WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Wednesday, January 6, 2010

1MALAYSIA : LAGI 1 KATAK BE-END


Tidak selesa layanan sebagai ADUN bebas punca Ho Yip Kap sertai BN?
Basiron Abd Wahab

TEMERLOH, 5 Jan: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanah Rata, Ho Yip Kap menyertai Gerakan adalah tindakan yang tidak memberi apa-apa erti kepada beliau dan rakyat negeri ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Syed Hamid Mohamad berpendapat tindakan Adun berkenaan hanya untuk memenuhi hasrat menyertai BN bagi mendapatkan peruntukan dan penghormatan sebagaimana dinikmati Adun BN lain.

Ini kerana amalan demokrasi tempang diamalkan dinegara ini Adun pembangkang tidak diberi ruang untuk menerima peruntukan dan terlibat dalam apa-apa mesyuarat pembangunan kawasan yang diwakilinya.

Adun berkenaan yang merupakan bekas pemimpin MCA dipercayai merasa tidak selesa dengan layanan yang diterimanya sebagai Adun bebas kerana hati dan jiwa adalah BN.

“itu lah sebabnya beliau menaruh harapan selepas menang melalui kerusi bebas, MCA akan menerimanya tetapi MCA enggan menerimanya lalu beliau beralih menyertai parti Gerakan,” katanya ketika di minta mengulas kemasukan Adun Tanah Rata ke dalam BN 2 Jan lalu.

Bagaimanapun, kata Syed Hamid kerusi Tanah Rata itu adalah hak MCA, dan tidak mungkin bagi BN untuk memilihnya bertanding semula sebagai calon BN dalam pilihan raya umum akan datang.

“Sebab itu saya berpendapat, tindakan Adun berkenaan menyertai BN adalah suatu kesilapan besar lebih -lebih lagi sokongan rakyat terhadap BN semakin merosot,” ujarnya.

Dalam pilihan umum 2008, Ho Yip Kap (bebas) bekas pendidik menang dengan majoriti 9,729 mengalah Chai Kok Lim (BN) dan Go Mong Nging (DAP).

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : NAMPAKNYA HO YIP TELAH MELAKUKAN KESILAPAN BESAR APABILA KEMBALI KEPADA BE-END...PILIHAN RAYA UMUM YANG LALU MEMPERLIHATKAN BELIAU DITERIMA PENGUNDI KERANA BERTANDING ATAS TIKET BEBAS BUKANNYA BE-END..

KEMASUKAN HO YIP KE DALAM BE-END MEMUNGKINKAN BELIAU AKAN DITOLAK PENGUNDI PADA PILIHAN RAYA UMUM AKAN DATANG...PENGUNDI YANG TELAH MEMILIH BELIAU PADA PILIHAN RAYA YANG LALU PASTI BERASA TERTIPU OLEH BELIAU APABILA MASUK KE DALAM BE-END...

NAMPAKNYA MAKIN BANYAK KATAK DALAM KERAJAAN P-END '1MONGOLIA'....

No comments:

Post a Comment