WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Friday, January 22, 2010

SANG ASTORA JABAT SERTAI POLITIK PULA

Astora Jabat sertai politik Thailand

Khairil Abdul Rahim

KUALA LUMPUR, 21 Jan: Bekas wartawan kontroversi akhbar Utusan, Astora Jabat, akhirnya kembali ke kampung kelahirannya di Resak (Ruso), Narathiwat, Selatan Thailand dan bakal bertanding dalam pilihan raya umum di negara itu.

Hasan Abdul Rahman atau nama Siamnya “Sei Toramain” memberitahu dalam blognya, setelah beberapa bulan kembali ke tempat kelahirannya itu beliau telah mendapat tiga tawaran daripada tiga parti politik Thai untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum Thailand akan datang.

“Saya memilih parti yang paling besar dan dijangka akan menang dalam pilihan raya akan datang, iaitu Parti Peau Thai. Walaupun saya tidak berminat dengan politik, tetapi patut bagi saya mengubah arah dan membuat kerja yang lebih mencabar. Saya sendiri suka mencuba bidang kerja baru dan perkara-perkara yang mencabar yang tidak jauh dari bidang kerja asal,” tulis beliau dalam blognya.

Menurut Astora, beliau terpaksa menerima tawaran tersebut kerana beberapa sebab. Antaranya, beliau kena ada tempat bergantung untuk terus tinggal di kampung halamannya. Selain itu, permintaan penduduk kampungnya kerana pengalaman luarnya yang luas termasuk pernah terlibat dalam membantu kerajaan Malaysia pada zaman Tun Mahathir Mohamed.

Beliau juga mempunyai rancangan untuk melaksanakan pendidikan moden di selatan Thailand termasuk berfikir untuk menubuhkan sebuah universiti untuk umat Muslim Thailand.

Astora semasa di akhbar Utusan mengelolakan ruangan agama sebelum dilantik sebagai Pengarang majalah Al-Islam yang kemudiannya ditutup. Kebanyakan dalam tulisannya menghentam dua tokoh ulamak PAS iaitu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Kontroversi lain melibatkan Astora ialah dalam tulisannya pernah mengatakan Firaun ada yang baik dan ada yang jahat. Selain Nabi Musa a.s. yang dianggapnya sebagai Firaun, beliau menamakan Dr. Mahathir sebagai Firaun baik.

Astora juga dalam tulisannya pernah membahagikan hukum aurat wanita kepada mughallazah dan mukhaffafah (seperti pembahagian hukum najis dalam Fiqah), sehingga mendapat tentangan pelbagai pihak.

Tulisan Astora yang tutut menimbulkan kontroversi ialah pendapat beliau yang menyokong ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).

Beliau menulis bahawa Nabi Muhammad SAW menggunakan ISA untuk membendung pengganas.

Kerana pelbagai polemik yang ditimbulkan dalam tulisannya, beliau pernah difatwakan sesat oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sekali gus dilarang atau dinasihatkan supaya berhenti menulis perkara-perkara yang berkaitan hukum hakam Islam.

Astora juga pernah berdebat dengan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin yang videonya pernah tersebar pada satu ketika dulu

Sumber : Harakah daily

JEBAT_BERANI : ANTARA MANUSIA YANG PALING HAMBA TAK SUKA...KENYATAANNYA KADANG-KALA BOLEH MENGELIRUKAN UMAT ISLAM..MEMBERI PENDAPAT DALAM SOAL AGAMA MENGIKUT TAKSIRANNYA SENDIRI...RASANYA TAK KETERLALUAN JIKA HAMBA KATAKAN BELIAU INI ADALAH 'PEROSAK' AGAMA ISLAM...

ANTARA KENYATAAN BELIAU YANG HAMBA INGAT ADALAH MENGATAKAN TSHUNAMI BUKAN BALA YANG DITURUNKAN ALLAH SEBALIKNYA BENCANA ALAM YANG TERJADI MENGIKUT TAKSIRAN SAINS...SELAIN ITU BELIAU JUGA PERNAH MENGHURAIKAN TENTANG PEMAKAIAN TUDUNG..KATA BELIAU TUDUNG TIDAK WAJIB DIPAKAI MALAH ADA KETIKANYA HARAM DIPAKAI...

KENYATAAN BELIAU INI NYATA MEROSAKAN AKIDAH UMAT ISLAM....KENYATAAN INI JUGA BOLEH MENGELIRUKAN UMAT ISLAM TERHADAP APA YANG TELAH DIAJAR OLEH ISLAM SELAMA INI...SEMOGA KETIADA BELIAU DI BUMI MALAYSIA AKAN MENYELAMATKAN UMAT ISLAM MALAYSIA DARI DIPESONGKAN AKIDAH OLEH ORANG SEPERTI BELIAU...

No comments:

Post a Comment