WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Monday, December 7, 2009

SPRM : AHMAD SAID BERSARA AWAL

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menafikan persaraan awal beliau daripada jawatan itu disebabkan oleh tekanan dan desakan orang luar atau parti politik.

Beliau berkata persaraannya itu atas sebab peribadi dan kehendaknya sendiri setelah sekian lama berkhidmat dalam suruhanjaya itu dan bukannya kerana orang lain."Saya letak jawatan bukan sebab tertekan atas desakan sesiapa atau parti politik tetapi atas sebab peribadi dan kehendak saya sendiri.
Lagi pun saya dah lama berkhidmat dalam SPRM," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ahmad Said berkata persaraan awal beliau itu dibuat bagi memberi laluan kepada penggantinya dan untuk meluangkan masa bersama keluarga.

"Dah lama saya rancang nak bersara tetapi tunggu masa yang sesuai. Sebelum ini saya sibuk dengan kerja, jadi sekarang saya nak luangkan lebih masa dengan keluarga," katanya yang telah berkhidmat hampir 34 tahun dalam suruhanjaya itu, yang sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR), sejak 1975.

Semalam Ahmad Said mengemukakan notis kepada Pejabat Perdana Menteri untuk memendekkan tempoh perkhidmatannya dalam suruhanjaya itu sehingga 31 Dis ini sedangkan perkhidmatannya sepatutnya tamat pada 25 Mei tahun depan.

Bagi menggantikan tempatnya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Datuk Abu Kassim Mohamed akan dilantik ke jawatan itu berkuatkuasa 1 Jan tahun depan.

Sumber : Sinar Harian

JEBAT_BERANI : ELOK LA TUE BERSARA AWAL DARI BEKERJA PUN MACAM TAL BEKERJA..HANYA TAHU MENYIASAT PAKATAN RAKYAT DAN MEMDERA ORANG JERK SAMPAI MATI PLAK TUE..PATUTNYA DARI AWAL AHMAD SAID KENA MELETAK JAWATAN BAGI BERTANGGUNJAWAB DENGAN APA YANG MENIMPA BENG HOCK...

DAN HAMBA MEMHARAPKAN PENGANTI BELIAU NANTI LEBIH TELUS DAN AMANAH DALAM MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB...JANGANN HANYA MENJADI BONEKA DAN PAK TURUT KEPADA PIHAK TERTENTU..

No comments:

Post a Comment