WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Monday, November 30, 2009

1MALAYSIA : KEDUDUKANKU DIDAHULUKAN RAKYAT KU TENDANG TERAJANG!!!

DAH LER MCA BERGOLAK DEK [EREBUATAN KUASA..NIE SATU LAGI PARTI KOMPONEN B-END YANG DOK SIBUK NAK BEREBUT KUASA...

MEMANG DAH DASR PARTI -END KOT BEREBUT SANA SINI...MAKLUM LER KALAU ADA JAWATAN SENANG SIKIT NAK BOLOT HARTA RAKYAT..TANAH SANA TANAH SINI,PROJEK SANA PROJEK SINI...YANG PENTING 'AKU KAYA'!!!RAKYAT MISKIN SUSAH PEDULI APA...

KEMELUT YANG MELANDA DALAM PARTI KOMPONEN B-END DILIHAT SEMAKIN TIDAK TERKAWAL..BERMULA DENGAN UM-NONGOK DAN DIIKUTI PULA MIC DAN SEKARANG MCA DAB PPP...MASING-MASING BEREBUT AKAN JAWATAN KERANA YAKIN IANYA JALAN SINGKAT UNTUK MEMENUHI IMPIAN BERGELAR OKB(orang kaya baru)..

KESIBUKAN MEREKA BEREBUT JAWATAN HANYA AKAN MERUGIKAN RAKYAT YANG DIWAKILI MEREKA...KEPENTINGAN RAKYAT MULA TERABAI KERANA MASING -MASING KONONNYA MENGAKU DIRI MASING-MASING PALING LAYAK DAN BERHAK MEMENGANG JAWATAN TERTINGGI...

JAHANAMLAH MALASIA KALAU TERUS DIWAKILI OLEH PARTI SEBEGINI...HARAP-HARAP TIADA LAGI ORANG BEGINI YANG MEWAKILI RAKYAT MALAYSIA DALAM PILIHAN RAYA UMUM AKAN DATANG....

1MALAYSIA : KATAK MARAH PIJAK KATAK

MARAH SUNGGUH 'SIKATAK' APABILA GAMBAR 'ADUN2 KATAK' DIPIJAK OLEH DELEGASI KONVENSYEN DAP PERAK..MAHUNYA TAK MARAH!!KETURUNANNYA DIPIJAK SEDEMIKIAN RUPA....

IBRAHIM KATAK DALAM SATU KENYATAANNYA KEPADA AKHBAR SINAR MENGATAKAN PERBUATAN PENASIAHAT DAP,LIM KIT SIANG SEBAGAI TIDAK BERTAMADUN DAN MENGIKUT EMOSI KERANA MEMIJAK GAMBAR WAKIL RAKYAT YANG MELOMPAT DARI PAKATAN RAKYAT YANG JUGA KETURUNANNYA(kira macam sepupu sepapat ler)

AKU PUN MARAH JUGAK KAT LIM KIT SIANG..PATUTNYA BUKAN 3 EKOR KATAK TUE JERK DIPIJAK GAMBAR..BAPAK KATAK SEKOR NIE PON ELOK KALAU GAMBARNYA DILETAKKAN SEKALI..

NIE LE KALAU NAK TAHU BAPAK SEGALA BAPAK KATAK..BELIAU LER PENGASAS PERTUBUHAN KATAK SEMALAYSIA....DAH BERAPA KALI KUAR MASUK,LOMPAT SANA SINI AKU PON DAH TAK TAHU..NIE LER MANUSIA YANG TAKDE MARUAH DAN HARGA DIRI..ORANG KALAU NAK BERHIJRAH PON SEKALI DAH LER..KALAU LOMPAT PI TEMPAT LAIN TAKPE GAK..NIE LOMPAT-LOMPAT BALIK PAT ASAL GAK...KATAK TUL LER!!!

p/s : maap ler bahasa kasar sikit..marah sangat ngan mamat katak sekor nie...bukan tahu nak berterima kasih kat tok guru terima die jadi bertanding atas tiket pas..dibalunnya plak tok guru...sok-sok mati katak baru tahu...

Sunday, November 29, 2009

1MALAYSIA : RASUAH SUDAH SEBATI DALAM MASYARAKAT!!!


Penulis sempat membelek akhbar Siasah keluaran 22 - 28 November 2009. Terkejut penulis di muka depan akhbar itu dimuatkan laporan Indeks Persepsi Rasuah [CPI].

Amat memalukan kita sebagai rakyat Malaysia kepada dunia, apabila CPI kita jatuh ranking paling teruk dalam CPI dunia.Kita hanya memperolehi 4.5 mata, iaitu di bawah paras 5 mata, berbanding 5.1 mata bagi tahun 2008. Malaysia berada ditangga ke 56 daripada 180 negara yang dinilai dan ke tiga di kalangan empat negara di Asia Tenggara.


Pada tahun 1995, Malaysia telah dinilai pada kedudukan ke 23 di kalangan 41 negara yang dinilai. Ketika itu Malaysia mendapat 5.28 mata. Di kalangan negara Asia, Singapura menduduki tempat terbaik dengan 9.3 mata di tangga kelima, iaitu 0.4 mata di belakang negara terbaik Finland yang mendapat 9.7 mata. Hong Kong memperolehi 8.0 mata di tangga ke-16, Jepun [6.9 mata] di tempat ke-24 dan Taiwan menduduki tangga ke-35 dengan 5.6 mata.

Tanda aras yang digunakan ialah skor CPI yang diguna pakai oleh Transparency Internasional ialah dari 1.0 hingga 10.0. Skor di bawah 1.0 mata merupakan yang skor yang paling terburuk, manakala skor 10.0 mata merupakan yang terbaik. Transparency International adalah sebuah pertubuhan antarabangsa bukan kerajaan yang diasaskan pada 1993 untuk membanteras rasuah dan menggalakkan urus tadbir yang baik. CPI mula diperkenalkan pada 1995 bagi menilai darjah perbuatan rasuah yang dianggap berlaku di kalangan kakitangan awam dan ahli politik.

Kajian CPI dilaksanakan oleh 12 institusi bebas termasuk Forum Ekonomi Dunia dan Bank Dunia.Trend yang dihadapi oleh negara kita amat membimbangkan kerana ia menyerlahkan amalan rasuah telah berakar umbi dalam masyarakat. Kajian menunjukkan sektor politik merupakan sektor yang banyak dicemari dengan amalan rasuah. Rasuah politik diasaskan dan pelopori oleh UMNO untuk mengejar 3K, iaitu kedudukan, kuasa dan kekayaan.

Rasuah di Malaysia amat sukar dihapuskan kerana kerajaan pimpinan tidak keazaman politik yang kuat, hanya sekadar slogan dan angan-angan kosong sahaja. Ikan-ikan bilis sahaja yang kena, jerung-jerung besar yang terdiri daripada kalangan pemimpin UMNO dibebaskan dan dibersihkan oleh SPRM, PDRM, Peguam Negara dan mahkamah.

Ditambah lagi amalan rasuah yang diamalkan oleh UMNO ini telah diterima pakai oleh sebahagian besar masyarakat [terutama orang-orang Melayu yang berotak udang dan tidak mengamalkan Islam sepenuhnya] sebagai satu budaya baru. Contohnya, mana-mana diadakan pemilihan parti dalam UMNO, politik wang wajib wujud. Nama-nama seperti seperti Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka, Isa Samad, ADUN Bagan Pinang, Mohamad Mohd Taib, Rafidah Aziz, Khairy Jamaluddin, ketua pemuda dan ramai lagi adalah senonim dengan amalan politik wang.
SPRM, PDRM dan Peguam Negara hanya lihat sahaja gelagat amalan rasuah politik yang bermaharajalela dalam UMNO. Macam mana amalan rasuah dan menyalahgunaan kuasa hendak dihapuskan kerana para pemimpin hidupanya dikelilingi oleh wang rasuah.Bagi UMNO tafsiran politik wang bukannya RASUAH.

Sebab itu bagi penganut parti rimba dan kuno itu politik wang adalah halal dan rasuah adalah harus. Politik wang dan rasuah dibenarkan dalam UMNO.Kalau masuk UMNO amalan politik wang dan rasuah tidak berdosa. Politik UMNO bukan ada kena mengena dengan agama. POLITIK SUKU AGAMA SUKU. Bermaksud politik tidak boleh campur dengan agama.

Oleh sebab itu, walaupun pada masa yang sama UMNO mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap amalan rasuah, tetapi rasuah terus meningkat dengan rancaknya. Pembelian beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat adalah berunsur rasuah kerana mereka yang belot ini ditawarkan jutaan ringgit dan akan dibebaskan daripada tuduhan rasuah di mahkamah dan kemuncaknya dengan rampasan kuasa di Perak dengan memperalatkan dan memperkudakan istana yang lebih cintakan dunia daripada rakyat.

Rasuah di Malaysia tidak dapat dikawal disebabkan negara ini dipimpin oleh UMNO yang diketuai oleh Najib Tun Razak dan para kabilahnya mengangkat rasuah sebagai satu budaya dalam berpolitik. Saya katakan tadi rasuah dalam UMNO merupakan amalan yang suci, halal dan tidak berdosa [hanya terpakai untuk UMNO dan rakan-rakannya dalam BN sahaja] dan telah diterima umum oleh rakyat.

Tafsiran ini tidak dipanjangkan untuk kemudahan orang lain seperti para permimpin Pakatan Rakyat dan kakitangan awam. Jadi, juak-juak UMNO boleh buat apa saja yang ia mahu kerana kedudukan mereka mengatasi undang-undang negara.

Bagi pemimpin Pakatan Rakyat dan penjawat awam, mereka akan diserang habis-habisan, disiasat, dicari dan diselidiki apa-apa sahaja kesilapan dan kesalahan yang pernah dibuat secara sengaja atau tidak akan dicari sehingga ke lubang cacing, sungguh pun kesalahan tersebut sebesar hama, berbanding apa yang dilakukan para pemimpin UMNO yang bersungguh-sungguh melakukan amalan rasuah, menggunakan kedudukan dan menyalahgunaan kuasa melibatkan nilaian jutaan ringgit, malah ada yang mencapai nilaian berbillion ringgit akan dibiarkan tidak disiasat, kalau disiasat pun hanya sekadar mengikut formaliti sahaja.

Sudah berlori-lori laporan polis dan kepada SPRM [dulu BPR] dibuat berserta dengan bukti-bukti sekali, namun kebanyakannya akan hilang lenyap begitu sahaja dan bagi menunjuk-nunjuk yang ia ada intergriti akan dikeluarkan kenyataan untuk menutup fail dengan alasan ketiadaan bukti kukuh untuk dibuat pendakwaan. Pihak Peguam Negara, polis dan SPRM ingat semua rakyat Malaysia bodoh-bodoh belaka, dengan sehelai kertas bersaiz A4 satu perenggan, mereka harap mereka boleh tutup cerita dan rakyat boleh ditipu bila-bila masa yang dikehendaki.

Kesan dari sikap dauble standard dan diskriminasi ini, maka orang luar menilai kita, kita merapu dan mempermainkan undang-undang untuk menutup amalan kita [baca: pemimpin UMNO] yang mengamalkan rasuah.

SPRM yang ditubuhkan khas berperanan [dari persepsi rakyat] adalah untuk membersihkan UMNO [juga para pemimpinya] daripada sebarang tuduhan mengamalkan rasuah dan menyalahgunaan kuasa. Politik wang dan taburan duit jutaan ringgit serta projek mee segera di setiap kali pilihan raya diadakan [nanti di pilihan raya kecil Kota SiPuteh kita dapat saksikan bersama] tidak dianggap rasuah, malah dianggap sebagai habuan, imbuhan dan telah menjadi tradisi turun-temurun yang perlu dipertahankan.

Di samping itu, SPRM diberi peranan mencari, menyungkil, menyusup, menyamar dan melakonkan watak pencuri bagi merangkap mangsa dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat dan penjawat awam. Di kepala otak para pemimpin UMNO rasuah merupakan kaedah yang paling mudah dan ringkas untuk menapak ke takhta kuasa dan kaedah yang paling sesuai untuk mengumpul kekayaan secara pantas dan cepat tanpa perlu berusaha.

Kesan daripada itu Malaysia tidak ada harapan untuk memperbaiki ranking dalam CPI dunia selagi dasar double standard ini terus dilakukan. SPRM juga akan hilang kredibiliti, tidak dihormati malah dibenci oleh rakyat kerana ia dianggap sebagai proksi UMNO. Setakat ini SPRM gagal dalam misinya [kecuali tindakan terhadap beberapa pemimpin UMNO yang tidak ada nilai, pemimpin Pakatan dan penjawat awam] untuk bertindak tegas tanpa takut terhadap beberapa skandal profil tinggi termasuk kematian mengejut Teoh Beng Hock di ibu pejabatnya sendiri, skandal RM12.5 billion PKFZ, skandal rakaman video Lingam manipulasi badan kehakiman Negara.

