WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Monday, July 30, 2012

PIMPINAN BN SABAH DIALU ALUKAN 'HIJRAH' BERSAMA PAS


PAS alukan pimpinan Sabah kalau mahu bersama

Harakahdaily,29 Jul 2012
TUARAN: PAS mengalu-alukan semua pemimpin politik di Sabah kalau mahu bersama-sama dengan PAS dalam memperjuangkan keadilan di negara ini.

Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Hatta Ramli (gambar) membuka laluan itu ketika berucap dalam majlis pengumuman pimpinan BN Sabah yang meninggalkan BN.

Mereka diketuai oleh anggota Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang mengumumkan tindakan beliau meninggalkan BN dan akan bersama Pakatan Rakyat.

"Saya memuji keberanian tuan-puan semua menolak BN yang sememangnya sudah melampaui batas.

"Tindakan tuan-puan semua bukannya terburu-buru tetapi setelah mengambil masa begitu lama namun BN tidak berubah," kata Dr Hatta di majlis itu.

Turut serta di majlis pengumuman Wilfred itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminudin Aling.

Semalam, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin membuat pengumuman di satu majlis yang lain meletakkan semua jawatannya dalam Umno. Namun beliau masih kekal ahli Umno.

Dalam ucapan itu, Dr Hatta turut berkata, kunjungan hormat Lajim menemui Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menimbulkan pelbagai spekulasi.

"Saya mengalu-alukan kalau tuan-puan mahu bersama PAS tetapi yang lebih penting buat masa ini adalah keluar dari BN dan membantu Pakatan Rakyat  membawa perubahan kepada Sabah," kata Dr Hatta di majlis itu.

Beliau yang berucap lebih awal dari Wilfred Bumburing kerana terpaksa bergegas ke Kota Kinabalu untuk mengejar pesawatnya untuk pulang ke Kuala Lumpur

