WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, January 7, 2010

MAHKAMAH RAYUAN BENARKAN PENANGGUHAN RAYUAN ANWAR IBRAHIM

Anwar dibenar tunda fail rayuan dokumen kes liwat

Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen bagi perbicaraan
liwatnya ke satu tarikh yang akan ditetapkan bagi memberi beliau masa mencukupi untuk memfail petisyen dan membuat persiapan untuk kesnya.

Penangguhan diberikan kepada ketua pembangkang oleh panel terdiri daripada Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria, Hakim Datuk Md Raus Sharif dan Hakim Datuk Abdull Hamid Embung.

Terdahulu semasa prosiding, peguam Karpal Singh bagi pihak Anwar memberitahu mahkamah mereka harus diberikan masa yang cukup untuk menyediakan rayuan oleh kerana mereka hanya menerima rekod rayuan dari Mahkamah Rayuan pada 30 Disember tahun lepas.

"Menurut peraturan, kami mempunyai 10 hari dari hari kami menerima rekod rayuan, bagi memfail petisyen rayuan. Kami akan fail petisyen menjelang Isnin.

"Kami juga menerima notifikasi dari mahkamah pada 29 Dis tahun lepas, memberitahu kami bahawa rayuan ini ditetapkan untuk pendengaran hari ini. Adalah tidak mengikut perlembagaan tarikh pendengaran ditetapkan sekalipun petisyen rayuan belum difailkan," kata beliau.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden bagaimanapun meminta mahkamah menetapkan tarikh awal bagi pendengaran rayuan oleh kerana kes itu melibatkan kepentingan awam dan perbicaraan kes liwat di Mahkamah Tinggi akan bermula pada 25 Jan.

Karpal berkata: "Tidak perlu tergesa-gesa. Ini rayuan penting melibatkan interpretasi Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah (CPC). Keputusan mahkamah ini akan mengikat dan menjejas mahkamah-mahkamah lain.

"Hanya kerana perbicaraan akan berjalan pada 25 Jan, tidak bermakna rayuan ini harus dilakukan tergesa-gesa. Kami harus diberikan masa mencukupi, sekurang-kurangnya sebulan".

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun, 2008.

Pada 26 Julai tahun lepas, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan Anwar mendesak pendakwa membekalkan beliau dokumen di bawah Seksyen 51A CPC bagi membolehkan beliau membuat persiapan bagi pembelaan dirinya agar proses pendakwaan lebih terbuka dan adil.

Bagaimanapun, pada 6 Nov tahun lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pendakwa terhadap perintah Mahkamah Tinggi itu atas alasan dokumen yang diminta oleh Anwar tidak tertakluk di bawah Seksyen 51A CPC oleh kerana ada had bagi pendakwa membekal dokumen tertentu kepada tertuduh.

Dokumen yang diminta antaranya kenyataan saksi yang direkodkan daripada Mohd Saiful, Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi dan tuan punya kondominium Hassanuddin Abdul Hamid, kenyataan tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur, nota ahli kimia dan laporan perubatan.

Mahkamah Rayuan juga menolak rayuan balas Anwar terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang sama yang menolak permohonannya untuk mendapatkan sampel spesimen daripada Mohd Saiful.

Sumber : Bernama

JEBAT_BERANI : APAKAH DATO SRI ANWAR IBRAHIM AKAN BERJAYA MENDAPATKAN KEADILAN BAGI DIRNYA??APAKAH MAHKAMAH YANG PERNAH 'MENZALIMI' NYA AKAN MEMBERIKAN KEADILAN BAGINYA KALI INI??SAMA-SAMALAH KITA SAKSIKAN...SEMOGA DATO SRI ANWAR IBRAHIM AKAN BEROLEH KEADILAN DAN MEMBERSIHAKAN NAMANYA YANG TERUK DIFITNAH INI..

No comments:

Post a Comment