Apa manfaat tingkat pendapatan kalau inflasi
Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 20 Jan: Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mempersoal kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir supaya rakyat bersedia menghadapi inflasi, jika mahu menikmati gaji yang lebih tinggi dalam Model Ekonomi Baru.
Baginya, Mahathir hanya menunjukkan sikap bersetuju dengan tindakan kerajaan mengurangkan subsidi dan memperkenal polisi pencukaian yang baru, iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
"Persoalannya, apakah manfaat hasil peningkatan pendapatan ini kalau rakyat (pada) masa yang sama dibebankan kos inflasi disebabkan GST (dan) penarikan subsidi yang lain," soal beliau ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.
Menurutnya, sikap terlalu bergantung pada hasil (pendapatan) komoditi mentah dan cukai merupakan punca utama yang menjadikan Mahathir serta kerajaan tidak berupaya menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih progresif dan inovatif melalui Model Ekonomi Baru tersebut.
Beliau yang juga Ahli Jaatankuasa PAS Pusat berkata, kerajaan seharusnya memperkasakan sektor perkhidmatan dan inovasi dalam Model Ekonomi Baru.
"Sektor inovasi seperti membangunkan teknologi petroleum, membangunkan kepakaran pekerja, memasarkan produk-produk dari sumber yang diperbaharui, bukannya bercakap soal model (ekonomi) yang baru, tetapi penjanaan cara yang lama,” ujarnya.
Jelas beliau lagi, inisiatif tersebut membolehkan kerajaan menawarkan gaji yang lebih berpatutan kepada pekerja tanpa perlu pada penarikan subsidi atau menaikkan cukai GST, disebabkan pendapatan yang berganda.
Beliau yang juga bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat turut mendedahkan realiti kenaikan gaji para pekerja di Malaysia disebabkan pengurusan ekonomi secara konservatif, sebagaimana yang dikeluarkan oleh Bank Dunia.
"Di antara 1994 hingga 2007, 'gaji sebenar' hanya meningkat hanya 2.6 peratus pada sektor domestik dan 2.0 peratus pada sektor pembuatan. (Selama) 13 tahun, peratusan peningkatan gaji adalah begitu mendatar, hanya empat peratus, kalau gaji RM1,000 (bermakna) kenaikan hanya RM40 sahaja.
"Manakala inflasi tahun ini naik (sebanyak) 4 peratus juga. Jadi kenaikkan gaji sebenar adalah kosong atau mendatar,” jelasnya.
Pun begitu, beliau berkata kerajaan boleh melaksanakan GST sekiranya 'gaji sebenar' para pekerja benar-benar munasabah jika dibandingkan kos hidup yang sebenar disebabkan peningkatan inflasi
Sumber : Harakah Daily
JEBAT_BERANI : PENING-PENING HAMBA MEMIKIRKAN CARA KERAJAAN MENANGGANI MASALAH EKONOMI YANG DI HADAPI OLEH RAKYAT MALASIA...GAJI BELUM NAIK HARGA BARANG-BARANG DAH NAIK MELAMBUNG...BILA GAJI NAIK RAKYAT TAK MERASA PUN NIKMAT AKAN KENAIKAN GAJI TERSEBUT...ENTAH LE TAK TAHU NAK CAKAP APA DENGAN SIKAP KERAJAAN '1MALAYSIA' NIE...RAKYAT DIDAHULUKAN PERCAPAIAN DIUTAMAKAN KONONNYA...TAPI HAKPRAK...!!!
BIHUN SUP UTARA VERSI JEBAT BERANI
-
*HARI INI ISTERI MENYUARAKAN HASRAT UNTUK BERBUKA DENGAN BIHUN SUP
UTARA...SEBENARNYA BUKAN SUSAH PON NAK DAPATKAN BIHUN SUP UTARA NIE...IANYA
BANYAK DIJUA...
12 years ago
No comments:
Post a Comment