Friday, July 27, 2012

1MALAYSIA BIKIN NAJIB PENING KEPALA : WILFRID BUMBURING DAN LAJIM UKIM TINGGALKAN BN

Wilfrid Bumburing dan Lajim Ukin akhirnya memutuskan untuk berpisah UMNO/BN

Nampaknya pemimpin-pemimpin Sabah Wilfrid Bumburing dan Lajim Ukin akhirnya memutuskan untuk berpisah daripada senario politik ganas Umno-BN setelah 5 dekad melalui hegemoni politik dan penyalahgunaan kuasa.
Sabah dan juga Sarawak, telah menjadi antara negeri yang paling terpinggir dengan kerajaan persekutuan memberikan lampu hijau kepada pemimpin-pemimpin BN yang sudah sekian lama memimpin kedua-dua negeri di timur Malaysia dengan merompak hasil semulajadi dengan begitu banyaknya untuk menjadikan diri mereka kaya raya selain memberi manfaat kepada rakan-rakan mereka di Semenanjung.
Wilfrid, Timbalan Presiden UPKO yang juga merupakan MP Tuaran, menghantar surat peletakan jawatannya pada hari Isnin, dan berhenti sebagai ketua BN bagi kawasan itu. Dia dijangka membuat "pengumuman penting" pada hari Ahad untuk mendedahkan langkah seterusnya. Lajim, MP Beaufort pula, akan menyusul kemudian.
"Saya bermula pada hari ini, 23 Julai, 2012, meletakkan jawatan sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) bagi P170, Tuaran. Surat perletakan jawatan saya akan membolehkan kepimpinan baru BN Tuaran untuk membuat persediaan untuk pilihan raya umum ke-13 yang akan datang," kata Bumburing di dalam surat perletakan jawatannya.
Blok bebas dan mesra Pakatan Rakyat
Berita yang telah dijangkakan selama beberapa bulan itu telah mengejutkan dunia politik di Timur dan Barat Malaysia. Kedua-dua lelaki ini merupakan pemimpin kanan Sabah, yang telah menjadi wakil rakyat selama beberapa tahun.
Mereka dijangka membentuk parti bebas yang mesra Pakatan Rakyat dan bukannya terus menyertai parti-parti Pakatan PKR, DAP dan PAS.
"Wilfrid akan membawa dan mengumpul beberapa kumpulan pro-Pakatan Rakyat Sabah. Kebanyakannya merupakan Ahli Parlimen dan ADUN. Apabila masa yang sesuai sudah tiba, mereka akan membuat yang pengumuman. Peranan Pakatan adalah untuk membantu kumpulan ini bertanding dalam PRU ke-13 dan untuk berunding dengan kuasa-kuasa lain seperti SAPP untuk mencapai pertadingan satu lawan satu," naib presiden PKR Tian Chua, ketua perunding perjanjian itu berkata kepada Malaysia Chronicle.
Penghijrahan bermula dengan debaran: Sarawak fokus seterusnya!
Bukan sahaja berita terkini ini menjadikan hati pemimpin BN seram sejuk, terutamanya Perdana Menteri Najib Razak yang telah cuba menghalang pemergian Wilfrid kerana ia akan mencetuskan sebilangan besar daripada gabungannya memasuki parti Pakatan Rakyat yang diketuai oleh pesaing utama mereka Anwar Ibrahim.
Spekulasi terakhir pada bulan Jun yang mengatakan 6 pemimpin Sabah bakal lompat masuk parti PKR telah hilang begitu saja selepas orang dalam membocorkan berita kepada akhbar bahawa Ahli Parlimen BN akan menerima RM1.5 juta selepas Bajet 2013 dibentangkan pada 28 September.
Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, telah juga menunjukkan bahawa PRU ke-13 boleh diadakan hanya pada tahun 2013 apabila mandat 5 tahun BN berakhir pada bulan April dalam usaha mereka untuk melenyapkan keinginan mereka untuk meninggalkan BN.
Walau bagaimanapun, yang belum cukup lagi untuk menghalang Bumburing dan mereka yang bersependapat dengan pemimpin itu, yang nampaknya sudah letih akan helah politik UMNO yang bergantung kepada perjuangan perkauman dan ketaksuban agama. Ramai yang terkejut akan banyaknya kes rasuah yang dilakukan tanpa memikirkan kepayahan rakyat biasa tetapi kerana cengkaman kuasa Umno sejak 5 dekad yang lalu, tidak banyak yang boleh dilakukan atau berisiko akan dipulaukan.
"Kami gembira untuk melihat angin perubahan yang akhirnya bertiup di Sabah. Ini adalah satu tindakan yang berani dan diharapkan ia akan menjadi inspirasi kepada pemimpin BN yang lain untuk diikuti. Ramai menyedari bahawa BN telah menjadi satu jenama yang buruk. Ini telah kita beri amaran 3 tahun yang lalu dan ia telah menjadi kenyataan kerana UMNO tidak mampu untuk berubah dan Najib terlalu lemah untuk a melaksanakan reformasi dalam partinya," kata Tian lagi.
Tian menambah bahawa Pakatan seterusnya akan memberi tumpuan kepada Sarawak, di mana Ketua Menteri Taib Mahmud yang kontroversi telah memerintah dengan kuku besi selama beberapa dekad di sebalik dakwaan korupsi yang menggunung terhadapnya.
Penghijrahan dan perpecahan BN juga berlaku di Semenanjung
Ahli Parlimen PKR Batu itu juga memberi amaran bahawa ini bukanlah permulaan penghijrahan daripada BN Sabah tetapi meramalkan ia akan turut berlaku di Semenanjung.
"Semua sedang menunggu masa yang tepat. BN telah menjadi toksik dan terdapat ramai pemimpin dalam MCA, MIC, Gerakan serta Umno sendiri yang menunggu untuk bebas dari belenggu BN," ramal Tian.
"Saya tidak pasti jika PRU ke-13 akan berlaku pada September tahun ini atau awal tahun depan tetapi pengakhiran bagi BN semakin ketara. Apa yang rakyat mahukan juga sangat jelas, jadi tidak perlulah takut untuk meninggalkan BN. Malah, jika pemimpin-pemimpin terus berpaut pada Umno, pengundi di kawasan mereka akan menjadi yang pertama untuk tidak mengundi mereka. "
Pastinya, PRU ke-13 akan menjadi pilihanraya yang paling sengit, dengan 222 kerusi di peringkat Persekutuan, Parlimen dan 505 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri untuk dipertandingkan. Sudah ada penganalisis politik memanggilnya Ibu segala Pilihanraya Kotor walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya telah menegaskan bahawa pilihanraya adalah bersih.
Namun begitu, memandangkan wujud dokumen bukti penipuan pilihanraya yang didedahkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sejak bulan lepas seperti memanipulasi nama, membeli undi dan pengundi hantu, ramai rakyat Malaysia ragu bahawa Umno-BN akan melakukan yang terbaik untuk menipu untuk berpaut kepada kuasa. Ia sangat memalukan apabila diketahui kedua-dua pengerusi SPR dan timbalannya merupakan pemimpin Umno.
Tunggu dan lihat!
Dalam pilihan raya umum 2008, Bumburing memperolehi 17.645 undi untuk mengekalkan kerusi Tuaran bagi BN dengan majoriti 6622 undi berbanding Ansari Abdullah saingan daripada PKR yang mendapat 11.023 undi. Calon bebas, Ajin Hazin Gagah, hilang wang deposit apabila dia hanya berjaya meraih 879 undi.
Bagi Lajim yang berusia 57 tahun, yang juga merupakan Ahli Parlimen Beaufort, dia juga telah mengemukakan peletakan jawatannya sebagai ketua cawangan Umno Kerambai Kebatu, dia juga berkata bahawa tidak akan bertanding semula sebagai ketua bahagian Umno Beaufort.
Lajim berjumpa penasihat rohani PAS yang juga Ketua Menteri Kelantan Nik Aziz Nik Mat pada hari Isnin di pejabatnya di Kota Bharu tetapi mesyuarat itu mungkin merupakan kunjungan hormat daripada dirinya dan bukannya menyertai parti itu seperti apa yang dispekulasi.
"Surat peletakan jawatan sebagai ketua cawangan Umno telah dihantar kepada setiausaha Umno Beaufort beberapa hari yang lalu. Langkah pertama adalah untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Bahagian dan yang kedua adalah untuk berhenti sebagai ketua cawangan Umno dan langkah ketiga - tunggu dan lihat!," Lajim dipetik oleh portal berita New Sabah Times pada hari Isnin.

