WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Monday, December 14, 2009

MB HARAM INGAT ISU SUDAH SELESAI KE??!!!



Zambry harap isu di Perak berakhir
Dis 13, 09 12:38pm

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berharap semua pihak yang terbabit dalam krisis perlembagaan di negeri itu melihat untuk membangunkan pertumbuhan ekonomi negeri daripada berterusan menimbul isu yang sama berulang kali.

Katanya ekonomi negeri perlu distruktur dan dikembalikan semula statusnya yang gemilang satu ketika dahulu daripada berterusan berbahas mengenai isu.

"Ramai rakyat Perak merasa ahli politik tidak perlu lagi membangkitkan isu dan kita mesti melihat dengan bersungguh-sungguh untuk membetulkan perkara yang lepas sekiranya kita mahu membetulkan tanggapan," katanya kepada pelajar Malaysia di United Kingdon semasa perjumpaan di King College London di London hari ini.

"Akhirnya rakyat akan mengadili kita (ahli politik) berdasarkan siapa kita dan apa visi kita. Ia mengenai menjaga rakyat agar rakyat boleh tinggal secara aman. Kita perlu meneruskan pembangunan ekonomi, tidak boleh terlalu banyak politik," katanya.

Kebanyakan soalan yang dikemukakan pelajar kepada Zambry dalam pertemuan itu ialah berkaitan krisis perlembagaan Perak di mana pelajar ingin tahu perkara sebenar yang berlaku pada Februari lalu apabila Barisan Nasional kembali berkuasa dengan majoriti mudah.

Pertukaran kuasa berlaku selepas dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang dari DAP mengisytiharkan menjadi Adun Bebas dan menyokong Barisan Nasional, sementara seorang bekas Adun Umno yang menyertai PKR kemudian menyertai semula Umno.

Zambry berkata selepas peristiwa itu, rakyat mula melihat kepada apa yang beliau dan kerajaan negeri yang baru telah lakukan di Perak.

Sumber- Bernama

JEBAT_BERANI : KALAU NAK KRISIS NIE BERAKHIR BUBARLAH DUN..SELAGI DUN TAK DIBUBAR SELAGI ITU KRISIS INI TAK AKAN SELESAI...APASAL TAKUT SANGAT NAK BUBAR DUN KALAU BENAR DITERIMA RAKYAT PERAK..JANGAN JADI MANUSIA YANG 'SYOK SENDIRI'..PERASAN DITERIMA RAKYAT SEDANGKAN RAKYAT BERBULU MATA TENGOK 'KERAJAAN HARAM' NIE...

P/S : KALAU ANJING HARAM KITA PEGANG DAN KENA SAMAK KALAU TERSENTUH...KALAU MB HARAM MACAM MANA?NAK KENA SAMAK KE KALAU BERSALAM DENGANNYA??!!

3 comments:

  1. X DE DLM AL QURAN DAN HADIS MENGATAKAN BERSALAM SESAMA MUSLIM KENE SAMAK......
    BUAT MALU ORG PAS JE KO NI....
    CAKAP MCM X TAU HUKUM AGAMA JE.....

    ReplyDelete
  2. rampasan kuasa oleh bn merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral .justeru itu rakyat yang tahu erti integriti dan bermaruah pasti menentang cara umno ini..mana mungkin org ramai yakni majoriti pengundi PR yg terasa dipermainkan serta ahli politik hanya menikUs dan berdiam DIRI TNTANG HAL INI..klau hukum allah pun dia boleh ketepikan apatah lagi undang2 manusia blh sgt ler dipermainkan ..sampai skg kptsan mahkamah masih tertangguh..ini jua aadalah permainan mereka.mari ler kita teruskan berdoa krn puak2 nie klu dgr kita berdoa kecut dame..tgna dah buktikan

    ReplyDelete
  3. Perak mncipta sejarah rampasan, pasti akan kekal dalam lipatan sejarah tanah air utk anak2 masa akan datang

    ReplyDelete