WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Saturday, January 23, 2010

"CAH KETING"..AMARAN BUAT PIMPINAN PAKATAN RAKYAT


Mursyidul Am Pas TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi kata dua kepada gabungan parti dalam Pakatan Rakyat bahawa mereka akan dipulau atau sebaliknya oleh rakyat jika mengamalkan gejala tidak sihat, seperti cah keting, kronisme dan rasuah serta tidak prihatin kepada rakyat.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, sejarah telah membuktikan bahawa sesebuah parti tidak kekal dan diterima rakyat selamanya jika pemimpinnya tidak menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.

“Saya memberi ingatan kepada pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat supaya mereka menunaikan tanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat dan tidak melakukan perkara buruk seperti cah keting, kronisme, rasuah dan sebagainya.

“Sebaliknya, mereka akan terus diterima rakyat dan menjadi sebuah kerajaan yang berwibawa,” katanya kepada pemberita selepas meraikan rombongan Anggota Parlimen Kapar, Selangor, di kediaman rasminya di JKR 10, di sini hari ini.

Hadir sama, anggota Parlimen kawasan itu, S. Manikavasagam dan Ketua PKR cawangan Kapar, Mohd Bakir Abd Wahab. –

Sumber : BERNAMA

JEBAT-BERANI : AMANAT TOK GURU NOK AZIZ INI PERLU DIAMBIL BERAT...SEBAGAI SEBUAT PARTI YANG KINI MULA MENDAPAT PERHATIAN RAKYAT MALAYSIA SEHARUSNYA PARTI-PARTI POLITIK DALAM PAKATAN RAKYAT BERWASPADA DENGAN BUDAYA TIDAK SIHAT INI....

WALAUPUN BUDAYA "CAH KETING" INI BERLAKU DALAM MANA-MANA ORGANISASI DAN AGAK SUKAR UNTUK KITA MENGHAPUSKAN BUDAYA TIDAK SIHAT INI,KITA TIDAK SEHARUSNYA MEMBIARKAN IANYA BEGITU SAHAJA...JIKA PERKARA INI TIDAK DIAMBIL PERHATIAN ADALAH DIBIMBANGI KITA AKAN HILANG TUMPUAN DALAM MEMBERIKAN PERKHIMATAN YANG BAIK KEPADA RAKYAT...DAN AKIBAT NYA NANTI RAKYAT AKAN MULA HILANG KEPERCAYAAN KEPADA KITA...

No comments:

Post a Comment