WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, December 24, 2009

TUN MAHATDIR KATA : NOK SIASAT KAWE SIASAT JUGOK POK LOH


PETALING JAYA, Dis 22 — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut baik syor diadakan suruhanjaya diraja untuk menyiasat sama ada beliau telah menyebabkan kerugian lebih RM100 bilion menerusi projek-projek raksasa dan rasuah sepanjang 22 tahun kepimpinannya.

Malah beliau juga mahu kerajaan membenarkan buku, ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’, yang mendedahkan kehilangan sejumlah wang itu, dibenarkan untuk jualan di Malaysia.

“Jika kerajaan menahan buku ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’, saya meminta kerajaan melepaskannya (untuk jualan). Saya tidak memerlukan perlindungan kerajaan,” kata beliau dalam blognya hari ini.

Buku itu ditulis oleh Barry Wain dan dikatakan masih tersadai di Kastam Diraja Malaysia.

“Saya akan bekerjasama sepenuhnya dengan suruhanjaya,” kata beliau yang menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003.

Dr Mahathir berkata suruhanjaya sedemikian tidak seharusnya terdiri daripada anggota yang dinamakan oleh kerajaan semata-mata, tetapi juga mereka yang layak termasuk rakyat asing dan anggota Transparency International.

“Suruhanjaya ini tidak seharusnya memberi tumpuan terhadap seorang perdana menteri sahaja tetapi juga rejim Tun Abdullah Ahmad Badawi (pengganti Dr Mahathir),” katanya.

Bekas presiden itu berkata siasatan jika diadakan ia harus meneliti bagaimana wang Petronas sebanyak RM270 bilion yang dibayar ketika pentadbiran Abdullah telah dibelanjakan.

“Apakah projek yang telah dibiayai dengan wang sebanyak ini dan kos projek-projek berkenaan,” katanya lagi.

Malah kata beliau siasatan harus merangkumi kerugian dialami apabila kerajaan membatalkan jambatan bengkok dan laluan kereta api Johor Baru ke Padang Besar.

Dr Mahathir juga mahu siasatan memfokus kos projek hidroelektrik Bakun, jambatan kedua Pulau Pinang serta prosedur diguna pakai dalam memberikan kontrak projek berkenaan.

“Saya juga bersetuju dengan Lim Kit Siang bahawa siasatan akan menggambarkan komitmen Najib dalam menangani rasuah,” kata beliau.

Justeru kata Dr Mahathir, dalam usaha suruhanjaya diraja menjalankan tugasnya dengan baik ia wajar diberikan akses kepada semua dokumen dan akaun kerajaan sepanjang tahun 1981 hingga 2009.“Tidak harus ada sebarang usaha menutup (kes).

“Barry Wain (penulis) juga harus menyediakan bukti dokumen bagi menunjukkan jumlah wang yang hilang akibat (pentadbiran) saya,” katanya.

Bergantung pada hasil suruhanjaya itu, kata Dr Mahathir, beliau akan menyaman Wain, Lim dan Malaysiakini.com.Jumlah saman itu akan ditentukan kemudian, kata Dr Mahathir.TMI

Dicilok dari : http://malaysiaberih.blogspot.com/

JEBAT_BERANI : 2X5 ADALAH ISTILAH YANG PALING TEPAT BILA MENGAMBARKAN TUN ABDULAH BADAWI DAN TUN MAHATHIR..DUA-DUA ADALAH MANTAN P-END YANG TAK BOLEH PAKAI...YANG SATU MEMERINTAH CARA KUKU BESI DAN YANG SATU LAGI SIBUK DENGAN ISLAM BARU 'ISLAM HADHARI'..

TUN MAHATHIR MEMANG PATUT MENYAMAN WAIN LIM DAN MALAYSIAKINI JIKA BENAR BELIAU TIDAK BERSALAH..BUKTIKAN SAHAJA DI MAHKAMAH JIKA BELIAU BENAR-BENAR 'SUCI'..JANGAN DOK CAKAP SAJA NAK SAMAN TAPI SAMANNYA TAK JUGAK..SIASATAN MENYELURUH PERLU DILAKUKAN BAGI MEMBUKTIKAN DAKWAAN SIAPA YANG BENAR..

SUDAH LAMA RAKYAT MENUNGGU UNTUK MENGETAHUI KEMANA WANG RAKYAT DIBELANJAKAN OLEH MANTAN P-END INI..ADAKAH BENAR-BENAR UNTUK KEPERLUAN RAKYAT ATAU SEKADAR MENGKAYAKAN KRONI-KRONI MEREKA..RAKYAT PERLU TAHU KERANA WANG YANG DIBELANJAKAN BUKAN WANG MEREKA TAPI ADALAH WANG RAKYAT..

No comments:

Post a Comment