WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Wednesday, December 23, 2009

MAHATHIR SEDIA DISIASAT

Mahathir: Saya sedia disiasat, tak perlu lindungan kerajaan

Oleh G Manimaran

PETALING JAYA, Dis 22 — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut baik syor diadakan suruhanjaya diraja untuk menyiasat sama ada beliau telah menyebabkan kerugian lebih RM100 bilion menerusi projek-projek raksasa dan rasuah sepanjang 22 tahun kepimpinannya.

Malah beliau juga mahu kerajaan membenarkan buku, ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’, yang mendedahkan kehilangan sejumlah wang itu, dibenarkan untuk jualan di Malaysia.

“Jika kerajaan menahan buku ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’, saya meminta kerajaan melepaskannya (untuk jualan). Saya tidak memerlukan perlindungan kerajaan,” kata beliau dalam blognya hari ini.

Buku itu ditulis oleh Barry Wain dan dikatakan masih tersadai di Kastam Diraja Malaysia.

“Saya akan bekerjasama sepenuhnya dengan suruhanjaya,” kata beliau yang menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003.

Dr Mahathir berkata suruhanjaya sedemikian tidak seharusnya terdiri daripada anggota yang dinamakan oleh kerajaan semata-mata, tetapi juga mereka yang layak termasuk rakyat asing dan anggota Transparency International.

“Suruhanjaya ini tidak seharusnya memberi tumpuan terhadap seorang perdana menteri sahaja tetapi juga rejim Tun Abdullah Ahmad Badawi (pengganti Dr Mahathir),” katanya.

Bekas presiden itu berkata siasatan jika diadakan ia harus meneliti bagaimana wang Petronas sebanyak RM270 bilion yang dibayar ketika pentadbiran Abdullah telah dibelanjakan.

“Apakah projek yang telah dibiayai dengan wang sebanyak ini dan kos projek-projek berkenaan,” katanya lagi.

Malah kata beliau siasatan harus merangkumi kerugian dialami apabila kerajaan membatalkan jambatan bengkok dan laluan kereta api Johor Baru ke Padang Besar.

Dr Mahathir juga mahu siasatan memfokus kos projek hidroelektrik Bakun, jambatan kedua Pulau Pinang serta prosedur diguna pakai dalam memberikan kontrak projek berkenaan.

“Saya juga bersetuju dengan Lim Kit Siang bahawa siasatan akan menggambarkan komitmen Najib dalam menangani rasuah,” kata beliau.

Justeru kata Dr Mahathir, dalam usaha suruhanjaya diraja menjalankan tugasnya dengan baik ia wajar diberikan akses kepada semua dokumen dan akaun kerajaan sepanjang tahun 1981 hingga 2009. “Tidak harus ada sebarang usaha menutup (kes).

“Barry Wain (penulis) juga harus menyediakan bukti dokumen bagi menunjukkan jumlah wang yang hilang akibat (pentadbiran) saya,” katanya.

Bergantung pada hasil suruhanjaya itu, kata Dr Mahathir, beliau akan menyaman Wain, Lim dan Malaysiakini.com.

Jumlah saman itu akan ditentukan kemudian, kata Dr Mahathir.

Sumber : Malaysia Insider

JEBAT_BERANI : SIASAT JANGAN TAK SIASAT..TAPI JANGAN PULA SIASAT SEKERAT JALAN JERK...SIASAT SAMPAI TERBUKTI MANTAN P-END NIE DIBUKTIKAN BERSALAH...BIAR TIDO LOKAP PLAK DIE..PANDAI SANGAT DULU LOKAPKAN ORANG...SEKARANG LOKAPKAN DIE PLAK...

No comments:

Post a Comment