WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, December 31, 2009

RM800 JUTA : WARISAN PENINGGALAN UM-NO

KOTA BARU, Dis 31: Kerajaan negeri Kelantan terpaksa menghadapi dilema membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan apabila mewarisi keputusan pentadbiran Umno-BN sejak 35 tahun lalu.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata masalah itu berpunca daripada pembatalan projek pada tahun 1975.

Bagaimanapun, Husam berkata, kerajaan negeri akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mahkamah Tinggi Kota Baru semalam mengarah kerajaan negeri membayar gantirugi sebanyak RM800 juta kepada syarikat pembalakan Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar syarat perjanjian mereka.

Ia merupa kes pampasan terbesar yang pernah dicatatkan dalam kes saman sivil di negara ini.

Kes itu dipercayai difailkan pada tahun 2004.

Husam Musa berkata, rayuan tersebut akan dibuat menerusi seorang peguam kanan.

“Biar pun mereka menang kes tersebut semalam, namun kerajaan bersetuju untuk membuat rayuan bagi mendapatkan keputusan di sebaliknya.

“Sepatutnya isu tersebut diselesaikan kerajaan negeri ketika itu (BN) memandangkan mereka telah membatalkan konsesi yang ditandatangani,” katanya pada persidangan media di Kota Darulnaim hari ini.

Media hari ini melaporkan kerajaan negeri diarah Mahkamah Tinggi Kota Bharu membayar RM800 juta kepada Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar beberapa perjanjian yang ditandatangani 35 tahun lalu.

Jumlah ganti rugi itu termasuk RM560 juta bagi 30 peratus pemilikan syarikat dalam kawasan pembalakan seluas 112,000 hektar, ganti rugi khas RM13.6 juta, bayaran gaji pekerja yang diberhentikan (RM1.74 juta), faedah lapan peratus sejak 2004 berjumlah RM240 juta dan kos sebanyak RM200,000.

Husam berkata, syarikat itu menerima konsesi daripada kerajaan negeri pada 20 Julai 1964 untuk mengusahakan tanah di kawasan hulu Kelantan.

“Di kawasan itu juga ada aktiviti pengganas komunis. Dan saya difahamkan syarikat tersebut sanggup melakukan aktiviti pembalakan biar pun berlaku kesukaran.

“Kemudian semasa diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 18 Mac 1975 kerajaan telah membatalkan perjanjian tersebut,” katanya.

Menurutnya ekoran pembatalan tersebut, dalam tempoh sebulan syarikat telah menghantar surat melalui peguam bagi mencabar keputusan berkenaan.

Katanya, saman telah dilakukan syarikat tersebut kepada kerajaan negeri.

“Kemudian kerajaan negeri telah menubuh satu jawatankuasa berunding dalam tempoh tiga bulan selepas surat diterima.

“Jawatankuasa tersebut pada waktu itu dipengerusikan Menteri Penerangan dan Tugas-Tugas Khas, Tengku Ahmad Rithaudeen.

“Rundingan telah dijalankan pada 12 Julai 1975 dan hasil rundingan tersebut mereka telah bersetuju menyelesaikan masalah tersebut membayar ganti rugi sebanyak RM3.5 juta,” katanya.

Dan selepas itu ditubuh anak syarikat baru di mana kerajaan negeri mempunyai saham sebanyak 70 peratus dan Timbermine 30 peratus.

Persetujuan telah dicapai dan menteri besar telah menulis surat kepada syarikat.

Husam berkata, perkara itu berlanjutan di mana syarikat terbabit telah berurusan dengan kerajaan BN daripada 1982 sehingga 1989.

Bagaimanapun tambahnya, syarikat terbabit sekali lagi menghantar tuntutan mereka pada 2004 selepas kerajaan negeri bertukar tangan, katanya.

Husam berkata, masalah itu adalah perkara lama yang sepatutnya diselesaikan kerajaan negeri sebelum ini kerana mereka bertanggungjawab membatalkan konsesi.

Ditanya adakah kerajaan negeri terkejut dengan saman berjumlah RM800 juta, katanya kerajaan negeri akan membuat rayuan kes berkenaan.

“Biar pun pada peringkat awal kita kalah, namun kita akan bawa kes tersebut ke mahkamah lebih tinggi.

“Bukan bermakna sekarang kita kena bayar RM800 juta kerana rayuan akan dikemukakan terlebih dahulu,” katanya.

Beliau juga memberitahu kerajaan negeri pernah membincangkan kes tersebut dalam mesyuarat Exco sebelum ini.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : UM-NO BUKAN SAHAJA MEWARISKAN PAS AKAN HUTANG PIUTANG AKAN TETAPI JUGA PELBAGAI MASALAH LAIN...DAN APABILA HAL INI BERBANGKIT UM-NO TANPA SEGAN SILU MENYALAHKAN KERAJAAN PAS KELANTAN...MEMANG MUKA TAK TAHU MALU BETUL PUAK UM-NO NIE..DAH LA HUTANG DAN MASALAH MEREKA KERAJAAN PAS KELANTAN YANG TOLONG SELESAIKAN,NIE NAK MENGATA PLAK PAS TAK PANDAI MEMERINTAH....WEH LU CUBA PIKIR LA SENDIRI..

BOLEHKAH BUKAN MELAYU JADI MENTERI BESAR??

HAMBA PERCAYA TERDAPAT PELBAGAI REAKSI DAN PANDANGAN YANG AKAN DILEMPARKAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP TOK GURU NIK AZIZ BERHUBUNG DENGAN KENYATAANNYA BERKAITAN CINA MUSLIM BOLEH MENJADI MENTERI BESAR KELANTAN..TOK GURU NIK AZIZ MENYATAKAN KESEDIAAN UNTUK MEROMBAK UNDANG-UNDANG TUNUH NEGERI KELANTAN BAGI MEMBERI RUANG CINA MUSLIM MEMJADI MENTERI BESAR...

BAGI PERJUANG 'TEGAR'BANGSA MELAYU PASTINYA AKAN BANGKIT 'MENGHUNUSKAN KERIS' MENENTANG CADANGAN TOK GURU NIK AZIZ INI....UM-NO PASTINYA TIDAK AKAN KETINGGALAN MEMAINKAN ISU INI..DAN BUKANLAH SESUATU YANG MEMERANJATKAN JIKA UM-NO BAKAL MELABELKAN TOK GURU NIK AZIZ SEBAGAI PENGKHIANAT BANGSA MELAYU..

NAMUN CUBA KITA RENUNGKAN SEJENAK..APAKAH SALAH TOK GURU NIK AZIZ MEMBUAT CADANGAN SEPERTI INI...?APAKAH JIKA MELAYU MEMJADI MENTERI BESAR ORANG MELAYU BENAR-BENAR TERBELA NASIBNYA??APAKAH JIKA ORANG MELAYU MEMJADI MENTERI BESAR MELAYU BENAR-BENAR BERKUASA??DAN APAKAH JIKA CINA MUSLIM MEMJADI MENTERI BESAR ORANG MELAYU AKAN DITINDAS DAN KEHILANGAN KUASA??

PADA PANDANGAN HAMBA,BAIK MELAYU,CINA ATAU PUN INDIA YANG MENTERI BESAR NASIB ORANG MELAYU TETAP SAMA...LIHAT SAJALAH SEKARANG..SETELAH LEBIH 50 TAHUN MELAYU UM-NO MEMERINTAH MALAYSIA NASIB ORANG MELAYU TETAP TIDAK BERUBAH...YANG BERUBAH DAN SENANG HANYALAH ORANG MELAYU YANG MEMJADI KRONI KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN TERTENTU SAHAJA...MANAKALA RAKYAT KEBANYAKAN TETAP HIDUP DALAM KEADAAN TERTEKAN DAN DITINDAS...

AKAN TETAPI JIKA PEMIMPIN ITU DIKALANGAN SEORANG MUSLIM(yakni benar-benar mengamalkan ajaran dan suruhan islam) TAK KIRA SAMAADA DIE SEORANG MELAYU,CINA ATAU INDIA,SEMUA BANGSA DIMALAYSIA AKAN HIDUP AMAN DENGAN MASING-MASING AKAN BEROLEH APA YANG MEMJADI HAK MEREKA..INI KERANA ISLAM MENGAJAR UMATNYA UNTUK BERLAKU ADIL TERHADAP SEMUA MANUSIA TANPA MENGIRA AGAMA,BANGSA DAN FAHAMAN MEREKA....

MAKA PADA PANDANGAN HAMBA CADANGAN TOK GURU NIK AZIZ INI TIADA SALAHNYA DAN KALAU DILIHAT SECARA POSITIF IANYA ADALAH SATU CABARAN KEPADA KAUM MELAYU AGAR MEMPERSIAPKAN DIRI DENGAN ILMU AGAMA YANG SECUKUPNYA MEMANDANGKAN ORANG MELAYU LAHIRNYA SAHAJA SUDAH ISLAM BERBANDING DENGAN KEBANYAKAN KAUM LAIN YANG ASALNYA DARI AGAMA LIAN..

ORANG MELAYU HARUS LEBIH GIGIH MENDALAMI ISLAM JIKA MAHU KAUM MELAYU TERUS MEMJADI PEMERINTAH..INI KERANA HANYA PEMERINTAH YANG MENGAMALKAN AJARAN DAN SURUHAN ISLAM SEPENUHNYA AKAN BERLAKU ADIL KEPADA RAKYATNYA TANPA MENGIRA BANGSA DAN FAHAMAN MEREKA..INGAT..!!!!
ISLAM MEMERINTAH BUKAN DIPERINTAH

Wednesday, December 30, 2009

AKAN HAMBA SAMAN KERAJAAN 1MALAYSIA

HARI INI HAMBA RASA SEPERTI HENDAK MENYAMAN KERAJAAN 1MALAYSIA...HAMBA RASA GERAM DAN MARAH SUNGGUH..KALAULAH HAMBA MEMPUNYAI KELAYAKAN ATAU PUN BERDUIT AKAN HAMBA USAHAKAN UNTUK MENYAMAN KERAJAAN 1MALAYSIA INI...GERAM,MARAH DAN JUGA SEDIH MENGUASAI DIRI HAMBA KETIKA INI..

KALAULAH KERAJAAN 1MALAYSIA MELAKSANAKAN UNDANG-UNDANG DENGAN ADIL DAN TELUS BANYAK MASALAH YANG MELANDA DALAM NEGARA INI DAPAT DISELESAIKAN..TAPI KERANA SIKAP ACUH TAK ACUH,KRONI,AMALAN RASUAH DAN 'BACUL' KERAJAAN 1MALAYSIA BANYAK MASALAH YANG BERLAKU DI DALAM NEGARA TIDAK BERKESUDAHAN...

HARI INI HAMBA TELAH BERTINDAK DI LUAR KAWALAN..HAMBA TELAH MEMBELASAH ADIK IPAR HAMBA.HAMBA TELAH 'MENANGKAP' BELIAU DI DALAM PREMIS JUDI(MESIN KUDA) DAN TANGKAPAN INI BUANLAH YANG PERTAMA KALI..

SEBELUM INI HAMBA TELAH BEBERAPA KALI MENANGKAP BELIAU DI PREMIS JUDI TERSEBUT..SETELAH DIMARAHI DAN DINASIHATI BELIAU BERJANJI TIDAK AKAN MENGULANGI PERBUATAN TERKUTUK TERSEBUT..NAMUN JANJI HANYYA TINGGAL JANJI..KATA-KATA INSAF BELIAU HANYALAH UNTUK MEREDAKAN KEMARAHAN HAMBA SAHAJA..BELIAU KEMBALI BERJUDI TIDAK LAMA KEMUDIAN...

HAMBA SANGAT KECEWA..KECEWA BUKAN DISEBABKAN BELIAU TIDAK MENDENGAR KATA-KATA NASIHAT HAMBA,TETAPI KECEWA KERANA BELIAU MELAKUKAN PERKARA YANG BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM...DAN APA YANG MENAMBAH KEKECEWAAN HAMBA IALAH KEGAGALAN BELIAU MEMBERIKAN CONTOH TELADAN YANG BAIK KEPADA ISTERINYA YANG JUGA MERUPAKAN SEORANG MUALAF..

ADIK IPAR HAMBA INI BERASALA DARI NEGERI SABAH DI BAWAH BE-END(BAYU) DAN BARU SAHAJA MENDIRIKAN RUMAHTANGGA 2 BULAN YANG LALU DENGAN SEORANG GADIS BERKETURUNAN CINA..SELEPAS BELIAU BERNIKAH DENGAN GADIS TERSEBUT,HAMBA LANGSUNG MENGAJAK BELIAU TINGGAL BERSAMA HAMBA MEMANDANGKAN ISTERINYA MEMERLUKAN SESEORANG UNTUK MENDALAMI ISLAM DAN BELIAU BUKANLAH ORANG YANG BOLEH DIHARAPKAN..

ALHAMDULLILAH,ISTERINYA SEORANG YANG MENUNJUKAN MINAT DENGAN ISLAM MALAH SEORANG YANG SENANG DIDIDIK DENGAN AJARAN ISLAM...TAPI AMAT MENGECEWAKAN HAMBA ADALH ADIK IPAR HAMBA INI,SUDAHLAH GAGAL MENDIDIK ISTERINYA DENGAN AJARAN ISLAM,MEMBERI CONTOH TELADAN YANG BAIK SEBAGAI SEORANG ISLAM PUN GAGAL DILAKSANAKANNYA...

