Tidak teragak-agak guna ISA isu 'Allah'
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini, malah sedia menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menghalangnya.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussien berkata kerajaan menjamin keselamatan seluruh rakyat termasuk warga asing yang berada di negara ini.
"Saya mengutuk sekeras-kerasnya keganasan yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga membangkitkan rasa bimbang.
"Saya jamin keselamatan bukan hanya kaum minoriti tetapi sesiapa pun di Malaysia termasuk warga asing. Keselamatan adalah teras tanggungjawab dalam urusan kementerian ini," katanya kepada pemberita di Bukit Aman hari ini.
Beliau berkata polis akan memastikan tahap keselamatan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Beliau mengulas mengenai insiden cubaan membaling bom buatan sendiri di tiga gereja iaitu di Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Gereja Assumption di Petaling Jaya dan Gereja Life Chapel di Damansara.
"Ini bukan hal politik dan ini juga bukan hal peribadi tetapi melibatkan keselamatan dan jika terpaksa dan keadaan menjadi lebih teruk, kita tidak teragak-agak untuk menggunakan apa jua cara termasuk ISA.
"Tindakan itu juga termasuk mereka yang melakukan demonstrasi yang boleh mencetuskan kekacauan. Ini penting dalam memastikan tiada sesiapa bertindak mengikut emosi," kata Hishammuddin.
Mengenai isu penggunaan kalimah Allah, beliau berkata: "Pemimpin negara telah berjumpa dengan ulama dan pihak gereja untuk menerangkan dan berbincang mengenai isu tersebut. "Ia adalah satu pendekatan yang bijaksana untuk memastikan keselamatan negara tidak tergugat."
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata kawalan keselamatan di gereja di seluruh negara dipertingkatkan dengan polis mengadakan rondaan yang lebih kerap.
"Kita juga sedang mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam insiden itu, namun siasatan awal mendapati kejadian itu tidak dirancang secara rapi dan dilakukan oleh individu yang terlalu emosional," katanya.
Beliau berkata insiden pertama berlaku pada kira-kira pukul 12.30 malam di Gereja Metro Tarbenacle, Desa Melawati apabila dipercayai seorang lelaki bermotosikal membaling topi keledar berisi bom petrol melalui tingkap gereja tersebut.
Katanya, berikutan itu berlaku kebakaran yang mengakibatkan kerusi dan buku-buku agama di tingkat bawah bangunan tiga tingkat itu musnah.
"Seorang pengawal keselamatan telah menyaksikan insiden tersebut dan kita sedang mengambil keterangan lelaki itu bagi membantu siasatan terutama untuk mengenal pasti individu terbabit dan motosikal yang digunakan," katanya.
Musa berkata kejadian kedua berlaku di Gereja Assumption di Petaling Jaya pada kira-kira pukul 4 pagi dan Gereja Chapel, Damansara turut menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab kira-kira pukul 9 pagi.
Beliau berkata bagaimanapun bom petrol dalam botol yang dibaling oleh lelaki bermotosikal ke dalam dua-dua gereja itu tidak pecah dan tidak mengakibatkan kebakaran.
Hishammuddin turut meminta pihak gereja menghubungi polis atau beliau sendiri jika terdapat ancaman ugutan atau perkara yang mencurigakan berlaku.
"Semalam sahaja, saya mendapat satu panggilan telefon kira-kira pukul 6 petang daripada pihak sebuah gereja yang memaklumkan mereka menerima ugutan daripada pihak tertentu.
Justeru saya menasihatkan kepada semua pihak gereja untuk membuat laporan polis jika diugut atau terus menghubungi saya di talian 019 28 23 701 agar kita boleh bertindak segera," katanya.
Sementara itu, Musa berkata polis turut memantau laman web yang didapati menjadi batu api dengan menggalakkan orang ramai melanggar undang-undang dan mengajak mereka untuk berhimpun secara haram.
Katanya, polis tidak teragak-agak untuk menahan penulis-penulis blog yang sengaja mencetuskan rasa tidak senang dan kemarahan orang ramai di bawah Akta Hasutan.
Sumber - Bernama
JEBAT_BERANI : APABILA KEJAHILAN DAN NAFSU AMARAHMENGUASAI DIRI KEHORMATAN DANKEMULIA AGAMA ISLAM TIDAK DIAMBIL PEDULI...JIKA BENAR SEORANG PERJUANG AGAMA ISLAM SEHARUSNYA KEHORMATAN DAN KEMULIAN AGAMAISLAM DIUTAMAKAN...TINDAKAN SEBEGINI TIDAK MENCERMINKAN SAMA SEKALI SIKAP SEORANG ISLAM....PERLAKU PASTINYA SEORANG YANG TIDAK MEMAHAMI APA YANG DIAJAR OLEH ISLAM..TINDAKAN INI HANYA MERUGIKAN ISLAM DARI SEGI DAHWAH KEPADA BUKAN ISLAM..PASTINYA ISLAM AKAN DILIHAT SEBAGAI AGAMA YAG GANAS DAN ANTI KEDAMAINAN..

DAN KEPADA HISMUDDIN..APA TUNGGU LAGI..TANGKAP DAN ISA SAJALAH...KAN KE KATA ISA UNTUK MENJAGA KEAMANAN NEGARA...TINDAKAN SEBEGINI DAN JUGA PENDEMO KALIMAH ALLAH BOLEH MENGUNDANG KEKACAUAN DALAM NEGARA(tap sebenarnya hamba masih tak bersetuju ngan ISA..acah je)JANGAN HANYA TAHU MENANGKAP PAKATAN RAKYAT SAHAJA....
Salam Jebat. Seharusnya kita tidak menyokong penggunaan akta draconian ISA dalam apa-apa bentuk jenayah sekali pun. Let's stick to our own principle. Banyak undang-undang lain boleh digunakan untuk membanteras jenayah provokasi perkauman. Wallahualam.
ReplyDeletehamba pun bukannye menyokong undang-undang ISA...sekadar menyindir puak-puak umno nih jerk...hamba tetap dengan pendirian tidak bersetuju dengan ISA...ianya bukan undang-undang yang adil...mengurung org yg disyaki bersalah tanpa bicara seperti menghukum tanpa diberi peluang membela diri...
ReplyDelete