Nasihat saya [mewakili golongan rakyat prihatin] kepada SPRM hentikanlah siasatan terpilih yang disasaran terhadap pemimpin Pakatan Rakyat yang berbaur politik , manakala pemimpin UMNO/BNyang mampu memiliki mahligai-mahligai besar dan hidup kaya raya penuh dengan kemewahan tidak tersiasat. Jikalau badan pencegah rasuah utama negara kita tidak dapat memberi jaminan untuk berfungsi secara cekap, telus dan saksama, maka tidak hairan Malaysia terus merosot dan akan menjadi lebih teruk lagi, dalam gejala rasuah.
Malu, malu...malu bagi orang-orang yang ada maruah dan berpegang pada prinsip agama menghadapi keadaan ini, negara bukan muslim dan rakyatnya juga bukan Islam boleh bebas dari rasuah, tetapi kita Negara, Negara Islam, rakyatnya Islam dan para pemimpinnya juga majoritinya Islam boleh menjadikan negara ini negara rasuah.

"UMNO HANCUR, RAKYAT SELAMAT"
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA" "PROTES SAMPAI TURUN"

Sumber : http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=604&mode=thread&order=0&thold=0

Jebat_berani : MEMALUKAN DAN MENGGECEWAKAN.!!!!!

KOLONEL MAT : APA YANG TERSIRAT DISEBALIK UNGKAPAN TOK GURU NIK AZIZ

Tok Guru Nik Aziz (Tok Guru) sekali lagi mencetuskan polemik baru setelah dalam bulan ini berturut-turut beliau diserang dan menyerang. Terbaru kenyataan beliau semasa Majlis Penghayatan Hari Wukuf di PUTIK, pada 26 November 2009 di Pengkalan Chepa Kota Bharu. Selain beberapa kenyataan, yang paling menarik ialah muncul nama "Kolonel Mat" yang ingin menjatuhkan Tok Guru dan Kerajaan Pas Kelantan.

Penulis percaya nama tersebut "wujud" sebagai satu simbol dengan makna yang besar kepada Tok Guru, Kerajaan Pas Kelantan, dan Parti Pas sendiri.Tok Guru selalu membuat kilas bahasa kerana beliau mendalami ilmu mantik dan selalu memakainya sebagai memberi buah fikiran kepada orang sekelilingnya. Sesuai dengan kedudukannya beliau jarang menjual bahasa secara borong agar lahir keupayaan berfikir terutama kepada pendukung Pas.

Di sini penulis amat berminat untuk meneliti dan membahas pemikiran Tok Guru itu, lagipun kenyataan tersebut telah bersambut. Apa yang penulis lihat ialah wujud tiga elemen terhadap "Kolonel Mat".

1. Serangan Peribadi Terhadap Tok Guru dan Keluarga

Umum mengetahui Tok Guru tidak dapat menunaikan haji tahun ini kerana isu tajaan. Selepas itu serangan blogger Kickdefella (Syed Azidi) terhadap menantu Tok Guru di PMBK menyebabkannya terpaksa meletak jawatan. Penulis percaya tuduhan Syed Azidi itu ada kebenarannya walaupun sedikit daripada semua. Adakah Tok Guru sengaja menyembunyikan kesalahan menantunya itu? Penulis tidak fikir bahawa Tok Guru menyembunyikannya kecuali beliau memang tidak tahu.

Tetapi cara Syed Azidi itu seolah-olah ingin memanjangkan cerita melalui internet yang sepatutnya mudah selesai di Kota Darul Naim sahaja. Akibatnya banyak hati yang terluka dalam keluarga itu termasuk Tok Guru sendiri. Dan cerita sensasi itu tersebar sehingga ke dalam poket UMNO.

Apabila Syed Azidi mengakui "Kolonel Mat" adalah ayahnya sendiri, timbul satu persepsi mudah iaitu perbalahan lama kaum keluarga. Sebelah ibu Syed Azidi adalah keturunan Raja Jembal yang juga sama keturunan Tok Guru. Makanya mereka ini adalah satu keturunan, Raja Jembal. Raja Jembal merupakan satu dinasti Raja-Raja seperti juga dinasti-dinasti lain yang terdapat di Kelantan pada suatu masa dahulu.

Pusat pemerintahannya adalah di Kedai Lalat iaitu kawasan kediaman Tok Guru sekarang. Ianya terhapus secara perlahan-lahan setelah muncul keturunan Long Yunus dari Patani yang menjadi Raja Kelantan sehingga ke hari ini.

Dalam sejarah raja-raja, perbalahan keluarga adalah perkara biasa atas sebab-sebab tertentu terutama perebutan takhta. Malah dalam keluarga biasa juga terjadi perkara seperti ini. Penulis tidak ingin menghukum siapa yang benar dan siapa yang salah, tetapi persaudaraan yang jauh akan semakin jauh jika ada walaupun sedikit pertelingkahan. Kadang-kadang walaupun tidak ada pertelingkahan tetapi kerana jarang bertemu seorang jiran tidak akan mesra dengan jirannya.

Apakah Tok Guru ingin memanjangkan pertelingkahan itu (jika ada) yang bermula dari datok atau moyang beliau? Sekali lagi penulis menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini kerana apakah Tok Guru sudah kabur tentang hal ini sedangkan beliau sangat rapat dengan Pencipta Alam. Jika demikian, kenapakah nama "kolonel Mat" disebut?

Inilah kelebihan Fatanah yang ada pada Tok Guru. Tok Guru sedar ahli keluarganya sangat sedih dengan apa yang menimpa mereka terutama Nik Abduh dan Nik Amalina (isteri Arif Fahmi). Nik Abduh dari dulu lagi dilihat rapat dengan Tok Guru dan selalu menulis membela keluarganya jika terdapat apa-apa yang memendungkan keluarga. Nik Amalina pula dengan hati yang hiba menulis membela suaminya itu.

Menyedari hal ini, Tok Guru seperti sengaja ingin mengingatkan dirinya tentang hal itu dan memberi tahu kepada anak, menantu, kaum keluarga dan sanak saudara. Bukan untuk membalas dendam atau memburukkan orang yang telah tiada malah jauh sekali untuk membangkitkan pertelingkahan itu. Apa yang Tok Guru ingin tekankan di sini ialah agar keluarga mereka tidak bersedih dengan apa yang terjadi. Semua ini adalah lumrah dalam kehidupan dan terjadi kepada mana-mana keluarga sekalipun. Dan ayat yang mudah ialah Nabi sendiri mempunyai musuh walaupun di kalangan bapa saudaranya sendiri.

2. Serangan Terhadap Kerajaan Pas Kelantan

Musuh yang nampak bagi Pas Kelantan ialah UMNO tetapi musuh yang tidak nampak terdiri daripada pelbagai jenis manusia termasuk exco, ADUN, dan rakyat Kelantan sendiri. Nama "Mat" ialah sinonim bagi orang Kelantan yang menunjukkan seorang Melayu Islam. Nama yang cantik jadi biasa seperti Ahmad Idris di panggil Mat Yeh, Ahmad Idham dipanggil Mat Daham, dan sebagainya. Kadang-kadang orang Cina Kelantan juga dipanggil Mat pada pangkal nama mereka.

Musuh yang nampak seperti UMNO mudah untuk dikenali dan tidak payah untuk diserang. Musuh yang tidak nampaklah yang selalu membuat kita terperangkap dalam kesamaran. Sejak isu PMBK, Tok Guru diserang kiri dan kanan bukan sahaja daripada UMNO tetapi daripada orang dalam sendiri terutama melalui media internet. Satu isu yang tidak sepatutnya timbul ialah soal pengganti Tok Guru yang dimulai oleh Pesuruhjaya III.

Isu ini menampakkan kelemahan Tok Guru seolah-olah sudah sepatutnya meletak jawatan sedangkan dalam keadaan tertekan itu Tok Guru harus dibantu terutama oleh anak buah beliau. Namun seorangpun tidak memahami hati budi Tok Guru walaupun anaknya sendiri.

Tok Guru seperti keseorangan menyelesaikan masalah yang bermula di PMBK. Selesai sahaja isu ini Tok Guru memulakan serangan ke atas UMNO berkait dengan pemulihan MCA. Penulis melihat ini adalah wajar bagi Tok Guru kembali semula ke permukaan pentas politik setelah ditekan oleh musuh. Untuk menyerang musuh-musuh yang tidak nampak ini Tok Guru menanti saat yang sesuai lalu terkeluarlah perkataan "Kolonel Mat" semasa kenyataan ini di buat.

Apakah sinonimnya pula dengan Kolonel? Usaha-usaha musuh yang tidak nampak ini umpama gerakan bawah tanah yang dibuat oleh tentera. Hanya tentera yang tahu membuat gerakan seperti ini dan sudah tentu tentera-tentera tadi mempunyai kepalanya. Cukup dengan Kolonel sahaja sudah dapat menjalankan gerakan ini yang tidak perlu kepada Jeneral.

Ramai orang dalam di Kelantan yang sudah mencemburui Tok Guru kerana pentadbiran yang bersih dan susah untuk mencari makan. Mereka adalah kepala-kepala parti di setiap peringkat yang sudah terbuai dengan kemewahan. Perkara ini semakin menjadi-jadi setelah Tok Guru menghalang Kerajaan Perpaduan.

3. Serangan Terhadap Pas Pusat

Kekecohan di peringkat Pas pusat terjadi selepas sahaja PRU-12. Muncul irama Kerajaan Perpaduan daripada sebahagian pemimpin lantas memecahkan Pas kepada dua kumpulan. Perkara inilah yang selalu diingatkan oleh Tok Guru sehingga memberi amaran keras kepada Mustafa Ali dan Nasharudin Mat Isa. Namun bergolak semula dengan perangai Pesuruhjaya Pas Selangor sehingga Tok Guru menulis dalam blognya menganjurkan EGM.

Ramai di kalangan pemerhati politik mengenali Leftenan Jeneral Dato' Wan Abu Bakar Omar sebagai ketua Task Force 2010. Para blogger telah mendedahkan kegiatan Task Force ini mempunyai Agenda Melayu antara Pas dan UMNO. Ianya berterusan dan masih menjalankan beberapa strategi yang ramai tidak tahu dan matlamat akhir adalah kejayaan.

Tentera mempunyai pakar stretegi terbaik yang disokong oleh beberapa unit lain untuk menjayakan misi mereka. Kita pernah dengar tentang kejayaan tentera dalam menghapuskan musuh dengan strategi yang hebat.

Inilah yang membimbangkan Tok Guru kerana beliau sedar keupayaannya tidaklah sejauh mana berbanding dengan keupayaan ketenteraan. Oleh itu beliau menghebahkan perkara ini agar semuanya mengambil berat dengan musuh yang di luar jangkaan ini. Sebelum ini tidak ramai yang percaya apa yang dinyatakan oleh para blogger tetapi apabila Tok Guru sendiri membuat kenyataan terbuka maka dengan sendirinya banyak pihak yang membuka mata.
Diharapkan pihak yang ada hubungan dengan Task Force 2010 akan meleraikan ikatan ini secara cepat atau perlahan-lahan.

Tok Guru sudah nyatakan bahawa beliau mempunyai bukti yang sahih dan benar. Oleh sebab itu menjadi tanggungjawab Tok Guru sebagai Mursyidul Am memberi amaran kepada pemimpin, pegawai, dan petugas parti. Ini dilakukan semata-mata untuk menjaga Pas agar tidak berpecah dan musuh pula mengambil peluang. Sudah tentu kenyataan Tok Guru ini adalah untuk menghebahkan kepada ahli-ahli yang mempunyai kuasa memilih pemimpin agar mengetahui sepak terajang politik sebagai perkiraan semasa pemilihan nanti.

Bagi penulis kenyataan "Kolonel Mat" mempunyai maksud tersendiri yang amat mendalam. Sama-sama kita fikirkan.

Sumber : http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=614


Jebat_Berani : SEDIKIT SEBANYAK TULISAN DIATAS HAMBA BERSETUJU..ADA KEBENARAN WALAUPUN IANYA PAHIT UNTUK KITA TERIMA.BERSAMA-SAMALAH KITA MEMPERTAHANKAN TOK GURU NIK AZIZ DAN PERJUANGAN MENEGAKKAN ISLAMYANG DIBAWANYA.

PAS SOKONG LARANGAN KERAJAAN SELANGOR SERTAI BIRO TATA NEGARA

PAS menyokong tindakan Kerajaan Selangor yang telah mengambil keputusan melarang kakitangan awam dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) milik negeri ini daripada mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) berkuat kuasa serta merta.

Ini adalah kuputusan yang bijak. Kursus Biro Tata Negara yang dijalankan selama ini memang tidak mendatangkan faedah dan membazir wang rakyat sahaja.

