WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Tuesday, December 22, 2009

1MALAYSIA BIKIN NEGARA DALAM BAHAYA

Selain 2 enjin pesawat, peralatan lain turut lesap

Selain dua buah enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang, peralatan lain yang berkaitan turut lesap, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Beliau berkata Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan terhadap pegawai atasan dalam perkhidmatan itu yang bertanggungjawab ketika kes itu berlaku.

Satu mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu itu serta mengambil tindakan ke atas pegawai atasan tersebut, katanya.

"Hasil mesyuarat akan diberikan kepada saya selaku pengerusi untuk ulasan," katanya dalam sidang media selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan untuk Keselamatan Sosial Maldives Ameen Faisal di ibunegara.

Menurutnya, selain empat anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditahan terlibat dengan kes itu, pihaknya turut mengenal pasti beberapa orang lagi dalam ATM yang terlibat.

"Kami telah menempatkan mereka di tempat tertentu dalam perkhidmatan serta telah mengambil tindakan terhadap mereka. Mereka masih berkhidmat dalam ATM kerana kita sedang menunggu siasatan dari aspek perundangan Angkatan Tentera," katanya.

Ahmad Zahid berkata mereka yang ditahan itu merupakan pegawai bawahan lain-lain Pangkat (LLP) di Lembah Klang yang turut mempunyai rangkaian di Butterworth.

Beliau berkata sebuah syarikat pembeli enjin pesawat yang berada di ibunegara dan mempunyai cawangan di negara jiran turut disiasat.

Siasatan menyeluruh

"Penyiasatan dilakukan secara menyeluruh dan saya tidak fikir syarikat penyelenggara pesawat itu terlibat secara langsung kerana ia melibatkan sebuah syarikat pembeli yang berpangkalan di sini dan mempunyai cawangan di negara jiran.

"Saya fikir syarikat itu mempunyai rangkaian di peringkat antarabangsa. Enjin dan peralatan ini dipercayai dihantar ke negara Amerika Selatan," katanya.

Beliau berkata kehilangan peralatan itu tidak boleh diterima langsung walaupun perkara seperti itu pernah berlaku di beberapa negara luar.

"Pengkhianat, penderhaka berada di mana-mana. Kementerian Pertahanan bukan sahaja menjalankan siasatan dalaman tetapi sebagaimana yang disebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, kita telah menyerahkan kes ini kepada polis 100 peratus.

"Pejabat Peguam Negara pun sudah mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan yang diperlengkapkan dengan beberapa aspek perundangan harus dibuka kepada umum melalui tindakan mahkamah," katanya.

Ahmad Zahid berkata sistem rekod dan iventori semua perkhidmatan ATM cukup
kemas tetapi sekemas manapun sistem itu, pengkhianat negara mesti mencari jalan untuk membolosi semua peraturan yang sedia ada.

Beliau turut meminta bloggers tidak cuba untuk menyeleweng fakta dan memesongkan keadaan dengan pelbagai analisis dan spekulasi.

Katanya Perdana Menteri sendiri akan terus memantau hasil siasatan itu dan tindakan selanjutnya akan diambil terhadap mereka yang bersalah serta akan diumumkan dari semasa ke semasa kepada orang ramai bagi memperlihatkan ketelusan kementerian.

Ahmad Zahid berkata kementerian telah meminta syarikat pengeluar peralatan itu memberi butir-butir spesifikasi dan teknikal enjin serta peralatan lain yang hilang dan dijangka menerimanya dalam masa terdekat.

Beliau berkata bagi mengelak perkara yang sama berulang, sistem penghantaran peralatan persawat untuk diperbaiki kini diperketatkan dan dipantau dengan lebih terperinci. -

Sumber : Bernama

JEBAT_BERANI : KEHILANGAN 2 BUAH ENJIN PESAWAT TEMPUR F-5E MILIK TUDM INI MEMCERITAKAN SEGALANYA TENTANG KERAJAAN '1MALAYSIA' PIMPINAN P-END NAJIB...DARI SEGI PENYELEWENGAN YANG BERLAKU SEHINGGALAH KELONGGARAN SISTEM KESELAMATAN YANG DIAMALKAN OLEH KEMENTERIAN PERTAHANAN MEMBUKTIKAN BAHAWA MALAYSIA KINI TIDAK SELAMAT DI BAWAH PEMERINTAHAN KERAJAAN '1MALAYSIA'...

PERKARA YANG TERJADI INI BUKANLAH SESUATU YANG BOLEH KITA PANDANG SEBELAH MATA...KEHILANGAN ENJIN F-5E INI MEMBUKTIKAN KELEMAHAN PERTAHANAN NEGARA KITA YANG DIDALANGI OLEH 'PENGKHIANAT NEGARA'..KEMENTERIAN PERTAHANAN HARUS MENJELASKAN KEPADA RAKYAT BAGAIMANA PERKARA SEUMPAMA INI BOLEH TERJADI...INI KERANA PERKARA INI BUKAN SAHAJA MELIBATKAN DUIT RAKYAT AKAN TETAPI JUGA MELIBATKAN SOAL KESELAMATAN NEGARA...

APAKAH ATM TIDAK MEMPUNYAI JARINGAN ATAU KAWALAN TERHADAP KELUAR MASUK SESUATU PERALATAN?BAGAIMANA ENJIN YANG BEGITU BESAR BOLEH DISELUDUP KELUAR DARI NEGARA DENGAN MUDAH..DAN MENGAPA PERKARA YANG TERJADI SEKIAN LAMA BARU KINI HENDAK DIAMBIL TINDAKAN??APAKAH ATM CUBA MELINDUNGI SESEORANG YANG BERPENGARUH??

MEREKA YANG TERLIBAT DENGAN KEHILANGAN ENJIN F-5E INI HARUS DIKENAKAN HUKUMAN YANG BERAT...KERAKYATANNYA HARUS DILUCUTKAN KERANA TELAH MENGKHIANATI NEGARA..MEREKA INI PERLU DIISTIHARKAN SEBAGAI PENGKHIANAT NEGARA..KESALAHAN YANG MEREKA LAKUKAN TELAH MELETAKAN NEGARA DALAM BAHAYA..

No comments:

Post a Comment