Jebat Berani : Situasi ini pastinya memberikan tamparan kepada kepimpinan UMNO/BN...Dalam usaha mereka untuk memenangi hati rakyat dengan 'menabur' pelbagai 'ole ole pilihanraya',terdapat pula barisan kepimpinan mereka yang berundur dari parti mereka.Mengapakah situasi ini berlaku? Apakah benar dakwaan liar 'blogger2 UMNO/BN' bahawa terdapat usaha 'membeli' kepimpinan UMNO/BN ini? Apakah benar Pakatan Rakyat berupaya untuk membeli mereka?!
Dakwaan liar ini hanya untuk memburukkan Pakatan Rakyat..Dakwaan ini sekadar untuk menutup kelemahan  perjuangan mereka yang bukan sahaja semakin ditolak rakyat tetapi juga kepimpinan mereka sendiri.Hakikatnya UMNO/BN sudah hilang kekuatannya hari demi hari.Hakikatnya UMNO/BN sudah tidak diterima kebanyakan kepimpinan dan ahli ahli mereka sendiri.Dan kerana itulah sehingga hari ini Dato Seri Najib Tun Razzak masih tidak dapat menetapkan masa yang sesuai untuk diadakan PRU13.
Disebalik kegusaran UMNO/BN dengan situasi ini,sebaliknya pula di pihakPakatan Rakyat.Situasi ini pastinya memberikan 'motivasi' untuk Pakatan Rakyat 'menakluki' negeri negeri di Malaysia Barat.Penghijrahan ini pastinya juga akan mempengaruhi pengundi pengundi di Sabah untuk menilai semula akan perjuangan UMNO/BN dan inilah masa yang sangat sesuai buat Pakatan Rakyat untuk menerangkan akan perjuangan mereka,

AFUNDI 1MALAYSIA : UNDIAN SMS NAJIB MENURUN!!!-Sila AFUNDI Najib dan hantar ke 64766

SHAH ALAM 26 JULAI : Tahap populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di kalangan pengundi di Semenanjung berada pada paras 64 peratus berbanding 65 peratus pada Mei lalu.
Penemuan ini hasil kendalian Merdeka Center yang diumumkan pada hari ini.
Kajian itu juga menunjukkan bahawa paras rasa puas hati terhadap prestasi Perdana Menteri di kalangan pengundi Melayu dan India masing-masing menurun daripada paras 79 peratus kepada 75 peratus dan 72 peratus kepada 69 peratus.
Bagaimanapun sokongan pengundi Cina telah meningkat daripada 37 peratus pada Mei lalu kepada 42 peratus bulan lalu.
“Meskipun mengalami penurunan di kalangan pengundi kaum India dan Melayu, paras yang direkodkan masih tinggi. Cuma ada perubahan sedikit di kalangan pengundi-pengundi Cina,” kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian dalam kenyataan media.
Ujar  beliau, pendirian komuniti-komuniti itu kemungkinan dipengaruhi oleh kebimbangan mereka tentang ekonomi negara khususnya di kalangan responden India.
“Ia juga ada kaitan dengan rasa tidak puas hati berhubung kenyataan berkaitan dengan aktivis (Pengerusi Bersama) Datuk S. Ambiga,” kata beliau lagi.
Kaji selidik itu menunjukkan pandangan pengundi kerajaan terus merosot dengan 42 peratus daripada responden melaporkan bahawa “mereka gembira dengan kerajaan”, penurunan sebanyak enam peratus berbanding kajian yang dijalankan pada pertengahan Mei 2012.
Pungutan suara itu berkata penurunan itu amat ketara di kalangan pengundi Melayu, di mana jawapan dari orang-orang yang berkata ‘gembira’ dengan kerajaan menurun dari 65 peratus Mei kepada 58 peratus pada Jun 2012.
“Pada pandangan kami, penurunan itu mungkin mempunyai kurang kaitan dengan politik atau persepsi mereka terhadap Perdana Menteri tetapi dengan bagaimana pengundi melihat ekonomi, melaksanakan dan kesannya terhadap kehidupan mereka,” katanya.
Kajian yang sama mendapati bahawa kebimbangan terhadap isu-isu ekonomi, terutamanya kos sara hidup dan gaji, adalah teratas di minda pengundi, 39 peratus daripada mereka berbanding dengan 33 peratus Mei 2012.
Ini diikuti oleh kebimbangan terhadap jenayah dan masalah sosial di 12 satu isu peratus dan politik pada lapan peratus.
Kaji selidik itu mendapati bahawa peningkatan kebimbangan terhadap ekonomi mungkin juga menjejaskan prospek negara dengan 54 peratus menyatakan negara ini diketuai di landasan yang betul berbanding 58 peratus pada April 2012.
Kaji selidik yang telah dijalankan oleh Merdeka Center antara 22 dan 29 Jun di kalangan 1010 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan sembilan peratus responden berbangsa India yang telah ditemubual melalui telefon.
Sumber : Selangorku
Jebat Berani : Tolong la weiii...tolong la AFUNDI Dato Seri Najib Tun Razzak...Bagi die syok sikit...Kalau die dah syok nanti cepatlah die bubarkan Parlimen...Nanti cepat la dapat mengundi...Cepat mengundi,cepatlah HIJAU KE PUTRAJAYA-Insyaallah

