WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Sunday, January 3, 2010

1MALAYSIA : DIHALANG DAN DITEKAN PUNCA DR ABD AZIZ BARI TARIK DIRI

Abdul Rahim Sabri

Pensyarah terkemuka Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari mengakui beliau menerima "tekanan" ekoran kesediaan beliau untuk menghadiri forum membantah pelaksanaan sistem pengundian berkomputer atau e-undi, di Universiti Malaya (UM) malam tadi.

Katanya, beliau terpaksa membatalkan hasratnya itu ekoran tekanan dari "pihak atasan" menyebabkan beliau mengundur diri sebagai ahli panel beberapa jam sebelum forum bertajuk "E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus" yang berlangsung di koridor dewan syarahan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) malam tadi.


"Saya menghadapi keadaan yang sulit. Memang ada tekanan, saya berada dalam keadaan dilema. Saya berada dalam keadaan sukar buat masa ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Katanya sebelum ini beliau banyak kali menerima tekanan secara tidak langsung daripada pentadbiran UIA ekoran kelantangan beliau dalam mengupas sesuatu isu, menyebabkan ketua jabatannya terpaksa menjawab bagi pihaknya.

"Itupun tekanan juga. Sebelum ini saya pernah dapat emel yang menyatakan itu tak boleh buat, ini tak boleh buat.

"Bahkan terdapat surat pekeliling yang menyatakan kakitatangan universiti tidak boleh mengeluarkan kenyataan tanpa kebenaran pejabat pendaftar.

"Orang kata, surat itu ditujukan kepada Dr Abdul Aziz Bari lah tu," katanya sambil ketawa.

Menurut tokoh akademik itu, beliau telah menjelaskan kepada penganjur bahawa beliau tidak berniat untuk menarik diri pada saat-saat akhir kerana sebelum ini beliau telah memberi pengesahan untuk hadir sebagai ahli panel dalam forum tersebut.

"Saya bimbang jadi macam YB Nik Nazmi...Saya memang bertanggungjawab untuk beritahu sesuatu (dalam forum itu). Saya bersimpati dengan perjuangan mereka," katanya.

Forum yang membahaskan tajuk "E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus" anjuran Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH) dikejutkan dengan penarikan diri Dr Abdul Aziz sebagai ahli panel, beberapa jam sebelum forum itu berlangsung.

Pengerusi BANTAH, Mohd Aizat Mohd Salleh dilaporkan berkata, penarikan tokoh akademik itu disebabkan surat amaran telah dikeluarkan kepadanya oleh pentadbiran UIA dan menyifatkan ia sebagai "satu pencabulan demokrasi kepada ahli akademik."

Menurut Aizat, sebelum ini, pihaknya telah mendapat persetujuan untuk hadir sebanyak dua kali dari pakar perlembagaan itu.

Sebelum majlis itu bermula, Mohd Aizat memberitahu Malaysiakini, bahawa beliau menyedari keputusan Dr Abdul Aziz itu setelah membuat semakan melalui emelnya jam 1 tengah hari semalam.

Bagaimanapun, sehingga jam kira-kira 4.30 petang semalam, emelnya kepada Dr Abdul Aziz Bari tidak dijawab.

Bagaimanapun forum tersebut dapat berjalan dengan baik, dan tempat Dr Abdul Aziz Bari digantikan dengan pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Shazni Munir Mohd Ithnin.

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : HALANGAN DEMI HALANGAN MEMANG MEMJADI ADAT BAGI MEREKA YANG INGIN BERJUANGAN..PIHAK YANG TIDAK SUKA MELIHAT ISLAM BERKEMBANG PASTI MENGGUNAKAN PELBAGAI CARA MENGHALANGNYA...SEBAGAI PEJUANG KITA KENA KUAT MENHADAPI RINTANGAN INI...SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN KEKUATAN BUAT PERJUANG MENEGAKAN SYIAR ISLAM...

No comments:

Post a Comment