahid atau paling tidak ditangkap dan kita binasa kerana seksaan musuh bukan kerana kita menyeksa diri kita .

Kita masih mempunyai banyak ruang dan peluang juga pelbagai sarana yang masih boleh diguna-manafaatkan untuk mendedahkan kezaliman musuh kepada dunia sekaligus memberi tekanan politik dan menghakis pengaruh kuasa mereka tanpa perlu kita mendera dan menyeksa diri kita sendiri , sementara musuh sedikit pun tidak terjejas kesihatan dan pengaruh mereka .

Kita belum kehabisan idea dan cara untuk menetang musuh dan mendepani kezaliman yang dilakukan oleh mereka .

Al A'llamah Syeikh Athiyyah Saqr bekas Pengerusi Lajnah Fatwa University al Azhar pernah mengeluarkan fatwanya :

Tiada di dalam agama apa yang dinamakan mogok dari makan atau minum bagi mendapatkan sesuatu tuntutan. Ia merupakan wasilah yang negatif yang wajib dihindari oleh seseorang, sedangkan di sana ada wasilah-wasilah yang lain yang dibenarkan syara' yang begitu banyak.

Sesiapa yang mengambil langkah ini sesungguhnya dia telah memudharatkan dirinya dengan lapar dan dahaga dalam perkara yang bukannya ketaatan. Sedangkan hadis ada menyatakan

"Tiada boleh memudharatkan (untuk dirinya) dan juga tiada boleh memudharatkan orang lain" .

Dalam masa yang sama dia mendedahkan dirinya kepada kebinasaan, sedangkan Allah SWT berfrman yang bermaksud :

" Dan janganlah kamu campakkan dirimu ke dalam kebinasaan" (Al-Baqarah 195).

Sesiapa yang mati disebabkan mogok tersebut ia dikira membunuh diri. Bunuh diri adalah dosa besar dan sesiapa yang menghalalkannya ia menjadi kafir, tidak boleh dimandikan (jenazahnya), tidak disembahyangkan dan tidak boleh ditanam di perkuburan orang Islam" Ahsanul kalam fil Fatawa wal Ahkam -Asy - syeikh A'thiyah Saqr . Jilid 1 : 366

Usahkan mogok lapar yang membinasakan diri sendiri , hanya berpuasa untuk mendekatkan diri kepada Allah swt tetapi melebihi kadar ketetapan syara' juga dilarang keras oleh Rasulullah saw. Maksudnya jika sekiranya berpuasa sekalipun janganlah sampai membahayakan diri.

Telah datang 3 orang lelaki ke rumah isteri Nabi saw lalu mereka bertanya mengenai ibadat Nabi saw lalu diceritakan kepada mereka [ mengenai ibadat nabi saw ] lalu mereka berkata : di mana [ perbezaan ] kami berbanding Nabi saw ? sedang Allah swt mengampunkan dosanya yang terdahulu dan terkemudian ?

Lantas berkata seorang dari mereka : adapun aku sembahyang sepanjang malam [ tanpa tidur ] dan berkata pula yang lainnya : ada pun aku berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka . Berkata pula yang ketiga : adapun aku menjauhi perempuan dan aku tidak berkahwin selamanya [ kerana sibuk beribadat ] .

Lalu datang Rasulullah saw. dan berkata : apakah kamu yang berkata begitu dan begini ?

Demi Allah swt. sedang aku orang yang paling takut kepada Allah swt dikalangan kamu dan paling bertaqwa kepadaNya , akan tetapi aku berpuasa dan aku berbuka , aku sembahyang aku tidur dan aku mengahwini perempuan , maka barangsiapa yang [ berpaling ] tidak mengikut sunnahku maka ia bukan dari kalanganku. dikeluarkan oleh al Bukhari dari Anas Rha .

Nas ini membawa maksud Islam tidak suka tindakan yang keterlaluan sehingga menafikan hak jasad dan Islam juga sangat mencela kita mengadakan sesuatu yang tidak dilakukan atau tidak dibenarkan oleh Rasulullah saw.

Lihat , bagaimana puasa yang bermaksud untuk mendekatkan diri kepada Allah , jika dilakukan melebihi [ melampau ] dari kadar yang ditetapkan oleh Allah swt. mendapat celaan dari Rasulullah saw . Betapalah pula mogok lapar yang tidak bermaksud mendekat diri kepada Allah swt dan ia bukanlah sejenis ibadah seperti puasa bahkan tidak makan dan minum sehingga memudharatkan diri . [ sementara puasa ada sahur dan iftar ]

Berasaskan penghujahan ini maka mereka [ ulama' ] mengharamkan perbuatan mogok lapar dan menyebut sebagai suatu yang tiada asal di dalam Islam .

Pendapat 2 : Hujjah yang membenarkan

Saya melihat isu ini turut dibahas dari aspek yang berbeza dan sekaligus membenarkan mogok lapar dilakukan .

Prof Dr. Yusuf al Qaradhawi ada menjelaskan hukum mogok lapar ketika menjawab satu soalan yang diajukan kepadanya mengenai hukum mogok lapar oleh tahanan ummat Islam di dalam penjara Israel . al Qaradhawi menjawab :

“ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka !

Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka !

Mereka yang berpendapat mogok lapar dibenarkan turut melampirkan kenyataan Saidina Abu Bakar rha ketika mana ia sangat tertekan menahan kerisauannya terhadap Rasulullah saw setelah mereka diserang oleh kuffar Quraisy sehingga Abu Bakar pengsan . Sejurus bangun sedar dari pengsannya , Abu Bakar rha berkata kepada ibunya yang menghidang makanan untuknya :

Demi sesungguhnya kerana Allah Aku bertegas ke atas diriku bahawa Aku tidak akan mengambil [ makan ] sebarang makanan dan tidak akan minum sebarang minuman sehinggalah aku menemui Rasulullah saw . Hayatus Sahabah [ Syeikh Muhammad Yusuf al Kandahlawi ] Jilid Pertama : Bab Tahammul Asy Syadaaid fillah .

Pandangan saya(Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi).

Pertama : Fatwa al Qaradhawi adalah jawapan kepada soalan yang dikemukakan kepada beliau atau mengulas situasi yang disebutkan oleh mereka yang bertanya iaitu mengenai tahanan ummat Islam Palestin di penjara Israel . Justeru itu perlu dilihat bagaimana keterbatasan ruang dan keupayaan yang dimiliki oleh seorang tahanan untuk membebaskan dirinya . Mogok lapar mungkin satu - satunya pilihan yang ada padanya dan fatwa al Qaradhawi membenarkan mogok lapar dalam situasi seperti itu .

Tahanan itu berada di dalam penjara , maka apalah pilihan yang ada pada mereka bagi mendesak Israel agar membebaskan mereka sekaligus memberitahu dunia akan kekejaman Israel alihi laknatullah . Situasi ini sangat berbeza dengan apa yang berlaku di dalam negara kita .

Kedua : Sirah yang menjelaskan sikap Abu Bakar rha mengeluarkan kenyataan untuk tidak makan dan minum perlu dilihat kepada beberapa keadaan :

1. Peristiwa itu berlaku diperingkat awal Islam bertapak di Makkah dan aqidah serta syariat belum sempurna . Marhalah Nabi saw pada waktu itu hanyalah diperingkat dakwah dan pemantapan aqidah . Marhalah ini pernah menyaksikan Nabi saw meminta para sahabat meninggalkan Makkah berhijrah ke Habsyah sebagai usaha menyelamatkan aqidah justeru aqidah mereka masih diperingkat tunas .

2. Kisah itu tidak menunjukkan tindakan Abu Bakar mogok , tetapi hanya sekadar ucapan tegas Abu Bakar kepada Ibunya [ Ummu Khair - belum Islam pada waktu itu ] , sebagai ugutan agar ibunya segera bertemu Ummu Jamil rha [ saudara perempuan Saidina Umar al Khattab ] untuk mendapatkan kepastian keselamatan Nabi saw sejurus sedar dari pengsan setelah Abu Bakar dan Rasulullah saw bersama sahabat yang lain diserang oleh kuffar Quraisy .

Ummu Jamil akhirnya membawa Abu Bakar rha. ke rumah Arqam abi Arqam untuk bertemu dengan Rasulullah saw yang berlindung di rumah tersebut . Pertemuan itu juga membawa Ummu Khair memeluk ajaran Islam .

Mogok dan Puasa Sunat

Tanpa ada keadaan yang dhorurah untuk mengharuskan suatu yang diharamkan maka mogok lapar adalah salah di sisi syara' bagi ummat Islam . Sementelah pula keadaan yang tidak mendesak atau memaksa dengan maksud kita masih mempunyai waktu yang luas dan ruang yang lebar untuk merangka tindakan yang tidak hanya membinasakan diri tanpa memberi kesan yang besar kepada pemerintah yang zalim .

Kepada golongan bukan Islam mungkin mereka menggunakan mogok lapar sebagai hak mereka untuk bertindak tetapi tidak untuk ummat Islam kerana kita mesti berpegang kepada kaedah matlamat tidak menghalalkan cara .

Sebagai muslim , dalam menghadapi kezaliman pemerintah tidak menjadikan kita buntu dan hilang pedoman . Kita ada Allah swt dan kita diajar agar memohon pertolongan dengan sabar dan solat . (al Baqarah 45)

Ibnu Kathir di dalam tafsirnya menyebut bahawa maksud sabar di dalam ayat 45 surah al baqarah ini juga diertikan sebagai puasa . Al Qurtubi dan lainnya menyebut , inilah sebabnya Ramadhan dikenali sebagai bulan sabar . (Tafsir Ibnu Kathir)Puasa adalah pilihan muslim untuk bermunajat kepada Allah swt agar kezaliman dihancurkan . Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita .

dipetik dari tulisan : Ust. Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan Ketua Pemuda Pas Malaysia