Biro Tata Negara yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri hanya berperanan untuk indoktrinasi kepada peserta untuk benci kepada parti pembangkang dan menyokong umno/bn sahaja. Modul yang diselit ialah kononnya negara sedang mengalami ancaman perkauman. Kuasa Melayu semakin terhakis.

Ini adalah modal lapuk yang dihidangkan kepada para peserta.Pas juga kesal apabila pensyarah yang hendak mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran MA dan Phd perlu lulus kursus Biro Tata Negera.

Mereka yang tidak sealiran tidak akan mendapat biasiswa walaupun akademik mereka cemerlang dan inilah yang pernah dialami oleh Saudara Ramadhan Fitri Alias bekas Presiden Mahasiswa Universiti Malaya walaupun beliau mendapat kelas pertama dan sijil dekan setiap semester.

Tetapi apabila kursus Biro Tata Negara beliau gagal, kerana tidak memenuhi cita rasa golongan primitif maka beliau tidak layak mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi.

Hj Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat.
27.11.2009

Jebat_berani : HUHUHU HAMBA JUGA PERNAH DIPAKSA MENGIKUTI KURSUS BTN INI.TAPI ALHAMDULILAH,MEREKA TIDAK BERJAYA MENCUCI KEPALA HOTAK HAMBA.MALAH KEPALA HOTAK HAMBA MAKIN KUAT MELAWAN JADINYA.SO MEREKA GAGAL!!!

BTN HANYA ALAT PENYEBARAN DAKYAH UM-NO/BE-END

SIJANGKANG, 28 Nov: Tiada manfaat dan hanya dakyah untuk memesong pemikiran belia-belia semata-mata. Demikian kesimpulan yang dapat dirungkaikan mengenai kursus Biro Tata Negara (BTN).Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan,Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, amat jelas program BTN merupakan alat Umno dalam menyebarkan dakyah kepada belia-belia yang menyertainya.

"Ramai pemimpin dalam kerajaan negeri kini yang pernah menyertai malah mengendalikan BTN dan daripada maklum balasnya kita yakin tiada manfaatjelas program sebegitu,"jelasnya semasa ditemui Harakahdaily di lokasi majlis korban di Dun Sijangkang sebentar tadi.

Disebabkan itu katanya, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk tidak lagi membenarkan 'anak-anak buah'nya menyertai kursus-kursus yang dianjurkan di bawah BTN.Dalam pada itu, Dr Ahmad juga menjelaskan bahawa, kerajaan negeri sendiri telah memperkenalkan programnya tersendiri dalam memastikan pembinaan modal insan para belia di negeri Selangor melalui program SPIES (Spiritual, Physical, Intellectual,Emotional, Social).

"Kita telah lama wujudkan dan memang terbukti memberikan kesan yang baik berbanding dengan program-program seperti BTN,"katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri Selangor melarang penyertaan kakitangan kerajaan negeri dan pelajar di institusi pengajian tinggi miliknya hadir di program anjuran Biro Tatanegara (BTN).Menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali,keputusan yang berkuatkuasa serta-merta itu dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri susulan desakan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat di Selangor yang mendakwa program kendalian biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu membangkitkan sentimen perkauman.

Empat buah pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan negeri itu: Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Kolej Antarabangsa INPENS dan Institut Kemahiran Yayasan Selangor.Selain menghentikan penyertaan pelajar, seperti didesak, keputusan itu turut meliputi kakitangan kerajaan negeri dan pegawai semua anak syarikat kerajaan itu, tambahnya.

Dalam satu sidang media di Shah Alam baru-baru ini, Dr Halimah menyifatkan program BTN sebagai "indoktrinasi kerajaan (pusat) BN untuk menimbulkan fenomena yang agak racist (perkauman) seolah-olah ingin memecah belah penduduk pelbagai bangsa dan agama."

"Rata-rata (peserta BTN) termasuk anak saya sendiri, mereka kadang-kadang dibekalkan dengan buku kecil yang mengandungi pelbagai perkara yang menimbulkan kebencian kepada (pihak) yang dikatakan pembangkang kepada kerajaan Malaysia,” kata wakil rakyat PAS itu.

"Oleh kerana ia tidak memberi satu perkara yang positif, tambahan pula kepada minda yang begitu muda ini, maka kita rasa ia tidak perlu dan menghabiskan wang rakyat."

Minggu lalu, sekumpulan wakil rakyat muda tiga parti dalam Pakatan menulis surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat desakan demikian.ADUN-ADUN yang terlibat: Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (PKR-Rawang).

Sumber : Harakah Daily

Jebat_berani : UM-NONGOK/BE-END NAMPAKNYE SEMAKIN TERDESAK MENGGUNAKAN PELBAGAI CARA BAGI MENPENGARUHI RAKYAT UNTUK MENYOKONG MEREKA.SEBELUM INI MEREKA SERING KALI MENGAITKAN PAKATAN RAKYAT MEMPERGUNAKAN KANAK-KANAK DAN REMAJA SEKOLAH DALAM SESUATU KEMPEN ADA ACARA.

NAMUN KINI SEBALIKNYA MEREKA PULA YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT.BTN BUKAN SAHAJA BERSIFAT PERKAUMAN TETAPI JUGA MEMBAZIR WANG RAKYAT KERANA PROGRAM YANG DISEDIAKAN TIDAK BENAR-BENAR MEMBERI KESAN KEPADA PESERTANYA.

PROGRAM INI HANYA MENJADI AGENDA POLITIK UMNONGOK/BE-END SERTA MEREKA-MEREKA YANG MEMPUNYAI KEPENTINGAN DARI SUDUT PELABURAN DALAM PROGRAM INI.PROGRAM INI PERLU DIBERHENTIKAN DAN DIGANTIKAN DENGAN PROGRAM YANG LEBIH JUJUR DAN BERKESAN.

TOK GURU NIK AZIZ DITERIMA SEMUA KAUM

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, tiada siapa dapat menyangkal Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat seorang pemimpin yang memerintah dengan bersih, beriman dan budiman.

Katanya, pandangan tersebut turut dikongsi oleh orang bukan Islam bukan saja di Kelantan tetapi di seluruh negara.

"Bagi bukan Islam pun menganggap beliau seorang yang bersih dan mempunyai keutuhan integriti dan kerana itu beliau layak menjadi pemimpin. Hakikatnya Kelayakannya itu tidak ada yang dipertikaikannya.

"Orang bukan Islam tidak keberatan untuk menerima Tok Guru (Nik Aziz) kerana beliau sudah membuktikan dirinya seorang yang berintegri berakhlak tinggi dan bermoral," kata Tan Seng Giaw kepada Harakah.

Beliau berkata, mereka percayakan Tok Guru Nik Aziz kepada nilai-nilai yang termaktub dalam al-Quran iaitu seorang yang adil, jujur tanpa mengira kaum, warna kulit dan kawasan.
Malah katanya mereka percaya sepanjang 20 tahun Mursyidul Am PAS itu memerintah Kelantan beliau berjaya menolong semua kaum.

Ujar Tan Seng Giaw lagi, berdasarkan asas tersebut Tok Guru Nik Aziz diterima sekali pun tanpa modal dan hasil dari Kerajaan Pusat.

Katanya, dalam keadaan yang sedemikian Menteri Besar itu boleh kekal memerintah lebih dua dekad dengan berkesan walaupun tanpa peruntukkan dari Kerajaan Pusat.

Tan Seng Giaw yang juga anak jati Kelantan berkata, Tok Guru Nik Aziz tidak menerima rasuah dan tidak mementingkan diri sendiri tetapi mengutamakan rakyat dan negeri Kelantan.

"Itulah yang istimewanya, beliau berpolitik untuk berkhidmat bukan untuk personal dan sebagai seorang ahli politik beliau memberi sumbangan dan berkhidmat untuk rakyat bukan menjadi ahli politik untuk mengaut keuntungan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kepong.

JEBAT_BERANI : TIADA SIAPA YANG BERANI DAN BOLEH MEMPERTIKAIKAN KENYATAAN DIATAS.MANA-MANA KITA PERGI KITA BIASA MENDENGAR AKAN RASA HORMAT DAN KAGUM PELBAGAI KAUM TERHADAP KESEDERHANAAN HIDUP TOK GURU NIK AZIZ WALAUPUN BERGELAR MENTERI BESAR KELANTAN.

SIKAP KETERBUKAAN BELIAU TANPA MENGIRA KAUM SANGAT-SANGAT DIKAGUMI.INI MENJADIKAN BELIAU SEBAGAI CONTOH MEMTERI BESAR YANG MENCERMIKAN PERPADUAN BERBILANG BANGSA.

ANCAMAN WABAK SPR DALAM DEMOKRASI MALAYSIA!!!

"SPR sudah terbukti sebagai 'orang suruhan BN'. Tak perlu disangkal dan tak perlu juga nak m'pertahankan. Semua orang telah tahu. Jelas dan nyata dan bukan andaian semata-mata.Apa saja alasan yang diberikan, sukar untuk SPR menafikannya kerana tindak-tanduknya cukup jelas memihak kepada BN dan bukannya badan yang bebas.

Nasiblah demokrasi Malaysia yang dilihat bersih tetapi tercemar teruk oleh penguasa BN yang bermaharajalela. Lebih-lebih lagi hadirnya SPR sebagai diharap berada di pihak yang bebas, tetapi sejak akhir-akhir ini tak ubah sebagai pembawa wabak berbahaya kepada rakyat yang cintakan negara demokrasi tulen.

Penyakit yang dialami demokrasi negara bukan sekadar boleh dengan menelan 'panadol' tetapi ia lebih berat sehingga perlu dirawat segera secara pembedahan major. Apa yang perlu wabak SPR perlu dicegah, dipisah dan saki bakinya dibakul sampah serta dimusnah..!Tidak tertanggung rasa derita apabila wabak ini menyerang negeri Perak pada mulanya.

Kisahnya apabila speaker Siva gagal diperakui suratnya kepada SPR tentang melompatnya 3 ADUN PR kepada BN. Musnahnya kerajaan PR di Perak kerana wabak SPR. Kalau tak ada wabak ini, tentunya kerajaan Perak masih sihat segar dan bugar.

Terkini, wabak SPR melanda di Kedah apabila seorang ADUN yang pemalas dan ponteng untuk hadir mesyuarat. Cara yang sama juga terjadi apabila surat speaker DUN Kedah juga dipersoalkan oleh SPR. Meskipun speaker Kedah berjaya diperakui mahkamah akan tindakannya, tahu-tahu wabak SPR berjaya juga menangguhkan dalam hujung waktu diterima rayuannya.

Tak tahulah kita apa lagi yang akan terjadi selepas ini. Dalam beberapa siri PRU dan PRK, SPR memainkan peranan penting dalam memastikan BN terus berkuasa. Dari senarai daftar pemilih, sehinggalah ke sempadanan semula pilihanraya, SPR kerap membuat hal yang membuat rakyat Malaysia menjadi pening.Rayat Malaysia akan terus pening dan terus mederita selagi ada SPR. SPR pasca TS Abdul Kadir Talib (almarhum) jelas menjadi wabak yang berbahaya.

Menjelang 2010 demokrasi Malaysia wajar diberi suntikan vaksin diharap agar SPR bukan sesuatu yang membahayakan sebaliknya suruhanjaya yang dimuliakan. Semoga menjelang PRU-13, SPR yang baru perlu diletak terus di bawah telunjuk ke Bawah Duli YDP Agong / parlimen Malaysia dan bukan di bawah ketiak BN."

Sumber : http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=599&mode=thread&order=0&thold=0

Jebat_Berani : KALAU TAK NAK JUGA LETAK SPR DIBAWAH DULI YDP AGONG DAN PARLIMEN MAAYSIA,LANTIK JERK TERUS SPR SEBAGAI SAYAP KANAN PARTI UMNONGOK/BE-END.TAK PUN DAFTARKAN SEBAGAI PARTI POLITIK..TAKDE ORANG NAK DAKWA DAKWI LAGI SPR TAK BERLAKU ADIL.DAH MEMANG TAK PERNAH ADIL!!!!

ADNAN YAAKOB TEBANG BALAK TANPA KELULUSAN EIA

KUANTAN, 26 Nov [4.30 pm] - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh melahirkan kebimbangan dengan sikap tidak bertanggungjawab Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) yang meluluskan aktiviti pembalakan di negeri itu tanpa melalui Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

“Saya nak tunjukkan peta, ini adalah kawasan yang telah diluluskan untuk pembalakan dalam tempoh setahun setengah di Pahang yang melibatkan dua hutan simpan, Dia punya total ialah 42 ribu ekar atau 17 ribu hektar secara total tetapi ianya dipecahkan kepada kompartmen-kompartmen yang diluluskan kurang daripada 500 hektar maksudnya tidak perlu EIA. Dan mereka melanggar sistem tanpa membuat Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). Ia terlepas dari kerajaan negeri tetapi apabila kita petakan, ia kelihatan seperti ini," katanya.

