WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Friday, January 1, 2010

GEMPAR!!!!!MB NEGERI SEMBILAN KENA SEBAT!!!

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan dijatuhkan hukuman sebatan oleh Mahkamah Rakyat berhubung jenayah mengirimkan wang secara haram ke luar Negara membabitkan 10 juta ringgit ke London pada tahun 2008. Hukuman sebatan secara simbolik itu diadakan dihadapan ibupejabat Keadilan Negeri Sembilan.

Suasana yang pada awalnya tenang mulai tegang apabila pihak berkuasa mengerahkan pasukan polis simpanan FRU untuk menyuraikan perhimpunan aman itu. “Dengan kita polis berani. Dengan umno takut. Menikus.

Kesian juga pada polis- polis yang menerima tekanan oleh UMNO.” Turut dikaitkan dengan penghantaran wang secara haram ini ialah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Rosmah didakwa telah melakukan transaksi wang secara haram melibatkan 6 ratus ribu ringgit sewaktu beliau sedang membeli belah di Dubai, Ogos lalu. “Ada kelompok yang rapat dengan rejim secara seronok hantar duit 22 juta 10 juta ke luarnegara.

Rosmah hanya sebab tak cukup duit shooping di Dubai, 6ratus ribu dihantar kesana. Dalam keadaan rakyat begitu susah payah dibawah ni," kata Badrul Hisham Shaharin, Ahli Majlis Tertinggi Keadilan.

Pengerusi Perwaja dan Maju Holding, Tan Sri Abu Sahid turut dikatakan telah memindahkan sejumlah 22.2 juta ringgit ke luar Negara. Seorang lagi tokoh korporat yang rapat dengan rejim pemerintah iaitu adik kepada Syed Mokhtar Al- Bukhari, Syed Mohammad dikesan telah memindahkan wang secara tidak sah sebanyak 1.19 juta ringgit. 16 november lalu, pimpinan keadilan telah menghantar surat rasmi kepada Menteri Besar Negeri Sembilan memohon penjelasan berhubung dakwaan itu, namun mohamad Hassan memilih untuk mendiamkan diri.

Kegiatan ini telah melanggar akta pengurupan wang 1998 antaranya Seksyen 30(1)(b)”perbuatan yang melibatkan, yang berkiatan dengan, atau sebagai persedaan bagi, pengiriman atau pemindahan dana ke luar Malaysia…”dan Seksyen 35(b)“ memberikan apa- apa maklumat yang palsu dalam sesuatu butir material bagi mana- mana akta ini..” Isu ini juga dibangkitkan dalam sidang dewan undangan negeri Sembilan namun sekali lagi mohamad gagal memberi penjelasan.

Pada 3 disember lalu, pimpinan keadilan nekad memfailkan kes ini ke ibu pejabat polis bukit aman, namun badan yang kononnya berkecuali itu juga mengambil langkah sama, mendiamkan diri. “Setiap kali wang Negara dihantar keluar Negara secara haram dalam jumlah yang besar, ia melibatkan ekonomi Negara. Melibatkan periuk nasi rakyat. kecuali mereka yang rapat dengan rejim pemerintah…….yang memang nyata,” katanya lagi. 26 0otober lalu, bank Negara Malaysia telah mengumumkan pembatalan sebanyak 20 lesen perniagaan pengurupan wang di bawah Akta Pengurupan Wang 1998. Namun tidak disertakan sebab musabab pembatalan lessen berkenaan.

Sumber : TV Selangor

JEBAT_BERANI : kita tunggu dan lihat apakah mb n9 ini akan terlepas atau tidak dengan hukuman mahkamah..mungkin beliau akan terlepas jua akhirnya kerana dilindungi oleh kroni2 nya..namun yakinilah bahawa sebelum dihukum oleh allah s.w.t beliau akan dihukum dengan hukuman rakyat

No comments:

Post a Comment