WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Friday, January 22, 2010

MINYAK NAIK: BETUL-BETUL ATAU COBAAN??!!

Bersedia untuk naik minyak

Angkasanuri

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan 1Malaysia akan memperkenalkan mekanisme harga baru petrol sebelum bulan Mei ini.

Menurut beliau Majlis Ekonomi Negara akan menentukan sama ada harga petrol akan naik atau sebaliknya. Berdasarkan perkembangan harga semasa di pasaran dunia, harga petrol terus menunjukkan peningkatan.

Jadi pengumuman kerajaan sebelum Mei nanti sudah boleh dijangka, harga minyak akan naik! Kecualilah, kalau betul-betul rakyat didahulukan dan gimik menjadi juara rakyat diutamakan maka harga minyak akan turun.

Bila harga minyak naik maka faham-fahamlah, harga barang akan melambung dan seterusnya inflasi akan meningkat. Tetapi yang peliknya, menteri yang sama kelmarin berkata harga barang dijangka tidak naik lagi selepas ini.

Tak tahulah siapa penasihat ekonomi menteri ini atau menteri ini memang tak belajar bab ekonomi.

Bila harga minyak naik, kita wajar beterima kasih kepada kerajaan 1Malaysia kerana berterusan menjaga kebajikan rakyat agar kita terus berterima kasih dan mengundi parti juara rakyat ini pada pilihanraya umum akan datang.

Maka semua rakyat di negara ini perlu bersiap sedia untuk naik minyak!

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : 'JUARA RAKYAT'.....SLOGAN YANG TAK MEMBAWA SEBARANG MAKNA BUAT RAKYAT...SEPATUTNYA SLAGON INI DITUKAR KEPADA 'JAHANAM RAKYAT'....UM-NO /BE-END NAMPAKNYA SEMAKIN HARI SEMAKIN ANGKUH MENEKAN RAKYAT....MEREKA SEOLAH-OLAH MERASAKAN BAHAWA RAKYAT TIDAK MAMPU MELAKUKAN APA-APA DIATAS PERBUATAN MEREKA INI...

JANGAN RISAULAH WAHAI UM-NO/BE-END....RAKYAT PASTI AKAN 'MENGADILI' KAMU PADA PILHANRAYA UMUM KE-13 NANTI...KETIKA ITU TAK PERLULAH KAMU BERSUSAH PAYAH BERJANJI MANIS DENGAN RAKYAT KERANA RAKYAT SUDAH MUAK DENGAN 'GULA-GULA- UM-NO/BE-END NIE....

No comments:

Post a Comment