Ujar Fuziah, tindakan tidak bertanggungjawab ini akan mengakibatkan hutan yang sepatutnya menjadi tempat tadahan air menjadi gondol dan menyebabkan kejadian banjir lumpur dan banjir kilat.Malah menurut Fuziah, sekiranya tiada kawalan yang sewajarnya dilakukan, bandar Kuantan yang kecil berbanding dengan kawasan pembalakan tersebut mungkin akan tenggelam akibat bencana alam yang tidak dijangka.

“Saya tahu, negeri Pahang memang ada masalah dari segi penguatkuasaan dan inilah masalahnya yang akan menimpa di Pahang. Jadi, setakat ini kerajaan negeri memberitahu saya ianya tidak mungkin akan berlaku," katanya.

Namun ujar Fuziah, meskipun kerajaan negeri menafikan tindakan mereka itu, Fuziah mempunyai bukti keterlibatan kerajaan negeri dalam meluluskan kompartmen-kompartmen yang berjumlah 17 ribu hektar. “Tapi di sini, saya ada surat kelulusan daripada Jabatan Perhutanan Pahang, mesyuarat exco dan sebagainya dan total semuanya ada di sini. Daripada Oktober 2007, Oktober 2008 dan Mac 2009. Luluskan sedikit demi sedikit dan kini menjadi sebegitu banyak," katanya.




Apa yang berlaku ini sungguh mengejutkan dan tidak masuk akal sama sekali. Masih kita ingat lebih 8,000 rakyat Pahang di Kuantan terpaksa bergelumang dengan banjir besar gara-gara pembalakan yang tidak mengikut EIA ketika itu.

Perkara ini biarpun tidak diumumkan, namun senatero dunia sudah tahu iaany berpunca daripada aktiviti pembalakan yang melanggar syarat. Namun, kenapakah ia dibiarkan terus berlaku lagi sekarang ini.

Apakah kerajaan negeri sudah terlalu kemaruk untuk mendapatkan wang segera, lantaran membenarkan kawasan seluas itu diluluskan tanpa melalui mesyuarat Exco dan EIA?. Tambah mengejutkan, kawasan yang diluluskan itu dipercayai turut diserahkan kepada Mentiga Corporation Sdn Bhd yang telah kami dedahkan dulu tentang operasinya yang sudah "bankrap".

Bukankah, ini menimbulkan prasangka buruk dikalangan rakyat Pahang. Justeru itu, rakyat diminta bertenang dan yakinlah bahawa perubahan harus dilakukan dalam pilihanraya umum akan datang jika tidak mahu negeri ini terus muflis dan dilanda masalah

LELONG-LELONG : KERAJAAN SELANGOR BELI RUMAH PPRT YANG DILELONG BANK BAGI MEMBANTU RAKYAT

Kerajaan Negeri Selangor akan membeli unit-unit rumah Projek Perumahan Rakyat Tempatan (PPRT) yang akan dilelong bank sekiranya hutang-hutang sewa tidak dapat dilangsaikan dalam tempoh terdekat.

Menurut Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Perihatin, Dr. Xavier Jayakumar, isu ini sedang dibincangkan oleh kerajaan negeri untuk mencari jalan membantu penghuni-penghuni PPRT di Selangor.

Xavier berkata, ini berikutan daripada gesaan bank kepada kerajaan negeri supaya bertindak menyelesaikan hal ini.Katanya, bank akan melelong rumah-rumah tersebut sekiranya penghuni tidak dapat menjelaskan sewa dalam tempoh tertentu. Bagaimanapun, kerajaan negeri dalam usaha untuk mendapatkan jumlah tunggakan yang sebenar.

"So dalam mesyuarat Exco kita telah bincang isu ini dan mungkin kita akan adakan satu program baru dimana kita akan minta bank-bank ini bila rumah-rumah ini yang dibiarkan dan tidak dibayar, mereka kena beritahu dengan kerajaan dulu berapa ramai rumah dia, siapa yang beli, siapa tak boleh bayar dan nak lelong untuk berapa".Beliau berkata demikian kepada media dalam satu majlis di Klang, hari ini.

Menurut Dr Xavier, setelah kerajaan negeri mengambilalih, pinjaman penghuni-penghuni, maka pihaknya akan mengatur semula pinjaman penghuni-penghuni PPRT dan akan mengurangkan kutipan sewa jangka panjang sebanyak RM150 sebulan."Kita punya cadangan, belum lagi pasti, tapi cadangan kita ialah negeri beli rumah ini semua. Sebab kita yang mulakan program ini dan kita akan hadir program ini. Dan kita katakan rumah-rumah ini untuk orang miskin," katanya.
Walaubagaimanapun, cadangan ini masih dalam perbincangan kerajaan negeri. –Hadri Yaziz.

Jebat_Berani : SATU USAHA YANG MURNI DAN PATUT DIJADIKAN CONTOH KEPADA SEMUA KERAJAAN NEGERI.NAMUN BEGITU KAJIAN TERPERINCI HARUS DILAKUKAN BAGI MEMASTIKAN TIADA SEBARANG KELEMAHAN YANG AKHIRNYA BOLEH MERUGIKAN KERAJAAN NEGERI DAN SECARA TIDAK LANSUNG MENJEJASKAN KEWANGAN KERAJAAN NEGERI.

KEMELUT MCA : PENYOKONG LIOW UGUT KELUAR PARTI

Anggota jawatankuasa pusat (CC) MCA yang menyokong naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai berikrar untuk meletak jawatan bagi mendesak supaya pemilihan baru pucuk pimpinan parti itu diadakan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, Liow berkata, 13 daripada anggota CC yang dipilih, telah menandatangani surat peletakan jawatan tidak bertarikh dan sedang menunggu masa yang sesuai untuk menyerahkannya kepada parti.

Tiga belas anggota CC yang menyokong naib presiden MCA itu, turut menghadiri sidang akhbar tersebut seleps sesi taklimat kepada perwakilan parti itu di ibupejabat MCA hari ini.Tetapi mereka perlu meyakinkan tujuh lagi daripada 30 anggota CC - bagi mendapatkan jumlah satu pertiga - bagi memaksa pemilihan baru dapat diadakan.

Awal pagi ini, lebih 1,600 penyokong Liow meluluskan satu deklarasi di sesi taklimat khas hari ini, menggesa pucuk pimpinan parti itu membenarkan pemilihan baru diadakan bagi menyelesaikan krisis parti.

Menurut mereka, krisis itu dianggap berpunca daripada kegagalan pucuk pimpinan parti untuk menerima dan melaksanakan resolusi mesyuarat agung tergempar (EGM) pada 10 Oktober lalu.Liow berkata beliau dan penyokongnya berharap pemilihan baru dapat diadakan dalam tempoh 60 hari.


Katanya, apabila peletakan jawatan dibuat, pihak parti mesti mengadakan pemilihan baru bagi jawatankuasa pusat dalam tempoh 30 hari seperti yang ditetapkan oleh perlembagaan parti.

Menurut Liow, kata sepakat telah dicapai dengan puak yang menyokong presiden Datuk Seri Ong Tee Keat dan penyokong timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa pemilihan baru adalah penting.

Liow bagaimana tidak bersedia untuk menyatakan sama ada Ong dan Chua bersetuju atau tidak, atau sekurang-kurangnya telah dimaklumkan mengenai cadangan pemilihan diadakan dalam tempoh 60 hari.


Liow berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin banyak terbabit dalam membantu menyelesaikan krisis MCA dan meminta pemberita merujuk kepada Muhyiddin.

Satu halangan kepada usaha puak Liow itu adalah mesyuarat agung (AGM) parti pada 5 Disember ini, yang mereka harap dapat ditangguhkan supaya pemilihan baru dapat diadakan sewaktu AGM pada tarikh kemudiannya.

Liow berkata tidak timbul soal perundangan untuk menangguhkan AGM tahun ini - dengan mengadakan dua AGM dalam satu tahun - kerana Umno telah pernah berbuat demikian dengan kebenaran Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Semalam, ketua penerangan MCA, Heng Saei Kee berkata parti itu tidak menangguhkan AGM pada 4-5 Disember dan mendakwa mereka yang mendakwa ia ditangguhkan, berniat untuk menimbulkan kekeliruan.


Para pemerhati berpendapat, puak Liow berusaha supaya pemilihan baru parti itu diadakan segera untuk memanfaatkan gelombang tidak pua hati terhadap Ong.

Manakala Ong pula mahu pemilihan itu diadakan selepas pertengahan tahun depan untuk memberinya masa meminda sistem pemilihan parti, bagi meluaskan jumlah pemilih, yang tidak terhad kepada 2,400 perwakilan sahaja.


Sumber : Malaysiakini
Jebat_Berani : NAMPAK GAYANYA MAKIN BERSERABUTLAH PARTI MCA KALI NIE..PUAK-PUAK YANG BERKEPENTINGAN SALING BERUSAHA MENCAPAI MATLAMAT MASING-MASING MELALUI CARA YANG MEREKA FIKIRKAN BETUL..DAN MUHYIDDIN YASSIN PULA DILIHAT CUBA MENJADI HERO UNTUK MENYELESAIKAN KEMELUT YANG MELANDA MCA.
NAMUN MUHYIDDIN LUPA BAHAWA PARTI BELIAU SENDIRI TIDAK MAMPU BELIAU URUSKAN DENGAN BAIK TETAPI CUBA PULA NAK MENYELESAIKAN MASALAH YANG MENIMPA MCA..JANGAN JADI BERUK YANG CUBA MEMBAIKI LABU SUDAH LE...

DUN PERAK DIBUBARKAN?


TITI SERONG,28 Nov: Cawangan PAS digesa bersiap lebih awal untuk menghadapi kemungkinan pembubaran DUN berdasarkan kemelut suasana politik Perak yang tidak menentu.Demikian antara penegasan ADUN Titi Serong yang juga Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim semasa memberi taklimat Pembubaran DUN Perak untuk Cawangan PAS Parit Kasa di sini semalam.

"Sejak BN merampas kuasa pada Februari yang lepas, saya ingatkan kepada Jentera PAS bahawa BN telah melakukan sesuatu untuk menghadapi Pilihanraya, kerana itu jentera parti PAS juga mesti melakukan sesuatu juga,"jelasnya sambil memuji langkah proaktif yang dilakukan oleh cawangan tersebut dan wajar dicontohi oleh cawangan PAS di DUN Titi Serong dan seluruh negeri Perak.Hadir sama dalam taklimat itu ialah Ketua Cawangan dan Ajk Cawangan tersebut dengan petugas pilihan raya di kalangan pemuda cawangan yang terletak dalam DUN Titi Serong tersebut.

"Usaha yang dilakukan oleh BN termasuklah mempergunakan badan-badan seperti Suruhanjaya Pilihan raya,"kata Drs. Khalil.Beliau juga mengharapkan cawangan perlu mengadakan sesuatu dan program tertentu seperti pergerakan jentera lebih awal seperti culaan undi dan pendaftaran pemilih yang baru.

"Pemuda perlu memeriksa setiap rumah penyokong PAS di cawangan dan memastikan kalau masih ada pengundi yang belum didaftarkan, kerana cawangan boleh tahu masalah ini berdasarkan pemeriksaan yang teliti yang dilakukan oleh cawangan," jelasnya lagi.

Tambahnya,PAS dan pakatan Rakyat perlu ada jentera yang kuat untuk menghadapi pilihan raya apalagi berdepan dengan BN yang mempergunakan sepenuhnya jentera kerajaan yang ada."Kemelut politik yang berlaku tidak akan dapat diselesaikan dengan perbicaraan di Mahkamah dan persidangan DUN...hanya pembubaran DUN yang mampu memyelesaikan krisis ini," tegasnya.

Sumber : Harakah Daily

Jebat_Berani : BUBAR,BUBAR...BUBAR DUN DUN PERAK!!BUBAR,BUBAR...BUBAR DUN PERAK!!

Saturday, November 28, 2009

'KOLONEL MAT' : SANG DURJANA YANG CUBA MENJATUHKAN TOK GURU NIK AZIZ

Tok Guru Nik Aziz: Konspirasi ‘Kolonel Mat’ mahu jatuhkan saya



KOTA BARU, Nov 28 — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa konspirasi untuk menjatuhkan beliau daripada jawatan pentadbiran negeri dan dalam PAS sudah lama dilakukan oleh pihak tertentu.Malah Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS percaya bahawa seorang bekas pegawai tentera terbabit di sebalik konspirasi tersebut.

Bagaimanapun beliau, Pesuruhjaya PAS Kelantan enggan mendedahkan dalang di sebalik konspirasi tersebut tetapi hanya menamakan seseorang yang hanya dikenali sebagai ‘Kolonel Mat’.“Usaha ini bukan baru, usaha selama-lamanya. Kita parti serupa berniaga...buka kedai A hendak jatuh kedai B dan kedai B hendak jatuh kedai A.“Saya bawa parti Islam, kita ada Ibrahim Libya, kena bunuh dan masa 13 Mei dulu ramai tok guru kena Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ini cerita lama. Saya sebut nama semalam (Kolonel Mat) pasal ini barang sah dan sahih,” kata beliau di sini semalam..

