WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, January 7, 2010

ENJIN F-5E : SARJAN DAN SEORANG AWAM NAFI TERBABIT

Dua tidak mengaku salah curi enjin jet TUDM

kemaskini 2.38pm Seorang sarjan dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya terhadap pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F5 milik TUDM.


N Tharmendran, 42, (foto) daripada Pangkalan Udara TUDM Subang yang berpakaian kemeja berwarna putih hanya mengangguk memahami dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan itu.

Pengarah sebuah syarikat pembekalan, K Rajandran Prasad, 38, turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama terhadap pertuduhan dengan sengaja membantu menghapuskan barang curi milik TUDM itu.

Hakim Aslam Zainuddin membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin RM150,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Februari ini untuk sebutan kes itu.

Tharmendran didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, untuk melakukan kecurian dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 itu di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi.

Bagi kesalahan itu dia boleh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Rajandran, didakwa dengan sengaja menghapuskan dua enjin milik TUDM, di alamat 49 Jalan TS 6/6 Taman Industri Subang, pada 30 April 2008, mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Ketika ditanya adakah Mohamad Shukri akan didakwa, Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran berkata beliau masih belum menerima sebarang arahan.

Mengenai kemungkinan lebih ramai dituduh berkaitan dengan skandal itu, Raja Rozela berkata beliau hanya menerima arahan untuk mendakwa kedua-dua tertuduh sahaja.

Terdahulu, Raja Rozela memohon mahkamah memandang serius kerana barang yang dicuri bukan enjin motosikal tetapi ia adalah enjin pesawat pejuang.

Peguam bela V. Ravichandran yang mewakili Tharmendran dan peguam bela Pritam Singh Deol yang mewakili Rajandran memohon kepada mahkamah agar anak guam mereka itu diberi jaminan yang rendah berikutan kesemua akaun telah dibekukan dan tidak
mempunyai wang yang banyak.

Bagaimanapun, Raja Rozela membantah kerana ia bukanlah faktor utama dalam memohon jaminan.

Rajandran dijamin oleh abangnya sementara Tharmendran gagal membayar jaminan.

Sebelum ini, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata semua usaha sedang dilakukan oleh kerajaan untuk mendapatkan semula dua enjin yang hilang itu dengan secepat mungkin yang kali terakhir dikesan di Uruguay.

Sumber : Bernama

JEBAT_BERANI : NAMPAK SEPERTI ADA PERSAMAAN KES KEHILANGAN ENJIN F-5E INI DENGAN KES PEMBUNUHAN ALTANTUYA...ADA BEBERAPA FAKTA YANG PADA PEMERHATIAN HAMBA SANGAT TIDAK RELEVAN DAN JUGA MERAGUKAN...

DALAM KES ALTANTUYA KITA SEMUA PASTI TERTANYA-TANYA MENGAPA 2 ANGGOTA POLIS YANG DITUDUH ITU MELETUPKAN ALTANTUYA JIKA IANYA TIADA KAITAN DENGAN P-END NAJIB??APAKAH MOTIF ANGGOTA POLIS ITU MELETUPKAN ALTANTUYA??

TIADA SEBAB ATAU ALASAN YANG MUNASABAH SEBENARNYA UNTUK MENGAITKAN TUJUAN ANGGOTA POLIS TERSEBUT MEMBUNUH ALTANTUYA...DAN RAMAI JUGA YANG MEMBUAT TAKSIRAN BAHAWA ANGGOTA POLIS TERSEBUT MENJADI MANGSA KAMBING HITAM PIHAK YANG SEBENARNYA DISEBALIK KEJADIAN INI...

DAN APABILA MELIHAT KES KEHILANGAN ENJIN F-5E INI PUN TAK JAUH BEZANYA...TERDAPAT PELBAGAI PERKARA YANG MENGHAIRAKNA KITA SEMUA..BAGAIMANA SEORANG ANGGOTA TUDM BOLEH MEMBAWA KELUAR ENJIN F-5E INI TANPA KELULUSAN PEGAWAI ATASAN...BAGAIMANA PULA BELIAU BOLEH MENYELEDUP ENJIN INI KELUAR NEGARA MELEPASI KAWALAN KASTAM MALAYSIA..

KENAPA KEHILANGAN ENJIN PADA TAHUN 2007 HANYA TERBONGKAR PADA 2009...BAGAIMANA KETUA AUDIT NEGARA GAGAL MENGESAN HAL INI DALAM LAPORAN AUDITNYA BAGI TAHUN 2007 DAN 2008...DAN JIKA BENAR SEORANG SARJAN YANG TERLIBAT,KEMANAKAH BELIAU MENYIMPAN WANG HASIL JUALAN ENJIN F-5E INI...HARUS DIINGAT BUKAN SEDIKIT JUMLAHNYA..RM100 JUTA DAN TAK MUNGKIN SARJAN INI TELAH MENGHABISKANNYA DALAM MASA 2 TAHUN...

DAN SEBAGAIMANA KES ALTANTUYA,RATA-RATA MASYARAKAT MALAYSIA BERANGGAPAN BAHAWA SARJAN DAN SEORANG AWAM YANG DIKAITKAN DENGAN KEHILANGAN ENJIN F-5E INI TELAH DIJADIKAN KAMBING HITAM OLEH PIHAK YANG TERLIBAT....SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN DAN FIKIRKAN APA SEBENARNYA YANG BERLAKU...AOAKAH ADA PIHAK YANG CUBA DILINGDUNGI KERAJAAN??KITA TUNGGU DAN LIHAT...

No comments:

Post a Comment