WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Monday, December 21, 2009

1MALAYSIA : ENJIN KAPAL TERBANG DIJUAL MACAM SPARE PART MOTOR 'PANAS'!!!

(Gambar Hiasan )

Enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disedari hilang pada 2007 telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa dari sebuah negara yang berpangkalan di Amerika Selatan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata syarikat antarabangsa itu dipercayai telah mengupah ejen tertentu untuk melarikan enjin pesawat bernilai RM50 juta itu ke luar negara.

"Kementerian akan mengambil tindakan dari segi perundangan peringkat antarabangsa untuk mendakwa syarikat yang terbabit mengupah untuk melarikan enjin itu ke luar negara.

"Mereka yang terbabit dalam kumpulan bawahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan pengkhianat kepada negara dan wajar dikenakan undang-undang yang tegas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rakan Alam Sekitar di Bagan Datoh hari ini.

Ahmad Zahid mengesahkan semua dokumen mengenai penjualan enjin itu telah diperoleh oleh polis.

"Syarikat antarabangsa itu berminat membeli enjin itu kerana harganya yang murah, kerana ia merupakan alat ganti yang dikategorikan sebagai rosak yang akan diperbaiki," katanya.

Beberapa akhbar tempatan hari ini melaporkan polis menahan empat orang termasuk pegawai TUDM berhubung kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta itu.-
Sumber : Bernama
JEBAT_BERANI : SUNGGUH MEMALUKAN....BAGAIMANA BEGITU MUDAH 'TANGAN-TANGAN' AJAIB INI MEMLARIKAN ENJIN SEBEGITU BESAR??!! BAGAIMANA BEGITU MUDAH KAWALAN KESELAMATAN ANGKATAN TENTERA KITA 'DITEMBUSI' MEREKA??!!MUNGKINKAH ADA 'HANTU-HANTU' YANG TERLIBAT SAMA SELAIN DARU EMPAT ANGGOTA TENTERA YANG TELAH DITAHAN??!!
BANYAK PERKARA YANG MENJADI KEMUSYKILAN HAMBA...BAGAIMANA DAN KENAPA KEJADIAN YANG TELAH SEKIAN LAMA DISEDARI BARU DIDEDAHKAN??!!APAKAH ADA PIHAK YANG CUBA 'DILINDUNGI' OLEH PIHAK TERTENTU??!!
KERAJAAN HARUS BERTINDAK DENGAN SEGERA BAGI MENYIASAT PERKARA INI...HAMBA BIMBANG BUKAN SAHAJA ENJIN KAPAL TERBANG YANG DIJUAL,TETAPI JUGA DIBIMBANGI MATLUMAT-MATLUMAT RASIA NEGARA TURUT 'DIGADAI' OLEH MEREKA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB INI....

No comments:

Post a Comment