Bagaimanapun beliau yang dipetik Utusan Malaysia enggan mengulas lebih lanjut mengenai polemik yang timbul termasuk isu siapa bakal penggantinya.Nik Aziz ketika berucap pada Majlis Penghayatan Hari Wukuf di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di sini kelmarin mendakwa sudah ada konspirasi untuk menjatuhkan beliau sebagai Menteri Besar dan daripada kerajaan PAS Kelantan.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata Nik Aziz tidak sepatutnya ditekan untuk menamakan penggantinya dan semua kenyataan pemimpin PAS mengenai perkara itu mesti dihentikan.“Jangan paksa Tuan Guru mencadangkan penggantinya. Beliau tentu mempunyai perkiraan, perhitungan dan kebijaksanaan sendiri untuk memilih masa yang sesuai untuk mencadangkan siapa penggantinya,” kata beliau.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyifatkan tindakan berbalas-balas kenyataan mengenai perkara itu secara terbuka di dalam media memberi tekanan kepada Tuan Guru menamakan penggantinya sebagai Menteri Besar Kelantan.

Walaupun tindakan menyuarakan pandangan mengenai perkara itu adalah hak demokratik masing-masing, kata beliau, tetapi berbalas-balas kenyataan sesama sendiri mengenai perkara itu secara terbuka di dalam media boleh mengakibatkan implikasi yang lain.

“Lebih dari itu, semua pihak jangan membelakangi tertib organisasi di dalam PAS.“Dari segi peraturan berorganisasi di dalam PAS, Tuan Guru atas sifatnya sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan boleh mencadangkan nama penggantinya kepada dan di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk dipertimbangkan.

“Begitu juga, ahli-ahli mesyuarat yang lain di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat juga boleh mengemukakan cadangan untuk dipertimbangkan.“Tetapi, dari segi kaedah berjemaah di dalam PAS, keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang dipilih oleh muktamar,” kata beliau dipetik Harakah Daily.


Jebat_Berani : SIAPALAH MANUSIA DURJANA YANG TERGAMAK MENJATUHKAN TOK GURU NIK AZIZ??!!APAKAH 'ORANG-ORANG' INI DIUPAH ATAU MENPUNYAI MATLAMAT PRIBADI DALAM POLITIK PAS??!!INGATLAH WAHAI 'SIDURJANA'!!!JANGAN SAMPAI KAMU DIPERSOALKAN DIAKHIRAT KELAK KERANA MENJATUHKAN KEPIMPINAN ULAMAK!!!!

HENTIKAN BICARA SOAL PENGANTI TOK GURU NIK AZIZ!!!!

KUALA LUMPUR, 28 Nov: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak sepatutnya ditekan untuk menamakan penggantinya dan semua kenyataan pemimpin PAS mengenai perkara itu mesti dihentikan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Jangan paksa Tuan Guru mencadangkan penggantinya. Beliau tentu mempunyai perkiraan, perhitungan dan kebijaksanaan sendiri untuk memilih masa yang sesuai untuk mencadangkan siapa penggantinya," kata beliau.

Mahfuz menyifatkan tindakan berbalas-balas kenyataan mengenai perkara itu secara terbuka di dalam media memberi tekanan kepada Tuan Guru menamakan penggantinya sebagai Menteri Besar Kelantan.

Walaupun tindakan menyuarakan pandangan mengenai perkara itu adalah hak demokratik masing-masing, kata beliau, tetapi berbalas-balas kenyataan sesama sendiri mengenai perkara itu secara terbuka di dalam media boleh mengakibatkan implikasi yang lain.

"Lebih dari itu, semua pihak jangan membelakangi tertib organisasi di dalam PAS."Dari segi peraturan berorganisasi di dalam PAS, Tuan Guru atas sifatnya sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan boleh mencadangkan nama penggantinya kepada dan di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk dipertimbangkan.

"Begitu juga, ahli-ahli mesyuarat yang lain di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat juga boleh mengemukakan cadangan untuk dipertimbangkan."Tetapi, dari segi kaedah berjemaah di dalam PAS, keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang dipilih oleh muktamar," katanya.

Bagaimanapun, kata Mahfuz, pandangan dan hasrat Tuan Guru sebagai pemegang jawatan itu kini dan lebih dari itu sebagai Mursyidul Am biasanya diberi keutamaan untuk dipertimbangkan oleh mesyuarat tersebut.Mahfuz juga menjelaskan, setiap kali PAS mendapat kerusi majoriti di mana-mana negeri selepas pilihan raya, nama orang yang mendapat kepercayaan parti untuk menjadi Menteri Besar di kemukakan oleh Presiden PAS kepada Sultan negeri yang berkenaan.

"Presiden PAS pula mengemukakan nama tersebut kepada Sultan yang berkenaan setelah dipersetujui oleh mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat,"kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz meminta semua pihak agar memberikan kepercayaan kepada Tuan Guru untuk memilih masa yang sesuai bagi mencadangkan penggantinya sebagai Menteri Besar Kelantan dan juga kepada mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat untuk mempertimbangkan cadangan beliau dan membuat keputusan mengenainya.

"Saya yakin semuanya akan berjalan dengan lancar mengikut tertib berjemaah dan berorganisasi di dalam PAS," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Sumber : Harakah Daily

Jebat_Berani : HENTIKAN SEGALA PERBUATAN UNTUK MENDESAK TOK GURU NIK AZIZ MELETAKKAN JAWATAN DAN MENAMAKAN PENGANTI MENTERI BESAR KELANTAN JIKA ANDA BENAR-BENAR AHLI PAS YANG YANG YAKIN AKAN KEBENARAN YANG DIPERJUANGKAN SELAMA INI.

TOK GURU BUKANLAH SEORANG YANG TAMAKKAN HARTA DAN JAWATAN.BELIAU PASTI AKAN MENAMAKAN PENGANTINYA APABILA DIFIKIRKANNYA SESUAI.BUAT MASA SEKARANG BIARLAH TOK GURU MENJALANKAN TANGGUNGJAWABNYA TANPA DIGANGGU.

HAMBA YAKIN MAJORITI RAKYAT KELANTAN MASIH MAHUKAN TOK GURU NIK AZIZ MEMERINTAH NEGERI KELANTAN.KEPADA MEREKA YANG BUKAN RAKYAT KELANTAN SILA TUTUP MULUT ANDA DARI MENDESAK TOK GURU NIK AZIZ MELETAK JAWATAN.

JIKA MALAYSIA INI TIADA UNDANG-UNDANG SUDAH PASTI HAMBA JEBAT BERANI AKAN MENGAMUK KEPADA MEREKA YANG CUBA MENJATUHKAN TOK GURU.BUKAN HAMBA TAKSUB DENGAN TOK GURU.TETAPI HAMBA SANGAT-SANGAT YAKIN BAHAWA BELUM ADA YANG BENAR-BENAR LAYAK MENGANTIKAN TOK GURU NIK AZIZ BUAT MASA INI.

HAMBA TIDA MAHU PENGANTINYA NANTI MEROSAKKAN SEGALA KEBAIKAN YANG TELAH TOK GURU LAKUKAN UNTUKK NEGERI KELANTAN.KEPADA TOK GURU HAMBA POHON AGAR TIDAK TUNDUK PADA DESAKAN MEREKAN YANG 'MABUKKAN' KERUSI MB KELANTAN.TERUSKAN PERJUANGAN DAN MEMERINTAH NEGERI KELANTAN KERANA KAMI RAKYAT KELANTAN SETIA BERSAMA TOK GURU..

KAUKUS PETROLEUM : BILA TPM LUPA HAK RAKYAT!!!

Muhyiddin ingin gagalkan tuntutan royalti - HUSAM

Mohd Nor Yahya


KOTA BHARU, 27 Nov: Kesanggupan Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai Kaukus Parlimen berkaitan isu petroleum di negara ini sepatutnya mendapat sokongan dari semua pihak tanpa mengira parti kerana beliau adalah orang paling kanan dalam pentafsiran undang-undang yang berkaitan petroleum yang dikendalikan oleh Petronas.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,Kewangan dan Kebajikan Dato’Husam Musa ketika ditemui dimajis penyampaian sumbangan kewangan kepada warga Dun Salor di Surau berhampiran rumah beliau hari ini.

Menurut Husam,tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ingin menghalang Ku Li daripada mengetuai Kaukus Parlimen tersebut adalah semata-mata ingin menggagalkan tindakan Kelantan yang ingin menuntut royalti dari Petronas.

“Kaukus Parlimen yang ditubuhkan bukannya untuk kepentingan parti tetapi ia adalah satu tindakan bersama ahli parlimen tanpa mengira parti dalam sesuatu isu yang membabitkan parlimen dan dalam hal petroleum ini ia amat bertepatan kerana ia dibentangkan di parlimen sebelum ini”ujar beliau.

Sebelum ini pihak pembangkang juga sering bersama kerajaan dalam sesuatu isu yang berkaitan negara dan juga luar negara seperti dalam isu menentang kezaliman Israel terhadap Palestin,bantuan bencana alam dan sebagainya.Husam juga berharap selain dari Ku Li yang menyertai Kaukus Parliemen ini,wakil-wakil rakyat dari negeri lain yang terlibat dalam isu petroleum juga patut menyertainya kerana ia melibatkan hasil sesebuah negeri.


Menyentuh tindakan Muhyiddin yang mengganggap Ku Li melanggar prinsip BN,Husam berkata ini tidak timbul kerana Kaukus Parlimen sememangnya melibatkan semua ahli Parlimen dan Muhyiddin boleh dianggap tidak menghormati institusi Demokrasi Berparlimen.

Sebelum itu,Husam telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada 32 penerima dalam kategori sumbangan sosio –ekonomi kepada Armalah,Orang Kurang Upaya dan mangsa kebakaran dengan melibatkan RM 14 ribu yang telah mendapat kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Kota Bharu.

Husam berharap dengan sumbangan tersebut mereka yang menerima akan menjadikan ia sebagai modal untuk membuat sesuatu perniagaan secara kecil-kecilan dan sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha esok, beliau ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam.

Sumber : Harakah Daily

Jebat_Berani : TPM TIDAK SEHARUSNYA MENGHALANG TENGKU RAZALEIGH HAMZAH DARI MENYERTAI KAUKUS PARLIMEN BERKAITAN ISU PETROLEUM MALAH SEPATUTNYA TURUT MENGAMBIL BAHAGIAN BAGI MENCERMINKAN SIKAP KETERBUKAAN BELIAU SESUAI DENGAN PRINSIP 1MALAYSIA YANG SERING DILAUNGKANNYA.

KAUKUS PETROLEUM INI TIDAK SEHARUSNYA DIPOLITIKKAN MEMANDANGKAN IANYA ADALAH KEPENTINGAN RAKYAT YANG MANA NEGERI MEREKA MENPUNYAI HASIL MINYAK.DAN TPM SEHARUSNYA MENDAHULUI KEPENTINGAN RAKYAT DARI POLITIK SEMPITNYA.

TINDAKAN TPM MENGHALANG KU LI DARI TERLIBAT DENGAN KAUKUS AKAN HANYA MENJATUHKAN KREDIBILITI BELIAU SEBAGAI TPM UNTUK RAKYAT MALAYSIA.SEORANG TPM MALAYSIA TIDAK SEHARUSNYA MENGAMALKAN POLITIK YANG MEMIHAK HANYA KEPADA SATU-SATU PARTI SAHAJA.

TINDAKKAN MENGHALANG KAUKUS INI JUGA MEMPERLIHATKAN USAHA TPM BAGI MENGGAGALKAN TUNTUTAN ROYALTI MINYAK YANG SEMEMANGNYA MENJADI HAK BAGI SETIAP NEGERI YANG MEMPUNYAI HASIL MINYAK DAN SEKALIGUS MENAFIKAN HAK RAKYAT.....

NIK ABDUH : JANGAN LARANG NIK AZIZ LETAK JAWATAN JIKA MASANYA SUDAH TIBA

Anak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap tiada pihak yang yang melarang ayahnya meletak jawatan jika beliau berhasrat berbuat demikian "kerana ayahanda telah tua dan keletihan".

"Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan," tulis Nik Abduh Nik Aziz dalam blognya semalam..

"Jika tidak, saya akan memanggilnya, 'Wahai si bodoh!', tulis Nik Abduh Nik Aziz yang juga exco Dewan Pemuda PAS pusat.

