WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Saturday, December 12, 2009

NANTIKAN KEMUNCULAN ALBUM 'TERHANGAT' DIPASARAN !!

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mendedahkan rakaman suara “berbau perkauman” bagi mengukuhkan lagi dakwaan bahawa kursus Biro Tatanegara (BTN) sememangnya mempunyai unsur-unsur “doktrinisasi perkauman dan politik”.

“Kami (SMM) mempunyai banyak rakaman, yang nyata membuktikan bahawa aktiviti dan program dalam BTN sememangnya mempunyai unsur-unsur perkauman dan doktrin politik,” ujar Shazni Munir Ithnin selaku pengerusi.

Beliau bercakap kepada media selepas sidang media koalasi mahasiswa berkenaan bagi membantah kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berhubung ketegaran beliau supaya kursus BTN dikekal.

Rakaman tersebut dimaklumkan diambil daripada mahasiswa yang mengikuti BTN sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara dan layak mendapat biasiswa kerajaan.

Koalasi front mahasiswa berkenaan berpendirian tidak menolak sebarang aktiviti bentuk membangunkan semangat patriotisme, nasionalisme dan jati diri khususnya di kalangan mahasiswa dan anak muda namun menolak sekeras-kerasnya “doktrinisasi perkauman dan politik”.

Mereka juga dengan tegas memboikot kursus berkenaan daripada disertai mahasiswa dalam masa yang sama, menggesa kerajaan menarik semula syarat untuk menyertai program BTN bagi pelajar dan mahasiswa yang mendapat tajaan biasiswa pelajaran.

“Kalau berani, dedah sendiri modul, silibus dan program yang ada dalam BTN, tak perlu pihak lain tolong buktikan,” tambah Shazni lagi.

Dalam pada itu, mengulas pertelingkahan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dan Tun Mahathir sehingga tokoh tersebut digelar ‘bapa segala perkauman’, Shazni ada jawapan pendirian tersendiri.

“Saya setuju kenyataan (Tun) Mahathir bahawa UMNO ialah (sebuah) pertubuhan rasis, kalau (Tun) Mahathir jadi ‘Bapa Perkauman’, (Datuk) Nazri jadi ‘Anak Perkauman’, isunya seluruh polisi parti tersebut (bersifat) perkauman,” ujar beliau.-

Sumber : Mahasiswakini

JEBAT_BERANI : TAK SABAR RASANYA NAK MENDENGAR RAKAMAN TERSEBUT...RAKAMAN INI PASTINYA AKAN MENGATASI LAGU-LAGU HIT CARTA ERA MAHUPUN HOT FM.DAN PASTINYA JUALAN RAKAMAN INI AKAN MENGATASI JUALAN ALBUM ARTIS TERNAMA TANAH AIR..NANTIKAN KEMUNCULANNYA !!!

2 comments:

  1. nasib baik ler saya tak der hp yang boleh rakam waktu di btn semasa belajar dulu klu idak boleh juga bersaing utk merebut carta hitz..

    ReplyDelete
  2. HEHEHE..TAKPE..ASALKAN TUAN HAMBA TAK MELEPASKAN PELUANG MEMILIKI ALBUM 'TERHANGAT' INI....DAPATKAN DIPASARAN GELAP NANTI...

    ReplyDelete