JANGAN KATA NAK MENGIMANKAN ISTERINYA,NAK SEMBAHYANG UNTUK DIRI SEMDIR PUN TAK MAHU DILAKUKANNYA..PUAS DINASIHATI APATAH LAGI DIMARAHI BELIAU TETAP DENGAN TABIATNYA..MENJADIKAN KEADAAN TAMBAH BURUK ADALAH SIKAP BELIAU YANG SUKA BERJUDI..BUKAN SEDIKIT DUIT YANG DIHABISKANNYA..TAK CUKUP DUIT SENDIRI DUIT ISTERI PULA DIAMBILNYA...

PERNAH KETIKA HAMBA MEMARAHINYA DAN HAMBA BERTANYA TAK MAHUKAH BELIAU BERHENTI BERJUDI?BELIAU MENJAWAB DENGAN BERKATA,BAHAWA BELIAU SENDIRI SUDAH PUAS BERUSAHA UNTUK BERHENTI BERJUDI,NAMUN BELIAU TIDAK DAPAT MENAHAN DIRI DARI PERGI KE PREMIS JUDI ITU..BELIAU BERKATA LAGI,KALAULAH PREMIS JUDI ITU TIDAK ADA BARULAH BARANG KALI BELIAU BOLEH BERHENTI BERJUDI...

MAKA TERFIKIR PULA HAMBA..MENGAPAKAH KERAJAAN 1MALAYSIA GAGAL MEMABASMI PREMIS PERJUDIAN INIDAN MENGAPA ADA PREMIS JUDI INI YANG DIBERIKAN LESEN..APAKAH KEPERLUAN DAN KEUNTUNGAN PREMIS JUDI INI KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA??HANYA MALA PETAKA SAHAJA YANG HAMBA TAHU DENGAN WUJUDNYA PREMIS JUDI INI...MALAH INTITUSI KELUARGA BOLEH RUNTUH DENGAN ADANYA PREMIS JUDI INI..

BUKAN SEDIKIT PREMIS JUDI INI..DAN IANYA BUKANLAH TERSOROK ATAU TERSEMBUNYI..DI TEMPAT HAMBA SENDIRI ADA 3 PREMIS JUDI SEPERTI INI SECARA TERANG-TERANGAN..APAKAH PIHAK BERKUASA KERAJAAN 1MALAYSIA GAGAL MENGESANNYA?APAKAH YANG MEREKA LAKUKAN BILA ADA LAPORAN DARI MASYARAKAT SETEMPAT.BERTINDAKKAH MEREKA ATAU HANYA BERDIAM DIRI??

PERCAYALAH KATA-KATA HAMBA..SEBUAN YANG DILAKUAKAN KEATAS PREMIS INI YANG DISIARKAN DI DALAM TELEVISION HANYALAH GIMIK SEMATA-MATA..HARI INI SERBUAN DILAKUKAN ,BESOKNYA PREMIS TERSEBUT KEMBALI BEROPERASI...APA INI SEMUA?SANDIWARA SEMASA KE?MENGAPAKAH PERKARA INI BERLAKU?

PERKARA SEPERTI INI BERLAKU KERANA WUJUBNYA SIKAP ACUH TAK ACUH,KRONI,AMALAN RASUAH DAN SIKAP 'BACUL' KERAJAAN 1MALAYSIA..PERKARA SEPERTI INI SEMEMANGNAY BUDAYA YANG TELAH SEBATI DALAM PEMERINTAH 1MALAYSIA SEJAK DAHULU LAGI...

KERANA ISLAM DILETAK KETEPI,RAKYAT MALAYSIA SEMAKIN HARI SEMAKIN 'ROSAK' JADINYA...BERTAMBAH TERUK BILA WJUBNYA PEMIMPIN YANG CUBA MEMPERKENALKAN ISLAM MENGIKUT 'ACUAN' MEREKA SEHINGGA WUJUBNYA 'ISLAM HADHARI' YANG TAK DIKETAHUI DATANGNYA DARI KITAB YANG MANA..

APABILA 'PENCEN' PEMIMPIN HADHARI INI WUJUB PULA PEMIMPIN 1MALAYSIA YANG JUGA TIDAK MELETAKAN ISLAM SEBAGAI ASAS PEMERINTAHAN...MAKA MAKIN TERPINGGIRLAH ISLAM DALAM MASYARAKAT MALAYSIA..ISLAM HANYA WUJUB PADA NAMA TIDAK PADA ROHANIANYA..

DAN LEBIH-LEBIH MENJAHANAMKAN ISLAM ADALAH SIKAP PENGUATKUASA ISLAM YANG ADA DI MALAYSIA...MEREKA NAMPAKNYA SUDAH TIDAK TAHU AKAN TUGAS YANG PERLU DIUTAMAKAN..DARI MENGUTAMAKAN HAL-HAL MENDIDIK DAN MEMBERI DAKWAH KEPADA ORANG ISLAM SERTA MENCEGAH KEMUNGKARAN,MEREKA MEMILIH UBTUK MENGUTAMAKAN TUGAS UNTUK MENANGKAP ALIM ULAMA YANG BERDAKWAH TANPA KULIAH..

PADA MEREKA WALAUPUN AJARAN YANG DISAMPAKAN ITU BENAR DAN TIDAK MENYALAHI SYARIAT,IANYA TETAP SALAH PADA MEREKA KERANA TIDAK MEMPUNYAI TAULIAH DARI MEREKA.PERBUATAN MEREKA INI BUKAN SAHAJA MERUGIKAN ORANG ISLAM MALAH IANYA AKAN MENYEBABKAN AJARAN ISLAM SEMAKIN DILUPAKAN OLEH MASYARAKAT MALAYSIA..

SAMPAI BILAKAH HAL SEPERT INI AKAN BERTERUSAN..KEADAAN INI MENJADIKAN RAKYAT MALAYSIA SEMAKIN HARI SEMAKIN ROSAK ENGAN PELBAGAI GEJALA SOSIAL..JUDI HANYALAH SALAH SATU DARINYA..BANYAK LAGI GEJALA SOSIAL YANG LAIN..ARAK,PELACURAN,SUMBANG MAHRAM,PERGAULAN BEBAS,PENAGIHAN DADAH DAN BERMACAM-MACAM LAGI YANG TAK MAMPU HAMBA SEBUTKAN KESEMUANYA..

PERCAYALAH KATA-KATA HAMBA BAHAWA MASALAH INI MAMPU DIATASI ATAU SETIDAK-TIDAKNYA DIKURANGKAN KEPADA TAHAP YANG PALING MENIMA JIKA PIHAK KERAJAAN TELUS MENJALANKAN TUGAS..BUKANNYA MELETAKAN KEPENTINGAN PREBADI ATAU KRONI SEBAGAI KEUTAMAAN..SEBALIKNYA KERAJAAN PERLU MELETAKAN ISLAM SEBAGAI PANDUAN ATAU LEBIH TEPAT BIAR ISLAM YANG MEMERINTAH BUKANNYA DIPERINTAH..

JIKA KERAJAAN TERUS GAGAL MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB INI HAMBA KUARTIR AKAN ADA ABANG-ABANG IPAR SEPERTI HAMBA YANG AKAN MEMJADI 'PEMBUNUH' KERANA GAGAL MENGAWAL KEMARAHAN BILA BERHADAPAN DENGAN SITUASI SEPERTI HAMBA..DAN JIKA HAMBALAH YANG DITAKDIRKAN MEMJADI 'PEMBUNUH ITU..SEBELUM HAMBA DIDAKWA MELAKUKAN PEMBUNUHAN AKAN HAMBA SAMAN KERAJAAN 1MALAYSIA KERANA MENYEBABKAN HAMBA MENJADI PEMBUNUH...

KERAJAAN 1MALAYSIALAH YANG BERTANGGUNGJAWAB MENYEBABKAN HAMBA MEMJADI PEMBUNUH..KERAJAANLAH YANG BERSALAH...KERAJAAN GAGAL MEMBASMI GEJALA BEURUK YANG BERLAKU DALAM NEGARA SEHINGGA ADIK IPAR HAMBA TURUT TERLIBAT DENGAN GEJALA BURUK INI...KERAJAANLAH YANG BERTANGGUNGJAWAB SEMUANYA SEBAGAIMANA KESULTANAN MELAKA BERTANGGUNGJAWAB MENYEBABKAN HANG JEBAT MEMJADI SEORANG PENDERHAKA

Tuesday, December 29, 2009

DERHAKAKAH JEBAT?

DERHAKAKAH JEBAT?
MENYATAKAN KEBENARAN....
DERHAKAKAH JEBAT?
BILA BERJUANG DEMI KEBENARAN...

PENDERHAKAKAH JEBAT?
BILA MENENTANG 'SI MAHA ZALIM'..
PENDERHAKAKAH JEBAT?
BILA MENOLAK SEKULAR DAN MEMILIH ISLAM...

APAKAH BENAR JEBAT DERHAKA?
BILA CUBA MEMBELA ISLAM...
APAKAH BENAR JEBAT DERHAKA?
BILA BERJUANG MENEGAKAN HUKUM ISLAM...

BIARLAH JEBAT DIPANGGIL PENDERHAKA...
ASALKAN SYIAR ISLAM BERJAYA DITEGAKAN..
BIARLAH JEBAT DIPANGGIL PENDERHAKA..
ASALKAN HUKUM ALLAH BERJAYA DILAKSANAKAN....

JEBAT MENANG PENDERHAKA,
PADA PEMIMPIN YANG BUTA HATI..
JEBAT MEMANG PENDERHAKA,
PADA PEMERINTAH YANG RAKYATNYA DIKHIANATI..

BIAR JEBAT AMUKKAN...BIAR JEBAT MUSNAHKAN...JEBAT RELA DIPANGGIL PENDERHAKA..JEBAT TAK KISAH..JEBAT HANYA TAKUT DIGELAR PENDEERHAKA PADA ALLAH S,W,T DAN JUGA KEDUA IBUBAPA...

Monday, December 28, 2009

CABARAN MADEY KERAJAAN TAK BERMINAT?/

Cabaran Tun Mahathir, apa lagi kerajaan mahu tunggu?

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Kerajaan digesa segera bertindak menubuhkan suruhanjaya bebas seperti dicabar Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyiasat dirinya dan juga seorang lagi mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tun Mahathir dan Tun Abdullah kini dipalitkan dengan dakwaan masing-masing RM100 bilion dan RM270 bilion lesap akibat rasuah dan pembaziran di zaman pemerintahan mereka.

Naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, kerajaan tidak perlu menunggu lebih lama lagi, memandangkan Tun Mahathir sendiri mempersoal penggantinya Tun Abdullah sewaktu menjadi Perdana Menteri.

"Apa lagi kerajaan nak tunggu, perkara itu diakui oleh bekas PM sendiri, kerajaan perlu bertindak segera, sama ada tubuh Suruhanjaya Di Raja ataupun Jawatankuasa Khas di bawah Parlimen menyiasat dakwaan ini", katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, pendedahan buku tersebut juga tidak mustahil benar memandangkan institusi negara katanya telah rosak dan sesiapa pun menjadi perdana menteri, perkara sama tetap akan berlaku.

"Memang kerajaan ni korup dan penuh dengan penyelewengan. Zaman Najib sekarang pun sama, PKFZ la enjin jet hilang la, selagi tiada perubahan dalam institusi, siapa naik jadi PM pun perkara sama tetap akan berlaku", katanya lagi.

Sebelum ini sebuah buku bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain membuat pendedahan mendakwa Tun Mahathir menghanguskan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya.

Ekoran pendedahan itu, beberapa pihak mendesak kerajaan segera menubuhkan suruhanjaya bebas bagi menyiasat Tun Mahathir.

Tun Mahathir sewaktu mengulas dakwaan itu bagaimanapun meminta kerajaan turut menyiasat penggunaan wang RM270 bilion sepanjang lima tahun kepemimpinan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam perkembangan sama Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib segera menubuhkan suruhanjaya bebas seperti dicabar Tun Mahathir.

"Sebenarnya Mahathir mencabar pemerintahan Umno-Bn yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak. Najib tidak perlu bertangguh-tangguh atau berdolak-dalik dan harus membentuk segera Suruhanjaya tersebut," katanya.

Suruhanjaya itu katanya hendaklah diberi bidang kuasa luas bagi menyiasat pendedahan Barry Wain dan juga mengkaji segela bentuk rasuah dan pembaziran yang dikaitkan dengan mantan PM Mahathir itu.

Bahkan tegasnya , jika perlu dan sesuai, suruhanjaya ini boleh juga mengkaji segala yang belaku di bawah pemerintahan Abdullah badawi, sebgaimana didakwa dan didesak oleh Mahathir.

Beliau turut mencadangkan agar suruhanjaya tersebut dianggotai bukan saja oleh hakim serta bekas hakim, tetapi juga tokoh-tokoh politik kerajaan serta bukan kerajaan dan tokoh-tokoh professional bagi menjamin ketelusan penyiasatan.

"Seharusnyalah ada jaminan supaya segala perakuan Suruhanjaya diambil tindakan oleh Kerajaan serta pihak berkuasa lain. Janganlah hendaknya ia ditimpa nasib seperti suruhajaya mengenai polis dan “Pita Lingam”, katanya

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : KERAJAAN SELALU BERTINDAK 'SLOW' BILA MENYELESAIKAN KES BERKAITAN DENGAN 'KRONI' MEREKA..TETAPI BILA MELIBATKAN PAKATAN RAKYAT KERAJAAN DILIHAT TIDAK MENYEMPAT-NYEMPAT...

PENDEDAHAN KES INI NAMPAKNYA TIDAK MENARIK MINAT PENGUATKUASA YANG BERKAITAN UNTUK MEMBUKA KERTAS SIASATAN..INI KERANA MEREKA SEMUA SEDANG SIBUK 'MEMCARI' KES YANG BOLEH DIKAITKAN DENGAN PAKATAN RAKYAT..