Tulisan Nik Abdul itu menyemarakkan lagi spekulasi mengenai kemungkinan berlakunya peralihan kuasa dalam barisan kepimpinan di Kelantan. Nik Aziz yang juga mursyidul Am PAS, memegang jawatan menteri besar Kelantan sejak 19 tahun yang lalu.

Sebelum ini, terdapat cadangan supaya Nik Aziz menamakan bakal penggantinya lebih awal supaya tidak timbul kekalutan apabila tiba masanya beliau melepaskan jawatan.Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, proses peralihan yang lebih panjang secara terancang dapat memastikan kestabilan dalam parti.

Bagaimanapun, exco Kanan negeri, Datuk Husam Musa, antara yang disebut-sebut sebagai pengganti Nik Aziz pula dilaporkan tidak berhasrat dan tidak mahu namanya dikaitkan dengan perkara itu.Satu lagi nama yang disebut-sebut, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang juga timbalan pesuruhjaya PAS negeri.

Beliau yang baru pulang daripada perkhemahan Pemuda PAS di Sepang baru-baru ini juga akur terhadap desas-desus peletakan jawatan yang mengocak politik Kelantan mahu dinafikannya sebelum ini.Katanya, melalui kiriman SMS yang diterimanya, terdapat juga ura-ura peletakan jawatan seorang pemimpin kesayangan Nik Aziz.Dalam artikel panjang berjudul 'Abdul Ariffahmi Abdul Rahman – Moga Awan Berarak Lalu', Nik Abduh mempertahankan bekas ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu yang didakwanya tidak harus dibiarkan bersendirian mempertahankan diri.

Beliau dilihat menyerang balas bekas pegawai perhubungan korporat PMBK, Syed Aziz Syed Abdul Aziz yang dipecat Abdul Ariffahmi pada 11 November lalu dan kemudiannya mendedahkan di blog dakwaan salah urus menantu Ni Aziz itu.Nik Abduh menyifatkan tulisan Syed Azidi - penulis blog Kickdafella itu - sebagai "hukuman melalui tulisan" dan "sama seperti hakim yang menghukum dalam keadaan mabuk kedarah arak terlarang.

"Nik Abduh - yang sebelum ini yang mencetuskan kontroversi apabila mengkritik sesetengah pembantu Nik Aziz sebagai "ulama mi celup" - kini dilihat konsisten mengulanginya."Saya tahu mereka tidak menyetujui pelantikan (Abdul) Ariffahmi. Tetapi mereka telah berusaha untuk membantu menjadikannya harapan yang terlangsai buat ayahanda.

"Tetapi ada yang tidak begitu. Ada yang hanya berusaha untuk membersih diri sendiri dan meninggalkan ayahanda dalam perangkap dan kekeliruan.Nik Abduh juga mengumumkan hasranya melepaskan semua jawatan politik dan ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu bermula tahun depan bagi "membuka buku baru".

Sumber : Malaysiakini

Jebat_Berani : TIDAK AKAN ADA YANG AKAN MENGHALANG TOK GURU NIK AZIZ DARI MENYATAKAN HASRATNYA UNTUK MELETAKAN JAWATAN WALAUPUN PASTI ADA YANG MENANGISI KEHILANGAN TOK GURU NIK AZIZ..

KERANA KITA SEMUA FAHAM...SUATU HARI PASTI TOK GURU NIK AZIZ AKAN 'BERSARA' JUA DARI JAWATAN MB KELANTAN.KALAU TIDAK KERANA FAKTOR KESIHATAN PUN KERANA MEMBERI PELUANG KEPADA 'ORANG BARU' MENGAMBIL ALIH PEMERINTAHAN NEGERI KELANTAN.

CUMA YANG MENJADI PERSOALAN ADALAH,SUDAH ADAKAH MEREKA YANG MAMPU MEMERINTAH PALING TIDAK SEBAIK TOK GURU??MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB DENGAN JUJUR DAN AMANAH TANPA ADA KEPENTINGAN PRIBADI SEBAGAIMANA TOK GURU??JIKA TIDAK ADA APA PERLU TOK GURU MELEPASKAN JAWATANNYA??

JANGAN HANYA KERANA DESAKKAN MEREKA YANG INGIN MELIHAT TOK GURU JATUH MAKA KITA MENDESAK DAN MEMBENARKAN TOK GURU MELETAK JAWATAN.HAMBA TIDAK BOLEH MENERIMA JIKA INILAH SITUASINYA..CINTA HAMBA BUKAN SAHAJA KEPADA TOK GURU NIK AZIZ SEBAGAI ULAMA TETAPI HAMBA JUGA CINTAKAN PERJUANGANN YANG DIBAWA OLEH TOK GURU..

MCA : AGM AKAN TETAP DIADAKAN!!!

AGM MCA tetap diadakan pada 4 Dis


Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MCA akan diadakan pada 4 dan 5 Disember ini seperti yang dijadualkan, kata Pengerusi Biro Penerangan dan Komunikasi MCA Senator Heng Seai Kie hari ini.

Menjelaskan kekeliruan yang timbul, Heng dalam satu kenyataan berkata tiada langsung rancangan untuk menjadualkan semula AGM dengan menundanya ke satu tarikh yang lain.

"Ibu pejabat MCA menerima banyak pertanyaan sama ada mesyuarat agung tahunan MCA yang dijadualkan pada 4 dan 5 Disember akan ditunda.

"Saya dengan ini menegaskan bahawa AGM bagi tahun 2009 akan berlangsung seperti yang dijadualkan iaitu 4 Disember untuk Pergerakan Pemuda dan Wanita MCA manakala 5 Disember bagi MCA induk," katanya.Heng, yang juga anggota Jawatankuasa Pusat MCA, berkata sebarang cadangan bagi AGM itu ditunda hanya bertujuan untuk mengelirukan semua perwakilan pusat dan memecahbelahkan parti.

Katanya dakwaan penundaan AGM itu tidak benar dan mereka yang melakukan dakwaan itu tidak bertanggungjawab kerana meletakkan parti dalam situasi bahaya dan boleh mengakibatkan MCA dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Heng menyeru semua perwakilan pusat MCA supaya tidak mengendahkan cakap-cakap politik seumpamanya dan menghadiri AGM seperti yang dijadualkan demi kepentingan perpaduan parti.Beliau berkata notis untuk mengadakan AGM telah dikeluarkan mengikut perlembagaan MCA.

Sumber- Bernama

Jebat_Berani : NAMPAKNYA MAKIN PARAH LER PARTI MCA DAN SEKALIGUS KESANNYA AKAN MENJANGKITI BE-END.NAK BUAT MACAM MANA BILA DAH KEPENTINGAN PRIBADI MENJADI AGENDA UTAMA MAKA TIMBUL LER POLITIK CATAS MENCATAS..

KEKALUTAN INI PADA PANDANGAN HAMBA HANYA BOLEH DISELESAIKAN DENGAN MENGADAKAN SEMULA PERMILIHAN PARTI.HANYA DENGAN CARA ITU SAHAJA PEMIMPIN YANG BENAR-BENAR MENJADI PILIHAN AHLI PARTI MCA AKAN LAYAK MENJAWAT JAWATAN DALAM MCA.

NAMUN BEGITU,PEMILIHAN SEMULA JUGA ADA RISIKONYA.SELAIN DARIPADA AKAN BERLAKUNYA PERUBAHAN DALAM PARTI MCA,APA YANG PALING DIBIMBANGI ADALAH GEJALA POLITIK WANG.INI SEMESTINYA AKAN BERLAKU KERANA SETIAP CALON AKAN CUBA MENDAPATKAN SOKONGAN UNTUK MEMENANGI PEMILIHAN.

DAN JIKA PEMILIHAN SEMULA INI BENAR-BENAR BERLAKU,SPRM HARUSLAH MENGAMBIL PERHATIAN YANG SERIUS BAGI MENGELAKKAN BERLAKUNYA POLITIK WANG.JANGAN HANYA TAHU NAK SIASAT PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT SAHAJA.

PERALIHAN KUASA : TAK PERLU KALUT-MALUT

Peralihan kuasa di Kelantan tidak perlu disegerakan kerana menteri besar Datuk Nik Aziz Nik Mat masih sihat dan mampu menguruskan pentadbiran kerajaan dengan baik, kata timbalan menteri besar, Datuk Ahmad Yakob.

"Perkara ini tidak berbangkit. Ia tidak perlu dicerita dan disegerakan. Sekarang ini kita lihat Tok Guru (Nik Aziz) pun masih sihat. "Perjalanan pentadbiran kerajaan negeri pun berjalan dengan baik," katanya.

Beliau yang disebut-sebut sebagai calon pilihan bagi menggantikan Nik Aziz - Diminta mengulas spekulasi berterusan terhadap peralihan pucuk kepimpinan kerajaan Kelantan.Sebelum ini, terdapat cadangan supaya Nik Aziz menamakan bakal penggantinya lebih awal supaya tidak timbul kekalutan apabila tiba masanya beliau melepaskan jawatan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, proses peralihan yang lebih panjang secara terancang dapat memastikan kestabilan dalam parti.Bagaimanapun, exco kanan negeri, Datuk Husam Musa, antara yang disebut-sebut sebagai pengganti Nik Aziz pula dilaporkan berkata, Ahmad lebih lanyak menggantikan Nik Aziz.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Ahmad berkata, pandangan dan cadangan beberapa pihak berhubung perkara itu hanyalah pendapat peribadi semata-mata.Mengulas mengenai nama-nama yang sering dispekulasikan itu pula, Ahmad hanya berkata:"Semua orang ada keistimewaan masing-masing.

Kalau amanah, (beliau) akan boleh bawa (mentadbir). Tidak ada sebab perkara ini (peralihan kuasa) untuk disegerakan."Walaupun disebut-sebut sebagai calon pilihan, Ahmad berkata beliau "tidak terfikir" lagi berhubung perkara itu."Masing-masing patut buat kerja masing-masing. Apabila sampai masanya, patah tumbuh, hilang berganti," katanya.

Sumber : Malaysiakini

Jebat_berani : HAMBA RASA ISU SIAPA BAKAL MENGANTIKAN TOK GURU NIK AZIZ PERLU DIHENTIKAN SEGERA.ISU INI HANYA AKANMENGUNTUKAN UM-NO/BE-END SAHAJA.APA YANG PERLU KITA LAKUKAN SEKARANG ADALAH MENGUATKAN JENTERA PARTI AGAR BERSEDIA MENGHADAPI SEGALA MACAM ANCAMAN DARI PIHAK YANG INGIN MELIHAT PAS HANCUR.

KEBELAKANGAN INI ISU DALAM PARTI TELAH MENJADI PERBAHASAN SECARA TERBUKA.INI KERANA SESETENGAH PIHAK DILIHAT CUBA MERAIH PUBLISITI DENGAN MEMBERI KOMEN DAN ULASAN YANG AKHIRNYA MENGUNTUNGKAN PARTI LAWAN..

HAMBA YAKIN APABILA TIBA MASANYA TOK GURU AKAN MELANTIK PENGANTI YANG DIFIKIRKANNYA LAYAK.SELAGI MANA TOK GURU MEMERINTAH KELANTAN,SEMUA RAKYAT KELANTAN SEHARUSNYA BERDIRI TEGUH MENYOKONG PENTADBIRAN TOK GURU.

1MALAYSIA : MB NOGORI BANYAK DUIT WOOO!!

BNM siasat pemindahan RM10 juta oleh MB NS



Bank Negara (BNM) sedang menyiasat seorang pengurup wang tempatan yang didakwa terbabit dalam pemindahan RM10 juta ke London oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 2008.BNM mengesahkannya semalam tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan.

"Sebagai sebahagian daripada prosedur siasatan, pihak bank akan memaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan hasil siasatanya yang di luar bidangkuasa Bank Negara untuk tindakan mereka selanjutnya.

"Sebaik sahaja siasatan siap, BNM akan merujuk perkara itu kepada pejabat Peguam Negara," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, pengarah strategi PKR, Tian Chua mendakwa Mohamad mungkin telah melanggar undang-undang pembankan negara kerana didakwa memindahkan RM10 juta melalui seorang pengurup wang.


Tian Chua juga mendedahkan bahawa Mohamad telah menggunakan perkhidmatan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd untuk memindah
kan wang tersebut ke London.

Semalam, BNM berkata Salamath Ali telah melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998 dan lesennya telah dibatalkan pada 26 Oktober.

Mohamad yang juga ADUN Rantau, menjadi sasaran pembangkang sewaktu sidang dewan undangan negeri yang sedang berjalan.Bagaimanapun, beliau enggan memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Wakil rakyat pembangkang juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat perkara itu.

Sumber : Malaysiakini

Jebat_Berani : HERAN SUNGGUH HAMBA DARI MANA DATANG DUIT SEBANYAK ITU??!!RASANYE GAJI SEORANG MB TAKDE LE SEBANYAK TUE...DAN RASENYA KALAU DIKUMPULKAN GAJI MB NOGORI TUE SELAMA 5 TAHUN PON BELUM CUKUP DENGAN JUMLAH YANG DIKIRIMKAN KE LONDON...