SAVE ROHINGYA : LAKUKAN SESUATU UNTUK KESEJAHTERAAN MEREKA


Rohingya: Dunia perlu beri tekanan pada Myanmar

Harakahdaily,26 Jul 2012
KUALA LUMPUR:Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat perkembangan terkini mengenai umat Islam di Rohingnya amatlah menggusarkan.

Penyelaras SAMM Wilayah Persekutuan, Azmir Mustafa berkata penghapusan etnik Islam Rohingnya di Rakhine (Arakan) telah berlaku tanpa campur tangan dunia dan pembunuhan beramai-ramai itu seolah-olah dibiarkan dengan sengaja oleh regim di Myanmar.

Justeru itu, katanya SAMM Wilayah tampil untuk menjayakan sebuah bantahan di hadapan kedutaan Myanmar sekaligus menyerahkan satu memorandum bantahan.


Bantahan dan penyerahan memorandum itu, ujarnya akan diadakan pada 3 Ogos ini di Kedutaan Myanmar, Jalan Ampang Hilir selepas solat Jumaat.

“Semua NGO yang memperjuangkan kemanusiaan dan semua parti politik di dalam negara ini juga diseru untuk bersama membuat bantahan dan turut mengiringi penyerahkan memorandum,” katanya dalam satu kenyataan.

Azmir berkata, ia bukan soal agama tetapi kemanusiaan apabila wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai dan penghapusan etnik Rohingnya.

Di atas nama kemanusiaan, tegas beliau dunia harus memberi tekanan kepada Myanmar agar bertindak menghentikan penghapusan etnik Rohingnya.

Menurutnya, Malaysia lebih lagi dikenali sebagai sebuah negara Islam harus lebih peka dan lebih ke hadapan dalam memberi tekanan yang besar ke atas Myanmar yang juga negara serantau.

Beliau menambah, SAMM Wilayah melihat kewajaran untuk rakyat sendiri untuk turun memberi tekanan kepada Myanmar sekiranya kerajaan Malaysia gagal memainkan peranan.

“Tanpa mengira fahaman agama dan warna kepartian, semua wajib bersama menyertai tekanan ke atas negara Myanmar,” tegasnya.

Sumber : HarakahDaily

Jebat berani : Mungkin tak banyak yang dapat kita bantu saudara seagama kita di Myamar ini.Tetapi setidak tidaknya berdoalah untuk kesejahteraan mereka.Moga moga Allah S.W.T memberikan bantuan agar mereka 'bebas' dari kezaliman  tentera tentera Myanmar ini

Thursday, July 26, 2012

PELUANG CERAH BN MENANG PILIHANRAYA???..SO KASI BUBAR LA KALAU BERANI

Peluang cerah BN menang PRU-13

Mohamed Mustafa Ishak (tiga dari kiri) Syed Arabi Aidid (kiri) Rohana Yusof, Zakri Abdul Hamid (tiga dari kanan), T. Selvakumar dan Fuad Mohd. Jali berbincang secara ringkas selepas Sesi Roundtable Discussion 'PRU13: Malaysia Pilih Siapa? di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 25 Julai - Barisan Nasional (BN) dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 termasuk menawan semula Selangor dan Kedah yang dikuasai pembangkang.

Pengerusi Pusat Kajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Fuad Mohd. Jali berkata, kesimpulan itu dibuat menerusi hasil kajian terhadap 1,400 responden di sekitar Kedah dan Selangor pada Mac dan April lalu.
Menurut beliau, pengundi di Selangor lebih memihak kepada BN manakala sokongan pengundi di Kedah terbahagi sama rata antara BN dan pembangkang.