TAK TAHULAH APA NAK KADI DENGAN MALAYSIA DIBAWAH PEMERINTAHAN KERAJAAN 1MALAYSIA..MAKIN HARI MAKIN TERUK DAN SUKAR DIFAHAMI..

MAHFUZ : KAJI SEMULA KESELAMATAN BAS DUA TINGKAT

Kaji semula keselamatan bas dua tingkat-Mahfuz

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyarankan kerajaan mengkaji semula tahap keselamatan bas dua tingkat yang digunakan untuk perjalanan jarak jauh.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata, setiap kali berlakunya kemalangan membabitkan bas ekspress dua tingkat, penumpang yang duduk di tingkat bawah selalunya menerima kesan yang teruk dan menyebabkan kehilangan nyawa.

"Kemalangan awal pagi semalam membabitkan bas dua tingkat dan boleh dikatakan setiap kali kemalangan berlaku, yang menerima kesan teruk ialah penumpang di bahagian bawah.

"Isunya adakah bas ekspress dua tingkat ini selamat digunakan di lebuh raya di Malaysia ini?Apakah ada jaminan dari segi tahap keselamatannya," kata Mahfuz ketika dihubungi Harakahdalily pagi tadi.

Mahfuz turut merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan melibatkan bas dua tingkat milik Sani Express Sdn. Bhd. di KM 272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan awal pagi semalam.

"Saya ucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan awal pagi semalam, dan saya harap semoga keluarga mangsa bersabar dan redha menerima ujian ini," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok sena.

Berikutan kemalangan maut itu, Mahfuz menyarankan agar kerajaan membentuk satu Suruhanjaya Diraja yang diselia oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya malaysia (MIROS) dan dianggota pelbagai pihak yang berpengalaman dalam aspek keselamatan jalan raya dan pengangkutan awam di peringkat antarabangsa.

"Saya cadang kepada kerajaan untuk bentuk satu Suruhanjaa Diraja untuk melihat soal sistem pengangkutan awam di negara ini termasuk infranstruktur jalan dan sebagainya.

"MIROS perlu diberi tanggungjawab untuk menjadi sekretariat kepada suruhanjaya ini untuk mengkaji dengan telus dan mendalam langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini.Malah ianya juga perlu dianggotai oleh agensi bukan kerajaan contohnya pihak pengusaha bas ekspress sendiri dan persatuan pengguna," katanya lagi.

Meskipun tidak menolak faktor pemandu memainkan peranan penting, namun ategas mahfuz, kerajaan juga harus mengkaji faktor lain terutamanya tahap keselamatan lebuhraya samaada menepati piawaian keselamatan antarabangsa atau tidak.

"Saya tidak menafikan kenyataan yang dibuat oleh pihak polis berasaskan kepada pengakuan pemandu bahawa dia terlelap ketika memandu.Kita tak boleh nafikan faktor manusia dari sudut pemandu itu tapi faktor lain dari sudut pembinaan infranstruktur lebuh raya harus dilihat secara menyeluruh.Adakah pembinaan lebuhraya utara selatan ini menepati piawaian keselamatan antarabangsa," tegasnya.

Mahfuz juga tidak bersetuju dengan cadangan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) supaya Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) menggantung operasi semua bas milik syarikat Sani Express sementara menunggu siasatan selesai.

Hal ini katanya akan memberikan implikasi yang negatif kepada banyak pihak termasuk menjejaskan pendapatan pekerja-pekerja syarikat berkenaan.

"saya tidak bersetuju untuk gantung permit semua bas ekpress Sani sebab (tindakan) ini akan beri implikasi yang lain.Melainkan permit bas itu digantung kerana tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.Selagi ia mengikut peraturan, permit tidak harus digantung.

"Bila permit digantung,syarikat tidak ada sumber kewangan untuk membayar gaji pekerja-pekerja di semua bahagian. Ini sudah tentu menjejaskan pendapatan pekerja. Bagaimana mereka hendak menampung perbelanjaan keluarga, persekolahan anak-anak," ujarnya.

Apatah lagi katanya, bas yang mengalami kemalangan itu tidak mempunyai rekod buruk sebelum ini.

Beliau dalam pada itu menyambut baik tindakan syarikat Sani ekpress yang menyediakan pampasan kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi tersbut bagi meringankan beban mereka.

"Saya setuju Syarikat Sani Ekspress bagi pampasan kepada keluarga mangsa. Bagi dilihat mereka bertangungjawab di atas kemalangan yang berlaku, syarikat berkenaan juga seharusnya membiayai kos pengebumian setiap mangsa itu," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Lo' Lo' Ghazali menyarankan syarikat-syarikat bas ekspress supaya lebih bertanggungjawab di atas kesediaan dan kebajikan pemandu-pemandu.

"Ini bagi memastikan mereka memandu dalam keadaan yang peka dan penuh tanggungjawab terhadap berpuluh-puluh nyawa pemumpang di tangan mereka," katanya dalam satu kenyataan melalui khidmat pesanan ringkas kepada Harakahdaily.

Dalam kejadian pukul 1 pagi semalam, 10 penumpang bas dua tingkat Sani Express maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Lebuhraya Utara-Selatan(PLUS) arah utara.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : KERAJAAN SEPATUTNYA DARI DULU LAGI MENYEDIAKAN SATU PLAN PERANCANGAN BAGI MENYELESAIKAN KES-KES KEMALANGAN MAUT YANG MELIBATKAN KENDERAAN AWAM SEPERTI BAS INI..KERAJAAN SEPATUTNYA MENGKAJI DARI AWAL AKAN KESESUAI BAS 2 TINGKAT INI DIJALAN RAYA MALAYSIA..

JANGAN SAMPAI KEJADIAN KEHILANGAN NYAWA INI BERULANG KALI BERLAKU BARU KERAJAAN INGIN MENGAMBIL TINDAKAN YANG DRASTIK..KERAJAAN PERLU BERTINDAK DARI SEKARANG DEMI KESELAMATAN PENUMPANG KENDERAAN AWAM INI...

KARTIKA TEMUI TOK GURU NIK AZIZ

Kartika Saridewi terharu temui Nik Aziz

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 27 Dis: Bekas model sambilan, Kartika Saridewi Shukarnor yang pernah mencetus polemik berhubung hukuman sebat atas kesalahan minum arak, hari ini menemui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau bersama anggota keluarga dan rombongan dari Pusat Pendidikan Al Baroqah, Manjor, Ipoh mengunjungi Menteri Besar Kelnatan itu di kediaman rasmi di JKR 10.

Turut bersama anak bongsunya, Kaitlynn Saridewi, 5 tahun.

Kartika ketika ditemui menyatakan beliau sudah lama menyimpan hasrat menemui ulama terbabit.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 20 Julai lalu selepas beliau mengaku bersalah minum arak. Hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 dikenakan.

Bagaimanapun hukuman sebatan tersebut masih ditangguh sehingga sekarang biar pun Kartika beriya-iya menjalani hukuman tersebut.

Bagaimanapun ramai pemimpin wanita Umno dan beberapa badan bukan kerajaan mahu Kartika tidak menjalani hukuman tersebut, yang dianggap mereka bertentangan dengan hak asasi manusia.

Hadir sama pada pertemuan tersebut, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar serta anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : KENAPALAH AGAKNYA HUKUMAN ROTAN TERHADAP KARTIKA DILENGAH-LENGAHKANSEDANGKAN BELIAU SUDAH SEDIA UNTUK MENERIMA HUKUMAN TERSEBUT..APAKAH ADA PIHAK LAIN YANG RISAU MEREKA AKAN TURUT MENRIMA NASIB SEUMPAMA KARTIKA JIKA HUKUMAN INI BERJAYA DILAKSANAKAN???

Sunday, December 27, 2009

1MALAYSIA HALALKAN BERSALAMAN DENGAN BUKAN MUHRIM

Ahmadinejad tiada mahu bersalam dengan perempuan yang bukan muhrim.. bakan macam pemimpin atau isteri pemimpin-pemimpin lain.

Oleh: albangi
"Ramai orang Muslim menjadi serba salah apabila bukan Muslim dari jantina berbeza menghulur tangan untuk bersalam. Mengapa mereka menjadi serba salah?

Salah Muslim atau salah bukan Muslim? Apakah boleh Muslim lelaki bersalam dengan Muslim perempuan yang sah nikah (boleh berkahwin)?


Bukan Muslim tidak tahu bahawa mereka tidak boleh bersalam dengan orang Muslim yang berbeza jantina. Begitu juga orang Muslim sesama Muslim yang sah nikah (bukan muhrim) juga tidak boleh bersalaman atau bersentuhan. Bagi orang Muslim, mereka faham bahawa haram bersentuhan lelaki perempuan yang sah nikah.

Bagi bukan Muslim, mereka tidak tahu. Apabila orang bukan Muslim tidak faham, maka menjadi tanggungjawab kita orang Muslim memaklumkan kepada bukan Muslim mengenai hal ini.

Pemimpin negara dan negeri boleh mendidik masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan pelbagai agama mengenai isu bersalaman ini. Tetapi selama BN-UMO memerintah Malaysia, mereka tidak mendidik masyarakat mengenai hal ini; malah mereka secara terang-terangan bersalaman dengan orang Muslim dan bukan Muslim walaupun berlainan jantina.

Apabila Pakatan Rakyat memerintah, PAS-PKR-DAP boleh memahami hal ini dan mendidik masyarakat mengenai isu bersalam ini. Pimpinan PAS boleh menunjukkan contoh tidak bersalam dengan jantina berbeza apabila bertemu pimpinan PKR adn DAP serta tidak bersalaman dengan bukan muhrim daripada kalangan rakyat.

Banyak cara kita boleh menghormati orang lain dari pelbagai kaum dan pelbagai agama dan buka mesti bersalam.

Orang Jepun tidak bersalam, tetapi menundukkan kepalanya sedikit sebagai tanda hormat bagi menggantikan bersalam.

Begitu orang China di negara China, hanya tunduk kepala sedikit atau satukan tangan kiri dan kanan, dimana tangan kanan dikepalkan dan diletakkan di bawah tapak tangan kiri, dan ditunjukkan kepada rakan yang ditemui sebagai tanda hormat tanpa bersalam.

Orang India tidak bersalam apabila bertemu tetapi merapatkan kedua telapak tangan dan membawa kepada dadanya serta diikuti dengan tunduk sedikit sambil berkata “salam” (greeting) dalam bahasa mereka.

Orang Peranchis akan bersalam antara lelaki dengan lelaki tetapi bersentuh pipi antara lelaki dan perempuan dengan sedikit pelukan sambil berkata “salam” (greeting) dalam bahasa mereka.

Justeru di Malaysia, orang Muslim boleh mengelak dari bersalaman dengan lelaki dan perempuan bukan muhrim, dengan cara menggerakkan tangan kanan, dibawa ke bahu kiri atau bawa tapak tangan kanan ke dada, untuk menunjukkan tanda hormat dan menggantikan bersalaman dengan bukan muhrim. Salahkah tidak bersalam dengan orang yang sah nikah? Berdosakan pada sisi Tuhan kalau tidak bersalaman dengan orang yang sah nikah? Tepuk dada tanya iman.

Kalau kita boleh beritahu pada bukan Muslim mengenai hal salam ini dan menunjukkan cara lain (gesture) menghormati seseorang tanpa bersalaman, maka kita percaya, perasaan serba salah ini akan hilang; kita akan rasa aman di dunia dan di akhirat, insya’Allah.

Sumber : Tranungkite Online

JEBAT_BERANI : RUGI WOO PEMIMPIN UM-NO/BE-END NAK TOLAK AMOI-AMOI DAN PUTERI UM-NO HULUR TANGAN NAK SALAM...DOSA TAKPE DEPA NANTI MINTAK TOLONG AYAH PIN 'AMPUMKAN..KUI,KUI,KUI

1MALAYSIA : HATI-HATI DENGAN PERKATAAN MURTAD


Oleh: ustnik

"Saya tidaklah mahu merujuk secara khusus satu artikel yang dilulus keluar di tranungkite dan harakahdaily tentang orang Kelantan yang murtad, tetapi artikel itu hanyalah salah satu dari perkara BESAR yang perlu diberi perhatian. Walaupun perkataan /murtad itu tidak dimaksudkan dari segi syaraknya, cuma dari segi lughawinya tetapi ia bukan perkataan yang mudah-mudah untuk disebut dan ditulis begitu sahaja hanya kerana tak makan budu, tak berdialek Kelantan atau tiada kesatuan Kelantan.


Dulu-dulu semasa sekolah, pernah juga apabila seorang itu tak mahu main bola dengan pasukan yang biasa dia bermain, lalu dikata dengan menyindir 'dia tu murtad' dengan maksud dia telah bertukar pasukan dan keluar dari kumpulannya.

Murtad membawa implikasi hukum sangat besar-amal baik semuanya gugur, wajib bertaubat dengan segera, boleh dihukum pancung hudud, mati kekal dalam neraka jika tak bertaubat.

Sekat bantuan, peruntukan, royalti, khianati negeri sendiri adalah tindakan zalim dan jahat pemimpin UMNO sepanjang zaman. Mereka berbohong, khianat amanah, langgar janji-itu ciri-ciri munafiq. Perkara ini saya sebut dalam artikel saya: Wang Ihsan Kelantan: Munafiqnya UMNO!.

