Eye On Malaysia kena sita
Oleh Amirullah Andi Nur dan Badrul Hizar Ab Jabar
bhnews@bharian.com.my
MELAKA: Roda gergasi atau lebih dikenali Eye On Malaysia di muara Sungai Melaka yang menjadi antara tarikan utama pelancongan di negeri ini sejak lebih setahun lalu, disita kira-kira jam 9.30 pagi semalam sekali gus terpaksa diberhentikan operasinya serta-merta.
Tindakan menyita kawasan berkenaan dilakukan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 November lalu, membenarkan permohonan pemilik asal roda berkenaan dari Belgium, Fitraco NV untuk mengambil balik daripada Eye On Malaysia Sdn Bhd (EOM), pengurus roda itu di sini.
Arahan bagi memaklumkan mengenai tindakan menyita tempat itu disampaikan oleh seorang peguam yang mewakili Fitraco NV kepada Ketua Pegawai Kewangan EOM, Mahadzir Yunus, di tapak roda gergasi terbabit, kira-kira jam 9.30 pagi .
Berikutan itu, syarikat terbabit melantik RSM RKT Group untuk mewakili mereka bagi menjaga seluruh kepentingan di kawasan tapak roda berkenaan.
Fitraco NV pada 15 September lalu memfailkan injuksi terhadap MST Ad Suria Sdn Bhd (MST) dan EOM, selepas syarikat terbabit gagal melunaskan hutang pinjamannya sebanyak RM17 juta bagi menyewa dan membawa roda berkenaan ke Malaysia pada 2006. Pinjaman selama dua tahun itu sepatutnya diselesaikan pembayarannya pada Mei tahun lalu.
Perintah injuksi itu adalah bagi menghalang MST untuk menjual roda gergasi berkenaan kepada EOM dan pada masa sama membenarkan Fitraco NV memasuki tapak kawasan itu serta mengambil alih terus daripada pengurusan sedia ada.
MST adalah syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk roda Eye On Malaysia pada 2006 sebagai sebahagian daripada tarikan utama sempena sambutan Tahun Melawat Malaysia pada 2007. Difahamkan sebanyak RM30 juta dibelanjakan bagi membawa roda berkenaan.
Roda itu kemudian dibawa ke Melaka pada September 2008 dan beroperasi secara rasmi sebulan selepas itu. Sejak dibuka pada Oktober 2008, Eye On Malaysia dikatakan sudah berjaya mencatatkan perolehan sebanyak RM5 juta.
Mengulas perkara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam melahirkan rasa kecewa kerana penutupan itu yang akan menjejaskan industri pelancongan Melaka dan kesal dengan tindakan MST yang tidak bersikap telus dalam menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri.
"Kerajaan negeri menerusi Kumpulan Melaka Berhad melabur sebanyak RM8 juta bagi membawa roda gergasi ini dari Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur ke sini. Kita melabur dengan pegangan ekuiti sebanyak 40 peratus iaitu RM3 juta dalam bentuk tunai dan RM5 juta lagi menerusi pembayaran tanah.
“Saya berasa sangat kecewa dan akan menilai semula kerjasama dengan MST itu," katanya selepas satu majlis di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, semalam.
Mengulas lanjut, Mohd Ali mencadangkan Fitraco NV menjual Eye On Malaysia kepada kerajaan negeri itu bagi membolehkan ia terus beroperasi sekali gus tidak terbengkalai terlalu lama berikutan terpaksa melalui proses perundangan.
Sumber : Berita Hairan
JEBAT_BERANI : ITU LER...DARI BUAT PERKARA YANG BERFAEDAH KEPADA RAKYAT MOHD ALI LEBIH BERMINAT NAK 'MAIN' RODA PUSING NIE...SUDAHNYA BUKAN SIKIT DUIT RAKYAT YANG TERPAKSA DIBELANJAKAN...DAN LAGI MENYEDIHKAN BELUM PUAS 'MAIN' DAH KENA SITA PLAK...LEPAS NIE NAK 'MAIN' APA LAGI TAK TAHU LER...
BIHUN SUP UTARA VERSI JEBAT BERANI
-
*HARI INI ISTERI MENYUARAKAN HASRAT UNTUK BERBUKA DENGAN BIHUN SUP
UTARA...SEBENARNYA BUKAN SUSAH PON NAK DAPATKAN BIHUN SUP UTARA NIE...IANYA
BANYAK DIJUA...
12 years ago
salam jebat, benar, dari habis duit berlambak2 bazir utk hiburan, baik di belanjakan utk pemantapan ilmu agama di kalangan rakyat Melaka.
ReplyDelete