WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Monday, December 14, 2009

JANGE MU USIK TOK GURU AMBO!!!!

KULIM, 13 Dis: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang cuba menyentuh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mendapat tentangan hebat daripada ratusan ribu rakyat yang menyokong beliau.

Menurut Anwar lagi dalam isu yang menyentuh kedudukan Nik Aziz sebagai Menteri Besar dan keupayaan beliau mentadbir negeri Kelantan tidak harus dipertikaikan oleh Umno dan Barisan Nasional.

"Saya ingatkan kepada semua sekiranya Tuan Guru, Datuk Nik Aziz disentuh oleh mereka kita tidak akan teragak-agak untuk bangun bukan saja daripada Kelantan malah Kedah dan seluruh negara akan turut sama mempertahankan Tuan Guru kita.

"Jika isu royalti minyak yang sememangnya perlu diberikan kepada Kelantan mereka nafikan. Kemudian isu untuk mengerjakan haji ke Baitullah untuk beribadat pun mereka pertikaikan terhadap Menteri Besar Kelantan.
"Apakah kita mahu biarkan lagi mereka yang tidak tahu menilai dan membezakan antara rasuah dan ibadah ini berterusan mencelarukan masyarakat.

"Sudah pasti tidak. Oleh kerana itu kita tunjukkan sokongan kita dengan memberi pengajaran kepada Umno dan Barisan Nasional dengan menolak kepimpinan mereka," katanya.

Kenyataan Anwar itu disambut dengan tepukan gemuruh daripada ribuan hadirin yang membanjiri Stadium Mini Keladi tersebut.

Dalam ucapan tersebut Anwar juga membidas tindakan media arus perdana yang sengaja memutarbelitkan fakta dengan tidak menceritakan keadaan sebenar yang berlaku.

"Apa yang berlaku tidak dinyatakan dengan benar oleh media mereka.Bagi mereka berita yang sememangnya benar tetapi tidak menyebelahi mereka tidak akan menjadi laporan utama.

"Tetapi sekiranya berita tersebut walaupun kecil tetapi dapat mereka sensasikan maka itu akan menjadi tajuk utama mereka."

Anwar berkata demikian semasa melancarkan ceramah tanpa henti selama 40 hari seluruh negara anjuran PKR yang telah diadakan di Stadium Mini Keladi, Klang Lama, Kulim.

Turut hadir ialah Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Tian Chua, Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves, Amiruddin Shaari. Ahli Parlimen Kulim- Bandar Bharu, Zulkifly Noordin dan kepimpinan Pakatan Rakyat Kedah dan Pulau Pinang.

Sumber :Harakah Daily

JEBAT_BERANI : KITA MENYANJUNG TOK GURU NIK AZIZ BUKAN KERANA KEKAYAAN YANG BELIAUU MILIKI...DAN BUKAN JUGA KERANA BELIAU SEORANG METERI BESAR..KITA MENYANJUNG BELIAU KERANA KESEDERHANAAN BELIAU..KERANA KEWARAKAN BELIAU..

TIDAKAN UM-N0/BE-END MELANCARKAN 'PERANG SARAF' TERHADAP TGNA HANYA AKAN MERUGIKAN MEREKA..TINDAKAN INI BUKAN SAHAJA AKAN DITOLAK OLEH RAKYAT MALAHAN RAKYAT AKAN BERSATU MENENTANG MERKA KEMBALI...UMPAMA MELUDAH KE LANGIT...IANYA BUKANLAH SATU TINDAKAN BIJAK MEREKA JIKA BERHAJAT MENAWAN HATI RAKYAT KELANTAN...

TGNA BUKAN SAHAJA DISANJUNG OLEH MASYARAKAT ISLAM TETAPI JUGA TURUT DIKAGUMI OLEH MASYARAKAT BUKAN ISLAM..SIFAT TGNA YANG SENTIASA BERLAKU ADIL TERHADAP MASYARAKAT BUKAN ISLAM DI KELANTAN,TELAH MENAMBAT HATI MASYARAKAT BUKAN ISLAM DI SELURUH MALAYSIA...MASYARAKAT BUKAN ISLAM YANG KAGUM DENGAN KEADILAN YANG
DIBERIKAN TGNA TELAH MENUBUHKAN KELAD PENYOKONG PARTI PAS...

HAMBA YAKIN SEBARANG BENTUK SERANGAN YANG DILAKUKAN TERHADAP TGNA DAN KELUARGANYA TIDAK AKAN MAMPU MENGURANGKAN SOKONGAN TERHADAP TGNA..MALAH BUKAN SATU PERKARA YANG MENGEJUTKAN JIKA SERANGAN INI HANYA AKAN MENYEBABKAN SOKONGAN TERHADAP TGNA SEMAKIN BERTAMBAH...INI KERANA PERTOLONGAN ALLAH S.W.T AKAN SENTIASA BERSAMA DENGAN ORANG-ORANG YANG BENAR....

No comments:

Post a Comment