WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, January 7, 2010

KALIMAH ALLAH : 1MONGOLIA TERGUGAT

Isu 'Allah', 1Malaysia tergugat

Mohd Farid Hamlud

Renungkan ayat ini, "katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) pemulihara sekalian manusia" (An-Nas, 114:1)

Bahkan mereka yang beragama Islam wajib menyebut ayat ini, "segala pujian bagi Allah, tuhan seluruh alam", sebanyak 17 kali sehari semalam. Maka kita perlu membulatkan keyakinan di dalam hati bahawa Allah Ta'ala, Tuhan Yang Maha Esa, tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Dia, dan Dialah Tuhan sekelian umat manusia.

Oleh yang demikian, perkataan Allah Yang Maha Mulia juga milik semua. Bahkan semua manusia perlu sedar bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa.

Keputusan mahkamah, jika dilihat pada satu sudut, ia akan mendatangkan komplikasi yang negatif terutamanya apabila ia disalahgunakan.

Namun, Najib Razak sebagai tokoh nombor satu dalam 1Malaysia yang dipimpinnya ternyata gagal menangani isu ini secara berkesan, apatah lagi untuk membawa konsep perpaduan dukungannya itu dalam menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan kaedah terbaik.

Sebagai ketua kerajaan, Najib perlu sedar yang beliau sebenarnya memiliki kemampuan yang jauh lebih besar daripada sekadar menggunakan kuasa politik dan jawatan yang ada padanya. Isu ini perlu ditangani secara ilmiah.

Saya yakin, sekiranya isu ini ditangani secara ilmiah melalui dialog atau penerangan yang berkesan, masyarakat bukan Islam akan menerima dengan hati yang terbuka mengenai pendirian dan kefahaman Islam yang tegas tetapi anjal ini.

Saya melahirkan rasa simpati kepada seluruh masyarakat bukan Islam di Malaysia kerana mereka tidak berpeluang untuk mengenali Islam secara lebih jelas daripada pandangan sebenar.

Sekiranya Najib dan barisan pemimpinnya gagal menangani isu ini dengan berkesan, slogan 1Malaysia dukungannya bukan sahaja akan berdepan dengan perpecahan, bahkan kebencian yang tidak sepatutnya berlaku daripada masyarakat bukan Islam terhadap Islam dan umatnya.

Daripada bertempik tidak tentu hala, lebih baik menumpukan tenaga untuk memberi kefahaman kepada masyarakat bukan Islam mengenai Allah Yang Maha Esa, yang menghidupkan dan mematikan semua makhluk dan manusia.

Lebih teruk lagi, ada pihak bertempik dan mendabik dada mengatakan Allah Ta'ala Tuhan orang Melayu. Saya berlepas diri daripada kejahilan orang Melayu yang jahil ini.

Semoga Allah Ta'ala memberikan bimbingan dan petunjuk-Nya kepada saya dan kita semua. "Sesungguhnya kata-kata yang paling benar adalah kata-kata Allah Yang Maha Mulia."

Sumber : Malaysiakini(surat pembaca)

JEBAT_BERANI : SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN APA YANG DITULIS OLEH PEMBACA mALAYSIAKINI INI..ADA KEBENARAN YANG BOLEH KITA AMBIL IKTIBAR DARI TULISAN BELIAU...

No comments:

Post a Comment