Thursday, May 28, 2009

SEMENJAK DUA MENJAK INI KITA DAPAT MELIHAT BANYAK BENDA-BENDA HARAM YANG PELIK-PELIK...MULA-MULA KITA MELIHAT KERAJAAN HARAM DIPERAK,DIIKUTI PULA MB HARAM DAM SELEPAS ITU SPEAKER HARAM...DAN YANG TERBARU ADALAH PRESIDEN HARAM...
BERBEZA DENGAN KEBANYAKKAN BENDA HARAM SEBELUM INI....YANG HARAM KALI INI TIDAK BERLAKU DI PERAK...AKAN TETAPI BERLAKU DI DALAM PARTI PPP IAITU PARTI KOMPENEN BE-END....
NAMPAK SANGAT LA BE-END NIE MACAM SUKA SANGAT BENDA HARAM...MULA-MULA DOK SIBUK BEREBUT DENGAN PR ITU DAN INI SEHINGGA TERJADI LA BANYAK BENDA HARAM KAT PERAK...TAPI KALI NI BILA DAH TAK TAHU APA LAGI YANG NAK DI RAMPAS DARI PR...MEREKA BEREBUT SESAMA SENDIRI PULAK DAH...DAN YANG DIREBUTKAN ADALAH JAWATAN PRESIDEN PARTI PPP....
YANG MENJADI KEHAIRANAN AKU,MACAM MANA PULAK AHLI PARTI YANG DAH DIPECAT BOLEH MENJAWAT JAWATAN PRESIDEN SEKALIGUS MENYINGKIRKAN PRESIDEN YANG ASAL...
TAPI BILA AKU PIKIR-PIKIRKAN PULA...KEADAANNYA TAK JAUH BEZA DENGAN APA YANG BERLAKU DI PERAK...DIKALA MB DATO SERI NIZAR MASIH MENJAWAT JAWATAN MB PERAK,TIBA-TIBA DATO SERI ZAMBERY PULA DILANTIK OLEH SULTAN PERAK MENJAWAT JAWATAN MB PERAK..MAKA TIMBULAH KECELARUAN DI NEGERI PERAK....
JADI BILA AKU RUMUSKAN BALIK...MEMANG DAH JADI TABIAT PUAK-PUAK BE-END KOT BUAT SESUATU TAK IKUT UNDANG-UNDANG SEHINGGA MENYEBABKAN BERLAKU BANYAK BENDA HARAM KEBELAKANGAN INI....
APA-APA PON AKU MALAS NAK ULAS PANJANG TENTANG PEREBUTAN JAWATAN PRESIDEN DALAM PARTI PPP..PADA AKU KALAU DIE ORANG NAK BEREBUT SAMPAI BERTUMBUK-TUMBUK PON AKU TAK KISAH DAN TAK HAIRAN DAH...JANJI DALAM PARTI YANG AKU SAYANGI IAITU PARTI PAS PERKARA SEUMPAMA INI TAKKAN TERJADI LEBIH-LEBIH LAGI SEKARANG SEMAKIN HAMPIR DENGAN MUKTAMAR PAS..

Wednesday, May 27, 2009

DERHAKAKAH JEBAT?


MENGAPA HANG JEBAT MENDERHAKA


Mungkin ada baiknya orang-orang dalam puak kerajaan (seperti Hishamudin dan Mohd.Khir Toyo) yang begitu mudah menuduh orang di luar puak mereka sebagai "penderhaka" dan "pengkhianat negara" diingatkan balik mengapa golongan rakyat seperti Hang Jebat, Laksamana Bentan dan Sang Rajuna Tapa menderhaka kepada raja.

Dalam sejarah bangsa Melayu, penderhakaan rakyat kepada raja adalah sesuatu yang sangat jarang berlaku. Hal ini barangkali kerana bangsa Melayu telah disosialisasikan dengan nilai yang sangat asas, iaitu "pantang anak Melayu derhaka kepada raja". Di samping itu, ada pula "fatwa" sesetengah ulama suni yang pro status qou bahawa rakyat wajib taat kepada umara, walaupun umara melakukan kezaliman (?).

Oleh itu, jika sesekali ada rakyat Melayu yang bangkit menentang raja (dengan perkataan lain menderhaka), maka biasanya ada "faktor wujud dulu" yang sangat penting yang mendahului peristiwa itu.

Dalam kes penderhakaan Hang Jebat, misalnya, kita semua tahu bahawa Hang Jebat bangkit menentang raja kerana raja Melaka telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada Hang Tuah yang sangat setia dan banyak berjasa tanpa usul periksa dan kerana fitnah semata-mata. Dalam hal ini jelas Raja Melaka telah menjatuhkan hukuman yang tidak adil, dan Hang Jebat menentang raja kerana pada anggapannya raja telah melakukan kezaliman. Jadi kezaliman rajalah sebenarnya faktor penting dan utama yang mendorong timbulnya penderhakaan itu.

Dalam konteks semasa pula, yang juga sangat jarang berlaku, penentangan terhadap kerajaan telah dilakukan oleh ribuan dan mungkin puluh ribuan "Hang Jebat". Walaupun yang tampil ke hadapan hanya beberapa orang, tetapi di belakang mereka mungkin ada ribuan atau puluh ribuan orang. Mengapa pula perisrtiwa ini berlaku?