Saya sebut ciri nifaq dan munafiqnya UMNO-perkataan yang masih berlapik. Justru, saya mengingatkan diri saya dan yang lain agar menulis, termasuk yang memberi komentar di mana-mana blog, website, portal, forum, shoutbox dll dengan ilmu dan sedar. (Tulisan Ust Abdul Ghani Shamsudin jadikan panduan: Blog Sebagai Arena Dakwah dan Bukan Medan Memfitnah )"

Sumber : Tranungkite Online

JEBAT_BERANI : KITA MENENTANG UM-NO/BE-END BUKAN KERANA NAMANYA DAN JUGA BUKAN KERANA AHLINYA..KITA MENENTANG UM-NO/BEN-END KERANA PELEMBAGAANNYA DAN JUGA PENGKHIANATANNYA KEPADA AGAMA,BANGSA DAN JUGA NEGARA....

1MLAYSIA : SERBA SERBI PUN NAK HILANG

DALAM ERA PEMERINTAHAN KERAJAAN '1MALAYSIA' SEMUA BENDA PUN NAK HILANG...DARI YANG SEKECIL-KECIL KEPADA YANG SEBESAR-BESARNYA..SEMUANYA TAK SELAMAT..ASAL ADA PELUANG 'PENYAMUN-PENYAMUN NEGARA' INI PASTI 'MEREMBATNYA'...DAN KITA SEBAGAI RAKYAT HANYA MAMPU 'TERLOPONG' MULUT MELIHAT PERKARA INI BERLAKU..

BILA DITANYAKAN PADA YANG BERTANGGUNGJAWAB...ALASAN YANG DIBERIKAN MEMBUATKAN KEPALA 'HOTAK' KITA TERHENTI SEBENTAR 'BERFUNGSI'..APA TIDAKNYA..TAK MASUK DEK AKAL TERUS..TAHAP BUDAK PASTI PUN TAK MACAM NIE...NASIB LE KITA RAKYAT MALAYSIA MENDAPAT PEMIMPIN AL-MONGOLIA/AL-TANTUYA...KUANG,KUANG,KUANG,KUANGGGGGGG.....

UMNO PERSOAL KATAK HALAL DAN KATAK HARAM


GAMBAR INI HAMBA AMBIL DI BLOG PRO UM-NO..BELIAU MEMPERSOALKAN KETIDAKADILAN APABILA PAKATAN RAKYAT MENGATAKAN WAKIL RAKYAT UM-NO YANG MASUK PAKATAN RAKYAT SEBAGAI SEORANG YANG SEDAR AKAN KEBURUKAN UM-NO/BE-END DAN APABILA ADA WAKIL RAKYAT PAKATAN RAKYAT YANG MASUK UM-NO/BE-END IANYA ADALAH TINDAKAN TIDAK BERMORAL...

NAMPAKNYA BELIAU TIDAK FAHAM ATAU TIDAK MAHU FAHAM PERBEZAAN ANTAR PAKATAN RAKYAT DAN JUGA BE-END...DALAM PAKATAN RAKYAT PERJUANGAN TIDAK DIJANJIKAN APA-APA SEBALIKNYA DITUNTUT UNTUK MENGORBANKAN DIRI DAN HARTA BENDA...SEBALIKNYA SEMUA ORANG TAHU SESIAPA SAHAJA YANG MENJAWAT JAWATAN DALAM UM-NO/BE-END PASTI AKAN BEROLEH 'KEKAYAAN'..DALAM UM-NO/BE-END MEREKA BEREBUT-BEREBUT AKAN JAWATAN SEHINGGA SANGGUP MENGAMALKAN POLITIK WANG..MENGAPA??TIDAK LAINDAN TIDAK BUKAN KERANA YAKIN AKAN 'HABUAN' YANG BAKAL DIPEROLEHI JIKA DAPAT MENJADI 'YB'...

PERBEZAN INILAH ANTARA MENGAPA PERBUATAN WAKIL RAKYAT BE-END MELOMPAT KE PAKATAN RAKYAT 'DIHALALKAN' MANAKALA PERBUATAN WAKIL RAKYAT PAKATAN RAKYAT MELOMPAT KE BE-END 'DIHARAMKAN'...SESEORANG YANG BERHIJRAH DARI PERBUATAN TEMPAT YANG 'JAHAT' KEPADA TEMPAT YANG 'BAIK' SUDAH TENTUNYA DIHALALKAN..MANAKALA SESEORANG YANG BERHIJRAH DARI TEMPAT YANG 'BAIK' KEPADA TEMPAT YANG 'JAHAT' SUDAH TENTUNYA 'DIHARAMKAN'..

UM-NO/BE-END JANGAN PULA CUBA NAK MENGATAKAN BAHAWA MEREKA LEBIH BAIK DAN LEBIH PRIHATIN KEPADA RAKYAT..50 TAHUN MEMERINTAH MALAYSIA UM-NO/BE-END HANYA MENEKAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA SABAN HARI...SESUAI SANGAT DENGAN SINGKATAN BN=BARANG NAIK DAN KINI BERUBAH PULA MEMJADI BN=BINI NAJIB....JADI PEMBACA SEKALIAN BOLEH MENILAI SENDIRI KEWAJARAN HALAL DAN HARAM DALAM MENILAI KATAK-KATAK INI...SEKIAN DARI HAMBA JEBAT_BERANI

1MALAYSIA : POLIS REPORT POLIS

Siasat Guan Eng: Polis begitu tergesa-gesa, dakwa DAP

PETALING JAYA, Dis 26 — DAP Pulau Pinang menyifatkan "polis begitu tergesa-gesa" untuk membuat laporan, sekali gus mahu menyiasat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar) kononnya beliau telah mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan, Sabtu lalu.

"Mengapa polis begitu tergesa-gesa untuk membuat laporan polis terhadap Lim Guan Eng? "Jikalau apa yang dinyatakan oleh Lim sememangnya berbaur hasutan, takkanlah kita perlu menunggu giliran pihak polis untuk membuat laporan sendiri supaya siasatan polis boleh dilakukan ke atas Lim?' kata setiausaha publisiti DAP Pulau Pinang Ng Wei Aik dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim yang juga setiausaha agung DAP didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan dengan mendakwa Teoh Beng Hock, bekaas setiausaha politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, "dibunuh" ketika berucap pada konvensyen sulung Pakatan Rakyat di Shah Alam.

Ng berkata perkembangan itu menunjukkan pihak polis telah membelakangi profesionalisme mereka sehingga terpasa membuat "laporan sendiri, membuat tafsiran sendiri serta menjalankan siasatan sendiri tanpa pihak-pihak lain yang membuat laporan polis terhadap Lim."

Sehubungan itu tegas Ng, pihaknya ingin mencabar Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar supaya meletak jawatan serta-merta untuk memasuki politik dan bukan sekadar melaksanakan agenda-agenda politik yang digariskan oleh pihak atasannya dengan pandai-pandai menggunakan kuasa sebagai seorang ketua polis negeri.

"Datuk Khalid Abu Bakar berkata bahawa tiada mana-mana pihak yang dibenarkan untuk mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas. "Namun demikian, ini juga bukan tanggungjawab polis untuk membuat tafsiran sendiri bagi mengenal pasti sama ada kenyataan Lim berasas sebelum inkues yang diketuai oleh seorang koroner dapat membuat kesimpulannya terhadap kes kematian Teoh Beng Hock," katanya.

Inkues mencari punca kematian Teoh itu akan disambung awal bulan depan.

Ng juga mendakwa pihak polis hanya berminat untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin bukan Barisan Nasional (BN), bukannya pemimpin-pemimpin BN seperti Datuk Ahmad Ismail, bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera yang telah melabelkan kaum-kaum tertentu sebagai “pendatang” ke negara ini.

"Sebagai salah seorang pengadu yang membuat laporan polis terhadap Datuk Ahmad Ismail, saya pernah menghantar surat bertarikh 1 Mac 2009 kepada Peguam Negara supaya dimaklumkan perkembangan kes tersebut.

"Namun, tiada sebarang jawapan diberikan sehingga hari ini," katanya.

Sehubungan itu Ng menambah DAP Pulau Pinang dan seluruh pemimpin dan ahli parti itu akan memberi sokongan kuat terhadap Lim supaya tidak tunduk terhadap "kuasa-kuasa yang jahat."

"Meskipun pihak polis dapat menutup mulut Lim dengan siasatan di bawah Akta Hasutan, namun mulut-mulut bagi seluruh rakyat yang mengejar keadilan tidak mungkin dapat ditutup oleh tindakan polis tersebut," katanya.

Sumber : Malaysian Insider

JEBAT-BERANI : NAMPAK SANGAT PIHAK POLIS NAK MEMJADI SEBAHAGIAN KOMPONEN BE-END...KALAU HAL MELIBATKAN PAKATAN RAKYAT TAK SEMPAT ORANG LAIN BUAT REPORT DIE SENDIRI BUAT REPORT..TAPI KALAU HAL YANG MELIBATKAN BE-END,PUAS KITA 'MELALAK' 'MERAUNG' DIBUAT TAK PEDULINYA...

PALING MUDAH KITA LIHAT ADALAH KES KEHILANGAN ENJIN PESAWAT F-5E...TIADA SEORANG PUN DARI BE-END DISIASAT SEDANGKAN MENTERI PERTAHANAN YANG BERTANGGUNGJAWAB KETIKA KEJADIAN KEHILANGAN ENJIN ITU ADALAH MEREKA DARI BE-END...

INI HANYA SATU DARI RIBUAN MALAH MUNGKIN JUTAAN KES PIHAK POLIS BERTINDAK BERAT SEBELAH TERHADAP PAKATAN RAKYAT...INGAT!!!BE-END TAK SELAMANYA AKAN MEMERINTAH...JANGAN SOK PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH KO ORANG SEMUA KENA BALIK KAMPUNG TOREH GETAH..TAU LA NASIB KO ORANG MASE TUE...

BUTAKAH NAJIB???

Bagaimana Najib terlepas pandang

Dr Charles Rank

Saya macam tak percaya perkara ini bolih berlaku. Enjin pesawat itu besar dan beratnya lebih kurang 600 paun. Dan jika nak diekspot perlukan dokumen-dokumen penting yang seharusnya ditanda-tangani oleh Menteri Pertahanan ketika itu Najib. Ini eset dan harta TUDM dan seharusnyalah ia perlu melalui Menteri Pertahanan. Jadi macammana ia bolih lolos semua pemeriksaan. Hairan dan aneh ya...

Apapun perkara sudah berlaku dan tiada gunanya lagi kita nak ambil balik enjin pesawat
itu yang kini seperti tersiar dalam dada Akhbar Utusan hari ini enjin itu sudah diseludup
ke Argentina.

Yang paling utama sekarang ialah mencari siapa dalang yang merencana kecurian ini dan
bagaimana modus operandi ini berlaku sampai tidak dapat dihidu oleh pihak kerajaan
bawah pemerintahan Barisan Nasional.

Saya juga berpendapat selain anggota TUDM , kakitangan dalam Kementah, Kastam,
syarikat logistik yang mengendalikan process penghantaran dan Menteri Pertahanan juga harus disiasat oleh pihak Polis. Ini wajar kerana semua mereka ini secara tidak langsung
pasti ada kaitan.

Yang menjadi persaolan yang paling besar sekarang ialah bagaimana Menteri Pertahanan
ketika itu Najib boleh terlepas pandang perkara ini. Dan jika memang beliau terlepas pandang semasa memegang jawatan Menteri Pertahanan yang cuma satu Kementerian
yang mempunyai tak sampaipun 30,000 orang, bagaimana pula untuk beliau mengurus
satu negara Malaysia yang mempunyai penduduk melebihi 27 juta orang.

Sumber : Harakah Daily(Dr Charles Rank)

JEBAT_BERANI : KEHILANGAN ENJIN F-5E PASTINYA MELIBATKAN INDIVIDU YANG SANGAT BERPENGARUH DALAM NEGARA...NAJIB HARUS MENJELASKAN PERKARA INI KEPADA RAKYAT MEMANDANGKAN ENJIN TERSEBUT HILANG KETIKA BELIAU MEMJADI MENTERI PERTAHANAN..

KEHILANGAN ENJIN INI SANGAT-SANGAT TIDAK BOLEH DITERIMA RAKYAT MALAYSIA..IANYA BUKAN SESUATU BENDA YANG 'MURAH' DAN BAGAIMANA IANYA HILANG MENIMBULKAN TANDA TANYA KEPADA RAKYAT MALAYSIA..ENJIN TERSEBUT BUKANLAH BERSAIZ KOTAK MANCIS YANG BOLEH DISOROK DALAM POKET SELUAR...

MAHATHIR,PAK LAH DAN NAJIB PM PAPAN IKLAN



3 PM punya 3 iklan yang rugikan rakyat

ZAMAN Tun Mahathir rakyat telah digembar gemburkan dengan 'wawasan 2020' . Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi di highlight kan 'Islam Hadari' . Mohd. Najib Tun Razak hari ini mengiklankan pula cogankata '1Malaysia' . Anwar Ibrahim dengan 'masyarakat madani'. Lain pemimpin lain mottonya.

Wawasan 2020 sudah luput dari ingatan rakyat seperti luputnya kuasa Dr. Mahathir dibumi Malaysia. Wawasan 2020 Mahathir cuma memberi satu harapan kosong kepada rakyat Malaysia menanti janjinya bahawa pada tahun 2020 semua rakyat punya rumah sendiri, punya pekerjaan, punya kereta proton saga sendiri, punya niaga sendiri pendek kata tiada rakyat Malaysia yang miskin lagi.

