WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Tuesday, January 5, 2010

CELCOM PULA NAK PROMO 1MALAYSIA


(Gambar sekadar hiasan sahaja)

RM0 : Adakah anda faham mengenai konsep 1Malaysia?Taip 1M C utk YA,1M D utk KURANG FAHAM,1M E utk TIDAK FAHAM & SMS ke 15888.Dari Celcom dan 1Malaysia..

Begitulah sms yang hamba terima petang tadi..Mengapakah sms ini dihantar?Apakah kerajaan 1Mongolia sudah mula terasa bahan penolakan rakyat Malaysia terhadap konsep 1Malaysia ini?Adakah kerajaan 1Mongolia sudah bimbang konsep 1Malaysia ini tidak diterima rakyat?

Konsep 1Malaysia ini sememangnya dari awal diperkenalkan lagi sudah tidak difahami rakyat akan tujuannya...Rakyat Malaysia yang sudah lama menerima konsep masyarakat majmuk dalam Malaysia tiba-tiba dikejutkan pula dengan konsep 1Malaysia...Sedangkan ianya sama saja dengan konsep masyarakat majmuk...Apakah P-End 1Mongolia tidak mempunyai idea lain untuk diperkenalkan sehingga hanya mampu mencipta atau apa yang boleh kita katakan sekadar penjenamaan semula kepada konsep masyarakat majmuk..

Walaupun melakukan penjenamaan semula...konsep 1Malaysia ini tetap tidak diterima oleh rakyat malaysia kerana ianya tidak jelas dan gagal difahami rakyat akan tujuannya..Malah komponen parti Be-End sendiri gagal untuk memahami akan konsep 1Malaysia ini...Ini terbukti apabila mereka saling bercakaran antara satu sama lain hanya kerana memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing.... .Ianya nyata bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang cuba direalisasikan oleh P-End 1Mongolia....

Maka jika difikirkan kembali wajarkah konsep 1Malaysia ini diteruskan sedangkan komponen parti dalam kerajaan sendiri gagal memahaminya..Pada pandangan hamba konsep 1Malaysia ini hanya menguntungkan bebarapa pihak sahaja...itu belum mengambil kira pembaziran yang dilakukan kerajaan bagi mempromosikan konsep 1Malaysia ini...Akhirnya program ini bukan sahaja tidak menguntungkan rakyat Malaysia,malahan mendatangkan kerugian pula kepada rakyat....

No comments:

Post a Comment