WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Tuesday, December 22, 2009

DATUK NIK SAPEIA PUN NAK KENA SEBAT??

Nasib Nik Sapeia ditentu 14 Januari

KOTA BHARU: Mahkamah Majistret menetapkan 14 Januari depan bagi keputusan berhubung kes Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapeia Yusoff, 54, yang dituduh menyebabkan kecederaan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad dan tiga yang lain secara sengaja dengan menyembur bahan berbahaya pada 2006.

Majistret Azman Mustapha, menetapkan tarikh itu untuk membacakan keputusannya selepas mendengar hujahan di akhir sesi pembelaan diri oleh tertuduh dalam prosiding yang berlangsung lebih tiga jam,semalam.

Nik Sapeia yang juga ahli perniagaan dan Pengerusi PPP Kelantan, dituduh menyembur bahan berbahaya dengan alat penyembur yang boleh menyebabkan kecederaan terhadap Dr Mahathir; Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali; Mohd Nasir Muda dan Suberi Sahidan.

Tertuduh dituduh melakukan kesalahan terbabit di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, dekat sini, kira-kira jam 11 pagi pada 28 Julai 2006.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd Ghani, manakala tertuduh yang ditemani isterinya, Datin Dr Suriani Yahya, diwakili peguam bela, Saseedharan Menon dan Shamsul

Sumber : Berita Hairan

JEBAT_BERANI : MARAH SUNGGUH DATUK NIK SAPEIA DENGAN TUN MAHATDIR...SAMPAI SANGGUP BELIAU MENYEMBUR MATA TUN DENGAN PENYEMBUR LADA...IBRAHIM ALI DIKATAKAN JUGA TURUT TERKENA SEMBURAN ITU WALAUPUN IANYA TIDAK DITUJUKAN KEPADANYA..NASIB KO LA KATAK,MENYEMAK SANGAT SAPA SUH....

KEBERANIAN DATUK SAPEIA INI AKAN 'ANUGERAHKAN' DENGAN HUKUMAN PENJARA 3 TAHUN ATAU DENDA ATAU SEBAT ATAU MANA-MANA 2 DARI HUKUMAN TERSEBUT....KALAU NASIB BAIL DAPAT SEMUA....KUANG,KUANG,KUANG.....

No comments:

Post a Comment