WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, December 24, 2009

USTAZ AZIZAN BERJAYA ATASI MASALAH PEMINDAHAN KUBUR HINDU

MB: Isu kubur Hindu di Kuala Ketil selesai

Isu pemindahan kubur Hindu di tapak kampus Kolej Universiti Insaniah, di Ladang Batu Pekaka, Kuala Ketil dekat Alor Star, dianggap selesai selepas kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan waris serta persatuan berkenaan.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata lebih 100 kubur selesai dipindahkan dan kerja pembinaan kampus berkenaan kini diteruskan dan dijangka siap menjelang 2012.

"Kes ini sudah selesai walaupun peringkat awal ada salah faham. Kita telah memberi penerangan kepada persatuan Hindu Sangam dan mereka dah faham," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata kubur berkenaan dipindahkan ke kawasan baru yang terletak empat kilometer dari tapak lama dan setiap waris yang terbabit dibayar RM3,000.

Kerajaan negeri turut menyediakan sebidang tanah seluas satu hektar bernilai RM500,000, untuk masyarakat India di kawasan berkenaan bagi pembinaan dewan orang ramai, kata Azizan.

Baru-baru ini kekecohan berlaku apabila lebih 300 penduduk termasuk waris kepada ahli keluarga mereka yang dikebumikan di tanah perkuburan itu, membantah pemindahan kubur itu kerana mendakwa tanah perkuburan seluas 0.8 hektar itu, merupakan sumbangan seorang pemilik ladang kepada pekerja ladang di kawasan berkenaan.

Mengenai satuperkara lain, Azizan berkata penswastaan pengurusan bekalan air yang akan diuruskan Syarikat Air Darul Aman (Sada) di negeri ini, akan bermula Januari tahun depan.

Beliau berkata Sada kini dalam proses membuat tawaran kepada kakitangan Jabatan Bekalan Air, sama ada ingin terus berkhidmat dengan syarikat baru itu atau berhenti secara pilihan.

"Ketua pegawai eksekutif syarikat berkenaan juga telah dilantik dan namanya akan diumumkan kemudian," kata Azizan.

Mengenai kadar baru yang bakal dikenakan, beliau berkata: "Ia terpulang kepada pengurusan baru, mungkin ada penambahan (kenaikan), tapi harap tidak membebankan rakyat dan kerajaan negeri."

Sumber : Bernama

JEBAT_BERANI : APABILA SEORANG PEMIMPIN MELETAKAN KEPENTINGAN RAKYAT SEBAGAI KEUTAMAAN MAKA SEBARANG MASALAH YANG TIMBUL DAPAT DISELESAIKAN DENGAN BAIK...WALAUPUN PADA PERMULAAN TIMBUL SEDIKIT MASALAH AKIBAT SALAH FAHAM NAMUN IANYA SEGERA DISELESAIKAN DENGAN BAIK...

KERAJAAN NEGERI KEDAH SEBAGAOMANA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT YANG LAIN JUGA MENGHADAPI PELBAGAI TOMAHAN DAN DUGAAN SEPANJANG MEMERINTAH...NAMUN BERKAT KESUNGGUHAN DAN SIKAP MEMENTINGKAN KEBAJIKAN RAKYAT,SEGALA MASALAH YANG TIMBUL BERJAYA DIATASI SATU PERSATU...SYABAS BUAT USTAZ AZIZAN..

No comments:

Post a Comment