WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Sunday, January 10, 2010

1MALAYSIA : P-END NAJIB CAKAP UMNO BUKAN PERKAUMAN...BIKIN LAWAK KE??


Salhan K Ahmad

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan tanggapan bahawa Umno parti perkauman dan sering dipersalahkan apabila berlaku insiden keagamaan.

Katanya, Umno tidak harus dipersalahkan apabila berlaku insiden seperti itu, termasuk kes pembakaran beberapa gereja yang berlaku di beberapa lokasi di ibu negara sejak semalam.

Setakat hari ini, empat buah gereja Kristian dilaporkan diserang dengan bom api oleh individu yang belum dikenalpasti.

"Jangan bila ada insiden, terus salahkan Umno. Bila ada gereja dibakar, Umno (dikatakan) jahat. Kita tetap berlaku adil," katanya ketika merasmikan program Juara Rakyat di Bukit Sentosa, Bukit Beruntung hari ini.

"Jangan disebabkan satu dua insiden ini menafikan semangat prinsip 1Malaysia. Umno mengutuk perbuatan ini," katanya lagi dan menjelaskan parti itu sentiasa mengambil kira kepentingan semua kaum dalam pertimbangan politiknya.

Dalam sidang medianya selepas itu, Najib berkata tindakan segelintir individu yang bertanggungjawab membakar gereja tersebut tidak mencerminkan pendirian parti Umno.

"Kita tidak boleh hukum perbuatan satu atau dua individu sebagai pengikut pendirian parti. Pendirian parti dalam isu ini jelas," katanya.

Tambahnya, tindakan segera yang boleh diambil ialah mendapatkan bukti dan juga menahan individu yang bertanggungjawab.

"(Negara kita mempunyai) undang-undang yang cukup untuk mendakwa mereka (atas kesalahan tersebut)," katanya.

"Dalam mana-mana masyarakat, ada orang yang mahu langgar undang-undang, sebab itu kita ada undang-undang dan hukuman. Ini berlaku di semua negara, ada orang yang ekstrem dan tidak mahu menerima hujah dan sebagainya.

"Dalam semua masyarakat pun ada orang seperti itu, tapi apa yang penting ialah bagi parti, dan kelompok besar masyarakat lebih banyak yang menyokong kita," katanya lagi.

Sumber : Berita Hairan

JEBAT_BERANI : UMNO BUKAN PARTI PERKAUMAN???LAWAK KE APA NIE...DALAM UMNO ADA AHLI DARI KALANGAN MASYARAKAT CINA KE??ORANG INDIA ADA KE??MEMANG BUAT LAWAK BETUL LA P-END 1MONGOLIA NIE...

2 comments:

  1. najib kata rakyatlah juara sebenarnya, bukan pemimpin ketika merapu di program amno juara rakyat. mana yang betul??? yang x betul dah tentyula najib!!! rakyat ni juara bahalol kot...

    ReplyDelete
  2. Info penting!!
    Ada blog penghinaan terhadap Islam..
    http://beritamuslim.wordpress.com/

    laporkan pada pihak wordpress dengan cara klik
    http://en.wordpress.com/report-spam/
    Your Email : email anda
    Blog URL : isi dengan
    http://beritamuslim.wordpress.com/
    Why : isi dengan --> BLOG SPAMMING and that blog was insulting religion, abusing.
    Semoga semakin ramai buat laporan, semakin cepat blognya ditutup.
    Tolong sebarkan!!

    ReplyDelete