WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Wednesday, December 23, 2009

1MALAYSIA : ROSMAH TAKUT JAWAP GOSIP

Rosmah enggan layan 'pembohongan, gosip'

Jimadie Shah Othman & Andrew Ong

Belum sempat soalan berhubung pemindahan wang RM600,000 secara tidak sah ke Dubai dikemukakan, sidang media isteri perdana menteri Rosmah Mansor terus ditamatkan.


Ketika Malaysiakini ingin mendapat penjelasan berhubung dakwaan wang itu disalurkan ke akaunnya Ogos tahun lalu, beliau terus memotong soalan tersebut dengan berkata:

"Saya kata (tanya) soalan berkaitan. Saya tidak mengulas gosip. Saya tidak mengulas pembohongan.

"Itu yang saya cakap tadi, kita mesti fokuskan pada isu yang lebih besar.

"Jika anda mahu berjaya, anda kena fokuskan pada isu yang lebih besar.

"Saya tahu anda mahu menjual surat khabar, tetapi marilah fokus pada isu yang lebih besar dan relevan yang boleh memberi manfaat kepada semua orang, semua rakyat Malaysia."

Soalan yang dikemukakan kepada Rosmah (foto atas, kanan) hanya berjaya disuarakan separuh sahaja, "saya (Malaysiakini) hendak tanya tuduhan pembangkang minggu lepas bahawa..."

Sidang media beliau diadakan selepas majlis penyerahan bantuan khas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada 10 NGO di sebuah hotel di Kuala Lumpur tengah hari ini.

Rosmah bagaimanapun selepas itu sempat bergurau dengan kumpulan wartawan di situ dengan berkata:

"Habis dah soalan? Dah kena sergah tidak ada dah soalan?"

Usikan itu disambut ketawa kecil daripada wakil-wakil NGO berkaitan pembangunan wanita dan komuniti yang hadir di majlis tersebut.

Hadir sama dalam program tersebut, menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : ISTERI -P-END NAJIB NIE NAMPAKNYA BOLEH TAHAN JUGA LOGHATNYA...BELIAU JUGA SERING KALI DIKAITKAN DENGAN SKANDAL-SKANDAL MELIBATKAN WANG DENGAN JUMLAH YANG BESAR...NAMUN SEHINGGA KE HARI INI BELIAU BELUM PERNAH DISIASAT OLEH SPRM ATAU MANA-MANA PENGUATKUASA..KENAPA??!!ADAKAH BELIAU KEBAL DARI UNDANG-UNDANG MALAYSIA??!!ADAKAH UNDANG-UNDANG MALAYSIA TIDAK BERHAK MEMBICARAKAN BELIAU??!!RAKYAT PERLU TAHU AKAN APA SEBENARNYA YANG BERLAKU..DARI HAL ALTANTUYA SEHINGGALAH KEPADA SKANDAL KEWANGAN YANG DIKAITKAN DENGAN BELIAU...ADALAH TIDAK MUSTAHIL P-END NAJIB HANYA AKAN MENJADI P-EN SELAMA SEPENGGAL SAHAJA KERANA RAKYAT MENYAMPAH AKAN ROSMAH INI..

No comments:

Post a Comment