Hanya yang nyata barisan pemimpin UMNO/BN yang kaya-raya dan yang tidak pernah mengenal erti sebenar kemiskinan. Kerana kuasa yang ada ditangan mereka membolehkan mereka menggali seberapa banyak harta waima dari segala bentuk sumber hatta dari wang rakyat Malaysia.

Selagi akaun-akaun mereka tidak penuh, selagi itulah mereka akan bekerja keras bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk kepentingan diri dan keluarga mereka. Itulah pengertian definisi WAWASAN 2020 bagi pemimpin UMNO/BN dibawah jajahan Dr Mahathir, pemimpin yang kita dengar orang kata diktator itu pada zamannya.

Islam Hadari, kononnya Abdullah Ahmad Badawi mahu jadi 'hero orang Islam' mahu merubah Islam sebagai Islam yang berkemajuan, Islam yang canggih, Islam yang moden. Seolah olah Islam itu diturunkan oleh Allah swt dalam Al-Quran sebagai tidak berkemajuan, tidak canggih dan tidak moden dizaman Rasullullah saw.

Abdullah Ahmad Badawi lah yang menghadarikannya. Bila hari ini Abdullah Ahmad Badawi sudah tidak berkuasa lagi maka Islam itu kembali mundur kerana Najib tidak menghadarikannya lagi.

Tapi jika dilihat dari aspek lain, Islam Hadari apa yang cuba Abdullah Ahmad Badawi cuba ketengahkan ? Pemimpin bagaimanakah yang tidak tegar menegur bilamana kekhilafan berlaku di depan mata ?

Sebagai seorang pemimpin yang bermotifkan kepimpinan Islam Hadari, adalah menjadi suatu tanggungjawab baginya memperbetulkan kesilapan, bukan hanya memandang guna mata sahaja.

Kelembikan dan ketidak-tegaran menegur dan membimbing akhirnya memakan dirinya sendiri apabila terdapat pemberontakan dalaman dikalangan menteri kabinetnya yang berani mencabar beliau supaya meletakkan jawatan secara terang-terangan.

Dimanakah maruahnya sebagai seorang Ketua Pemimpin ? Nampak sangat beliau tidak ada harga dikalangan rakyat dan menteri-menterinya sendiri ?

1Malaysia apa ini? Cogankata kah atau satu projek untuk rakyat kah? Semua orang tidak tahu. Cuma rakyat diberi tahu bahawa "Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan".

Timbul soalan, apa benda yang rakyat sudah dahulukan? Apa sudah pencapaian yang diutamakan? Semua kabur tidak jelas. Yang jelas suruh rakyat bersatupadu menyokong UMNO/Barisan Nasional untuk menguatkan pengaruh Najib sambil menggamit sokongan rapuh dari Big Maminya.

Setelah Najib wujudkan 1Malaysia. Ini seolah olah menggambarkan sebelum Najib jadi Perdana Menteri negara kita ini ada 13Malaysia iaitu Semenanjung Malaysia meliputi 11 Negeri Negeri dalam Semenanjung.

Jadi, Najib lah sebenarnya sebagai hero Malaysia kerana berjaya menjadikan 1Malaysia daripada dulunya 13Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Cogankata "rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan'. Di mana kesahihan cogankata ini ? Apakah sumbangan yang mereka berikan kepada rakyat ?

Tariff elektrik, minyak, barangan asas keperluan rakyat kosnya meningkat naik. Rakyat pedalaman dan luarbandar banyak yang semakin kesempitan hidup. Apa yang telah BN 'dahulu'kan kepada rakyat ?

Yang nyata, bilamana ada pilihanraya kecil, barulah rakyat di 'hulurkan' dengan tujuan supaya undi rakyat kampung di'hadiahkan' kepada calon UMNO/BN.
Seperti dalam dialog wayang Tan Sri P.Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang "dua untuk aku satu untuk kau". Begitulah hakikatnya. UMNO/BN hulur, rakyat harus 'bayar' balik dengan pangkahan undi BN calon mereka.

Timbul persoalan, apa kah sebelum Najib jadi Perdana Menteri, halatuju Barisan Nasional dulu bukan rakyat didahulukan? Tidak ada pencapaian diutamakan semasa BN memerintah dulu?

Kalau itulah maknanya 1Malaysia seolah olah selama ini BN telah bermain politik songsang kepada rakyat Malaysia? Jadinnya "Tipah Double Tertipu Lagi? ".

Memang pada dasarnya, rakyat Malaysia telah lama ditipu dan di perdayakan oleh kepimpinan UMBO/BN. Cuma masih ada rakyat yang 'kabur' dan suka diperdayakan oleh UMNO/BN. Di hulurkan RM100-200, mereka segera lupa akan kesengsaraan mereka.

Mereka lupa huluran RM100-200 cuma mampu bertahan sehari dua sahaja ekoran kos kehidupan rakyat meningkat hari demi hari tanpa mereka sedari. Golongan inilah yang harus kita buka minda dan mata mereka untuk melihat kebenaran yang terselindung disebalik lakonan-lakonan pemimpin UMNO/BN.

Wawasan Anwar Ibrahim, "Masyarakat Madani" dalam satu negara penduduknya berbilang bangsa dan fahaman agama mahu dimajukan. Tiada bangsa dalam negara Malaysia ini merasa kerugian.

Ada kah bangsa Melayu mahu kerugian? Jawabnya TIDAK. Cina, India, Bumiputera Islam dan bukan Islam mahu kerugian? Jawapan yang sama TIDAK. Bagusnya masyarakat madani semua dibantu tidak pilih bulu, semua bangsa tidak ketinggalan dalam mengecapi arus kemajuan rakyat madani.

Jadi, kalau semua suku bangsa rakyat Malaysia beruntung dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat, apa masalahnya?

Berbanding dengan Kerajaan UMNO/BN yang cuma untung adalah pemimpin pemimpin, orang orang besar, dan kroni kroni mereka sahaja. Kamu rakyat kampung dapat apa? Bukan kah itu suatu kerugian kepada semua bangsa dalam Malaysia?

Baru-baru ini kita di kejutkan dengan berita kehilangan 2 jet tentera Malaysia. Bagaimana dan mengapa ini berlaku ?

Kita semua tidak percaya ini kerja pencuri dan perompak jalanan yang ada di negara ini. Waima geng perompak terbesar pun tak mungkin bisa melakukannya.

Kerja-kerja ini hanya boleh di lakukan oleh 'orang-orang tertentu' yang pangkatnya bukan satu paku tapi berpaku-paku. Kita juga tidak mungkin dapat percaya kalau kerja-kerja ini di lakukan oleh anggota tentera yang berpangkat rendah.

Apakah Jenderal-Jenderal tentera yang ada di Malaysia ini tidak cukup makan ? Gaji mereka kurang besar kah ? Banyak pertanyaan demi pertanyaan timbul ekoran kehilangan misteri ini . Atau mungkinkah kita boleh pinjam 'AHLI NUJUM@DATUK KENNETH' untuk merungkai misteri kehilangan ini ?

Persoalaannya, siapa yang lakukan ? Dan bagaimana ianya di lakukan tanpa disedari atau pura-pura tidak disedari ?

Banyak kemungkinan dan persoalan timbul. Ini menampakkan betapa lemahnya sistem kawalan anggota tentera kita. Untuk menjaga jet tentera pun mereka tidak mampu, bagaimana kita dapat mempercayai keupayaan mereka untuk mempertahankan negara yang kita cintai ini ?

Yang paling kita kesali, perkara sebegini berlaku di bawah pentadbiran Kerajaan UMNO/BN dimana Kementerian Pertahanan, Menterinya Dato Seri Najib Tun Razak, orang UMNO/BN.

Banyak desah-desus di kedai kopi kini mula mencurigai keselamatan negara ini dan kini mereka dapat melihat kepincangan pentadbiran Kerajaan UMNO/BN yang semakin luas kelihatan.

Wahai pemimpin-pemimpin UMNO/BN, sudah-sudahlah mencari kesalahan Pakatan Rakyat. Perbaiki dahulu kelemahan dan kemusnahan dalaman UMNO/BN sebelum sibuk mencanangkan kelemahan Pakatan Rakyat.

Tapi, yelah, macam mana mau kerja untuk rakyat sedangkan Ahli-Ahli Parlimen kita sibuk mencari jodoh di kalangan artis-artis muda dan jelita.

Tercabar juga rasa mereka bilamana melihat pengantin baru Bung Mokhtar dengan Zizie. Apa pun, selamat pengantin baru Bung Mokhtar, lepas ni dalam Parlimen tidak boleh lagi bising-bising, hilang nanti seri pengantin !

Yang penting bukan pasal kawin yang jadi isu disini, rakyat perduli apa Raden Moktar nak kawin 3 atau 4 artis, tapi yang penting YB.

Raden Muktar telah menafikan dalam TV3 bahawa khabar angin itu cuma diada adakan. Ini namanya Wakil Rakyat PEMBOHONG. Si-pembohong mana boleh percaya jadi wakil? Tentu sekali janjinya pada rakyat pun beliau sanggup BERBOHONG?

Sumber : Harakah Daily (Halik Zaman)
JEBAT_BERANI : HAMBA SUKA MENGELARKAN P-END UM-NO NIE SEBAGAI 'PM SLOGAN'...LEPAS SATU-SATU SLOGAN YANG DIPEKENALKAN,NAMUN IANYA GAGAL MEMBERI MAFAAT KEPADA RAKYAT SEBALIKNYA HANYA MENGUNTUNGKAN TOKEY-TOKEY SYARIKAT PENGIKLANAN....
SAMPAI BILAKAH NASIB RAKYAT MALAYSIA AKAN TERUS DIPERINTAH OLEH PM SLOGAN MACAM DIE ORANG NIE..APAKAH SELEPAS NAJIB MASIH ADA LAGI PM SLOGAN??KALAU SLOGAN YANG BERHASIL TUE TAKPE JUGA..NIE SLOGANN MENKAYAKAN KRONI SAHAJA...

AKU BANGGA MENJADI ANAK KELANTAN



Kenali Orang Kelantan yang "murtad"
Rakyat Kelantan terkenal dengan "ketaksuban" mereka dengan budaya mereka. Mereka berada di seluruh pelusok Malaysia. Bahkan di seluruh dunia. Mereka akan membawa budaya mereka ini di mana sahaja mereka berada. Antara budaya-budaya yang "amat keramat" ialah budu , loghat percakapan mereka dan kesatuan komuniti mereka.

Tentang budu, mereka sanggup pikul gelen budu masuk ke perut kapal terbang jika mereka merantau jauh atau balik dari bercuti di kampung halaman. Begitu juga "kecek" mereka. Mereka tetap amalkan loghat mereka di mana jua berada.
Bahkan ramai rakan-rakan mereka dari negeri lain terikut-ikut dengan "kecek Kelantan". Malah ada rakyat Mesir dapat bercakap loghat Kelantan hasil pergaulan dengan pelajar Kelantan di Mesir. Begitu kuat pengaruh budaya mereka.

Kesatuan komuniti rakyat Kelantan juga tinggi. Lihatlah semasa Final Piala Malaysia 2009. Ramai rakyat Kelantan yang tinggal, bekerja dan belajar di sekitar Lembah Kelang "turun" ke Stadium Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada pasukan Kelantan.

Sifat budaya kesatuan komuniti ini di bawa oleh mereka bertujuan untuk tolong menolong dan saling bantu membantu. Jika orang Cina boleh wujudkan "China Town" di seluruh dunia, orang Kelantan juga telah mewujudkan "Kelantan Village" di seluruh negara.

Dengan 3 aspek budaya di atas tadi iaitu budu, loghat dan kesatuan melahirkan orang Kelantan yang berjiwa bebas, merdeka, punya jati diri , bijak berpolitik, sayang dan kasih kepada negeri mereka.

Mana-mana orang Kelantan yang "menjauhi" dari 3 aspek budaya itu, akan dipinggirkan dan di gelar sebagai "Ore Kelate ye murtad" ! Jika ada orang Kelantan yang "kecek bahasa luar" sesama sendiri akan mendapat label "murtad". Begitu juga yang tidak bergaul dengan komuniti sendiri dan mengutuk dan tidak membela negeri sendiri juga bakal di gelar demikian.

Dalam kes royalti, suatu sikap yang aneh lagi pelik apabila ada orang Kelantan tidak "satu hati" menuntut hak negeri mereka sendiri. Alangkah peliknya nama-nama besar seperti Awang Adek, Mustafa Mohammad, Ibrahim Ali dan Anuar Musa "bersungguh-sungguh" menafikan hak Kelantan mendapat royati minyak.

Mereka semua punya pengaruh di Putrajaya. Mereka juga anak jati Kelantan. Mana dia sifat jati diri, kesatuan komuniti dan sayang kepada bumi kelahiran ?

Berlainan isu pampasan Empangan Pergau tahun 1991 dahulu. Semua rakyat Kelantan "satu hati" menyokong tuntutan TG Nik Aziz terhadap pampasan dari TNB.

Kalau Ahmad Maslan maupun Samy Vellu menentang hak royalti Kelantan, itu bukannya suatu yang pelik. Tetapi ini mereka adalah anak kelahiran Jeli, Bachok, Melor dan Pasir Mas. Bukan lahir kat Sungai Siput !

Mungkin pembesar-pembesar Kelantan ini sudah lama tidak makan budu, kecek bahasa luar dan asyik bergaul dengan orang Kuala Lumpur. Inikah orang Kelantan yang "murtad" ?

Sumber : Harakah Daily( Tok Pepijat )

JEBAT_BERANI : HAMBA BANGGA MENJADI 'ANAK KELATE' DAN HAMBA AKAN BERSAMA-SAMA DENGAN KERAJAAN KELANTAN MEMPERJUANGAN NASIB NEGERI KELANTAN DARI TERUS DITINDAS...

