WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Sunday, January 24, 2010

AWAS!!! ANCAMAN BUAT BLOGGER PAKATAN RAKYAT

Oleh Wan (Putrajaya)

MT Admin,

Saya mempunyai maklumat yang boleh dipercayai bahawa lawatan ke India baru-baru ini oleh Najib dan delegasi Kerajaan (UMNO / BN) ujuan utamanya adalah untuk merekrut secara kontrak profesional IT dan hacker dari India selama 3 tahun . Dianggarkan bahawa lebih daripada 200 orang akan direkrut dan dibayar RM300 juta setahun.

Tugas mereka hanyalah untuk mengancam, memintas dan melumpuhkan blog-blog yang menentang kerajaan.


Oleh kerana Media Perdana dikuasai dan dikawal kerajaan manakala Internet dan blog-blog terletak diluar kawalan atau tidak dapat dikawal oleh kerajaan, kali ini Najib dan UMNO/BN yang telah kehilangan arah akan berusaha habis-habisan untuk melemahkan blog-blog anti-kerajaan dengan bantuan profesional IT dan hacker dari India untuk menghantar virus dan trojan ke alamat IP individu melalui pembekal perkhidmatan Internet Celcom dan TMnet .

Najib, Hishamuddin dan Rais Yatim, bersama dengan beberapa Menteri Kabinet UMNO / BN telah mengadakan rundingan tertutup dengan CEO - CEO dari Telekom dan Celcom untuk membincangkan perkara ini sebelum Najib berangkat ke india.

Tujuan mereka ialah untuk mempengaruhi kata laluan masuk, akses penerbitan tempatan,sistem melambatkan sistem, bahkan hingga memusnahkan data- data di dalam hard disk jika ada yang mengakses blog anti kerajaan dan juga menghalang laman-laman blog daripada menyiarkan berita-berita yang buruk tentang kerajaan.

Perkara ini tidak akan melibatkan blog-blog pro kerajaan kerana pemintasan akan dilakukan berdasarkan alamat IP dan POP Proxy individu. Jadi, jika anda mengakses blog pro-kerajaan, anda tidak akan terjejas.

Najib dan UMNO / BN akan memastikan bahawa Rakyat Malaysia tidak akan dapat mengakses berita dari sebarang portal-portal dan juga blog-blog anti-kerajaan dan laman tersebut tidak akan dapat menyiarkan sebarang berita yang benar tentang salah laku rasuah mereka dan strategi untuk menggulingkan Prakatan Rakyat di Internet .

Rais Yatim, Muhyiddin dan Hishamuddin baru-baru ini telah menyentuh mengenai Blogs, Facebooks, dan Twitters yang dikatakan boleh menghancurkan budaya kita.

Selain itu mereka juga merancang untuk membenarkan polis dan tentera untuk membuat permohonan bagi memiliki Mykad , sudah pasti tujuannya ialah bukan kerana subsidi petrol dan kegunaan lain tetapi sebagai pengundi UMNO/BN dalam pilihanraya yang akan datang.

Isu Kalimah Allah baru-baru ini juga dirancangkan oleh Najib dan UMNO untuk memperolehi lebih banyak sokongan Melayu.

Ini menjelaskan bahawa Najib dan UMNO akan mencuba segala cara untuk kekal berkuasa untuk terus merompak kekayaan Negara untuk jangkamasa yang lebih lama.

Khutbah-khutbah jumaat dan juga ceramah Ugama telah diarahkan agar menekankan tentang isu Kafir untuk tahun 2010 dan 2011 juga bertujuan untuk mendapatkan kembali sokongan masyarakat Melayu Islam terhadap UMNO.

Membeli ahli politik ,wakil-wakil rakyat dan pengundi dari Pakatan Rakyat juga merupakan sebahagian daripada rancangan mereka untuk melemahkan Pakatan Rakyat sehingga mereka boleh tetap berkuasa.

Mereka juga mempunyai rancangan untuk meningkatkan pendapatan dan elaun semua kerabat diraja secara diam-diam, untuk mendapatkan sokongan mereka untuk tetap berkuasa.

Ini adalah terjemahan surat yang telah dikirim oleh seorang pembaca kepada Malaysia Today dan telah disiarkan oleh Malaysia Today..

Sumber : TKO daily

JEBAT-BERANI : APAKAH KERAJAAN MAMPU MENYEKAT ALIRAN BLOGGER YANG BERGERAK BAGAIKAN AIR MENGALIR??WALAU APA JUA RANCANGAN JAHAT KERAJAAN '1MALAYSIA' TERHADAP BLOGGER PAKATAN RAKYAT HAMBA YAKIN RANCANGAN ITU AKAN GAGAL....

KEKUATAN BLOGGER BUKAN PADA JUMLAH DAN PENGARUHNYA..AKAN TETAPI KEKUATAN BLOGGER PAKATAN RAKYAT ADALAH PADA KESUNGGUHAN MEMBELA AGAMA,BANGSA DAN NEGARA DARI TERUS DIPERKOTAK KATIKAN OLEH KERAJAAN '1MALAYSIA'....

KEPADA SEKALIAN BLOGGER PAKATAN RAKYAT TERUSKAN PERJUANGAN TANPA MERASA GENTAR DENGAN SEBARANG UGUTAN ATAU ANCAMAN DARI KERAJAAN '1MALAYSIA'....ALLAH BERSAMA KITA SEMUA MEMBELA KEBENARAN....

No comments:

Post a Comment