WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Saturday, January 23, 2010

KHIR TOYO SUDAH TERCEMAR??!!

Bekas Menteri Besar yang dituduh korup itu berkata, imej dan reputasinya telah tercemar teruk sejak Pakatan Rakyat merampas negeri itu pada pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Menurutnya, beliau telah dijadikan sasaran oleh musuh-musuh politiknya dalam BN mahupun pembangkang ekoran kekalahan parti itu di Selangor.

“Mereka melemparkan pelbagai macam tuduhan terhadap saya dan yang paling teruk mereka menuduh saya seorang pemimpin yang korup.

“Saya tidak takut dengan tuduhan-tuduhan tersebut tapi reputasi dan imej saya yang rosak itu tidak diperbaiki dan tiada jalan keluar bagi saya walaupun saya bersih,” katanya sambil menambah hati kecilnya yakin tidak melakukan sebarang kesalahan sepanjang menjadi menteri besar.

Biarpun kecewa dan terluka dengan tuduhan-tuduhan itu, Mohamed Khir berkata, beliau kini lebih bahagia daripada sebelum ini.

Katanya, pengundi-pengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang mendapat khidmatnya yang lebih baik sekarang berbanding ketika beliau menjadi menteri besar.

“Saya punya banyak masa untuk diri sendiri dan keluarga sekarang, berbanding ketika menjadi menteri besar, boleh dikatakan saya tidak dapat meluangkan masa dengan keluarga,” ujarnya ketika ditemui sedang membersihkan sampah-sarap di sekitar Pasir Panjang (gambar).-

Sumber : http://bloglistpolitik.blogspot.com/

JEBAT_BERANI : IMEJ SI'TOYO' NIE MEMANG DAH TERCEMAR SEJAK DARI BELIAU MEMERINTAH SELANGOR SEBELUM INI...DAH IMEJNYA BERTAMBAH-TAMBAH TERCEMAR BILA UM-NO/BE-END SELANGOR KALAH DALAM PILIHANRAYA UMUM KE-12 YANG LALU...

KEKAYAAN MELAMPAU BELIAU MEMBURUKKAN LAGI IMEJ BELIAU...DITAMBAH DENGAN PELBAGAI KEGAGALAN PROJEK-PROJEK BELIAU KETIKA MENJADI MB SELANGOR SEBELUM INI MELENGKAPKAN FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB IMEJ BELIAU SEMAKIN TERCEMAR...

NAMUN MANTAN MB SELNGOR INI UMPAMA ORANG TAK SEDAR DIRI APABILA MENGHENTAM PENTADBIRAN MB KHALID IBRAHIM TANPA MELIHAT REKOD PENTADBIRAN BELIAU SENDIRI..BELIAU ANTARA YANG LANTANG MENGKRITIK PELBAGAI PERANCANGAN YANG DIBUAT OLEH KHALID IBRAHIM BAGI MEMBANGUNKAN SELANGOR...

NAMPAKNYA KHIR YANG SUDAH GAGAL MEMBANGUNKAN DAN MEMAJUKAN SELANGOR KINI DILIHAT CUBA MENGHALANG PULA PEMBANGUNAN YANG CUBA DIBAWA OLEH MB KHALID IBRAHIM....INI LA PERANGAI UM-NONGOK KALAU NAK TAHU.....

No comments:

Post a Comment