''Secara keseluruhannya, sebanyak 69.6 peratus responden menyatakan BN akan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan 37.5 peratus yakin BN akan memperoleh majoriti dua pertiga dan 32.1 peratus berpandangan BN mendapat majoriti mudah.

''Di peringkat Parlimen pula, 57 peratus responden menyatakan akan memilih BN dan 54.1 peratus responden memilih BN di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN)," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kajiannya dalam sesi bertajuk 'Prestasi dan Potensi BN di Empat Negeri: Siapa Jadi Pilihan?' pada Perbincangan Meja Bulat bertema 'PRU13: Malaysia Pilih Siapa?' anjuran Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara di sini hari ini.

Selain Fuad, ahli-ahli panel sesi tersebut ialah bekas Rektor UIAM, Prof. Datuk Seri Dr. Syed Arabi Aidid dan Pengarah Koridor Utara UUM, Prof. Madya Dr. Rohana Yusof manakala Ketua Pengarang Berita The Star, T. Selvakumar bertindak sebagai moderator.

Selain itu, tambah Fuad, kajian sama mendapati 76 peratus rakyat berpandangan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah lebih baik berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kata beliau, secara purata 87.4 peratus daripada rakyat yang dikategorikan dalam kumpulan umur layak mengundi menyokong Najib dan Perdana Menteri juga mendapat sokongan daripada 75 peratus kaum Melayu, 69.6 peratus kaum Cina, 71 peratus kaum India, 85.5 peratus kaum Iban dan 84 peratus kaum bumiputera di Sarawak.

''Keyakinan yang tinggi terhadap kepimpinan Najib yang menerajui BN adalah berpunca daripada pelbagai transformasi bersifat populis dan praktikal yang berupaya menarik sokongan semua golongan.

''Antaranya pendekatan yang digunakan ialah media sosial seperti Facebook dan Twitter, konsep 1Malaysia, transformasi politik, petunjuk prestasi utama (KPI), Model Baru Ekonomi (MBE), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Skim Rumah Pertamaku dan program pembangunan luar bandar," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, kata Fuad, kajian sama menunjukkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencatatkan prestasi tercorot dalam kalangan tokoh kepimpinan negeri.
Sementara itu, Rohana ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Perbandingan Prestasi dan Potensi BN Vs Pas di Negeri Kedah' memberitahu, kira-kira 54 peratus rakyat Kedah menolak kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui Pas.

''Ini dapat ditafsirkan menerusi pandangan mereka yang menyatakan kegagalan kerajaan Pas Kedah menunaikan janji-janji yang dibuat pada PIlihan Raya Umum Ke-12. Mereka juga berpandangan Pas kecundang dengan konsep negara berkebajikan yang dijajanya," ujarnya.

Jelas beliau, kajian tersebut turut mendapati UMNO dan BN mempunyai kelebihan untuk merampas Kedah dari tangan Pas dan sekiranya senario itu berlaku, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir menjadi pilihan rakyat sebagai Menteri Besar.

Sumber : AKHBAR PENGAMPU UMNO/BN

Jebat Berani : So???..Apa tunggu lagi..Kasi bubar la kalau berani...Jangan sembang jerk lebey...Tapi takut nak bertindak...Ke nak tunggu Dato Seri Rosmah Mansur bagi 'green light' dulu?...

P/S : Mood tak sabar nak mengundi..Kasi guling UMNO/BN

Wednesday, July 25, 2012

1MALAYSIA SUDAH BIKIN 1MALAYSIA PENING: FARID ISMETH DAKWA ROSMAH PM MALAYSIA???

Farid Ismeth dalam semasa menjelaskan hubungan beliau dengan Rosmah Mansur

Rosmah Mansur dalam temubual di TV3


Jebat Berani : Alahai,ramai betul ramai betul yang nakkan si Rosmah Mansur nie jadi Perdana Menteri Malaysia...Ermm elok jugak rasanya..Dari hanya memainkan watak 'tok dalang' rasanya ada baiknya Rosmah Mansur ambek terus jer jawatan Perdana Menteri nie...Lagi pon Najib Tun Razzak skang sibuk sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Jadi kalau betul Rosmah Mansur menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia,dapatlah Najib Tun Razzak memberikan tumpuan penuh sebagai Menteri pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat.Pastinya Rosmah akan lebih prihatin kepada rakyat bila menjawat jawatan Perdana Menteri ini...

Akhir kata dari aku,TAHNIAH BUAT UMNO/BN kerana telah berjaya mengangkat martabat kaum wanita dengan 'melantik' di kalangan mereka sebagai PERDANA MENTERI Malaysia dan TAHNIAH JUGA BUAT UMNO/BN keprihatinan pemimpin tertinggi mereka yang sanggup memikul tanggungjawab sebagai MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT..TAHNIAH,TAHNIAH,TAHNIAH!!!!....

