WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, January 7, 2010

KALIMAH ALLAH : KDN BERJAYA DAPATKAN PENANGGUHAN

KDN berjaya tangguh guna nama Allah

Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menangguhkan keputusan membenarkan mingguan Katholik - Herald - menggunakan kalimah Allah.

Hakim Lau Bee Lan membenarkan permohonan tersebut sementara menunggu perbicaraan rayuan KDN terhadap keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Khamis lalu.

Peguam bagi pihak mingguan berkenaan tidak membantah permohonan tersebut atas kepentingan negara.

Permohonan tersebut didengar dalam kamar hakim. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mewakili KDN manakala Derek Fernandez dan Benjamin Dawson mewakili Herald.

"Kami membuat permohonan dan peguam yang mewakili Gereja Katholik bersetuju dengan penangguhan tersebut, atas kepentingan negara," kata Abdul Gani.

Fernandez bersetuju bahawa pihak gereja bersetuju dengan pemohonan peguam negara itu.

Bagaimanapun, katanya, orang ramai hendaklah berhenti daripada terus membuat komen mengenai keputusan berkenaan.

"Kami (Roman Katholik) adalah orang yang cintakan keamanan dan komen (yang tidak baik) adalah tidak wajar," katanya.

"Kami mahu peguam negara mengambil tindakan terhadap individu-individiu yang membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Turut hadir ialah editor Herald Father Lawrence Andrew yang bertemu dengan Abdul Gani dalam bilik saksi sebelum permohonan itu didengar.

Pada 31 Disember, Hakim Lau memutuskan bahawa lanjutan kepada Artikel 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan, Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan kalimah itu dari segi ajaran dan pendidikan kepada penganut agama Kristian.

Katanya, lanjutan daripada Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan kalimah "Allah" kepada orang Islam untuk menyebarluaskan agama tetapi ia bukan satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan kalimah itu kepada bukan Islam bagi tujuan agama.

Pada 16 Februari, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan gereja, dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

Beliau mendakwa perkataan 'Allah' bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Majalah itu, yang dicetak dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah "Allah" sebagai terjemahan untuk "God" dalam seksyen bahasa Melayu.

Kalimah 'Allah' digunakan dengan meluas di kalangan penduduk asli Kristian di Sabah dan Sarawak, kebanyakannya bertutur dalam Bahasa Malaysia.

Kementerian Dalam Negeri telah mewajarkan larangan itu atas alasan keselamatan negara dan bagi mengelak salah faham serta kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

Sementara itu, Hakim Lau juga memutuskan dalam kamar hari ini untuk menolak permohonan enam Majlis Agama Islam dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Magma) untuk berhujah dalam permohonan KDN itu.

Enam Majlis Agama Islam itu adalah dari Wilayah Persekutuan, Selangor, Kedah, Terengganu, Melaka dan Johor.

Dalam perbicaraan sebelum ini, Hakim Lau telahpun menolak permohonan mereka untuk menjadi pencelah dalam kes berkenaan.

Enam majlis tersebut dan Magma juga turut memfailkan ratyuan terhadap keputusan Hakim Lau menolak permohonan mereka menjadi pencelah serta keputusannya yang memihak kepada Herald.

Sementara itu, menurut Bernama, Abdul Gani bersyukur kerana ada perjanjian bagi penangguhan itu.

"Bagi saya, ia melibatkan kepentingan negara, tiada keperluan untuk terbabit dalam hujah untuk penangguhan," katanya.

"Saya amat bersyukur dengan rakan saya yang bijaksana yang telah bersetuju untuk penangguhan dan kami akan cuba agar perkara ini didengar secepat mungkin dalam Mahkamah Rayuan, saya percaya ia akan diadakan secepat mungkin," katanya.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri memfailkan permohonan untuk penangguhan perintah mahkamah sebelum ini selepas mengemukakan rayuan dengan Mahkamah Rayuan sehari sebelum itu.

Abdul Gani berkata proses segera itu tidak sepatutnya disalah tafirkan kerana isu itu perlu diselesaikan secepat mungkin.

"Saya perlu menyatakannya sekali lagi, tidak perlu ada sebarang persepsi berhubung perkara ini memandangkan adalah lebih baik perkara ini didengar dengan segera. Ia tidak bermakna ada sesuatu yang tidak kena, jangan biar persepsi seperti ini.

"Apa yang penting ialah supaya perkara ini diselesaikan secepat mungkin. Kita semua perlu menghormati keputusan mahkamah," katanya.

Ketika ditanya jika terdapat tekanan dalam kes ini, beliau menjawab:" Anda tidak boleh kata ada tekanan dalam kes ini memandangkan terdapat tekanan dalam semua kes. Saya tidak mahu memberikan sebarang persepsi sekarang, biar perkara itu selesai."

Peguam Fernandez berkata pihaknya bersetuju dengan permintaan Peguam Negara untuk penangguhan berikutan kepentingan kepentingan negara sebelum tindakan selanjutnya di Mahkamah Rayuan.

"Kami bimbang dengan pelanggaran peraturan sub judis oleh banyak pihak yang tidak menghormati mahkamah. Tan Sri memberi jaminan kepada kami beliau akan meneliti perkara itu," katanya.

Herald yang dicetak dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah "Allah" sebagai terjemahan untuk "God" dalam seksyen bahasa Melayu.

Kalimah 'Allah' digunakan dengan meluas di kalangan penduduk asli Kristian di Sabah dan Sarawak, kebanyakannya bertutur dalam Bahasa Malaysia.

Kementerian Dalam Negeri telah mewajarkan larangan itu atas alasan keselamatan negara dan bagi mengelak salah faham serta kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH INI BENAR-BENAR MENGUJI KITA UMAT ISLAM....KITA HARUS BERHATI-HATI MENGAMBIL TINDAKAN AGAR TIDAK MERUGIKAN KITA SEBAGAI UMAT ISLAM...

JANGAN SAMPAI KERANA HENDAK MENJADI 'JUARA' DALAM ISU INI MENYEBABKAN KITA TERPESONG AKIDAH AKHIRNYA...KITA HARUS MEMPERHALUSI ISU INI DENGAN ILMU YANG TELAH DIBEKALKAN OLEH ALLAH S.W.T KEPADA UMAT ISLAM IAITU AL-QURAN DAN HADIS...

SEMOGA KITA BEROLEH KEBAIKAN DARI APA YANG TELAH DIRENCANAKAN OLEH ALLAH S.W.T INI....

No comments:

Post a Comment