Kalau kita bersikap jujur dan mahu menerima kenyataan sebagai kenyataan (walaupun kenyataan itu agak pahit), nampaknya kita terpaksalah mengakui bahawa kini sejarah telah berulang semula.

Faktor besar dan utama yang mendorong timbulnya penentangan ( atau katakanlah "penderhakaan" ) ini tidak lain daripada tindakan puak pemerintah (termasuk institusi dan alat negara) yang dilihat dan ditanggapi oleh rakyat sebagai "tidak adil". Hal ini barangkali tidak perlu dijelaskan secara terperinci. Akan tetapi sebagai ingatan bersama, lihat sahajalah apa yang telah dilakukan oleh bekas KPN ke atas mantan TPM; bagaimana pendakwaan terhadap mantan TPM dijalankan; dan bagaimana hakim yang dipilih oleh kerajaan menjalankan perbicaraan dan menjatuhkan hukuman.

Walaupun contoh yang disebut ini hanya melibatkan seorang individu, tetapi apabila pelbagai alat dan institusi negara digunakan untuk "menghukum" beliau, maka yang terpampang jelas kepada rakyat yang prihatin ialah individu berkenaan telah tidak diberi keadilan yang sewajarnya. Dan yang dilihat telah melakukan "kezaliman" bukan sahaja ketua kerajaan yang menjadi simbol sesebuah negara, tetapi juga pelbagai institusi negara ( termasuklah badan kehakiman).

Dengan itu, apa yang dikatakan penderhakaan atau pengkhianatan terhadap negara (jika benar demikian) bukanlah sesuatu yang timbul secara spontan. Kemunculan peristiwa itu ada sebabnya. Dan dalam hal ini sebab yang utama tidak lain daripada tindakan puak pemerintah yang dipersepsikan oleh ribuan atau puluh ribuan "Hang Jebat" sebagai kezaliman!

(DIPETIK DARI TULISAN: Salman Madani)

Monday, May 25, 2009

POLITIK WANG DALAM PAS...PROPAGANDA ATAU KEBENARAN?





BARU-BARU INI RAMAI PIHAK SIBUK MEMPERKATAKAN TENTANG POLITIK WANG DI DALAM PAS...ADA YANG MENGIAKAN DAN ADA JUGA YANG MENAFIKAN...MEDIA-MEDIA UM-NO DAN BE-END BERLUMBA-LUMBA MENSENSASIKAN CERITA INI BERTUJUAN MENJATUHKAN IMEJ PARTI PAS....

PERSOALAN SEKARANG ADAKAH POLITIK WANG BENAR-BENAR BERLAKU DALAM PAS?AKU TIDAK MAHU MANGATAKAN WUJUB ATAU TIDAK POLOTIK WANG DI DALAM PARTI PAS...CUMA AKU INGIN MENGAJAK RAKAN-RAKAN SEKALIAN BERFIKIR SEJENAK DENGAN MENGUNAKAN AKAL FIKIRAN YANG WARAS TANPA DIPENGARUHI EMOSI....

APAKAH SELALUNYA YANG MENYEBABKAN ORANG SANGGUP MEMBERI WANG UNTUK MEMENANGI JAWATAN....ADAKAH JIKA JAWATAN YANG DISANDANG ITU TIDAK MAMPU MENJANJIKAN APA-APA KEMEWAHAN MALAH SEBALIKNYA HANYA MENUNTUT PENGORBANAN,ORANG MASIH SANGGUP MENYOGOK WANG RINGGIT BAGI MEMENANGI JAWATAN TERSEBUT...?ADAKAH ORANG SANGGUP MENYOGOK WANG RINGGIT BAGI MEMENANGI JAWATAN DALAM PARTI YANG MANA HANYA MENJANJIKAN LOKAP DAN ISA SEBAGAI "PERCUTIAN MEWAH"...?

JIKA POLITIK WANG DIKAITKAN DENGAN UM-NO DAN BE-END KITA DAPAT MELIHAT RELEVANNNYA...INI KERANA KITA DAPAT MELIHAT KEMEWAHAN YANG DIKECAPI OLEH PEMIMPIN UM-NO...KERETA BESAR,RUMAH BESAR DAN MACAM-MACAM KEMEWAHAN WALAUPUN KADANG-KALA MEREKA HANYA MENJAWAT JAWATAN KETUA CAWANGAN SAHAJA....OLEH ITU SUDAH PASTI ORANG BEREBUT-REBUT UNTUK MEMENANGI JAWATAN DALAM UM-NO...

OLEH ITU APABILA MEMBICARAKAN POLITIK WANG DIDALAM PARTI PAS...AKU TIDAK NAMPAK AKAN RELEVANNYA PERKARA INI BOLEH BERLAKU...BUKAN KERANA TAKSUB AKU DENGAN PARTI PAS...TETAPI KERANA DI DALAM PARTI PAS SEGALA MACAM DIDIKKAN AGAMA TELAH DITERAPKAN DISAMPING TIADA APA KEMEWAHAN DUNIA YANG DIJANJIKAN OLEH PARTI PAS...