AYAM UMNO SUDAH BERKOKOK SUMBANG

Umno anjur perhimpunan 'desak PAS Selangor keluar Pakatan'

SHAH ALAM, 26 Dis: Umno dipercayai sedang menggerakkan satu perhimpunan kononnya untuk mendesak agar PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat.

Menurut satu sms yang dihantar kepada Harakahdaily, perhimpunan itu akan diadakan esok 27 Disember jam 11 pagi di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor dekat sini.

Dalam perhimpunan itu, sms itu memaklumkan, satu memorandum akan diserahkan dan menurutnya memo itu akan diterima sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

"Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...," tulis sms itu.

Ketika disemak dari penghantar sms itu, didapati sumbernya adalah penggerak Umno di negeri ini.

"Dia nak ambil kesempatan dari isu yang berlaku di Selangor sekarang untuk memecahkan PAS," kata sumber yang menghantar mesej ini kepada Harakahdaily.

Sementara itu, blogger Raja Petra Kamarudin dalam tulisannya memberitahu, para pemimpin Umno telah memberitahu orang-orangnya dalam agensi kerajaan negeri ini bahawa Barisan Nasional akan mengambil alih Selangor Januari ini.

Ekoran itu, katanya, banyak agensi kerajaan negeri yang masih dipimpin oleh penyokong Umno 'tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya'.

Ini kerana, mereka menunggu apakah kerajaan negeri Pakatan di Selangor ini akan jatuh atau tidak ke tangan BN Januari ini sebagaimana yang dijanjikan pemimpin Umno itu.

Adalah dipercayai, jika benarlah tulisan Raja Petra ini bermakna antara strategi Umno adalah dengan memecahkan PAS di Selangor dan seterusnya memecahkan Pakatan Rakyat

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : ALAMAK DEPA NIE MUKA TAK MALU APA??YANG DOK SIBUK DAN HANTAR MEMORANDUN SURUH PAS KUAR PAKATAN AWATNYA??DAH GILA TALAK KAT PAS KE APA??JANGAN DOK 'MEROYAN' LA WEH..PENIN HAMBA NAK MELAYAN KERENAH UMNONGOK NIE...

JANGAN NAK JADI AYAM JANTAN DOK BERKOKOK TAK TENTU HALA...DAH RASA DIRI TUE TAK MAMPU NAK 'BERSABUNG' LAGI JANGAN NAK KALUT BUAT KACAU DALAM PAKATAN ORANG PLAK..YANG 'BARISAN' DEPA SEKARANG NIE PUN DOK BERTERABUR SANA SINI..JAGA DULU 'BARISAN' TUE...

1MALAYSIA : UM-NO BERCAKARAN SESAMA SENDIRI

(2 ekor be-end sedang berebut jawatan dan projek)



Tahun baru,pergolakan baru. Itu yang dapat digambarkan apa yang berlaku kepada Umno@BN hari ini.

Di Utara belum selesai polemik dan perebutan jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang di antara Umno dan Gerakan.

Di Pantai Timur Umno Terangganu yang selama ini 'duduk serumah tetapi bilik lain-lain' berlarutan dengan bercakaran sesama sendiri di dalam sidang DUN Terangganu di antara kumpulan Datuk Ahmad Said dan regu Datuk Idris Jusoh.

Krisis dalam MCA semakin buntu dengan masing-masing cabar mencabar sesama sendiri.

Dalam PPP makin haru biru bila Presiden PPP Datuk M.Kayveas menganggap Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah sebagai "timbalan menteri haram" kerana enggan melepaskan jawatannya walaupun telah dipecat dari parti itu Jun lepas.

Di Perak lain pula ceritanya apabila Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Kamilia lbrahim mendedak Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz meletak jawatan sebagai ketua WHIP BN di parlimen kerana gagal menjalankan tugasnya memastikan kehadiran ahli parlimen BN dalam undian kelulusan Belanjawan 2010 sehingga menyebabkan BN hampir ditumbangkan tanpa pilihanraya umum.

Apa yang berlaku menunjukkan sikap berebut jawatan dan kuasa tanpa memperdulikan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

Jadi tak peliklah enjin jet yang besar tu pun boleh hilang kerana pemimpin Umno@BN lebih sibuk bercakaran sesama sendiri.

Mereka bercakap tentang 1Malaysia, kononnya rakyat didahulukan tetapi sikap mereka sebenarnya lebih mengutamakan kedudukan dan kuasa.

Adakah kita hendak membiarkan mereka yang mementingkan diri dan kuasa ini terus berkuasa di negara ini?

Sumber : Harakah Daily (Angkasanuri )

JEBAT_BERANI : MEMANG SEJAK DARI DULU LAGI UM-NO/BE-END INI SENTIASA BERCAKARAN...BEREBUT JAWATAN ITU JAWATAN INI..PROJEK ITU PROJEK INI SEHINGGA AMANAT YANG DIBERIKAN RAKYAT TAK DIPEDULI..

PALING KETARA APABILA MELIHAT KEJADIAN AHLI PARLIMEN BE-ENF YANG PONTENG DARI MENHADIRI PENBETANGAN BAJET...MEREKA TIDAK MELIHAT AKAN KEPENTINGAN BAJET INI KEPADA RAKYAT..MEREKA SIBUK DENGAN HAL MASING-MASING DAN PROJEK SANA SINI..

SAMPAI BILA KITA HENDAK MELIHAT TINGKAH LAKU MEREKA??SAMPAI BILA KITA HENDAK MEMBIARKAN MEREKA MEMPERMAINANKAN AMANAT YANG DIBERIKAN RAKYAT??ADAKAH SEHINGGA NEGARA TERGADAI??LU ORANG PIKIR LA SENDIRI...

ISLAM PENYELAMAT UMAT MANUSIA


1. Negara semakin rumit dan rencam untuk ditadbir dan rakyat kian sukar dan sulit untuk diurus tatkala berdepan dengan cabaran baru yang nyata komplek dan kusut .

2. Politik bergolak , ekonomi menjunam dan sosial membarah antara realiti konflik yang terpaksa didepani oleh negara dan rakyat dewasa ini .

3. Hari ini para politikus , pakar ekonomi dan aktivis sosial antara manusia paling sibuk di atas muka bumi . Mereka berfikir , bekerja dan merumus bagi menghasilkan formula pemuliharaan negara dan rakyat yang kini terancam ketenangan dan kesejahteraan hidup mereka lantaran konflik yang dihadapi . Tidak sedikit , masa , tenaga dan wang ringgit yang dilaburkan untuk tujuan tersebut . Malangnya , sehingga kini semua kaedah dan teori yang dipakai seperti gagal menghasilkan formula berkesan bagi mengatasi kemelut ummah .

4. Saya melihat kegagalan itu berpunca dari sikap degil dan babil sebahagian manusia untuk kembali berpaut pada asas dan sumber tulen dari ajaran wahyu yang merumus formula langit untuk sebuah penyelesaian abadi . Terpengaruh dengan elemen dalaman jiwa sebahagian insan yang ego dan angkuh lalu menolak mentah pelan penyelesaian yang digaris oleh al quran dan sunnah .

5. Sedang Islam adalah agama yang diutus oleh Allah swt sebagai Minhaajul Hayah [ cara hidup ] atau way of life . Ianya menepati sebuah manual yang didokumenkan sebagai satu deklarasi hidup untuk memimpin serta membimbing ummat manusia membina tamaddun dan peradaban mereka . Justeru Islam diutus oleh Tuhan yang mencipta manusia dan segala pra sarana yang menjadi keperluan manusia untuk hidup [ maka Ia lah Tuhan yang berauthoriti untuk menentu arah tuju dan peraturan hidup manusia yang diciptanya ] .

6. Umumnya manusia memerlukan kehidupan . Biarpun kematian terus meningkatkan statistik angkanya [ lantaran turut menjadi mangsa konflik serta krisis kehidupan ] , yang masih hidup dan bakal lahir memerlukan kehidupan dan merencana untuk hidup . Manusia akan bertarung , bersabung dan berjuang dengan segala sisa keupayaan yang ada pada mereka untuk sebuah kehidupan . Jelasnya kehidupan adalah sebuah perjuangan jua, tidak mungkin manusia hidup tanpanya .

7. Namun begitu , erti hidup hanyalah pada kesejahteraan dan kebahagiaan , ketenangan dan kedamaian , kegembiraan dan kejayaan . Tiada erti bagi hidup yang diselubungi penderitaan dan kesengsaraan , kesedihan dan kekecewaan , kegagalan dan kemusnahan . Sungguhpun mereka hidup , tetapi hidup yang tiada makna dan tidak bererti . Terdapat jua insan yang enggan memaknai atau menghargai kehidupan mereka lalu menjerumuskan diri mereka ke lembah binasa .

8. Islam diutus sebagai pedoman untuk memberi makna , erti dan nilai pada kehidupan yang dianugerah ini . Islam dikirim sebagai petunjuk untuk mewarnai kehidupan dan memberi cahaya yang membebaskan manusia dari perangkap kegelapan . Islam adalah cara hidup yang sesuai di semua tempat dan masa serta keadaan dan zaman .

9. Ketika berhadapan dengan An Najasyi [ Raja Habsyah ] , Jaafar bin Abi Talib sewaktu berhujjah bagi memberikan penjelasan mengenai Islam yang diragui kebenaran dan peranannya oleh Najasyi dan pembesarnya telah berkata : [ bagi memberi gambaran jelas tentang Islam dan peranannya ]

Wahai Raja , Kami dulunya adalah orang - orang jahiliyyah . Kami menyembah berhala , kami memakan bangkai , kami berzina , kami memutuskan silaturrahim , kami menyakiti jiran , yang kuat dikalangan kami menindas yang lemah , begitulah keadaan kami sehingga Allah swt mengutuskan kepada kami seorang Rasul dari kalangan kami . Kami kenal keturunannya , kebenaran risalahnya , kejujuran dan ketinggian budi pekertinya .

Ia telah mengajak kami kembali kepada Allah swt supaya kami mentauhidkan dan mengabdikan diri kepadanya [ tidak menyekutukannya ] , memisahkan kami dari apa yang kami dan datuk nenek moyang kami sembah sebelum ini yang terdiri dari batu dan berhala .

Ia menyuruh kami supaya bercakap benar , menunai amanah , menghubung silaturrahim , berbuat baik terhadap jiran tetangga , berhenti dari melakukan jenayah dan menumpah darah serta melarang kami dari melakukan zina , bercakap kotor , makan harta anak yatim dan melempar tuduhan / fitnah kepada wanita yang baik .

Ia menyuruh kami mengabdikan diri kepada Allah swt Tuhan yang Maha Esa tanpa menyengutukannya dengan sesuatu pun . Ia menyuruh kami mendirikan sembahyang , membayar zakat dan berpuasa [ Jaafar menyebut beberapa perkara yang terkandung di dalam rukun Islam ] , maka kami membenarkannya dan kami beriman kepadanya . Kami melaksanakan apa yang dibawanya daripada Allah swt .

10. Islam bukan sebagaimana yang digambarkan oleh Amerika dan golongan orientalis . Ekstrim dan terrorist , melampau dan mencetuskan huru hara . Sempit dan prejudis , ketinggalan zaman dan anti pembangunan . Ini semua adalah fitnah dan momokan yang tidak berasas pula berniat jahat terhadap Islam . Ini juga adalah perang saraf pihak musuh yang terus menyimpan dendam kesumat dan hasad dengki terhadap Islam .

Sumber : http://episodeperjuangan.blogspot.com

JEBAT_BERANI : HANYA MEREKA YANG MENGAMALKAN AJARAN SEKULAR SAHAJA YANG MERASAKAN BAHAWA ISLAM TIDAK SESUAI DIAMALKAN SEPENUHNYA DALAM KEHIDUPAN..SEDANGKAN ALLAH S.W.T TELAH MENJADIKAN AL-QURAN ITU LENGKAP SEBAGAI PANDUAN HIDUP MANUSIA.

TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA SIASAT KEHILANGAN ENJIN F-5E

Hilang enjin, tubuh segera Suruhanjaya Diraja - Anwar

M Khaleel Kas

KUALA LUMPUR, 26 Dis: Kerajaan digesa untuk menubuhkan dengan segera Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kehilangan dua buah enjin kapal terbang tempur F-5E milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).

Hal ini ditegaskan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas mengenai isu tersebut di majlis jamuan Hi-Tea sempena Krismas anjuran The Mar Thoma Syrian Church of Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

Menurut Anwar skandal kehilangan enjin pesawat merupakan suatu perkara yang sangat serius dan tidak sepatutnya dipandang ringan.

Sehubungan itu beliau dan parti-parti pembangkang menuntut penubuhan satu Suruhanjaya diRaja untuk menanganinya.

"Kita menuntut satu suruhanjaya diraja ditubuhkan segera untuk menyiasat skandal ini," tegasnya ketika ditanya wartawan.

Sebelum ini,Sasterawan Negara ke-10, Datuk Dr Anwar Ridhwan menyifatkan kehilangan enjin F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai tanda aras keruntuhan moral pimpinan negara ini.

Beliau melahirkan kekesalannya kerana perkara yang tidak pernah dibayangkan boleh berlaku sebelum ini seperti kehilangan enjin pesawat yang saiznya besar tetapi mudah pula untuk diseludup ke luar negara.

“Kalau sampai dua enjin pesawat pejuang boleh hilang yang ahli silap mata terkenal dunia seperti David Copperfield tidak boleh hilangkannya tetapi yang menjaga keselamatan negara boleh hilangkan, ini satu gambaran runtuhnya iklim moral yang besar.