HAL INI HARUS DISIASAT DENGAN RAPI..DAN SPRM JANGAN DOK PELUK TUBUH SAHAJA..JANGAN HANYA KES-KES YANG MELIBATKAN PAKATAN RAKYAT SAHAJA YANG MEREKA DOK SIBUK...HAMBA PERCAYA SELURUH RAKYAT NOGORI BEGITU BERHARAP AGAR HAL INI DISIASAT DENGAN TELITI...

Friday, November 27, 2009

LUAHAN HATI SEORANG ISTERI MANGSA PUAK TALIBARUT UMNONGOK

( Perosak & Pemfitnah )
BERIKUT ADALAH LUAHAN HATI SEORANG ISTERI YANG MANA SUAMINYA DIFITNAH..BELIAU BANGKIT MEMBERI PEMBELAAN KEPADA SUAMINYA DAN MENYATAKAN SOKONGAN YANG TAK BERBELAH BAGI TERHADAP SUAMINYA YANG TELAH DIANIAYA OLEH MEREKA-MEREKA YANG BERSIFAT 'KEBINATANGAN'..HAMBA MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN RASA KAGUM YANG TAK TERHINGGA DENGAN KEBERANIA DAN SIKAP TABAH YANG TELAH DITUNJUKKAN OLEH SEORANG ISTERI BERNAMA 'NIK AMALINA BT NIK ABD AZIZ'..SIKAP YANG HARUS DICONTOHI SETIAP PARA ISTERI TERHADAP SUAMINYA..

Salam Ukhuwah,

Hampir empat hari berlalu…ujian yang cukup mencabar bagi kami…InsyaAllah kami tanamkan semangat bahawa ujian ini ada hikmahnya buat kami. Sehinggalah ke saat ini kami masih mampu menjalani kehidupan sepertimana biasa, masih boleh bergelak ketawa bersama anak-anak dan juga tetap bersembang bersama Tok Guru dan Bonda tersayang, serta berborak mesra bersama adik-beradik yang lain daripada kedua-dua belah pihak, yang tentunya tidak pernah keputusan memberi kata-kata semangat juang buat kami serta doa yang berpanjangan buat kesejahteraan kehidupan kami sekeluarga. Terima kasih untuk kalian!

Isu ini sedikit sebanyak mengundang kesedihan dikalangan kami sekeluarga. Ia mampu menjadi satu isu yang membuatkan kami semua membincangkannya dari pelbagai sudut. Walaupun kami sedih, kami tetap tenang. Kami tidak perlu berduka berlama-lama, kami harus bangun! Kami ingin bangun membuktikan kebenaran! Langkah kami belum mati, kami akan sentiasa maju ke hadapan! Datangnya kami dari keluarga yang dimuliakan, dan sesungguhnya kami tidak sesekali rela keluarga kami dihina.

Alhamdulillah, saya mempunyai sebuah keluarga yang matang. Semuanya tenang dalam mengharungi suasana laluan yang sukar ini. Kami dididik, selain ditarbiah baik bahawa jangan sesekali berbuat jahat, malah berusahalah untuk sentiasa berbuat kebaikan. Ia adalah sesuatu yang konsisten antara kehidupan di dunia menuju ke akhirat. Ayahanda sentiasa berdoa dan mengajar kami supaya mendoakan agar ‘jadikanlah kami semua imam kepada orang-orang yang bertaqwa’. InsyaAllah…

Apabila saya menjengah dunia, ditakdirkan saya berada dalam sebuah keluarga yang dikenali ramai. Saya memang bertuah kerana hampir memiliki segala-galanya di dalam kehidupan dunia ini, tapi semuanya adalah secara bersederhana. Saya seorang yang cintakan kedamaian, dan sesungguhnya onar yang berlaku dalam isu ini sungguh menjerut rasa di hati saya. Jiwa saya sentiasa menuntut untuk berbuat kebaikan, mungkin kerana ia hasil dari didikan kedua ibubapa saya, malah dengan akal yang sudah cukup sifatnya di usia saya sekarang, saya sentiasa cuba untuk tidak mencalit arang kepada kedua ibubapa saya yang masyhur itu. Kadangkala datang juga rasa ketidakadilan berlaku dalam kehidupan ini, namun belajarlah menerima hakikat bahawa, dalam kebertuahan itu masih ada kecacatannya.

Saya hidup didalam sebuah keluarga yang sering sahaja diuji. Dari sekecil-kecil ujian sehinggalah ke sebesar-besar ujian. Ia bergerak seiring dengan waktu saya membesar. Hari ini giliran saya pula menerima ujian yang hebat ini. Ia begitu mengasak fikiran kerana kelihatan mampu menguasai dunia realiti dan maya.

Saya tahu saya bukan bersendirian menghadapi ujian ini. Saya dan suami punya ‘pasukan’ yang kuat untuk menyokong kami dari mana-mana sisi sekalipun. Apa yang penting, kami tahu Allah swt hanya memberikan ujian ke atas hamba-hambaNya mengikut kemampuan hambaNya itu. Barangkali ia suatu ‘alarm’ kepada kami agar kami kembali muhasabah diri dalam meniti hari-hari yang berlalu dan juga yang mendatang. Mungkin ini saat terbaik dalam kehidupan kami, untuk kami terus merendahkan jiwa kami kepada Maha Pencipta kami, untuk kami menginsafi diri, lantas menitis air mata yang kadang-kala kami lupa untuk menghulurkan keikhlasan kami kepada Mu ya Allah…Pinta kami semoga Tuhan tidak pernah memandang enteng kepada kami walau dalam keadaan bagaimana pun keadaan kami ini. InsyaAllah…

Tatkala kita semua menghampiri saat-saat bahagia menghampiri Hari Raya Korban, jiwa saya turut tersentuh mengenangkan ada situasi yang perlu dikorbankan. Ia bukanlah situasi yang mudah, tapi bukanlah sukar untuk saya menerima pengunduran suami saya, Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman dari jawatan CEO PMBK beberapa hari yang lalu. Saya menerimanya dengan hati yang tenang walaupun sedikit kecewa dengan situasi yang tidak memihak kepadanya.

Saya tetap optimis mengharapkan bahawa masih ada sinar yang akan menyelubungi kami sekeluarga. Walaupun ia sebuah memori yang pahit, saya tetap menerimanya dengan lapang hati. Namun terselit di jiwa saya rasa terkilan bahawa masih ada manusia di dalam kelambu PAS yang begitu rakus membaham sesama sendiri sehingga sanggup melukakan hati seorang tua yang juga Mursyidul Am PAS, merangkap Menteri Besar Kelantan, merangkap Tok Guru yang disayangi segenap lapisan masyarakat, yang tentu-tentunya beliau adalah Ayahanda saya yang tercinta. Jauh di sudut hati saya, sesungguhnya saya tidak rela ia terjadi begitu namun saya tetapkan pendirian bahawa yang terjadi itu ada hikmahnya dan barang tentu kita hanya merancang, sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik!

Dalam menghadapi kemelut ini, ramai sahabat-sahabat yang telah menghubungi saya bertanyakan khabar berita. Ada yang sekadar menghantar sms, ada pula yang sanggup melambungkan bil handphone mereka dengan bersoal-jawab bersama saya, tidak kurang yang sanggup datang ke rumah untuk mendengar saya ‘berceramah’. Paling saya hargai ada sepasang suami isteri dari Terengganu yang sanggup langsung ke rumah saya demi untuk mencari kebenaran. Pada waktu itu mereka semua menyatakan sokongan padu bahawa kami berada di pihak yang benar!

Hati saya tetap lapang meniti hari-hari yang penuh cabaran. Dalam menyusuri kemelut ini, saya dan suami sering berbincang kemungkinan-kemungkinan yang mungkin kami akan hadapi nanti. Walaupun begitu, kami tidak merancang apa-apa dan kami tiada perancangan ke atas kemungkinan-kemungkinan itu kerana kami masih optimis kami sentiasa di pihak yang benar. Namun siapa tahu kebenaran itu boleh tertimbus oleh kebatilan yang terancang!

Bukan sedikit kesan negatif yang terpaksa kami terima dari kemelut yang terancang ini. Perancangan kejahatan ini telah menemui titik noktahnya yang pertama! Namun saya tahu perancangan jahat ini masih belum menemui titik noktah penyudahnya!

Saya sentiasa bersedia menjadi sayap kanan kepada suami tercinta. Selagi saya yakin dia berada di pihak yang benar saya tetap akan padu menyokongnya. Bukan hanya dia yang membina keyakinan saya, namun saya masih ada keluarga yang jitu memperteguhkan kebenaran yang tercipta.

Saya sentiasa ada untuk menyokong segala gerak kerja suami saya dalam membangunkan negeri Kelantan yang tercinta ini. Saya sentiasa mahu menyuntik semangat kepada dirinya untuk bergerak maju menongkah arus membina kekuatan baru bagi negeri Kelantan ini. Saya sentiasa di sisinya untuk memberi idea yang terbaik dalam segala aspek kehidupan kami.

CEO

Hari ini suami saya masih CEO PMBK. Bagi saya pencapaiannya sungguh memberansangkan. Ia sebuah pencapaian yang boleh dibanggakan kepada keluarga kami. Kami semua mengalu-alukan pencapaiannya itu. Namun siapa tahu akhirnya dia mampu dijatuhkan oleh satu fitnah yang terancang hebat.

Pada suatu hari dia memaklumkan kepada saya bahawa ayahanda telah melantiknya ke jawatan CEO. Saya mengucapkan tahniah. Apabila ada luang masa untuk berbicara dengannya saya mengingatkannya bahawa ini adalah suatu amanah yang besar. Bukan hari itu saja saya mengingatkanya, tapi sering! Saya sendiri mahu dia menjadi seorang CEO yang berjaya. Saya mahu dia sentiasa di landasan yang betul dan benar. Saya mahu dia dihormati kawan mahupun lawan. Bukan niat saya untuk menyibuk perihal kerjayanya, tapi saya tahu kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku kerana saya tahu apa itu politik!

Pelantikan suami saya ke ‘kerusi panas’ PMBK adalah daripada sokongan ayahanda tercinta. Saya bersetuju untuk suami memberi persetujuan kepada ayahanda menerima jawatan itu selepas hampir empat kali ayahanda menyuarakannya dalam tempoh setahun yang berlalu. Pada saat itu, saya pasti kelayakan dan kewibawaan suami saya adalah menjadi titik penentu ayahanda memilih dia untuk menerajui takhta PMBK.

Siri perlantikan ke ‘kerusi panas’ ini bukan berlangsung sebulan dua, namun ia memakan masa selama setahun dua. Apabila namanya dicadangkan oleh ayahanda, saya memberi nasihat untuk dia memikirkan semasak-masaknya. Saya meyakininya bahawa, terima jika berkemampuan, dan tolaklah jika ia suatu amanah yang tidak mampu digalas. Perasaanya ketika itu bersimpang-siur. Saya sentiasa disisinya untuk sebarang pandangan yang sihat, menerima amanah bukan seperti mendapat habuan yang indah, itulah ingatan saya kepadanya. Akhirnya dia memilih untuk menjawab ‘YA!’. Saya meyakini diri bahawa dia adalah calonnya untuk jawatan panas itu. Keluarga turut menyatakan sokongan. Dalam tempoh mendokong amanah besar itu saya akur kepada kehebatannya dan saya tahu dia boleh menjangkau impian besar ayahanda dalam menerajui bumi Kelantan ini.

Kami menjalani kehidupan seperti biasa walaupun selepas suami saya digelar CEO. Saya tetap berfungsi sebagai seorang suri kepada sebuah rumahtangga dengan menjalankan tugas-tugas rutin saya. Kadangkala kami berkunjung ke rumah ayahbonda. Ada masanya kami berbincang, apa saja isu yang terluah di meja makan yang kami panggil ‘persidangan meja bulat’. Tiada apa yang pelik selepas perlantikan itu, sekadar isu yang telah kami jangkakan, ada yang tidak bersetuju dengan perlantikan itu! Kami tetap juga bersabar menghadapi hari-hari mendatang.

Segala kemungkinan yang mungkin berlaku hasil dari perlantikannya itu telah cuba kami hadap bersama. Apa yang pasti kami sedar bahawa fitnah akan sentiasa mengekori kami setiap masa. Kami cuba untuk membuat yang terbaik. Saya yang sentiasa optimis tidak pernah memikirkan bahawa suatu hari nanti dia akan kecundang. Saya sentiasa berkeyakinan bahawa apa yang baik akan dibalas baik. Saya sentiasa menyokongnya untuk berbuat segala jenis perkara kebaikan, bukan setakat kerana kebaikan itu adalah baik, tetapi beringat-ingatlah bahawa kita sentiasa diperhatikan, baik dari kacamata kawan mahupun lawan kerana kita adalah ‘public figure’.