KEPADA PIHAK YANG TIDAK SENANG MELIHAT PARTI PAS BERSIH DARI SEGALA MACAM PERBUATAN KEJI TERUTAMA POLITIK WANG...HANYA ADA SATU CARA BAGI ANDA....SERTAI PARTI PAS DAN NIKMATI PERJUANGAN SEBENAR MEMBELA BANGSA,AGAMA DAN NEGARA.....

MENANG ZAMBRY,MENANG LAGI NIZAR....



KEMENANGAN ZAMBRY DI MAHKAMAH RAYUAN DISAMBUT DENGAN SUKARIA OLEH KUNCO-KUNCONYA...TAPI ADAKAH KEMENANGAN INI TURUT DIRAI OLEH RAKYAT NEGERI PERAK....?ATAU ADAKAH KEMENANGAN ZAMBRY INI MENJADIKAN RAKYAT NEGERI PERAK SEMAKIN MEMBENCI UM-NO DAN JUGA BE-END....?
NAMUM BAGI PENDAPAT AKU....KEMENANGAN YANG DIPEROLEHI OLEH ZAMBRY SEBENARNYA ADALAH KEMENANGAN DI PIHAK NIZAR...ZAMBRY MUNGKIN MEMENANGI KERUSI MB..TETAPI NIZAR TELAH MEMENANGI RASA SIMPATI DAN KASIH RAKYAT NEGERI PERAK...KEADAAN INI AKAN MEMBERI IMPAK YANG BESAR KEPADA PR PADA PRU 13 NANTI...
RAKYAT NEGERI PERAK SUDAH PASTI INGIN MEMBALAS DENDAM DI ATAS APA YANG TELAH DILAKUKAN OLEH UM-NO DAN BE-END YANG TELAH MENIDAKKAN HAK RAKYAT NEGERI PERAK....OLEH ITU PADA AKU TAK ADA APA YANG BOLEH DIBANGGAKAN OLEH UM-NO DAN BE-END DIATAS KEMENANGAN YANG SEAKAN-AKAN TELAH DIRANCANG INI...KEMENANGAN INI AKAN BERNOKTAH JUA AKHIRNYA APABILA RAKYAT BANGKIT MENUNJUKKAN KUASA SEBENAR RAKYAT YANG TELAH DINAFIKAN OLEH UM-NO DAN MAHKAMAH RAYUAN.....KITA TUNGGU KERNA MASANYA PASTI AKAN TIBA

DULU TAK MAU...SEKARANG MAU PLAK....



KEENGGANAN UM-NO DAN BE-END MELETAKKAN CALON DI PRK DUN PENANTI DIHARAPKAN DITERUSKAN PULA DI PRK DUN MANEK URAI....INI KERANA UM-NO DAN BE-END SEBELUM INI BEGITU LANTANG MENGATAKAN MAHU MEMULIHKANEKONOMI NEGARA DAN TIDAK MAHU MEMBAZIRKAN WANG RAKYAT DENGAN MENYERTAI PRK...
PRK DI DUN MANEK URAI DIADAKAN BERIKUTAN KEMATIAN ADUN MANEK URAI IAITU ISMAIL YAACOB...PADA PILIHANRAYA UMUM 8 MAC LALU,ISMAIL TELAH MENGATASI CALON BE-END ZULKIFLI OMAR DANGAN MAJORITI 1352 UNDI..
JIKA BE-END IKUT BERTANDING DAN MEMENANGI KERUSI TERSEBUT,IANYA TIDAK AKAN MENJEJASKAN KEDUDUKAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN...OLEH YANG DEMIKIAN,BAGI MENGELAKKAN BE-END TERUS DIMALUKAN RAKYAT,ADA BAIKNYA BE-END TERUS MENGEKALKAN KEPUTUSANNYA UNTUK TIDAK BERTANDING DI DUN MANEK URAI SEBAGAIMANA DI DUN PENANTI...
AKAN TETAPI JIKA UM-NO DAN BE-END MELETAKKAN CALON DI DUN MANEK URAI IANYA HANYA SEKADAR MENDEDAHKAN BAHAWA UM-NO DAN BE-END TIDAK TETAP DENGAN PENDIRIAN YANG TELAH DIPUTUSKAN....DAN AKHIRNYA MEMUNGKINKAN MEREKA AKAN DIMALUKAN OLEH WARGA DUN MANEK URAI......



KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN MEMENANGKAN DATO SERI ZAMBRY SEMEMANGNYA SESUATU YANG SUDAH DIJANGKA...NAMUM KEMENANGAN ITU BUKANLAH SESUATU YANG BOLEH MEMATAHKAN SEMANGAT DATO SERI NIZAR DALAM UNTUK TERUS MEMPERJUANGKAN HAK BELIAU DAN JUGA HAK RAKYAT NEGERI PERAK...
DATO SERI NIZAR AKAN MENGEMUKAKAN RAYUAN TERHADAP KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN KE MAHKAMAH PERSEKUTUAN...PEGUAM YANG MEWAKILI DATO SERI NIZAR IAITU SAUDARA SULAIMAN ABDULLAH MENYATAKAN PIHAKNYA AKAN MENGEMUKAKAN NOTIS USUL MEMOHON KEBENARAN UNTUK MEMFAILKAN RAYUAN DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN PADA ISNIN INI TERHADAP KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN....
KEADAAN INI SEKALIGUS MENANDAKAN KEMELUT POLITIK DI NEGERI PERAK TIDAK AKAN BERAKHIR DENGAN KEMENANGAN YANG DIBERIKAN OLEH MAHKAMAH RAYUAN TERHADAP DATO SERI ZAMBRY...SEPERTI YANG TELAH DISUARAKAN OLEH RAMAI PIHAK...KEMELUT POLITIK DI NEGERI PERAK HANYA AKAN BERAKHIR DENGAN MEMBUBARKAN DUN....INI KERANA HANYA RAKYAT PERAK YANG BERHAK MENGADILI SIAPAKAH YANG BERHAK MEMERINTAH DI NEGERI PERAK....
JIKA PEMBUBARAN DUN INI TIDAK BERLAKU...MAKA KITA AKAN MELIHAT KEMELUT POLITIK DI NEGERI PERAK INI AKAN BERTERUSAN HINGGA KE PRU 13...DAN JIKA INI BERLAKU..IANYA SUDAH PASTI AKAN MERUGIKAN NEGERI PERAK DAN KHUSUSNYA RAKYAT PERAK....OLEH YANG DEMIKIAN,KEPADA MEREKA YANG BERUPAYA MELAKUKAN SESUATU YANG BOLEH MENGUBAH KECELARUAN INI...LAKUKANLAH SESUATU DENGAN SEGERA AGAR KEMAJUAN DAN KEMAKMURAN NEGERI PERAK TIDAK TERBANTUT....

Saturday, May 23, 2009

YANG MANA SATU???

YANG MANA SATUUUUUU....
INDAMAN KALBUUUUU....
DATO SRI ZAMBRYYYY
ATAU DATO SRI NIZAR KUUU....
UMUM SEBERNARNYA DAH MENGETAHUI KEPUTUSAN TERKINI MAHKAMAH RAYUAN PADA JAM 3:15PTG JUMAAT...NYATA KALI INI MAHKAMAH RAYUAN MASIH MENGEKALKAN KEPUTUSANNYA YANG TERDAHULU...
AKU TAK MAU MENGULAS PANJANG AKAN KEPUTUSAN TERSEBUT..PERTAMA KERNA AKU BUKANLAH INSAN YANG LAYAK DAN MEMPUNYAI TAULIAH UNTUK MENGULAS PERKARA BERKAITAN UNDANG-UNDANG INI...NAMUN APA YANG INGIN AKU LUAHKAN INI ADALAH RASA HATIKU DAN MUNGKIN JUGA SEBAHAGIAN BESAR RAKYAT PERAK DAN JUGA RAKYAT MALAYSIA...
BAIK DIPIHAK BE-END ATAU MAHKAMAH RAYUAN...MEREKA UMUMNYA MENGETAHUI KEPUTUSAN INI BUKANLAH SESUATU YANG MENGEMBIRAKAN RAKYAT NEGERI PERAK...HUJAH AKU MUDAH SAJA...PILIHANRAYA KE-12 TELAH MENYATAKAN BAHAWA HAK MEMERINTAH TELAH DIBERIKAN KEPADA PR...AKAN TETAPI KERNA TERDAPAT 3 ABDUL YANG MELOMPAT KELUAR PR,AKHIRNYA BERLAKULAH PERTUKARAN PEMERINTAHAN DINEGERI PERAK...
BOLEHKAH PIHAK UM-NO DAN BE-END MENGATAKAN IA MENJADI PILIHAN RAKYAT NEGERI PERAK...ADILKAH APA YANG BERLAKU INI....JIKA BENAR RAKYAT PERAK MENYOKONG KERAJAAN UM-NO DAN BE-END INI...MENGAPA MEREKA BEGITU TAKUT UNTUK MEMBUBARKAN DUN...TEPUK DADA TANYA RAKYAT....
ADAKAH KINI DENGAN KEPUTUSAN YANG TELAH DILAKUKAN OLEH MAHKAMAH RAYUAN AKAN MEYELESAIKAN KEMELUT POLITIK DINEGERI PERAK..?ATAU IANYA AKAN MENJADIKAN KEMELUT POLITIK INI SEMAKIN RUMIT UNTUK DISELESAIKAN..?TAK ADAKAH CARA UNTUK MENYELESAIKAN KEMELUT POLITIK DENGAN SEGERA..?ATAU MEMANG ADA PIHAK YANG MEMANG NAK MELIHAT KEMELUT POLITIK INI BERTERUSAN TANPA KESUDAHAN...?
APA APA PUN JIKA BENAR PIHAK YANG BERTELAGAH SAYANGKAN RAKYAT PERAK..AKU RASA CARA YANG TERBAIK ADALAH MENGEMBALIKAN HAK MENENTUKAN SIAPA YANG LAYAK MEMERINTAH KEPADA RAKYAT PERAK DAN BUKANNYA KEPADA MAHKAMAH...INI KERANA MAHKAMAH DILIHAT BOLEH MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BERBEZA-BEZA.DAN ADAKALANYA KEPUTUSAN MAHKAMAH DILIHAT TIDAK MEMIHAK KEPADA RAKYAT PERAK....
OLEH ITU AKU MEYERU KEPADA MEREKA YANG TERLIBAT DENGAN KEMELUT POLITIK DI PERAK INI...KEMBALIKANLAH HAK RAKYAT PERAK SEBELUM KAMU DIHUKUM DENGAN HUKUMAN YANG SEBERAT-BERATNYA

Saturday, May 16, 2009


SAMA-SAMA JENIS PERAGUT,

SAMA-SAMA BERBAHAYA,

PATUTNYA SAMA-SAMA KE LOKAP.

