WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Wednesday, December 9, 2009

MAHATHIR DAN NAZRI SALING BERCAKARAN !!

Cadangan Dr M ketinggalan zaman: Nazri

KUALA LUMPUR – Menteri di: Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan cadangan mengekalkan modul kursus Biro Tata Negara (BTN) oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sudah ketinggalan zaman.

:Katanya, beliau tidak bersetuju dengan pendirian Dr Mahathir sekiranya bekas pemimpin negara itu menekankan tentang silibus lama BTN yang hanya menjurus kepada satu bangsa sahaja.

:“Yang ini jangan kita nafikan kerana kalau kita ingin mengatakan bahawa kursus ini tidak perkauman, saya berasa agak sukar untuk kita menafikan kerana banyak bekas-bekas Pengarah BTN ini sekarang duduk dalam pakatan pembangkang, misalnya Datuk Dr Hasan Ali, Datuk Johari Abdul yang kini Ahli Parlimen Sungai Petani dan Saifudin Nasution Ismail yang juga Ahli Parlimen Machang.

“Bagaimana kita ingin menafikan walhal mereka ini dahulunya adalah orang yang terlibat secara langsung dalam BTN termasuklah bapa mentua Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas melancarkan dan merasmikan Bas Mesra Rakyat Cosmic Angle and Tours Sdn Bhd, di ibu negara, semalam.

Turut hadir, Pengarah Urusan Cosm:ic Angle and Tours Sdn Bhd, Abu Hasan Awang; Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Pengarah LPKP, Datin Naimah Ramli.

:Mohamed Nazri berkata, beliau pernah menerima aduan yang mengatakan bahawa silibus kursus BTN bukannya menyatukan rakyat tetapi memecah-belahnya.

:“Sindrom menafikan sudah lama tiada dan saya setuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperkenalkan 1Malaysia. Kursus BTN mesti membawa kepada penyatuan semua kaum di negara ini,” katanya.

Nazri perlu keluar UMNO: Tun Mahathir

KUALA LUMPUR- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz digesa meninggalkan UMNO bagi membuktikan beliau bukan seorang yang bersifat perkauman, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Nazri menuduh saya sebagai ‘racist betul’ kerana saya mempertahankan kursus Biro Tata Negara (BTN) daripada dirombak dan menuduh saya hanya bercakap pasal orang melayu sahaja tanpa mengambil kira kaum lain.

“Beliau berada dalam parti yang bersifat perkauman tetapi dalam masa yang sama mengatakan bahawa beliau anti perkauman dan menuduh kursus BTN bersifat perkauman,” katanya.

Menurutnya, UMNO merupakan parti yang bersifat perkauman pada asasnya kerana hanya mengambil ahli daripada kaum melayu sahaja.

“Saya cadangkan agar beliau keluar daripada UMNO untuk membuktikan yang beliau anti perkauman.

“Beliau harus sedar kedudukannya dalam parti dan peka dengan kenyataannya yang menyentuh isu perkauman khususnya orang melayu,” katanya di sini hari ini.

Sumber : Sinar Harian

JEBAT_BERANI : MEREKA BERDUA NIE 2 X 5 JERK..TAK LAYAK NAK MENGATA ANTARA SATU SAMA LAIN.APA-APA PUN KENYATAAN NAZRI MEMBUKTIKAN DAKWAAN PAKATAN RAKYAT BAHAWA BTN BERSIFAT PERKAUMAN ADALAH BENAR.TUN MAHATHIR PULA DILIHAT TIDAK SENANG DENGAN KENYATAAN NAZRI INI KERANA IANYA SECARA TIDAK LANGSUNG MENGAITKAN BELIAU DENGAN BTN YANG DIGUNA PAKAINYA KETIKA MEMJADI PM DULU UNTUK MEMPENGARUHI RAKYAT MENYOKONG BN.

PERTELAGAHAN ANTARA MAHATHIR DAN NAZRI INI AKAN MEMBERI KEUNTUNGAN KEPADA PAKATAN RAKYAT.SITUASI INI MENUNJUKKAN BAHAWA MEREKA DI DALAM BE-END SENDIRI TIDAK MAMPU MENYETUJUI PROGRAM YANG MEREKA SENDIRI CIPTA.INI SECARA TIDAK LANGSUNG AKAN MENGHILANGKAN KEYAKINAN RAKYAT KEPADA BE-END..

No comments:

Post a Comment