SKANDAL KGT : POLIS TUTUP KES,BLOGGER UMNO MERAUNG KEHAMPAAN


KOTA BHARU - Polis Kelantan mengesahkan tiada unsur jenayah komersial yang dikaitkan dalam isu penyelewengan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT).

Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang mendakwa KGT terlibat dengan penyelewengan.

“Kita sudah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang dibuat berhubung skandal KGT ini dan hasil siasatan mendapati tiada unsur penyelewengan dan tiada unsur jenayah komersial. Sehubungan itu, polis menutup kes ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini, akhbar tempatan mendedahkan skandal KGT yang dikatakan membabitkan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai kanan syarikat berkenaan.

Pada 6 Julai lalu, gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan dan seorang penulis blog membuat empat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu berhubung dakwaan wujudnya skandal dalam KGT.

Sebelum ini, terdapat tiga laporan polis dibuat berhubung dakwaan salah laku seorang pegawai kanan KGT dan laporan tersebut telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.

Tindakan tersebut dibuat setelah pihak polis mengkaji ke semua fakta dalam ketiga-tiga laporan berkenaan.

Sumber : SINAR HARIAN

Jebat Berani :Akhirnya cuban blogger2 'upahan' UMNO/BN untuk memburukkan kerajaan PAS Kelantan gagal dengan pengesahan pihak polis bahawa  tiada unsur jenayah komersial yang dikaitkan dalam isu penyelewengan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT).

Ternyata bahawa dakwaan ini hanya berniat 'jahat' bagi mencemarkan imej kerajaan PAS Kelantan bagi memberi gambaran kepada rakyat Malaysia bahawa kerajaan PAS Kelantan juga terbabit dengan penyelewengan dan tidak telus dalam mengendalikan amanah rakyat.

Strategi mereka memburukkan kerajaan PAS Kelantan ini adalah untuk mempengaruhi para pengundi menjelang PRU13 nanti.UMNO/BN telah ketandusan idea dalam meraih sokongan rakyat yang dilihat semakin condong kepada Pakatan Rakyat sejak akhir2 ini.Justeru itu mereka mengarahkan blogger2 'upahan' ini untuk merancang pelbagai fitnah demi menjatuhkan imej Pakatan Rakyat.

Akan tetapi mereka lupa..Rakyat tidak akan tertipu selamanya..Dan kebenaran tidak akan dapat disembunyikan lagi.Kini dengan adanya media alternatif rakyat sudah boleh membuat penilaian sendiri yang mana satu benar dan yang mana satu tidak.Rakyat hari ini dilihat semakin berani untuk melakukan perubahan bagi menolak kepimpinan yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagaimana yang diamanahkan.

INFO SUKAN : GUNNERS NYARIS DIBAHAM HARIMAU MALAYA


Harimau Malaya hampir aib Gunners

Azmi (kiri) meraikan jaringannya untuk membolehkan Malaysia mendahului Arsenal.
Azmi (kiri) meraikan jaringannya untuk membolehkan Malaysia mendahului Arsenal

Kuala Lumpur: Kemenangan yang cukup memeritkan! Itulah yang dapat digambarkan kemenangan Arsenal ke atas Harimau Malaya dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Sebaik wisel ditiupkan, kedua-dua pasukan saling mengatur gerakan dengan jentera serangan Arsenal terlebih dulu menguji benteng pertahanan negara menerusi penyerangnya, Marouane Chamakh, namun rembatan derasnya pada minit ke-8 berjaya dibaca dengan baik oleh penjaga gol, Mohd Farizal Marlias.
Rentetan daripada serangan berbahaya itu, corak permainan semakin panas dan pakar sepakan percuma kebangsaan, Safiq Rahim hampir meletakkan pasukan kebangsaan di depan tetapi sepakan lencongnya dari sebelah kanan pintu gol lawan bijak ditepis penjaga gol, Vito Mannone. 


Lebih 50,000 penonton yang hadir terus dihiburkan dengan banyak percubaan bahaya ke pintu gol dan sebaik memasuki masa tambahan separuh masa pertama, seluruh stadium bergegar selepas rembatan tonggak pertahanan, Mohamad Azmi Muslim dari luar kotak penalti terus menerjah gawang Arsenal untuk menjadikan kedudukan 1-0.

Arsene Wenger yang seperti terdesak bagi mengelak daripada diaibkan Harimau Malaya membuat beberapa pertukaran termasuk memasukkan Theo Walcott dan Alex Oxlade Chamberlain.

Bagaimanapun, ia masih gagal menambah sengat jentera serangan The Gunners apabila menemui jalan buntu malah kecekapan Farizal turut menjadi pembantu kepada kekebalan benteng negara.

