Zambry jumpa Najib bincang bubar DUN?
KUALA LUMPUR, 18 Jan: Beberapa perkembangan terbaru di negeri Perak memberi keyakinan akan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) itu dalam sedikit masa lagi.
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dalam satu kenyataan memberitahu beberapa petanda menuju ke arah itu sedang berlaku.
Ianya termasuk pertemuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Arab Saudi baru-baru ini sehingga Zambry didakwa sanggup meninggalkan Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang di pengerusikan oleh Raja Muda Perak.
"Datuk Seri Zambry yang sanggup tidak hadir ke Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang di pengerusikan oleh Raja Muda Perak baru-baru ini di lihat ada perkara lebih penting yang akan di bincangkan dengan Datuk Seri Najib di Arab Saudi," kata Mohd Nur Amin selaku pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Perak.
Selain itu menguatkan lagi keyakinan mereka akan berlakunya pilihanraya adalah maklumat yang mengatakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengadap Seri Paduka Sultan Perak dalam satu majlis awal November lalu.
Sehubungan itu, pemuda PAS Perak mengarahkan semua jentera Pemuda PAS khasnya dan Pakatan Rakyat amnya supaya bersedia dengan pembubaran DUN itu.
Awal Februari ini, kerajaan Perak diteraju Zambry akan mencapai usia setahun pentadbirannya.
Sumber : Harakah Daily
JEBAT_BERANI : BUBAR JANGAN TAK BUBAR..KALAU BETUL UM-NO/BE-END KATA MEREKALAH PILIHAN RAYAT PERAK AWAT TAKUT SANGAT NAK BUBAR DUN...BILA MERASAKAN KEPUTUSAN MAHKAMAH TIDAK MEMIHAK KEPADA MEREKA BARULAH KELAM KABUT NAK BUBAR DUN...
DARI PELBAGAI SUMBER MATLUMAT YANG BOLEH DIPERCAYAI..AMATLAH DIYAKINI BAHAWA KEPUTUSAN MAHKAMAH BERKAITAN SIAPA MENTERI BESAR YANG SAH SEBENARNYA AKAN MEMIHAK KEPADA DATI SERI NIZAR...OLEH SEBAB ITU JUGA UM-NO/BE-END DILIHAT BERUSAHA KERAS UNTUK MELAMBATKAN KEPUTUSAN MAHKAMAH BAGI MEMBOLEHKAN MEREKA MERANGKA STRATEGI SAMAADA MAHU MEMBUBARKAN DUN ATAU MENGUNAKAN KAEDAH 'KOTOR' YANG LAIN....
NAMUN YAKINLAH BAHAWA KEMENANGAN PASTI BERPIHAK KEPADA MEREKA YANG BENAR...UM-NO/BE-END TIDAK AKAN SELAMA-LAMANYA MAMPU MENGGUNAKAN TAKTIK KOTOR MEREKA UNTUK MEMERINTAH NEGERI PERAK...RAKYAT PASTINYA TIDAK SABAR-SABAR MENGHUKUM KEZALIMAN 'PEROMPAK-PEROMPAK' INI....KITA TUNGGUUUUUUUUU................
BIHUN SUP UTARA VERSI JEBAT BERANI
-
*HARI INI ISTERI MENYUARAKAN HASRAT UNTUK BERBUKA DENGAN BIHUN SUP
UTARA...SEBENARNYA BUKAN SUSAH PON NAK DAPATKAN BIHUN SUP UTARA NIE...IANYA
BANYAK DIJUA...
12 years ago
No comments:
Post a Comment