WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Sunday, December 20, 2009

TGNA NAMPAK BULAN DI DADA KARPAL SINGH

SHAH ALAM, 19 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan 'di dada Karpal Singh ada bulan', merujuk kepada lambang PAS adalah bulan.

Nik Aziz berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup konvensyen pertama Pakatan Rakyat hari ini.

Sebelum Nik Aziz, Karpal telah memberikan ucapan dengan berkata, dia bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan 'Tok Guru Abdul Hadi'.

Karpal berkata demikian ketika menceritakan bahawa pihak sekretariat konvensyen yang bimbang bila beliau (Karpal) akan memberikan ucapan penutup.

"Jika Karpal beri ucapan penutup, bermakna dia akan duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz...apa salahnya...saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi hari ini," kata Karpal yang mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan.

Kedua-dua mereka mempunyai sejarah perhubungan tersendiri dan konvensyen hari ini mencatat satu sejarah baru politik negara.

JEBAT_BERANI : DIHARAPKAN KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT INI AKAN MEMBUKA LEBARAN BARU BUAT KARPAL DALAM MENILAI AKAN KEBAIKAN ISLAM DAN PERJUANGAN PAS UNTUK MENEGAKAN ISLAM...SELAMA INI MUNGKIN KARPAL MENDAPAT MATLUMAT YANG SALAH BERKAITAN HASRAT PAS UNTUK MENUBUHKAN NEGARA ISLAM..MUNGKIN MAKSUD NEGARA ISLAM YANG SAMPAI KEPADA PENGETAHUAN KARPAL SALAH DAN MEMBUATKAN BELIAU BEGITU MENENTANG AKAN HASRAT PAS INI...

DIHARAPKAN JALINAN KEMESRAAN INI BUKAN BERSIFAT SEMENTARA..SEMOGA IANYA KEKAL ABADI DEMI KESEJAHTERAAN SEJAGAT DAN PERJUANGAN MENGEMBALIKAN HAK RAKYAT...

No comments:

Post a Comment