WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Saturday, January 9, 2010

APAKAH ISLAM MENGAJAR UMATNYA BEGINI?

KUALA LUMPUR: Polis percaya lebih daripada dua orang suspek terbabit dalam kejadian kebakaran sebuah gereja di Desa Melawati, Wangsa Maju, di sini awal hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, ini
berdasarkan maklumat saksi yang ternampak dua motosikal diletakkan
berhampiran gereja itu, kira-kira 12 tengah malam.

Saksi juga nampak kelibat satu lembaga
melemparkan sesuatu ke arah gereja tersebut sebelum berlaku letupan yang memusnahkan hampir 80 peratus ruang tingkat bawah gereja tiga tingkat itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata, polis kini giat mengesan suspek berdasarkan petunjuk yang diperoleh.

Katanya, setakat ini polis belum dapat mengenal pasti motif perbuatan khianat
itu tetapi tidak menolak kemungkinan kejadian ada kaitan dengan isu penggunaan
kalimah "Allah" oleh penerbit majalah mingguan Katolik, Herald.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu
khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasakan rumah dan
sebagainya. Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 20 tahun selain boleh
dikenakan denda.

Mengulas lanjut mengenai insiden itu, Muhammad Sabtu berkata, siasatan awal
menunjukkan kesemua cermin tingkap di tingkat bawah gereja itu dipecahkan suspek
sebelum mereka mencurahkan cecair dipercayai petrol ke dalam bangunan.


"Kita percaya tingkap itu dipecahkan menggunakan sepana berikutan polis
menemui satu sepana dan bekas mengisi petrol di tempat kejadian dan juga
terdapat dua helmet yang terbakar di hadapan gereja berkenaan," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai tidak membuat komen atau mengeluarkan
sebarang reaksi yang mungkin akan mengeruhkan keadaan kerana ia membabitkan sensiviti kaum. Gereja Katolik Metro Tabernacle sudah beroperasi sejak 12 tahun lalu dan
mempunyai 1,500 jemaah. -

Sumber : Bernama

JEBAT_BERANI : KEJADIAN INI BENAR-BENAR MENGECEWAKAN...DIKALA BERLAKUNYA KONFLIK PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH ORANG KRISTIAN,KEJADIAN BAKAR GEREJA INI MEMBURUKAN LAGI KEADAAN..

KEJADIAN INI JUGA BOLEH MENCEMARKAN IMEJ ISLAM PADA PANDANGAN ORANG BUKAN ISLAM..ISLAM SELAMA INI MENGAJAR KITA UNTUK BERSABAR DAN BERTINDAK MENGGUNAKAN AKAL FIKIRAN YANG WARAS..AKAN TETAPI KEJADIAN INI TELAH MEMBUATKAN ORANG BUKAN ISLAM BERFIKIRAN SEBALIKNYA TENTANG ISLAM....

ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH TIDAK SEPATUTNYA DITANGANI DENGAN CARA SEBIGINI...PERBUATAN SEPERTI INI HANYA MERUGIKAN UMAT ISLAM SAHAJA..SEPATUTNYA ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH BUKAN ISLAM DITANGANI DENGAN CARA YANG BERHEMAH DAN SALING HORMAT MENGHORMATI....

No comments:

Post a Comment