WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Tuesday, December 22, 2009

GUNAKAN KUASA PARLIMEN LANTIK KETUA PESURUHJAYA SPRM DAN PEGUAM NEGARA

Gerak cadang lantik pesuruhjaya SPRM, AG lalui Parlimen

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 21 Dis: Perlantikan Ketua Pesuruhjaya bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara (AG) yang baru disarankan melalui sesi penghujahan dan saringan integriti di bawah bidang kuasa Parlimen.

Pengerusi Gerakan Anti Rasuah dan Korupsi (Gerak) Mohd Nazree Mohd Yunus petang tadi berkata, dengan berbuat demikian mampu memperkasa Malaysia sebagai 'Good Governance'.

Jelasnya, suatu usul diperlukan pada sidang akan datang demi membolehkan semua Ahli Parlimen menyertai sesi penghujahan tentang calon-calon kedua-dua jawatan penting itu.

Ujarnya lagi, suatu saringan yang ketat dan serius turut diperlukan demi memulihara semula tanggapan awam terhadap institusi kehakiman negara dan SPRM sendiri.

Beliau juga berpendapat perlantikan melalui parlimen lebih menyerlahkan lagi budaya integriti nasional, berbanding kaedah perlantikan yang sedia ada - iaitu Perdana Menteri mencadangkan nama calon dan diperkenan oleh Yang Di Pertuan Agong.

Dalam perkembangan berkaitan, Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan yang sepatutnya tamat kontrak perjawatan Mei tahun depan, meminta ditamatkan kontrak lebih awal, iaitu pada 31 Disember ini.

Keputusan Ahmad itu dipercayai umum ekoran beberapa desakan, termasuk kes kematian Teoh Beng Hock Ogos lalu.

Pengunduran Ahmad memberi laluan kepada Datuk Abu Kassim Mohamed menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, seperti yang dicadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan diperkenan oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pun begitu, Peguam Negara Abdul Ghani Patail masih enggan berundur, walaupun banyak pihak mempertikai kredibilitinya.

Selagi kerajaan menggunakan kaedah perlantikan yang sedia ada, selagi itu masyarakat mempertikai kesungguhan kerajaan dalam merealisasikan 'Good Governance' di Malaysia

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : SEMEMANGNYA INILAH CARA YANG HAMBA RASA DAPAT SEDIKIT SEBANYAK MEMASTIKAN KETELUSAN BADAN-BADAN PENGUATKUASA DALAM NEGARA KITA...MEMANDANGKAN PELANTIKAN KEBANYAKAN PENGARAH DALAM BADAN-BADAN PENGUATKUASA DALAM NEGARA AMAT MERAGUKAN...KEBANYAKAN PELANTIKAN MELIBATKAN KRONI DAN JUGA KEPENTINGAN PIHAK TERTENTU...DIHARAPKAN JIKA KAEDAH INI DIGUNA PAKAI,INTEGRITI PIHAK PENGUATKUASA AKAN MENINGKAT DAN DIYAKINI RAKYAT...

No comments:

Post a Comment