WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Tuesday, January 19, 2010

GEGAR : KONSERT KU LI DI STADIUM SULTAN MOHD KE-IV

Ku Li akan jelaskan isu royalti minyak di stadium

Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 19 Jan: Penerangan mengenai royalti minyak oleh mantan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah pada 28 Januari ini dijangka mampu merungkai banyak perkara berhubung tuntutan bayaran imbal balas Petronas kepada Kerajaan Negeri Kelantan berdasarkan Akta Petroleum 1974.

Majlis akan berlangsung di Stadium Sultan Mohd Ke-IV di sini juga dijangka mampu mempertingkatkan kefahaman rakyat berhubung kaedah pembayaran imbal balas royalti minyak kepada Kerajaan Negeri.

Demikian dimaklumkan oleh Pengerusi Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar), Dr Abdul Halim Yusoff. (GAMBAR)

Mengulas lanjut kehadiran mantan Pengerusi Petronas pada majlis penerangan itu nanti, beliau berkata berdasarkan perbincangan Gegar dengan Tengku Razaleigh, mantan Menteri Kewangan itu bersetuju untuk hadir pada majlis tersebut.

“Beliau akan menerangkan semua perkara yang berkaitan termasuk mengenai Akta Petroleum 1974, perjanjian yang ditandatangani oleh beliau dan Menteri Besar Kelantan Datuk Haji Mohamad Nasir (Allayarham) pada 19 Mei 1975 di samping penerangan mengenai konsep federalisma,” katanya.

Menurut Dr Halim, Gegar dimaklumkan bahawa Ahli Parlimen Gua Musang itu juga bersertuju menjadi pengerusi 'Kaukus’ yang ditubuhkan Parlimen Malaysia berkaitan dengan royalti Petroleum.

“Gegar menyambut baik langkah itu. Ini selaras dengan usaha ke arah memperkasakan Gegar itu sendiri di peringkat nasional,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, tindakan Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang seakan habis-habisan menentang pemberian royalti minyak kepada Kelantan itu ‘sebagai anti klimaks’.

“Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan itu sebagai anti klimaks tentang perjuangan rakyat Kelantan dalam mendapatkan pembayaran royalti minyak. Hakikatnya (ialah) hakikat yang sukar untuk dinafikan..

“Cuma setakat mana kemahuan untuk ‘comply’ kepada undang-undang. Pihak yang menuntut (pembayaran royalti itu terus) menuntut, manakala pihak yang enggan melaksanakan tuntutan itu (terus dengan pendirian) tidak mahu melayan tuntutan itu.

“Dengan (langkah) tuntutan rakyat itu, akan ada keperluan mendesak menghubungkan antara dua iaitu antara yang tidak mahu bagi (membuat pembayaran) dan yang menuntut.

“Dan ini, pada hemat Gegar, antara langkah yang boleh dimain peranan oleh YBM Tengku Razaleigh,” katanya.

Mengulas tindakan pihak yang terus-terusan menentang perjuangan tuntutan royalti minyak Kelantan itu boleh dicop anti (konsep) 1Malaysia, beliau mendakwa itu terserah kepada ‘hukuman’ rakyat negara ini.

“Itu hak rakyat, sebab rakyat yang memilihnya. Gegar dalam isu tuntutan royalti minyak ini, kita bukan bermain politik, namun ‘conclusion’ masing-masing boleh dibuat apabila menentang sesuatu yang menjadi hak rakyat,” katanya.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : KESEDIAN TENGKU RAZALEIGH MEMBERI PENERANGAN BERKAINTAN DENGAN ROYALTI MINYAK INI SANGAT DIALU-ALUKAN...INI SECARA TIDAK LANGSUNG MEMBUKTIKAN RAKYAT KELANTAN TIDAK SANGGUP HAK MEREKA DINAFIKAN OLEH KERJAAN '1MALAYSIA'....

TUNTUTAN ROYALTI INI TIDAK AKAN BERAKHIR SEHINGGALAH KERAJAAN '1MALAYSIA' MENUNAIKAN HAK KERAJAAN DAN RAKYAT KELANTAN INI...KEDEGILAN KERAJAAN '1MALAYSIA' MEMBERI ROYALTI MINYAK KEPADA KELANTAN HANYA AKAN MERUGIKAN MEREKA DARI SUDUT POLITIK KERANA IANYA AKAN MENCETUSKAN KEMARAHAN KEBANYAKAN RAKYAT KELANTAN TANPA MENGIRA FAHAMAN POLITIK MEREKA....

KEDEGILAN INI MENUNJUKAN SIKAP KERAJAAN '1MALAYSIA' YANG TIDAK BERPEGANG PADA JANJI YANG TELAH DIBUAT...JIKA ISU ROYALTI MINYAK INI TIDAK DISELESAIKAN MENGIKUT APA YANG TELAH TERMAKTUD DALAM PERJANJIAN,IANYA AKAN MENYERLAHKAN LAGI SIKAP KERAJAAN '1MALAYSIA' YANG HANYA TAHU BERJANJI TAPI TIDAK UNTUK MENUNAIKANNYA...

KEDEGILAN KERAJAAN '1MALAYSIA' INI AKHIRNYA PASTI DIBALAS RAKYAT KELANTAN...JIKA MEREKA SEBELUM INI BERHASRAT MENAWAN NEGERI KELANTAN DENGAN SISA-SISA SOKONGAN YANG ADA,SELEPAS INI HARAPAN ITU PASTI TERKUBUR TERUS...RAKYAT KELANTAN PASTI AKAN MENOLAK KERAJAAN '1MALAYSIA' WALAU APAPUN YANG DIJANJIKAN MEREKA SELEPAS INI.....

No comments:

Post a Comment