Pada minit ke-59, harapan peminat tempatan untuk menyaksikan penyerang prolifik negara, Safee Sali meledak gol kedua juga tidak berhasil, sebaliknya keghairahan Harimau Malaya itu hampir memakan diri sendiri namun situasi satu lawan satu antara Benik Afobe dengan Farizal, gagal disudahi penyerang itu untuk mendapatkan gol penyamaan. 
Bagaimanapun, lima minit terakhir menjadi mimpi ngeri buat anak buah Datuk K Rajagobal sehingga menyaksikan kekebalan Farizal mengawal gawang skuad kebangsaan akhirnya lebur pada minit ke-87 apabila Thomas Eisfeld menjaringkan gol penyamaan sebelum Chuks Aneke menjadi wira Arsenal pada minit ke-90, menjadikan keputusan akhir, 2-1.
Sumber : Berita Harian Online
Jebat Berani : Walaupun Harima Malaya kita tewas,tetapi aku berasa amat bangga dan terhibur dengan permainan dan semangat yang ditunjukan oleh para pemain.Para pemain kelihatan lebih berkeyakinan dalam memegang bola dan melakukan serangan.Barisan pertahanan juga mempamirkan displin yang baik ketika bertahan.Manakala pemain di bahagian tengan memperlihatkan kekreatifan mereka mencorak serangan.

Cuma mungkin pertukaran 'terlalu ramai' pemain oleh jurulatih Harimau Malaya K Rajagopal telah mengubah konsentrasi dan corak permainan Harimau Malaya.Jurulatih K rajagopal mungkin mempunyai alasan mengapa beliau melakukan pertukaran ini.
Apa pon syabas dan tahniah buat Harimau Malaya atas semangat juang yang tinggi dan corak permainan menghiburkan yang dipamerkan dalam perlawanan ini.Sekurang kurangnya 'cuak' jugak la para pemain dan jurulatih Arsenal.Mungkin Harimau Malaya terpaksa memberikan kemenangan kepada Arsenal pada perlawanan ini sebab 'risau' tahun depan die orang 'serik' nak datang lagi(hehe gurau je).

ULAMA MUDA UMNO KANTOI FITNAH KETUA PEMUDA PAS



Diatas itu ialah fitnah yang telah dilontarkan oleh salah seorang anggota Ulama Muda UMNO (ILMU), Ustaz Ahmad Fauzan Yahya terhadap Ketua Pemuda PAS.

Beliau tanpa ada rasa segan silu dan takut terhadap dosa sanggup memfitnah Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasharuddin Hassan.

Apa yang tertulis dalam kenyataan di FB miliknya itu ialah beliau terkejut apabila melihat Ketua Pemuda PAS membenarkan dirinya disolek oleh jurusolek perempuan pihak Astro Awani.

Oleh itu beliau mengucapkan tahniah kepada sahabatnya Fathul Bari kerana memilih untuk menyolek diri sendiri kerana bimbang tersentuh dengan wanita.

Tambahnya lagi.. "apa guna memperjuangkan Islam, seandainya hal semudah ini (bersentuh kulit) tidak dapat dijaga, renung-renunkan...."

Dibawah adalah Ustaz yang menyebarkan fitnah itu..


Bagaimanapun fitnahnya itu telah terbongkar dalam masa yang singkat dan lebih memalukan lagi bilamana individu yang membongkarnya adalah seorang yang bukan berugama Islam..

Seorang jurugambar Astro Awani yang bukan berugama Islam telah menyebarkan gambar sebenar apa yang telah berlaku sebenarnya.. 

Ujar juru gambar Astro itu " Sebagai Manusia saya tidak sanggup lagi melihat manusia-manusia yang baik seperti Ustaz Tantawi di tomah dan fitnah oleh manusia-manusia yang jahat ini, sebab itu saya serahkan gambar ini kepada tuan-tuan saya tak kesah kalau saya dibuang kerja oleh pihak Astro. Walaupun saya bukan beragama islam tapi saya tahu Tuhan akan bantu saya. Saya boleh cari kerja di tempat lain."

Ini gambar sebenar...


Siapa sebenarnya yang membenarkan dirinya disolek oleh jurusolek Astro Awani? Ketua Pemuda PAS atau Ketua Ulama Muda UMNO?

Itulah.. nak fitnah tu agak-agak lah...tapi betul ke Ahmad Fausan tu seorang Ustaz? kalau Ustaz tentu dia tahu apa hukumnya menyebar fitnah..

Takkan dia tak tahu Allah telah berfirman..

Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10

Kalau Ustaz sekalipun apa yang kita nak hairankan.. seperti yang ada dalam UMNO sekarang ni seperti Mashitah dan Jamil Khir tu.. berkawan dengan orang-orang UMNO perangai pun dah sama macam pemimpin-pemimpin UMNO..

