WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Saturday, December 12, 2009

1MALAYSIA : BEKAS MB KEDAH ALERGIK SAIN BUKU KEDATANGAN!!

Datuk Seri Mahdzir Khalid, bekas Menteri Besar, naik angin apabila keluar arahan daripada Speaker DUN supaya semua wakil rakyat tanda tangan buku kehadiran setiap kali datang sesi sidang.

Ketika bercakap kepada wartawan, Mahdzir melepas rasa kurang senang dengan kata-kata yang dilaporkan: "Kami bukan budak sekolah!"

`Saya fikir, dengan kewibawaan, pengalaman, sikap diplomatik dan kebijaksanaan yang sedia ada pada diri Mahdzir sebagai bekas Menteri Besar, dia tidak akan berkata begitu jika bukan kerana naik angin.

Ini kerana, apa yang timbul itu adalah perkara yang sangat kecil, sangat remeh, sekadar disuruh tanda tangan buku kehadiran sidang Dewan Negeri.

Dan tidak akan ada orang yang anggap Mahdzir atau wakil-wakil rakyat Kedah yang lain 'budak sekolah' dengan hanya turun tanda tangan pada buku kehadiran itu. Lainlah jika arahan Tuan Speaker hanya kepada wakil rakyat BN, bukan Pakatan Rakyat!

Tambahan pula arahan itu keluar selepas isu Kota Siputeh yang berkait dengan ketidakhadiran ADUN pada sidang Dewan Negeri. Arahan ini sudah tentu sangat signifikan dengan masa dan keadaan serta keperluannya.

Secara rasional, tidak ada susahnya pun bagi sesiapa, apatah lagi wakil rakyat yang biasa tanda tangan segala macam surat dan borang setiap hari. Sedangkan menghadiri majlis kematian sahaja, sesetengahnya ada disediakan buku tanda tangan sebagai tanda mengucap takziah. Melawat muzium atau pameran pun ada buku untuk kita turunkan tanda tangan.

Naik angin sebagai reaksi kepada satu arahan 'ringan' tetapi penting sebenarnya boleh menjejaskan pandangan orang terhadap diri kita sendiri. Janganlah sebagai pembangkang, semua perkara hendak dibangkang.

Susulan pada apa yang berlaku, sudah ada orang mempersenda penolakan Mahdzir terhadap arahan itu. Ada yang berkata, "semasa jadi Menteri Besar, siang malam boleh tanda tangan sana sini, tidak tanda tangan, tidak jalan projek. Sekarang nak tanda tangan buku kehadiran Dewan pun sudah lokek!"

Sumber : http://cucutokayah.blogspot.com

JEBAT_BERANI : APALAH SALAHNYA SAIN BUKU TUE..TAKDENYE SAMA MACAM BUDAK SEKOLAH..TAPI TANG PERANGAI TAKNAK SAIN TUE MEMANG PERANGAI BUDAK-BUDAK SEKOLAH..BANYAK SANGAT SONGEHNYER...NAPE TAKUT SANGAT NAK SAIN..TAKUT NANTI SUSAH NAK PONTENG SIDANG DUN??NAK KATA TAK CERDIK DAH PENAH JADI MB...TAPI KALU TENGOK KE PERANGAI NIE MEMANG TAK CERDIK SANGAT NAMPAKNYE..NASIB BAIKLAH RAKYAT KEDAH DAH TUKAR MB...KALAU MASIH MB YANG SORANG NIE MALANG SUNGGUH LER NASIB JAWABNYERRR...

No comments:

Post a Comment