“Kita bimbang jika tidak diberi kesedaran tentang perlunya menjaga iklim moral dan integriti di kalangan generasi muda, negara ini akan rosak dan runtuh,” tegas Dr Anwar lagi dalam majlis meraikan beliau sebagai Sasterawan Negara ke-10 oleh Lembaga Muzium Selangor dan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Dato' Mhafuz Omar pula persoalkan kredibiliti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di atas kegagalan agensi itu menyelesaikan siasatan berhubung kes kehilangan enjin jet pemintas F-5E seperti yang dilaporkan baru-baru ini.

Mahfuz yang ditemui selepas Majlis Sumbangan Peralatan Sekolah di Pejabat PAS Pokok Sena baru-baru ini berkata, beliau difahamkan laporan polis berhubung kejadian itu dibuat pada 4 Ogos 2008 yang lalu dan nota pemakluman kepada Jabatan Peguam Negara (AG) hanya dihantar pada Mei 2009.

"Persoalannya, kenapa PDRM perlu ambil masa yang terlalu lama untuk menyiasat insiden yang sebegini serius dan penting?

"Sembilan bulan bukannya tempoh yang singkat, itu pun masih tidak boleh selesai, perlu kepada lanjutan tempoh siasatan, ini yang meragukan dan rakyat persoalkan," katanya.

Menurut Mahfuz, kerajaan perlu menyatakan bentuk tindakan yang telah diambil terhadap syarikat yang memonopoli kerja-kerja penyelenggaraan enjin pesawat pejuang milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) iaitu AIROD SDN BHD.

"Kejadian enjin jet F-5E hilang itu dikatakan berlaku ketika dalam perjalanan dari pengkalan TUDM di Butterworth ke AIROD untuk diselenggarakan, sudah tentu ada kaitannya dengan syarikat itu," katanya.

Beliau turut mengulangi desakannya supaya ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Siasatan peringkat Parlimen yang diyakini lebih bersifat terbuka, berintegeriti dan telus dalam usaha menjejaki mereka yang bertanggungjawab terhadap kejadian ini.

Mahfuz berkata, perletakan jawatan seorang pegawai berpangkat Briged Jeneral dan tindakan memberhentikan perkhidmatan 20 anggota lain yang dikatakan tiada kaitan dengan kes ini turut mengundang keraguan masyarakat yang melihat seolah-olah kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu berkaitan dengan kes ini.

Ini sekaligus menolak kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang berjanji tidak akan menyembunyikan siasatan kes dari pengetahuan umum.

Mahfuz menuntut Kementerian Pertahanan mengemukakan alasan ke atas tindakan memberhentikan kerja 20 anggota tersebut dan menyatakan alasan perletakan jawatan pegawai tinggi itu kepada masyarakat umum untuk mengembalikan keyakinan mereka.

"Kalau betul mereka terlibat, kerajaan perlu mengheret mereka ke mahkamah terbuka dan bukannya dakwa mereka di mahkamah tentera yang sudah tentu perbicaraannya tidak akan didedahkan kepada pengetahuan umum,"tegasnya.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : APAKAH KESUDAHAN ISU KEHILANGAN ENJIN PESAWAT PEJUANG F-5E INI??APAKAH IANYA AKAN BERKESUDAHAN SEPERTI APA YANG TERJADI DENGAN KES ALTANTUYA??APAKAH AKAN ADA LAGI 'KAMBING HITAM' DALAM KES INI??KEWUJUDAN SURUHANJAYA SIASATAN INI SEBENARNYA TIDAK AKAN MEMJAMIN KES INI AKAN DISIASAT DENGAN ADIL DAN TELUS...

DALAM ERA KERAJAAN '1MALAYSIA' INI KEBANYAKAN BADAN PENGUATKUASA DAN MAHKAMAH DILIHAT GAGAL MELAKSANAKAN TUGAS DENGAN ADIL DAN TELUS..LEBIH-LEBIH LAGI BILAMANA IANYA MELIBATKAN PEMIMPIN BERPENGARUH DALAM NEGARA..

APA YANG BOLLEH KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA LAKUKAN BAGU MENGHUKUM PENGKHIANAT NEGARA INI ADALAH DENGAN MENUKAR PEMERINTAH NEGARA..UM-NO/BE-END PERLU SEGERA'DIPENCENKAN'...MEREKA JELAS GAGAL MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB MENJAGA KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN RAKYAT MALAYSIA..

AYUH KITA SEMUA BERSATU DAN BERTEKAD UNTUK MENUKAR PEMERINTAH INI..KITA MENANGKAN PAKATAN RAKYAT DEMI SEBUAH KERAJAAN YANG MELETAKAN KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN RAKYAT MALAYSIA SEBAGAI KEUTAMAAN...

Saturday, December 26, 2009

5 ASAS KUKUH UM-N0/BE-END DIGELAR PEROMPAK

Royalti: 5 asas kukuh kenapa Pusat wajib bayar

BESUT, 26 Dis: Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) mendesak Kerajaan Pusat supaya segera menunaikan janji dan tanggungjawab untuk membayar royalti petroleum kepada kerajaan di negeri-negeri dari mana minyak telah dikeluarkan untuk kebaikan dan manfaat rakyat.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Bersama Gegar, Dr Abdul Halim Yusof dan Mohamad Fauzi Abu Samah pada sidang media yang diadakan di sini, petang semalam.

Gegar adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang dilancarkan pada awal bulan ini untuk mencetuskan kesedaran rakyat dan menuntut kerajaan mengembalikan royalti minyak kepada rakyat yang berhak.

Menurut mereka, hujah utama mengapa kerajaan mesti mengembalikan wang royalti kepada negeri ialah komitmen kerajaan sendiri seperti mana yang telah disebut oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein pada 12 Disember 1975 di Parlimen bahawa kerajaan telah bersetuju untuk membayar wang tunai tersebut kepada negeri.

Selain itu, ujar mereka, perjanjian telah dibuat pada 1975 antara Menteri-menteri Besar Semenanjung dengan Pengerusi Petronas untuk memberi lima peratus royalti kepada negeri.

“Dan berdasarkan niat dan amalan, Petronas telahpun membayar kepada kerajaan negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak,” kata mereka.

Tambah mereka, pengeluaran minyak adalah dalam perairan Kelantan berdasarkan pada takrifan kawasan perairan negeri seperti mana perjanjian UNCLOS 3 (United Nations Convention on the Law of the Sea) 1982 yang ditandatangani oleh Malaysia, yang menetapkan negeri mempunyai hak Zon Ekonomi Eksklusif menjangkau jarak 200 batu nautika.

Justeru, kata mereka pernyataan yang menyatakan jarak tiga batu nautika adalah mengelirukan kerana Akta Darurat yang digubal pada tahun 1969 adalah khusus dan ketika itu Akta Kemajuan Petroleum masih tidak wujud.

Mereka turut menghuraikan lima sebab mengapa kerajaan Pusat mesti mengembalikan royalti petroleum kepada rakyat melalui kedua-dua kerajaan negeri itu.

Pertama, perjanjian yang telah ditandatangani antara Menteri-menteri Besar bagi negeri-negeri di Semenanjung pada tahun 1975 dengan Pengerusi Petronas ketika itu, iaitu Tengku Razaleigh Hamzah adalah sah dan Petronas adalah terikat kepada perjanjian ini.

Bagi Negeri Terengganu, pemberian royalti yang telah diberikan bermula 1978 sehinggalah ianya diubah kepada “wang ehsan” pada tahun tahun 2000. Persoalannya, kenapa dulu dikenali sebagai royalti dan kenapa sekarang ianya dikenali sebagai wang ehsan sedangkan berdasarkan kepada perjanjian, dengan terang ianya ditakrifkan sebagai royalti dan bukan ehsan.

Bagi negeri Kelantan, perjanjian telah ditandatangani antara Menteri Besar ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas. Perjanjian ini telah mengikat kerajaan Persekutuan untuk memberi royalti kepada kerajaan Kelantan sebanyak lima peratus setahun dan dibayar tunai dua kali setahun. Perjanjian ini tidak pernah dibatalkan.

Kedua, Akta Kemajuan Petroleum 1974 seksyen 4 telah menetapkan supaya Perbadanan (Petronas) hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai kepada kerajaan negeri sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak bagi negeri tersebut. Berasaskan peruntukan ini, penganugerahan wang tunai kepada negeri-negeri yang perairannya mempunyai minyak telah dibuat sejak dahulu.

Ketiga, kenyataan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa negeri Kelantan dan Terengganu tidak layak untuk mendapat royalti petroleum kerana petroleum yang dikeluarkan adalah dari luar kawasan perairan negeri-negeri ini (luar states territorial waters’ – ukuran melebihi tiga batu nautika seperti dalam Akta Pelantar Benua 1966) adalah tidak relevan dalam konteks pengeluaran minyak dan pembayaran royalti ini.

Sebagai contoh, perjanjian yang telah ditandatangi oleh Menteri Besar Kelantan pada tahun 1975 dengan Pengerusi Petronas tidak menetapkan perkara ini sebagai syarat.

Malah, berdasarkan hansard soal jawab Parlimen bertarikh 12 November 1975, Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Razak ketika menjawab soalan di Parlimen menjelaskan bahawa mengikut perjanjian, tiap-tiap negeri akan menerima lima peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi di negeri masing-masing sama ada yang diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut.

Dari segi sejarah, pembayaran royalti minyak kepada kerajaan Terengganu telah dibuat walaupun pelantar cari gali minyaknya berada di luar dari tiga batu nautika.

Pelantar minyak negeri Terengganu terletak 220 kilometer di perairan Laut China Selatan sedangkan pelantar minyak di Kelantan terletak 170 kilometer di Zon Ekonomi Eksklusif yang diusahakan antara Petronas dengan Kerajaan Thailand di Laut China Selatan/Teluk Siam.

Keempat, pembayaran yang sepatunya adalah royalti dan bukan wang ehsan. Perjanjian pada 1975 itu menyebut pembayaran wang tunai dan bukan wang ehsan. Wang ehsan dan royalti adalah berbeza kerana wang ehsan memberi makna pemberian simpati sedang wang royalti adalah wang yang mesti dibayar hasil daripada perjanjian dan perundingan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Wang royalti hendaklah dibayar kepada kerajaan yang mentadbir secara sah di sesebuah negeri berkenaan. Sebaliknya, pembayaran wang ehsan kepada jabatan persekutuan yang beroperasi di negeri akan membuka peluang kepada pembaziran, pertindihan dan penggunaan wang secara tidak optimum kerana perancangan dan pembangunan untuk rakyat di negeri adalah dipimpin oleh kerajaan negeri.

Kelima, Kerajaan Persekutuan mestilah secara adil menegakkan konsep federalisme (persekutuan) kepada semua negeri di Malaysia.

Konsep federalisme menekankan kepentingan hubungan yang harmoni dan berkesan antara kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri setelah bidang kuasa kerajaan Pusat dan kerajaan negeri ditetapkan dalam perlembagaan negara.

Dalam amalan federalisme, negeri yang berada dalam Persekutuan diberikan kuasa autonomi untuk membolehkan mereka mentadbir urus di bawah bidang kuasa mereka dengan berkesan.

Melalui perhubungan yang jelas, baik dan terjamin inilah pembangunan untuk kepentingan rakyat dapat diusahakan dengan berkesan.

Dalam konteks ini, pemberian wang royalti oleh Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri adalah bukti penegakan konsep federalisme kerana kerajaan negeri berhak untuk merancang dan menentukan penggunaan wang royalti untuk kepentingan rakyat negeri berdasarkan bidang kuasa negeri.

Dengan itu, kata mereka, hujah pihak yang menolak pembayaran royalti iaitu minyak yang dikeluarkan adalah dari luar kawasan perairan negeri; negeri hanya layak menuntut jika minyak ditemui dalam jarak tiga batu nautika serta negeri (seperti Kelantan) tidak layak menuntut royalti minyak daripada Zon Ekonomi Eksklusif kerana ia bukan negeri adalah tidak dapat dipertahankan.

“Kesemua fakta dan hujah di atas menunjukkan kerajaan Persekutuan tidak ada pilihan melainkan membayar royalti kepada kerajaan negeri yang berkenaan yang seharusnya menggunakannya dengan sebaik-baik untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat jelata,” ujar mereka.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : PERBUATAN UM-NO/BE-END MENYERUPAI PERANGAI SEORANG 'PEROMPAK'...MENAFIKAN HAK RAKYAT MEMBUKTIKAN UM-NO/BE-END TIDAK MENITIK BERATKAN AKAN KEBAJIKAN RAKYAT MALAYSIA...

WANG ROYALTI YANG PERLU DIBAYAR KEPADA KERAJAAN NEGERI YANG MEMILIKI MINYAK ADALAH UNTUK KEPERLUAN RAKYAT DAN PEMBANGUNAN NEGERI TERSEBUT..PENAFIAN HAK ROYALTI INI MENYEBABKAN KEBAJIKAN RAKYAT DAN PEMBANGUNAN AKAN TERJEJAS..

UM-NO/BE-END NYATA MENGAMALKAN POLITIK 'KOLOT' APABILA DILIHAT SEAKAN-AKAN CUBA MEMBALAS DENDAM KEPADA RAKYAT YANG MENOLAK MEREKA PADA PILIHAN RAYA..NEGERI-NEGERI YANG BERJAYA DIMENANGI OLEH PAKATAN RAKYAT SENTIASA DITEKAN DAN DIZALIMI DENGAN PELBAGAI CARA..