Baik dari Presiden hingga kepada pencacainya termasuk Blogger upahan mereka fitnah itu dah jadi darah daging mereka..

Kerana nak jaga periuk nasi mereka.. apa saja kehendak Islam yang tak selari dengan kemahuan pemimpin UMNO terpaksa mereka pinggirkan sebab takut tak makan.. contoh yang paling ketara ialah Hukum Hudud.


Baca dan kenyataan Mashitah yang menolak perlaksanaan hukum Hudud dan lihat video beliau memperlekehkan hukum Hudud : rujuk link


Sumber : http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/07/memalukan-fitnah-ulama-muda-umno.html

Jebat Berani : Bagaimana seorang yang diberikan taraf ulama muda sanggup menyebarkan fitnah sebegini rupa di dalam bulan ramadhan??..Apakah beliau sengaja atau tidak sengaja menyampaikan berita yang tidak benar ini. Adakah beliau hanya mendengar kata kata orang yang tidak disahihkan akan kebenarannya?


Jika beliau mengada adakan cerita maka binasalah beliau kerana telah melakukan dosa fitnah yang kita ketahui lebih dasyat dari dosa orang yang membunuh sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Al Quran 




"Dan memfitnah itu lebih buruk daripada membunuh" - Al Baqarah 2:191


Semoga beliau dan kita semua diberikan pertunjuk dan hidayah di bulan ramadhan ini...Insyaallah

Tuesday, July 24, 2012

CUBAAN KOTORKAN BERSIH GAGAL : BERSIH DIBERSIHKAN OLEH MAHKAMAH

Mahkamah putuskan BERSIH entiti yang sah

Hafiz Yatim10:30AM Jul 24 2012

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.

Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

NONEOleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.

Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.

Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

Dalam penghakiman 30-muka surat itu, hakim menyentuh sejarah permohonan yang mencabar keputusan Hishammuddin mengisytiharkan gabungan NGO itu sebuah pertubuhan haram.

Walaupun perisytiharan itu dibuat, tambahnya, pihak berkuasa masih terus bertemu dengan pegawai BERSIH.

"Terdapat rundingan antara pemohon dan responden (kerajaan) mengenai lokasi perhimpunan pada 9 Julai," katanya.

NONE"Ada majlis mengadap ( Yang di-Pertuan Agong oleh) pemohon pertama (pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga, kanan) dan tiada celaan terhadap BERSIH (dalam menjalankan) aktiviti (perhimpunan 9 Julai 2011) seperti yang dijadualkan."

Mahkamah telah mengambil notis kehakiman bahawa Hishammuddin telah membuat suatu pernyataan awam untuk membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan pada 28 April tahun ini.

Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad, yang mewakili responden, berkata Peguam Negara akan diberi taklimat dan untuk arahan selanjutnya.

Azizan serta Peguam Kanan Persekutuan Shamsulbol Hassan, mendakwa bahawa keputusan mahkamah itu menjadikan BERSIH balik ke peringkat asalnya (perlu didaftarkan).

Bagaimanapun, peguam BERSIH, K Shanmuga - yang tampil bersama peguam Tommy Thomas dan Honey Tan - berkata keputusan itu bermakna gabungan itu adalah sah di sisi undang-undang.

"Keputusan menteri dalam negeri adalah tidak rasional kerana, setelah mengisytiharkannya sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara, beliau dan pihak berkuasa telah bertemu dengan pegawai BERSIH," kata Shanmuga.

Ambiga tidak hadir di mahkamah kerana beliau di luar negara.

Pengerusi bersama BERSIH yang juga Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (kiri), ketika ditemui di luar mahkamah berkata: "Proses perundangan ini sepatutnya tidak dijalankan kerana ia membuang masa, tenaga dan dana am.

NONE"Proses ini menyebabkan orang ramai khuatir untuk sokong BERSIH. Org ramai harus ingat bahawa kerajaan masih
menggambarkan
BERSIH sebagai "kotor" di mana perdana menteri telah menyatakan BERSIH telah membahayakan kuota haji yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi
"Kami ingin mengingatkan semua pihak bahawa Hakim Datuk Rohana Yusof telah pun melihat percanggahan dalam tindakan pihak berkuasa (apabila) dalam perbicaraan (pada) 26 Jun, kenapa kerajaan layan permintaan BERSIH untuk adakan perhimpunan tersebut (walaupun ia telah diisytiharkan sebagai haram)," tambahnya.

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/204461

Jebat Berani : Akhirnya terbukti BERSIH adalah bersih dan tidak kotor sebagaimana 'pengotor' 2 yang memerintah di Putrajaya hari ini.Keputusan mahkamah ini merupakan satu kemenangan buat rakyat yang memperjuangkan keadilan dalam sistem pilihanraya di Malaysia.