WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Wednesday, December 23, 2009

GOBALAKRISNAN KENA KENA DENDA...POLIS BILA PULA??!!

SHAH ALAM:Anggota Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dikenakan denda RM1,000 atau tujuh minggu penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menunjukkan kekerasan jenayah untuk menakutkan pegawai polis dalam satu perhimpunan haram anjuran Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) di hadapan sebuah kuil di Batu Caves, Gombak, dua tahun lalu.

Hakim Hasbi Hasan menjatuhkan hukuman itu selepas Gobalakrishnan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengaku bersalah terhadap kesalahan itu. Dia membayar denda.

Gobalakrishnan didakwa sebagai ahli perhimpunan yang menyalahi undang-undang menunjukkan kekerasan jenayah untuk menakutkan pegawai polis yang menjalankan tugas di Jalan Besar Batu Caves, di hadapan Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves, kira-kira 3 pagi pada 25 Nov 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau dengan denda atau kedua-duanya sekali. Fakta kes menyebut, pada hari kejadian, polis mendapati terdapat kira-kira 2,000 orang sedang berhimpun di hadapan pintu besar Kuil Sri Subramaniar dan ketika diminta bersurai, mereka yang berhimpun di hadapan kuil itu tidak mengendahkan arahan itu sambil meluru masuk ke kawasan kuil menggunakan pintu kuil yang telah dipecahkan.

Gobalakrishnan didapati berada di tempat kejadian dan merupakan sebahagian daripada kira-kira 2,000 orang yang menyertai perhimpunan itu. Dia juga menunjukkan kekerasan jenayah iaitu dengan mara ke hadapan dan bersorak-sorak sambil mengangkat tangan dalam jumlah yang ramai sehingga menimbulkan ketakutan di kalangan pegawai-pegawai polis yang menjalankan tugas yang sah di sisi undang-undang.

Pihak polis mengarahkan mereka yang menyertai perhimpunan haram itu untuk bersurai tetapi Gobalakrishnan masih berada dalam perhimpunan haram itu walaupun mengetahui arahan bersurai telahpun diberikan.

Terdahulu, peguam GK Ganesan yang mewakilinya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan semasa kejadian Gobalakrishnan bukan seorang anggota Parlimen dan dia hanya dilantik sebagai anggota Parlimen pada 8 Mac tahun lalu.

Di mahkamah yang sama, turut dikenakan denda RM1,000 ialah seorang mekanik,B.Varatharaju, 34, yang mengaku bersalah melakukan kesalahan yang sama.Gobalakrishnan dan Varatharaju merupakan antara 66 individu yang sebelum ini didakwa terbabit dalam perhimpunan haram anjuran Hindraf itu.

Sehingga kini, daripada 66 individu terbabit 57 daripada mereka telah menukar pengakuan kepada bersalah dan dikenakan denda antara RM750 dan RM850 manakala yang selebihnya masih mengekalkan pengakuan tidak bersalah dan sedang dibicarakan. -

Sumber : Bernama

JEBAT_BERANI : YANG SALAH DAN DIHUKUM HAMBA TAK NAK LA PERSOALKAN...CUMA MACAM MANA PULA DENGAN KEKERASAN MELAMPAU YANG DILAKUKAN POLIS TERHADAP ORANG AWAM??TIADAKAH HUKUMAN BAGI MENGHUKUM ANGGOTA POLIS YANG MELAKUKAN KEKERASAN MELAMPAU INI..ATAU UNDANG-UNDANG MALAYSIA 'KEBAL' UNTUK MEREKA??

SEJAK AKHIR-AKHIR INI BANYAK KEJADIAN KEKERASAN YANG DILAKUKAN OLEH ANGGOTA POLIS...ANGGOTA POLIS DILIHAT SEMAKIN BERANI MELAKUKAN KEKERASAN TERHADAP ORANG AWAM KERANA MEREKA YAKIN YANG MEREKA TIDAK AKAN ATAU KEBAL DARI SEBARANG TINDAKAN UNDANG-UNDANG..

GOBALAKRISNAN DIJATUHKAN HUKUMAN KERANA DIKATAKAN MENAKUTKAN ANGGOTA POLIS SEMASA PERHIMPUNAN HINDRAF..TAPI BAGAIMANA PULA DENGAN KEKERASAN YANG DILAKUKAN OLEH ANGGOTA POLIS TERHADAP BELIAU..IANYA BUKAN LAGI SETAKAT MENAKUT-NAKUTKAN SEBAGAIMANA YANG DITUDUH TERHADAP GOBALAKRISNAN...IANYA ADALAH KEKERASAN YANG NYATA DAN MEMPUNYAI BUKTI..

JANGAN HANYA GOBALAKRISNAN SAHAJA YANG DIKENAKAN HUKUMAN..ANGGOTA POLIS YANG MENGKASARI GOBALKRISNAN JUGA PATUT DIHUKUM..ANGGOTA POLIS TIADA HAK UNTUK MENGKASARI ORANG AWAM..SLOGAN SAHAJA LEBIH..CEPAT,BETUL MESRA KONON....

No comments:

Post a Comment