Pegawai SPRM kena tindakan hina mahkamah
Laporan polis yang dibuat seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ahli patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, menjadi isu yang mengundang ketegangan dalam prosiding inkues Teoh Beng Hock di Mahkamah Koroner Shah Alam.
Peguam Karpal Singh yang mewakili abang Beng Hock, Teoh Meng Kee, mendakwa laporan polis itu sengaja dibuat bagi menakut-nakutkan dan mengugut Dr Pornthip daripada memberi keterangan berhubung bedah siasat kedua ke atas Beng Hock baru-baru ini.
Katanya, mahkamah perlu mendengar permohonan Meng Kee yang memfailkan usul pada Selasa lepas, supaya pegawai SPRM Raub Ghani dikenakan tindakan menghina mahkamah dahulu, sebelum meneruskan prosiding.
Karpal berkata Dr Porntip memerlukan satu jaminan agar beliau tidak ditangkap oleh pihak imigresen ketika tiba di negara ini.
Koroner Azmil Muntapha Abas pada awalnya tidak bersetuju dengan cadangan Karpal untuk mendengar permohonan itu kerana berpendapat ia adalah isu luar daripada inkues dan berhasrat meneruskan prosiding dengan menetapkan tarikh untuk membolehkan doktor yang terlibat dalam bedah siasat kedua memberi keterangan.
Bagaimanapun ekoran desakan daripada Karpal dan peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh, beliau akhirnya bersetuju dan menetapkan 15 Jan untuk mendengar hujahan.
Katanya, prosiding inkues akan disambung semula selepas kesemua pihak berhujah.
Mereka yang terbabit dalam bedah sisat kedua adalah Ketua Patologi Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor, Dr Prashant Naresh Samberkar dan Dr Khairul Azman Ibrahim manakala pakar patologi, K Saravanan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, ditugaskan merakamkan gambar bedah siasat itu.
Pemerhati pakar forensik bebas Prof Dr Peter Vanezis dari United Kingdom mewakili SPRM dan Dr Porntip mewakili kerajaan Selangor.
Pada pagi ini hanya laporan daripada Dr Shahidan diserah kepada mahkamah.
Terdahulu peguam SPRM Datuk Abdul Razak Musa membantah permohonan Gobind kerana laporan polis itu dikatakan dibuat atas kapasiti peribadi dan bukannya SPRM.
Penegasan Abdul Razak itu ditempelak Karpal dengan mendakwa ia adalah sesuatu yang mustahil kerana Raub membuat laporan itu bagi pihak SPRM.
Peguam Malik Imtiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan Selangor, juga menegaskan perkara yang sama dan pihaknya meminta SPRM menyerahkan salinan laporan polis itu secepat mungkin bagi membolehkan semua pihak berhujah.
Katanya, Dr Porntip berhak untuk tahu apa yang akan berlaku sekiranya beliau datang ke negara ini dan beliau juga boleh melantik peguam yang boleh membantunya menghadapi situasi sekarang dan sekurang-kurangnya pihak Peguam Negara boleh memberi jaminan penangkapan tidak akan berlaku.
Karpal berkata permohonan itu dibuat mengikut Perkara 26, Jadual Ketiga Akta Mahkamah-mahkamah Rendah 1948 dan Dr Pornthip perlu dibenarkan memberikan keterangan tanpa sebarang ancaman daripada mana-mana pihak.
Di akhir prosiding, Abdul Razak berkata beliau akan memaklumkan perkara tersebut kepada pihak terbabit dan bersedia menyerahkan laporan polis yang telah dibuat itu bagi mengetahui sejauh mana ia menimbulkan unsur ketakutan ke atas Dr
Porntip.
Pada 1 Jan lepas, Raub dan seorang lagi pegawai SPRM Hisyam Mohd Yusoff membuat laporan polis berhubung satu laporan akhbar tabloid tempatan Suara Keadilan yang bertajuk 'Pornthip sahkan Beng Hock dibunuh'.
Hisyam, dari Cawangan Siasatan Putrajaya mendakwa akhbar itu menyiarkan satu berita yang dianggapnya subjudis, melampaui kuasa satu inkues sedang berlangsung, manakala Raub yang juga dari cawangan yang sama membuat laporan polis mengenai tindakan pakar patologi itu yang beliau syaki membocorkan maklumat mengenai laporan forensik kepada pihak yang tidak sepatutnya.
Sumber : Bernama
JEBAT_BERANI : APAKAH AKAN ADA KEADILAN BUAT TEOH?APAKAH MEREKA YANG TERLIBAT DALAM KEMATIAN TEOH AKAN BERJAYA DIBAWA KE MUKA PENGADILAN?SITUASI KETIKA INI DILIHAT SEAKAN-AKAN ADA USAHA UNTUK MENAFIKAN KEADILAN BUAT TEOH....
PELBAGAI USAHA YANG DILAKUKAN OLEH SPRM YANG KELIHATAN SEOLAH-OLAH MEREKA CUBA UNTUK MENGAGALKAN SEBARANG PENDEDAHAN PUNCA SEBENAR KEMATIAN TEOH...SPRM KELIHATAN BEGITU TIDAK SENANG DENGAN USAHA YANG DILAKUKAN OLEH PAKATAN RAKYAT BAGI MENCARI PUNCA SEBENAR KEMATIAN TEOH...
NAMUN YAKINILAH BAHAWA KEBENARAN TETAP AKAN MENANG....KEADILAN BUAT TEOH PASTI AKAN DAPAT DITEGAKAN JUA AKHIRNYA..
BIHUN SUP UTARA VERSI JEBAT BERANI
-
*HARI INI ISTERI MENYUARAKAN HASRAT UNTUK BERBUKA DENGAN BIHUN SUP
UTARA...SEBENARNYA BUKAN SUSAH PON NAK DAPATKAN BIHUN SUP UTARA NIE...IANYA
BANYAK DIJUA...
12 years ago
Salam sabahat, Jika Mereka hina boleh saje. Kita yang hina dah tentu kena punya. confirm. Hancor UMNOngok
ReplyDelete