Saya sendiri tidak mendambakan kesenangan apabila suami saya dilantik menjadi CEO. Namun lumrah kehidupan, setiap kejayaan itu dirai dengan sebuah kegembiraan. Suami saya juga dikenali sebagai KJ Kelantan. Mana samanya? Tentunya suami saya lebih cerah, jika adapun sebenarnya dia bukan berkulit cerah. Bagi saya suami saya seorang yang terbuka, walaupun agak sukar untuk menerima kritikan, tapi dia bersedia untuk berhadapan mendengar sebarang kritikan.

Saya sentiasa memberi ingatan kepadanya. Saya kenal suami saya. Dia seorang yang maju ke hadapan. Dengan ilmunya sebagai seorang Jurutera menjadikan dia seorang yang kritis dan kreatif. Dia seorang yang sukakan cabaran. Kerana sukakan cabaran itulah dia sanggup menggalas jawatan penting yang disuakan kepadanya. Saya yakin dengan jawatan yang disandangnya itu mampu memberi ‘kuasa’ baru kepada daya saing negeri Kelantan.

Selain membawa watak sebagai isteri penyeri sebuah rumahtangga, saya juga sentiasa bersedia untuk memberi idea yang terbaik buat suami. Sebagai isteri, saya mahu dia menjadi suami terbaik didalam rumahtangga saya. Saya juga berusaha untuk memberi yang terbaik kepada kerjayanya. Saya sentiasa memberi idea yang segar kepadanya. Saya juga cuba membawa watak seorang sahabat yang dinamis selain daripada saya mencuba untuk menjadi seorang isteri solehah kepadanya.

Selain dari sokongan yang diberikan oleh ayahanda, saya tahu suami saya punya semangat yang tinggi dalam kemahirannya. Dia seorang yang berkeyakinan tinggi di atas apa yang dia mahukan. Dia sentiasa yakin dengan setiap keputusan yang dibuatnya. Tidak semua saya boleh bersetuju dengan segala tindakannya, namun saya berani memberi kerelaan kerana saya tahu rasional dia berbuat demikian. Saya iring dengan teguran-teguran yang membina agar dia tidak tersasar haluan. Saya mahu saya sendiri berfungsi adil kepada rakyat Kelantan kerana suami saya mensasarkan sesuatu yang lebih baik kepada mereka. Saya bangga kerana setiap apa yang dia lakukan adalah untuk kesejahteraan masa depan rakyat Kelantan. Saat itu, saya membina keyakinan yang lebih baik bahawa ini adalah keputusan terbaik ayahanda kerana dengan pengetahuan politik yang lumat, beliau tahu apa sebenarnya yang beliau mahukan. Bukan sahaja kecemerlangan akademik menantunya itu, bahkan lebih dari itu, iaitu sebuah keikhlasan untuk patuh dan taat pada setiap kemahuannya.

Tidak perlu untuk saya menutur kata bahawa saya menyokong segala gerak kerjanya, cukup sekadar saya menghargai kehidupannya yang sibuk. Saya tahu dia seorang yang kuat semangat dan saya juga tahu dia bekerja sehingga lewat pagi kerana sebuah kerelaan.

Namun sebuah impian yang tinggi tidak mudah kesampaian. Ia hampir karam di tengah jalan. Suami saya diserang fitnah bertalu-talu, tempiasnya memercik kepada ayahanda tercinta. Tidak berhenti di situ saja, ia terus menjalar menjengah nama bonda, saya sendiri, anak-anak, dan sesungguhnya saya sungguh bersimpati kepada nasib kakitangan PMBK yang turut dicerca sedemikian rupa. Saya merakam simpati kepada situasi yang tidak terduga ini.

Nasib masih menyebelahi kami kerana masih ada sokongan yang kuat buat kami. Terima kasih kepada ayahbonda kerana mempusakakan kepada saya semangat yang kental. Ayahanda tegar bertahan dengan keputusan, bonda meraih kekuasaan tuhan. Saya bertahan dengan sebuah pengharapan. Namun masih samar kelihatan jalan keluar dari kemelut ini. Suami saya tetap bertahan melawan arus yang kian mencengkam.

Ada saatnya ketika itu saya sekeluarga bersedih. Sebuah kerumitan buat kami semua. Namun kami sentiasa optimis masih ada sinar di penghujung cerita ini. Kami diuji, dan kami cuba menerima ujian ini dengan redha. Datangnya kami daripada sebuah keluarga yang berilmu dan beriman. Kami tahu benar untuk membezakan yang mana kawan dan yang mana lawan. Namun ia sukar, kerana kami terpaksa melawan musuh yang bergelar kawan. Kawan yang makan kawan. Kawan yang menggigit dalam diam, antara sedar dengan tidak, dia terus menghadam, sehingga terjadilah seperti hari ini…

KEMELUT

Pada hemat saya, isu PMBK tercetus hasil dari perselisihan peribadi. Ada seorang kakitangan yang tidak berpuas hati dengan gaji yang ditagihnya untuk menjadi seorang bos di anak syarikat PMBK. Ia bukan masalah luaran yang besar tapi masalah dalaman yang hanya membabitkan seorang kakitangan sahaja. Seorang sahaja! Jawapannya mudah, gaji yang ditagihnya adalah terlalu tinggi, lebih tinggi dari gaji bos PMBK.

Makin hari dia membuat onar demi onar. Dia mula membuat rancangan demi rancangan. Serangannya sering menjadi kerana ia kejahatan yang dirancang rapi. Lebih-lebih lagi dia mempunyai back-up yang kukuh dari seorang ‘bos lain’. Makan gaji dengan orang lain, bekerja untuk orang lain. Inilah masalahnya!

Tidak perlu diperkenalkan lagi, namanya sudah masyhur satu alam, semasyhur nama suami saya sendiri. Dia sendiri yang mencipta kemasyhuran itu. Dia sendiri yang membuat publisiti murahan itu. Tanpa sebarang iklan. Tanpa sebarang bayaran. Percaya saja jika anda mahu. Tapi, jika anda seorang yang WARAS, AWAS! ada perangkap di hujung pena itu. Seorang yang digelar Kickdefella berjaya membawa semua watak yang diarahkannya sendiri. Mahu jadi apa? Seorang gila? Kurang siuman? Tiga suku? Katakan saja. Semestinya anda tidak kempunan untuk menjiwai peranannya itu. Namun saya masih reserve, kerana saya tahu dia seorang yang kreatif.

Apa yang saya tahu dia seorang umno. Kalangan rakan siber saya tidak menyebut umno, tapi lebih glamour katanya jika disebut umngok! Saya tidaklah berminat untuk mengetahui detail tentang dirinya, tapi saya tahu dia bekerja untuk seorang Exco Kerajaan Kelantan. Pada awal kemunculannya di Kelantan, saya begitu tertarik dengan buah tangannya menghasilkan sebuah buku – yang saya lupa tajuknya – yang memaparkan pelbagai gaya ayahanda saya dalam pelbagai acara yang dihadirinya. Itu dulu. Sekarang lain. Kreatifnya itu sudah tersasar. Kali ini dia bukan lagi menghasilkan sebuah buku, tapi sebuah…filem barangkali…yang terlalu banyak dongengnya yang langsung tidak berpijak di bumi realiti.

Saya sendiri mengagumi hasil seninya terlebih dahulu sebelum mengenali empunya diri. Pertama kali saya mengenalinya ketika saya menemani suami yang mahu mencari samping untuk di pakai pada hari raya, kebetulan dia dan isterinya juga begitu. Tanggapan pertama saya, dia seorang yang baik walaupun saya agak terkejut melihat kepada isterinya, sungguh daring bagi rakyat Kelantan. Tapi jika ia boleh dikatakan satu fesyen, masih lagi boleh dimaafkan. Namun jika dilihat dari sudut agama, ia tidak menurut perintah tuhan. Dengan kata lain, berdosa.

Saya pernah diberitahu dia peminum arak tegar. Hearsay…so, jangan percaya sehingga saya dan anda melihatnya sendiri, ok…? Tapi mabuknya dalam penulisan sungguh menjadi-jadi. Semuanya bagaikan sel-sel otaknya telah rosak teruk jika dia benar-benar seorang peminum. Kesian…Hanya orang yang mabuk juga yang boleh percaya apa yang ditulisnya.

Jangan cuba membuka aib orang jika aib sendiri sudah tidak tertanggung badan. Semua orang ada aibnya, maka berpada-padalah! Kami yang dididik secara Islam tidak betah untuk bercakaran bagi membuka aib masing-masing, tapi adakalanya syaitan itu terlalu kreatif. Kami takut digoda sehingga melebih-lebih membuka aib saudara seIslam. Jangan sehingga perlu disaman, nanti anda pula diisytihar bankrupt. Tapi tunggulah masanya, kebenaran itu akan bersinar jua. Kami masih boleh bersabar walaupun sabar kami kian menipis. Hidup ini ada maruahnya! Tunggulah harinya! Kami yakin Allah itu Maha Adil. Jika kami tidak mampu membalasnya, kami berkeyakinan penuh bahawa balasan Allah itu adalah sebaik-baik pembalasan.

Jangan kerana satu isu picisan, anda menjadi kurang siuman. Jadilah seorang manusia yang adanya dikagumi, hilangnya ditangisi. Datanglah Kickdefella mengadap suami saya. Suami saya sudah menjemputnya terlebih dahulu di suatu ketika yang harinya masih mampu dibilang perginya. Tapi tiada pula datangnya. Dayuskah anda? Pengecutkah anda sehingga seringkali bertukar ID dalam blog sendiri?

Anda mampu menjadi seorang yang bertuah kerana anda mudah untuk menjenguk Tok Guru. Alangkah beruntungnya jika anda tahu merebut peluang keemasan ini. Tapi sebaliknya, anda sendiri memilih untuk rugi di dunia, jika dunia itu konsisten ke akhirat, maka rugilah juga anda di sana. Tidak terdetikkah di hati anda rasa sedikit bersalah? Jangan pula menyalahkan orang yang sudah tentu salahnya itu sudah terang kelihatan, tapi di mana letaknya akal waras anda? Fikir-fikirkanlah jika masih ada sel otak anda yang masih baik berfungsi.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang menyokong perjuangan kami. Terima kasih kepada ayahbonda yang banyak mendoakan kesejahteraan kami.

Tahniah kepada suami saya yang sentiasa taat dan patuh kepada setiap butir bicara ayahanda. Saya sentiasa disisinya untuk sentiasa menyokong kebenaran yang dipertahankannya. Hidup ini ada maruahnya. Berdiam diri bukan bermakna kalah. Berbuat bising bukan satu kemenangan. Diamlah untuk berbicara kepada tuhan yang Maha Mendengar.

Takziah kepada manusia hebat pembentang kejahatan. Usah berselindung disebalik wartawan-wartawan yang berbayar. Walaupun bunga tahi ayam itu cantik, ia tetap busuk!

Buat suami saya, lapangkan hati, tenangkan fikiran. Saya percaya masanya tidak lama untuk sebuah kebenaran tercipta. Berundurlah setapak dengan bermaruah untuk menjangkau terjahan yang lebih jauh. Saya kagum! Tidak sia-sia membiarkan kosong kerusi panas di Darul Digital, kerana jika diisi, skripnya mungkin lebih parah. Sedarlah sahabat semua bahawa Kickdefella itu penipu besar di abad ini.

Saya mungkin tidak terlepas dari sebarang kutukan, tapi saya sudah bersedia demi sebuah kebenaran yang perlu dinyatakan. Demi untuk kami sekeluarga. Ini adalah jihad saya. Saya punya kuasa jemari untuk meluahkannya.

Suami saya adalah pemimpin saya. Dia ketua keluarga bagi rumahtangga saya dan saya punya hak untuk mempertahankannya. Andai dia didapati bersalah, ada hukuman menantinya. Tapi untuk berserah kalah, itu bukan jantannya.

Fitnah ini melingkari kami sudah hampir tiga minggu. Saya mengharapkan ia beransur pergi sebagaimana perginya banjir dari bumi Kelantan ini. Suami saya masih muda, masih bersemangat dalam mencapai impiannya. Saya optimis masih ada peluang untuknya melangkah jauh ke hadapan, meninggalkan hari ini dengan sebuah kejayaan. Saya tetap teguh di sisinya hingga ke akhir hayat kami. InsyaAllah terbentang luas rezeki untuk kami.

Ini luahan hati seorang isteri…
Untuk ayahanda tercinta, terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami. Menantu ayah ini adalah pilihan terbaik sebenarnya. Tapi apakan daya…Terima kasih ayah kerana menerajui bumi Kelantan yang mana keberkatannya terserak kepada zuriat kami. Kepada bonda, terima kasih atas segala-galanya. Anakanda tahu bonda banyak menitis air mata mendoakan kesejahteraan kami…