Pemuda Umno ‘membisu’ nasib peniaga Arked UdaSalmah Mat Husain
KOTA BHARU, 21 Jan: Lembaga Pembangunan Bandar (Uda) pada asalnya diwujudkan kerajaan bagi membantu peniaga-peniaga Bumiputera namun sekarang peranan itu seakan-akan terpinggir.
Sejak dikorporatkan dan dikenali sebagai UDA Holdings Bhd, peranannya dikatakan sudah lari dari matlamat asal.
Begitu juga di sini peniaga-peniaga yang sudah berpuluh tahun berniaga di Arked Uda terpaksa berpindah ke tempat lain bagi memberi laluan kepada pembangunan komersial.
Selepas terpinggir rata-rata peniaga Melayu di Arked Uda terpaksa menagih ihsan daripada kerajaan negeri bagi mendapat tempat lain untuk berniaga.
Dan hasil komitmen kerajaan negeri, Bazar Tok Guru di Jalan Sultan Ibrahim yang sedang dalam pembinaan dijanjikan kepada mereka.
Mengulas isu tersebut anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, pemuda Umno sepatutnya turut membantu menyelesaikan masalah peniaga di Arked Uda memandangkan agensi itu di bawah kerajaan pusat.
“Sekiranya mereka ikhlas memperjuangkan nasib peniaga kecil tersebut sepatutnya disediakan tapak baru untuk membolehkan mereka berniaga.
“Pemuda Umno seharusnya tidak mencari salah kerajaan negeri semata-mata kononnya tidak membela nasib peniaga terbabit, namun pada masa yang sama tidak berbuat apa-apa,” katanya di sini.
Sebelum ini peniaga di Arked Uda diarahkan berpindah bagi membolehkan bangunan perniagaan komersial dibina di tapak yang ada sekarang.
Ekoran itu peniaga terbabit dicadangkan ruang niaga di aras satu dan dua di Bazar Tok Guru yang sedang dalam pembinaan sekarang.
Bagaimanapun mereka mahu kerajaan negeri menyediakan lot perniagaan di tingkat bawah di Bazar Tok Guru.
Kerajaan negeri juga bersetuju untuk menyediakan ruang di tingkat bawah kepada peniaga terbabit dan peniaga dari Bazar MPKB.
Husam berkata, peranan membela nasib peniaga terbabit sepatutnya boleh dimainkan pemuda Umno kerana bersesuaian Uda berada di bawah tanggungjawab kerajaan pusat.
“Penubuhan asal Uda oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussin bagi membela nasib peniaga kecil,” katanya.
Beliau juga mempersoalkan kenapa Uda tidak menyediakan tapak bazar kepada peniaga kecil dan bukannya memaksa mereka berpindah ke tempat lain tanpa sebarang pembelaan.
“Ini tugas Uda masa Tun Razak. Peranan Uda sewaktu mula ditubuhkan dahulu menjadi pelindung kepada peniaga kecil Melayu.
“Tetapi bila tapak Arked Uda nak dibina hypermarket, jadi peniaga dipaksa pindah, kerajaan negeri pula terpaksa menyediakan tempat lain untuk mereka berniaga,” ujarnya.
Sumber : Harakah Daily
JEBAT_BERANI : UMNO SEMEMANGNYA BISU SEJAK DARI 'DULU,KINI DAN SELAMANYA....UMNO HANYA AKAN 'MELALAK' APABILA DIRASAKAN SESUATU ITU MENGUNTUNGKAN MEREKA....JIKA TIDAK JADILAH MEREKA ORANG YANG BISU WALAUPUN BOLEH BERCAKAP....SLOGAN TERKINI UMNO 'JUARA RAKYAT' HANYALAH GIMIK BAGI MENAMBAT HATI RAKYAT..HAKIKATNYA UMNO HANYALAH 'JUARA RASUAH' DULU,KINI DAN SELAMANYA'....DAN SLOGAN 'RAKYAT DIDAHULUKAN,PERCAPAIAN DIUTAMAKAN' JUGA HANYALAH RETORIK MEREKA SAHAJA...KERNA HAKIKATNYA 'RAKYAT DIDUNGUKAN,KEUNTUNGAN DIUTAMAKAN'.....UMNO PASTI TUMBANG PADA PILIHANRAYA UMUM KE-13 NANTI KERANA RAKYAT SUDAH MUAK DENGAN MEREKA...BUKAN SEDIKIT KEZALIMAN TERHADAP RAKYAT YANG MEREKA LAKUKAN...CUKUP SUDAH KESABARAN RAKYAT TERHADAP MEREKA SELAMA INI.....
No comments:
Post a Comment