MAHKAMAH TINGGI V/S MAHKAMAH RAYUAN


PADA 11 MEI 2009 HAKIM MAHKAMAH TINGGI ABDUL AZIZ BIN ABDUL RAHIM TELAH MENGISTIHARKAN DATO' SERI IR NIZAR JAMALUDDIN SEBAGAI MENTERI BESAR PERAK YANG SAH....

NAMUM PADA 12 MEI 2009 MAHKAMAH RAYUAN TELAH MENGANTUNG PELAKSANAAN PENGHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI...KEADAAN INI SANGAT LUAR BIASA BAGI KITA RAKYAT BIASA...TAPI TIDAK BAGI ORANG YANG TELAH SEKIAN LAMA MEMJADIKAN INTITUSI KEHAKIMAN UMPAMA KUDA TUNGGANGAN MEREKA...

KEADAAN INI TELAH MEMJADIKAN KEMELUT DIPERAK TERUS BERLANJUTAN...KEADAAN INI JUGA MENUNJUKKAN SIKAP SEBENAR DATO ZAMBRY MB HARAM YANG TIDAK MEMGAMBIL KIRA HASRAT RAKYAT PERAK PADA MASA INI YANG MAHU KEMELUT POLITIK DI NEGERI INI SEGERA DISELESAIKAN...MEREKA HANYA MEMENTINGKAN KEDUDUKKAN DAN PANGKAT...DAN INI AMAT BERCANGGAH DENGAN APA YANG DILAFAZKAN OLEH P-END DAN TIMBALAM P-END SEBELUM INI YANG MAHU MENGUTAMAKAN RAKYAT....

JIKA BENAR UM-NO DAN BE-END PIMPINAN P-END NAJIB MENGUTAMAKAN RAKYAT,MEREKA HARUS MENERIMA KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI DAN MEMBUBARKAN SEGERA DUN PERAK...HANYA DENGAN MEMGEMBALIKAN HAK RAKYAT PADA RAKYAT BARULAH KEMELUT POLITIK YANG MELANDA PERAK DAPAT DIATASI.....



KELAB PENYOKONG PAS MILIKI 20 RIBU AHLI

SUATU PERKARA YANG SANGAT MENJADI KEHAIRANAN UM-NO DAN BE-END...BAGAIMANA PAS BERJAYA MENAMBAT HATI GOLONGAN BUKAN ISLAM MENYOKONG PERJUANGAN PAS...KEADAAN INI TELAH MENJADI ANCAMAN KEPADA PUAK-PUAK UM-NO DAN BE-END...
SELAMA INI PUAK-PUAK UM-NO DAN BE-END SERINGKALI MENAKUT-NAKUTKAN GOLONGAN BUKAN ISLAM TERHADAP PERJUANGAN PAS YANG DIDAKWA MEREKA AKAN MENINDAS GOLONGAN INI...TETAPI,NEGERI KELANTAN DI BAWAH NAUNGAN TUAN GURU DATO NIK ABD AZIZ BIN NIK MAT TELAH BERJAYA MEMBUKA MATA GOLONGAN BUKAN ISLAM TERHADAP KEBAIKAN PERTADBIRAN ISLAM YANG DIPERJUANGANKAN OLEH PAS...
SABAN HARI ADA SAJA KELAD PENYOKONG PAS YANG DITUBUHKAN OLEH GOLONGAN BUKAN ISLAM BAGI MENYATAKAN SOKONGAN TERHADAP PERJUANGAN PAS...KEADAAN INI BUKAN SAJA MEMBERI IMPAK YANG BAIK KEPADA PARTI PAS,TETAPI DALAM MASA YANG SAMA IANYA TURUT MEMBERI IMPAK KEPADA AGAMA ISLAM ITU SENDIRI...INI KERANA APABILA GOLONGAN BUKAN ISLAM INI BOLEH MENERIMA PERJUANGAN PARTI PAS...SECARA TIDAK LANGSUNG MEREKA TELAH MENERIMA APA YANG DISARANKAN OLEH AGAMA ISLAM...
APA-APA PUN...PERKEMBANGAN YANG BAIK INI JIKA TIDAK DIBERI PERHATIAN DENGAN BAIK..DIKUATIRI AKAN DIRACUNI KEMBALI OLEH UM-NO DAN BE-END YANG SANGAT MENDAMBAKAN SOKONGAN GOLONGAN BUKAN ISLAM INI.....

