WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Tuesday, December 8, 2009

UMNO KELANTAN DALAM KEADAAN TENAT!!!

UMNO Kelantan dilihat seperti kehabisan idea dalam usaha mereka menjatuhkan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat sambutan. Setelah isu 'doa' dimomokkan untuk mengaibkan Mursidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Aziz, kini timbul isu baru yang cuba dibangkitkan bagi menjatuhkan Nik Aziz dan angkatan beliau yang semakin kukuh.

Kali ini saranan Tuan Guru Nik Aziz yang menyatakan hasrat kerajaan negeri memohon supaya Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra dibawa kembali untuk menerima rawatan susulan di negara ini ini dimanipulasi pula. Hal ini disuarakan Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim dalam blognya.

Beliau yang juga ADUN Titi Serong berkata, Umno kelantan kini menggunakan taktik melagakan antara Tuan Guru Niz Aziz dan pihak Istana dengan memperbesarkan isu ini.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Awang Adek Husin berkata, kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan itu boleh memberi gambaran yang tidak baik dan mungkin 'mengguris' pihak istana. Beliau juga menganggap permohonan secara terbuka agar Sultan Kelantan yang kini dirawat di Singapura dibawa pulang untuk mendapat rawatan susulan dalam negara adalah sesuatu yang salah.

"Timbalan Menteri Kewangan 1Malaysia itu menuduh permohonan yang dibuat mungkin kerana kos perubatan baginda yang dianggap besar. Sedangkan perkara tersebut sedikitpun tidak disebutkan dalam kenyataan MB Kelantan dalam perkara yang berkaitan.

Kalaupun itu masalah sebenarnya, adakah salah tindakan yang dibuat bagi menjimatkan perbelanjaan Kerajaan Negeri sebagaimana yang disarankan oleh semua pihak," jelas Khalil.

Pada 2 Disember lepas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan hasrat kerajaan negeri yang memohon Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra supaya Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra dibawa pulang untuk menerima rawatan susulan di negara ini.

Cadangan yang mendapat kelulusan mesyuarat mingguan Exco yang dipengerusikan Menteri Besar itu dikatakan dibuat berdasarkan kepada hasrat dan keinginan rakyat negeri itu.

Menteri Besar Kelantan itu dilaporkan berkata: "Memandangkan keadaan baginda, jadi atas dasar hasrat dan keinginan rakyat, kita mencadangkan kepada pemangku raja supaya sultan yang sedang gering dan dirawat di Singapura dipindahkan ke negara ini,"

Era Pakatan


Read more: http://cucutokayah.blogspot.com

No comments:

Post a Comment