PAS Perak hari ini menggesa seluruh rakyat negeri itu bersiap siaga menghadapi kemungkinan berlakunya pilihanraya semula berikutan desas-desus yang bertiup kencang akan berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain, ketika mengulas isu
itu turut menggesa seluruh rakyat khususnya mahasiswa dan anak muda yang masih belum mendaftar untuk segera berbuat demikian bagi memastikan mereka tidak terkecuali dalam membuang undi sekiranya pilihanraya berkenaan benar-benar berlaku.
"Saya dengan ini merayu dan menggesa seluruh mahasiswa, belia dan
mana-mana golongan rakyat di negeri ini (Perak) yang belum mendaftar sebagai pemilih untuk berbuat demikian secepat mungkin.
Ini kerana jika DUN dibubarkan, kita tidak mahu mereka yang layak mengundi tidak dapat berbuat demikian disebabkan kelewatan
mereka untuk mendaftar" jelas beliau.
"Oleh itu sebagai anak muda, kita perlu sedar akan peranan dan suara kita yang sangat berkuasa dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah kerajaan" tambahnya lagi.
Dalam pada itu, beliau juga berharap agar konflik yang berlaku di Perak selama ini akan terlerai dengan pembubaran DUN demi menjamin kestabilan politik dan pembangunan di Perak.
"Apa yang lebih penting bagi kita adalah apabila mandat diserahkan
semula kepada rakyat melalui pilihanraya, kestabilan politik di Perak akan dapat dikembalikan demi menjana pembangunan dan ekonomi
yang mapan" jelas beliau.
Sumber : Malaysiakini
JEBAT_BERANI : HANYA DENGAN MEMBUBARKAN DUN SAHAJA KEMELUT YANG MELANDA NEGERI PERAK DAPAT DISELESAIKAN....HAK RAKYAT MESTI DIPULANGKAN KEPADA RAKYAT....JIKA BENAR UM-NO/BE-END YAKIN MEREKA DITERIMA OLEH RAKYAT PERAK MENGAPA PERLU TAKUT UNTUK MEMBUBARKAN DUN PERAK??
BIHUN SUP UTARA VERSI JEBAT BERANI
-
*HARI INI ISTERI MENYUARAKAN HASRAT UNTUK BERBUKA DENGAN BIHUN SUP
UTARA...SEBENARNYA BUKAN SUSAH PON NAK DAPATKAN BIHUN SUP UTARA NIE...IANYA
BANYAK DIJUA...
12 years ago
No comments:
Post a Comment