WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Tuesday, January 19, 2010

4.39 JUTA MASIH TIDAK MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengesa Jentera Pilihanraya PAS disemua peringkat Parlimen dan DUN untuk membantu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bagi mendaftarkan 4.39 juta pengundi yang belum mendaftar sebagai pemilih.
Jumlah yang dilaporkan oleh SPR semalam adalah baki 28 peratus dari jumlah pemilih yang layak tetapi masih belum dapat mendaftar. Ini bermakna hampir satu pertiga pengundi dinegara ini belum mendaftar.
Rekod Pilihanraya Umum Mac 2008 menunjukan 72 peratus iaitu 7,878, 875 pemilih keluar mengundi dari 10,922,139 pemilih berdaftar diseluruh negara.

Secara kasarnya jika dicampur jumlah yang tidak mengundi dan belum mendaftar, maka jumlah keseluruhan mereka adalah 7.49 juta atau lebih dari separuh pemilih yang layak mengundi tidak menyertai Pilihanraya 2008.
PAS menawarkan satu kerjasama serius disegerakan antara SPR dan diperingkat akar umbi PAS bagi memberikan kefahaman kepada rakyat tentang pentingnya mereka melibatkan diri serta besarnya nilai undi mereka dalam menentukan hala tuju negara.

Jentera PAS perlu serius untuk mengambil peluang dalam menyampaikan dakwah dan juga hasrat perjuangan sebagai mengalakkan rakyat keluar mengundi kelak.
PAS juga berharap agar pengundi dalam Pilihanraya akan datang dapat membuat penilaian dan keputusan yang berani demi mengubah landskap pemerintahan negara yang sudah 12 penggal ditadbir oleh Kerajaan yang korup dan zalim.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
JEBAT_BERANI : MENJADI TANGGUNGJAWAB KITA SEMUA UNTUK MEMASTIKAN MEREKA YANG PALING HAMPIR DENGAN KITA SEPERTI IBUBAPA,ADIK BERADIK,SAUDARA-MARA DAN SAHABAT KITA TELAH MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH...JIKA MEREKA MASIH BELUM MENDAFTAR BANTULAN MEREKA UNTUK MENDAFTARSEBAGAI PEMILIH...
INGAT!!! 1 UNDI MUNGKIN MAMPU MERUBAH NASIB KITA SEMUA....DAN 1 UNDI JUGA BOLEH MEMBUATKAN HIDUP KITA KEKAL DIZALIMI LEH PEMERINTAH....LAKSANAKANLAH TANGGUNGJAWAB KITA DEMI AGAMA,BANGSA DAN NEGARA....

No comments:

Post a Comment