RAKYAT PASTI AKAN MENGHUKUM PERBUATAN MEREKA INI PADA PILIHAN RAYA UMUM AKAN DATANG..MEREKA TIDAK AKAN SELAMA-LAMANYA BERKUASA..RAKYAT JUGA TIDAK AKAN LAGI TERMAKAN JANJI MANIS MEREKA UNTUK KESEKIAN KALINYA..

TRAGEDI SANI EKPRESS : 10 MAUT 2 CEDERA

10 maut bas terbabas di lebuh raya PLUS

Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.

Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak berkata mereka yang terbunuh dalam kejadian pukul 1 pagi itu ialah:

1. Shaharin Mohd Nor, 61, dari Taman Setia, Klang, Selangor;
2. Supiah Adam, 46, dari Taman Setia, Klang, Selangor;
3. Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah;
4. Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dari Sungai Besar, Selangor;
5. Noor Jasmi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis.
6. Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor;
7. Ng Kah Kit, 14, Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah;
8. Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar;
9. Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dari Sungai Petani, Kedah;
10. Identiti mangsa belum dikenalpasti - wanita dipercaya Melayu.

Wan Abdullah berkata penungpang yang cedera parah dikenali Md Razip Fadzir, seorang anggota tentera manakala penumpang yang cedera ringan ialah Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah.

Katanya kedua-dua penumpang yang cedera kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh manakala kesemua mangsa yang maut juga dibawa ke hospital yang sama untuk bedah siasat.

Wan Abdullah berkata semua yang terbunuh dan cedera merupakan penumpang yang duduk di tingkat bawah bas dua tingkat berkenaan manakala semua penumpang di bahagian atas serta kedua-dua pemandu bas tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata bas ekspres itu berlepas dari Klang, Selangor pada 9 malam tadi menuju ke Kangar dan membawa 48 penumpang.

"Di tempat kejadian, bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudiannya melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti," katanya.

Beliau berkata besi daripada pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (rempuhan di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.

Wan Abdullah berkata pemandu yang memandu bas ketika kemalangan itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan pemandu yang ditahan itu baru sahaja mengambil giliran memandu selepas bas itu berhenti di Hentian Sebelah, Simpang Pulai dekat sini sebelum kejadian.

Sementara itu, seorang daripada penumpang yang terselamat, Marziana Mahmud, 24, mendakwa pemandu bas tersebut kelihatan mengantuk sebelum kemalangan tersebut.

"Bas dipandu dalam keadaaan tidak stabil, terhoyong-hayang ke kiri...kanan sebelum kejadian," dakwa penjawat awam itu yang duduk di bahagian depan di tingkat atas bas berkenaan. -

Sumber : Bernama

JEBAT_BERANI : HAMBA MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA YANG TERLIBAT..SEMOGA ALLAH MEMBERI KEKUATAN KEPADA MEREKA MENGHADAPI DUGAAN INI..

BILA YANG ISLAM JUGA SIBUK MENYAMBUT KRISMAS


HARI INI RAKAN-RAKAN YANG BERAGAMA KRISTIAN MENYAMBUT HARI PERAYAAN MEREKA IAITU HARI NATAL ATAU JUGA DIPANGGIL HARI KRISMAS...SELAKU RAKYAT MALAYSIA YANG HIDUP BERBILANG KAUM DAN AGAMA KITA HARUSLAH SALING MENGHORMATI AKAN BUDAYA DAN PERAYAAN KAUM LAIN DEMI KEHARMONIAN HIDUP..

DIDALAM KEMERIAHAN MASYARAKAT BERAGAMA KRISTIAN MENYAMBUT PERAYAAN MEREKA HAMBA DAPATI TERDAPAT JUGA SAUDARA KITA YANG BERAGAMA ISLAM TURUT MERAIKAN PERAYAAN INI..MUNGKIN KERANA INGIN MERAIKAN RAKAN-RAKAN MEREKA YANG BERAGAMA KRISTIAN BARANGKALI...TIADA SALAHNYA PADA PANDANGAN HAMBA JIKA TAHU MENJAGA BATASAN DAN LARANGAN YANG TELAH DIGARISKAN OLEH AGAMA ISLAM..

NAMUN APA YANG HAMBA SANGAT SEDIH DAN KECEWA IALAH BILAMANA MELIHAT SAUDARA SEGAMA DENGAN HAMBA MERAIKAN PERAYAAN KRISMAS INI SEHINGGA LUPA APA YANG TELAH DIAJAR OLEH AGAMA ISLAM...MEREKA MENGAMBIL MINUMAN KERAS DAN BERGAUL BEBAS ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN TANPA MERASA SEDIKIT PUN BERSALAH TERHADAP AGAMA MEREKA..

ADA JUGA YANG MEMAKAI 'TOPI KRISMAS' TANPA MENYEDARI BAHAWA IANYA BOLEH MEMBERI KESAN KEPADA AKIDAH MEREKA..MENGAPAKAH INI SEMUA TERJADI??SIAPAKAH YANG HARUS KITA PERSALAHKAN??APAKAH MEREKA TIDAK MEMPUNYAI LANGSUNG DIDIKKAN AGAMA??

BILA DIFIKIRKAN KEMBALI MUNGKIN INILAH AKIBAT DARI AJARAN 'ISLAM HADHARI' DAN JUGA SEMANGAT '1MALAYSIA'...AJARAN ISLAM BOLEH 'DILETAK TEPI' APABILA MEREKA INGIN MELAKUKAN SESUATU YANG BERCANGGAHAN DENGAN APA YANG DIAJAR OLEH ISLAM..KERANA PADA MEREKA ISLAM ITU HANYA AGAMA MEREKA YANG TERCATAT DI DALAM IC SAHAJA,BUKAN ISLAM YANG MENJADI AMALAN HIDUP MEREKA..

SATU AGI PERSOALAN YANG TIMBUL DI BENAK FIKIRAN HAMBA IALAH,MANA PERGINYA PIHAL BERKUASA AGAMA??BILA MASYARAKAT ISLAM INI IKUT SAMA MENGAMBIL MINUMAN KERAS DAN 'BERGAYA' SEUMPAMA ORANG KRISTIAN..KEMANA MEREKA SEMUA PERGI..APAKAH MEREKA SEDANG 'BEREHAT-REHAT' KERANA HARI INI ADALAH CUTI UMUM..MASIH BOLEHKAH MEREKA BEREHAT SEDANGKAN UMAT ISLAM SEDANG DIROSAKAN???APAKAH PERJUANGAN ISLAM PENGUATKUASA AGAMA INI HANYA PADA HARI BEKERJA??

PENGUATKUASA AGAMA INI NAMPAKNYA HANYA 'JUARA' DALAM MENGHALANG PENCERAMAH YANG TAK BERTAULIAH MENYAMPAIKAN AJARAN AGAMA ISLAM..PADA MEREKA WALAUPUN AJARAN YANG DISAMPAIKAN ITU ADALAH BENAR AKAN TETAP MEMJADI SALAH PADA 'UNDANG-UNDANG' MEREKA JIKA TIDAK MENDAPATKAN TAULIAH DARI MEREKA..APAKAH NABI MUHAMMAD S.A.W DULU MEMERLUKAN TAULIAH UNTUK MENYEBARKAN ISLAM??

TAPI BILA SOAL JUDI DAN ARAK DAN SALAH-LAKU LAIN YANG DILAKUKAN OLEH PENGANUT ISLAM,MEREKA 'KAKU','KELU' DAN MEMJADI 'BUTA'...BERMACAM ALASAN DIBERIKAN BILA DITANYA AKAN KELEMAHAN MEREKA INI..KEKURANGAN KAKITANGAN KONONNYA..ITU SEMUA HANYA ALASAN SAHAJA..

OLEH YANG DEMIKIAN NAMPAKNYA KITA TIDAK BOLEH LAGI MENGHARAPKAN PENGUATKUASA AGAMA INI UNTUK MENJAGA AGAMA KITA..KITA SEBAGAI UMAT ISLAM HARUS BANGKIT MEMPERTAHANKAN MARUAH DAN KEDAULATAN AGAMA KITA..JANGAN KITA BIARKAN LAGI 'ORANG-ORANG ISLAM SEPERTI INI(GAMBAR)MENCEMARKAN AGAMA ISLAM YANG SUCI..

DAN SEBAGAI LANGAH PERTAMA KITA HARUS MENOLAK KERAJAAN UM-NO/BE-END YANG GAGAL MENJAGA KESUCIAN AGAMA ISLAM INI...KITA TUMBANGKAN MEREKA PADA PILIHAN RAYA UMUM AKAN DATANG...TUNJUKAN MEREKA JALAN KELUAR KERANA GAGAL MENDAULATKAN ISLAM..

Friday, December 25, 2009

1MALAYSIA : NAJIB SUDAH TAK DIPERCAYAI LAGI!!

Najib hadapi krisis kepercayaan

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, Dis 24: Kemenangan tipis Barisan Nasional (BN) dalam pengundian Bajet 2010 di Dewan Rakyat 14 Disember lalu menguatkan lagi persepsi bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadapi krisis keyakinan, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Hakikat bahawa 71 orang ahli Parlimen BN tidak hadir dalam pengundian untuk menerima belanjawan sulung yang dibentangkan oleh Najib tidak dilihat sebagai suatu kebetulan semata-mata oleh pasaran dan tokoh-tokoh perniagaan.

"Perkara itu ditimbulkan dalam pertemuan saya dengan tokoh perniagaan dua hari lalu," katanya.

Dalam peristiwa itu, kerajaan Najib melalui saat paling mencemaskan apabila jumlah undi diperolehi terlalu tipis, di mana BN berjaya mengatasi pembangkang hanya dengan tiga undi sahaja (66-63) untuk membolehkan Bajet 2010 akhirnya diluluskan.

Menurut Salahuddin, mereka mempersoalkan adakah ketidakhadiran begitu ramai ahli Parlimen BN itu adalah satu kebetulan atau sesuatu yang dirancang.

"Bagi mereka, apa yang berlaku itu menunjukkan ketidakmampuan Najib menguasai parti yang diketuainya sendiri.

"Mereka juga tidak menolak kemungkinan Najib adalah Perdana Menteri yang paling lemah dalam sejarah Malaysia dan bukan (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi)," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Sekurang-kurangnya Abdullah berjaya menguasai Umno dan BN dan mendapat kepercayaan yang lebih baik dari Najib di tahun-tahun awal pemerintahannya, katanya.

Mengenai apa yang didakwa sebagai reformasi ekonomi yang cuba ditonjolkan sebagai kekuatan Najib, Salahuddin tidak melihat perkara itu diterima tanpa dipersoalkan oleh pasaran.

"Pandangan (Prof) Jomo (K Sundaram) bahawa dasar ekonomi terbuka Najib tidak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dipandang serius oleh pasaran," katanya.

Malah, kata beliau lagi, isu kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut mendapat perhatian serius pasaran dan masyarakat perniagaan.

"Mereka mempersoalkan, jika Najib tidak menunjukkan prestasi yang meyakinkan dalam menjaga hanya satu kementerian, bagaimana beliau boleh memberi keyakinan umum bahawa beliau mampu menunjukkan prestasi yang baik untuk mentadbir sebuah negara?" kata Salahuddin.

Beliau juga memberitahu, tokoh perniagaan yang ditemui itu juga menunjukkan kepadanya indeks penerimaan terhadap prestasi Najib sebagai Perdana Menteri yang merudum dengan begitu mendadak dalam masa yang singkat.

Menurut tinjauan Merdeka Center yang ditunjukkan oleh tokoh perniagaan berkenaan kepadanya, kata Salahuddin, kadar penerimaan terhadap prestasi Najib sebagai Perdana Menteri mencapai tahap sehingga 65 peratus dalam tempoh 19 Jun hingga 1 Julai tetapi merudum lebih 10 peratus dan berada pada tahap 56 peratus dalam tempoh 4 hingga 14 September lalu.

"Dalam tempoh antara 19 Jun hingga 1 Julai itu juga, sebanyak 74 peratus responden Melayu dan 74 peratus responden India berpuas hati dengan pencapaian Najib sebagai Perdana Menteri, manakala tahap sokongan masyarakat Cina pula melonjak sehingga 48 peratus," katanya.

Bagaimanapun, dalam tempoh 4 hingga 14 September lalu, tahap penerimaan itu merudum kepada 64 peratus di kalangan masyarakat Melayu, 68 peratus di kalangan masyarakat India dan hanya 36 peratus sahaja di kalangan masyarakat Cina, kata Salahuddin lagi.

Beliau tidak menolak kemungkinan Najib semakin dilihat sebagai liabiliti kepada BN dan negara

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : KALAULAH HARI TUE PAKATAN RAKYAT BERJAYA MENGHALANG BE;ANJAWAN NEGARA...MAHU REBAH TAK BERNYAWA NAJIB...MASE TUE DOCTOR PAKAR PON DAH TAK BOLEH NAK SELAMATKAN LAGI...

SAMAADA KETIDAK HADIRAN AHLI PARLIMEN INI ATAS SEBAB MEREKA MEMANG KAKI PONTENG ATAU PUN SEBAB MEMANG NAK KENAKAN NAJIB TAKDE SAPA YANG TAHU..TAPI APA PUN LEPAS NIE PASTI NAJIB AKAN LEBIH BERWASPADA...MUNGKIN BELIAU AKAN MENELEFON DAHULU AHLI PARLIMEN BN PADA SEBELAH MALAM SEBELUM MENGHADIRI SIDANG PARLIMEN..BUAT LA APA PUN NAJIB OOIII...TAK LAMA LAGI PASTI REBAH LER KO..HEHEHE