WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Wednesday, December 23, 2009

SIASAT LEPAS WAKTU PEJABAT...APA KEPERLUANNYA??!!

Benar SPRM siasat tanpa had: Keputusan diragui

Oleh Haika Khazi
mfaizul@bharian.com.my

PUTRAJAYA: Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Tan Boon Wah semalam, memfailkan notis usul untuk mendapat kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat melepasi waktu pejabat.

Tan, 39, memfailkan notis usul dan afidavit bersumpah menerusi peguamnya, Karpal Singh, di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini.

Dalam permohonan itu, Tan berkata rayuan itu penting kerana membabitkan persoalan baru dan isu yang berbangkit buat pertama kali dalam negara selain keputusan Mahkamah Persekutuan akan memberi kelebihan kepada orang awam.



Tan turut menyenaraikan lima persoalan untuk ditentukan oleh mahkamah, antara lain, sama ada frasa ‘hari demi hari’ mengikut Seksyen 30(3)(a) Akta SPRM 2009 merangkumi hanya waktu pejabat atau tempoh berterusan selama 24 jam.

Karpal Singh, ketika ditemui oleh pemberita berkata, beliau akan menulis kepada Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan tarikh perbicaraan awal.

“Ini perkara serius, oleh itu amat penting untuk Mahkamah Persekutuan sebagai mahkamah tertinggi di negara ini untuk memutuskan isu ini dengan sewajarnya,” katanya.

Beliau juga berharap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sendiri akan bertindak dalam prosiding kes ini nanti.

Pada 17 Disember lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara memutuskan SPRM boleh menyoal siasat saksi melepasi waktu pejabat.

Hakim Datuk Hasan Lah, Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad juga mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengehadkan tempoh waktu siasatan suruhanjaya itu hanya dalam tempoh waktu pejabat iaitu 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Pada 19 November lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Mohammad Ariff Md Yusof membenarkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Tan bahawa Akta SPRM tidak memberi kuasa kepada suruhanjaya itu untuk menyiasat saksi sepanjang masa.

Tan menyaman Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan; penolong penguasa SPRM, Mohammad Hassan Zulkifli dan SPRM kerana mendakwa penahanan dan soal siasat yang dilakukan terhadapnya selama 16 jam sehari oleh SPRM sebelum ini, menyalahi undang-undang dan menyebabkan dia mengalami kerugian serta kesan buruk

Sumber : Berita Hairan

JEBAT_BERANI : SIASATAN SELEPAS WAKTU PEJABAT HANYA AKAN MENIMBULKAN MASALAH DAN MENZALIMI ORANG YANG DISIASAT..HAL INI TELAH TERBUKTI DENGAN PENDEDAHAN OLEH PELBAGAI PIHAK AKAN KEZALIMAN YANG DILAKUKAN OLEH SPRM SEMASA MELAKUKAN SIASATAN..MENGAPA DAN APA RASIONALNYA SPRM HENDAK MELAKUKAN SIASATAN SELEPAS WAKTU PEJABAT..APAKAH SPRM MEMPUNYAI AGENDA TERSEMBUNYI KETIKA MELAKUKAN SIASATAN...ATAU SPRM HENDAK MENDERA MENTAL ORANG YANG DISIASAT..???

APA YANG TERJADI KEPADA BENG HOCK ADALAH SATU PENGAJARAN YANG SANGAT BERMAKNA...SIASATAN YANG SEPATUTNYA TIDAK MENDATANGKAN MASALAH KEPADA BENG HOCK MEMANDANGKAN BELIAU BUKANLAH ORANG YANG SYAKI MELAKUKAN KESALAHAN BERAKHIR DENGAN KEMATIAN BELIAU..OLEH ITU ADALAH WAJAR SIASATAN HANYA DILAKUKAN DALAM WAKTU PEJABAT SAHAJA...

No comments:

Post a Comment