APA NAK JADI DENGAN NEGERI PERAK???


asalamualaikum..
apa nak jadi dgn perak?jadi bahan cerita panas?jadik bahan kutukkan?atau jadik bahan lawak kedai kopi...?persoalan ini mungkin tidak akan terjadi jika pihak yang terlibat lebih bersifat terbuka dan mengutamakan kepentingan rakyat..
persoalan siapa yang layak menjadi pemerintah di perak hanya mampu dijawap oleh rakyat perak...jadi dalam erti kata lain..persoalan semua ini hanya akan terjawap dengan membubarkan dun perak...tapi dalam masa yang sama apa yang menjadi tanda tanya adakah pihak be-end sanggup mencadangkan ke bawah duli tuanku untuk membubarkan dun ini...kita semua sedia maklum bahawa pihak be-end sekarang berada dalam keadaan yang sangat genting...dalam pilihanraya kecil sebelum ini di semenangjung m,sia be-end dah dipukul 4-0 oleh pr...keadaan ini menbuatkan be-end tidak berani membubarkan dun(nak cari penyakit..hehe)
sebagaimana yang diperkatakan oleh abe ayiem..campur tangan dari baginda sultan dan P-end najib sangat diperlukan ketika ini bagi meyelesaikan kemelut ini dari berterusan...P-end najid harus membuktikan kepada rakyat malaysia bahawa beliau benar-benar P-end rakyat bukannye P-end un-no dan be-end...
walaubagaimanapun...ku sangat yakin kemelut ini akhirnya berkesudahan dengan pembubaran dun...jika tidak kita akan memlihat aksi tarik menarik kerusi antara saudara nizar dan abe zambry....maka barulah betul slogan kejor yeop kejor..hehe...adios

Friday, May 15, 2009

PERAK YANG ENTAH APA-APA ENTAH

KEMELUT POLITIK DI PERAK PADA PANDANGAN AKU DAH UMPAMA CERITA DONGENG..APA TAKNYA...BANYAK PEKARA YANG TAK MASUK AKAL BERLAKU...AKU TAK LER PANDAI SANGAT BERKENAAN UNDANG-UNDANG NIE...TAPI MELIHAT DARI APA YANG BERLAKU SEOLAH-OLAH UNDANG-UNDANG NIE DAH MACAM CERITA P-RAMLE(MUSANG BERJANGGUT)...
IALAH,BILA UNDANG-UNDANG TUE SENANG-SENANG JE DIPINDA MENGIKUT SELERA DAN KEHENDAK HATI...KALAU ORANG TAK BOLEH..TAPI KALAU DIRI SENDIRI TAKPE...DAH MEMANG KENA SANGAT LA NGAN PERANGAI TOK KADI DALAM CERITA MUSANG BERJANGGUT TUE....
AKU SANGAT HERAN NGAN PEMIMPIN BE-END NIE...SELALU DOK CANANG MENDAPAT MANDAT DAN SOKONGAN RAKYAT PERAK...TAPI AWATNYE TAKUT SANGAT NAK BUBAR DUN...DOK KALUT MEMPERTAHANKAN KERUSI MB DAN EXCO HARAM TUE BAGAI NAK RAK..SEKARANG NIE TAMBAH LAGI SATU MENATANG HARAM KAT PERAK....SPEAKER HARAM PLAK....MAAP LA KALU KASAR SKIT BAHASA..TAPI RASANYE TUE JE LA BAHASA YANG SELAYAKNYE BILA PERATURAN DALAM DEWAN YANG MULIA DIGANTI DENGAN PERATURAN RIMBA....
PADA RAKYAT PERAK AKU SANGAT-SANGAT LA BERSIMPATI...DIKALA NEGERI LAIN DOK BERLUMBA-LUMBA MENBANGUNKAN NEGERI MASING-MASING....TAPI DI NEGERI PERAK SEKARANG PLAK DOK SIBUK NGAN MENATANG-MENATANG HARAM...NAK DIUSIR SUSAH GAK..YE LA..KANG DIPEGANG KENA SAMAK PLAK...TAPI KALU JENIS MENATANG NIE TAK BLEH NAK SAMAK DAH...ISH,ISH..
APA PON BERSABARLAH DUHAI RAKYAT PERAK...LAMBAT LAUN YANG HARAM NIE AKAN BERJAYA GAK DIUSIR...SABOR AJE LA................MALAS DAH AKU NAK CAKAP LEBIH-LEBIH..KAN MELALUT PLAK AKU.....

Thursday, May 14, 2009

SALAM PERKENALAN

ASALAMUALAIKUM......

SALAM PERKENALAN BUAT SEMUA...SELAMAT DATANG KE BLOG YANG TAK SEBERAPA INI...SEBARANG PANDANGAN DAN IDEA-IDEA YANG BERNAS AMAT-AMAT DIALU-ALUKAN...SEMOGA SEGALA PANDANGAN DAN IDEA-IDEA DARI KALIAN SEMUA AKAN MENJADIKAN BLOG INI SEMAKIN BERFUNGSI DALAM MENDEWASAKAN MASYARAKAT HARI INI....SEKIAN TERIMA KASIH DARI HAMBA jebat...........