Lihat Kenaikan Harga Gula Secara Positif Untuk Kesihatan
Ismail Sabri
SIK, 16 Jan (Bernama) -- Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM1.45 sekilogram kepada RM1.65 sekilogram bermula 1 Jan lalu perlu dilihat secara positif oleh rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Katanya pengguna perlu mengurangkan pengambilan gula dalam diet harian kerana masyarakat sudah sedar kesan terhadap kesihatan yang bakal dihadapi sekiranya pengambilan gula tidak dikawal.
"Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Diabetis Malaysia, seramai 1.2 juta rakyat menghidap penyakit kencing manis," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Kempen Kurangkan Pengambilan Gula dan Pelancaran Kobera Peringkat Negeri Kedah, di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya, dekat sini.
Beliau berkata, statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pula menyatakan bahawa untuk sehari hanya tujuh sudu gula sahaja diperlukan dalam makanan dan minuman.
"Jadi, kenaikan harga gula ini bukanlah satu bebanan tetapi untuk kebaikan kesihatan dan masa depan rakyat Malaysia," katanya.
Ismail berkata, sepanjang tahun lepas, kerajaan menanggung subsidi sebanyak 60 sen untuk setiap sekilogram gula dan jika harga gula tidak dinaikkan tahun ini, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM1 bagi setiap 1kg.
Sumber : BERNAMA
JEBAT_BERANI : NAMPAK SANGAT LA KERAJAAN '1MALAYSIA' NIE NAK PERBODOHKAN DAN PERMAINKAN RAKYAT....DAH DIBEBANKAN RAKYAT DENGAN KENAIKAN HARGA GULA SEKARANG SEOLAH-OLAH MINTAK SUPAYA RAKYAT 'BERSYUKUR' DENGAN KENAIKAN HARGA GULA INI...
BUKAN PERSOALAN KENAIKAN HARGA GULA YANG DIBIMBANGI RAKYAT..TAPI PENGARUH KENAIKAN HARGA GULA INI KEPADA HARGA LAIN-LAIN BARANG MAKANAN DAN MINUMAN...JIKA SEBELUM INI DI KEDAI MAMAK TEH TARIK DIJUAL DENGAN HARGA RM1.50 TAK MUSTAHIL SELEPAS INI HARGA MINUMAN INI NAIK SEHINGGA RM2.00...
MALAH KALAU SEBELUM INI HARGA SEBIJI KUIH ADALAH RM.040 MUNGKIN DENGAN KENAIKAN HARGA GULA INI HARGANYA MENJADI RM0.60 SEBIJI...APAKAH KERAJAAN '1MALAYSIA' MAMPU MENGAWAL KENAIKANN HARGA MAKANAN DAN MINUMANN INI...DAN SUDAH PASTINYA KENAIKAN HARGA MAKANAN DAN MINUMAN INI AKAN MEMBEBANKAN RAKYAT MALAYSIA..
PALING MUDAH UNTUK KITA LIHAT ADALAH BELANJA ANAK-ANAK SEKOLAH...KALAU SEBELUM INI KITA MUNGKIN AKAN MEMBEKALKAN ANAK-ANAK KITA DENGAN BELANJA RM2.00 SEHARI...TAPI APABILA BERLAKUNYA KENAIKAN HARGA MAKANAN DAN MINUMAN AKIBAT PENGARUH KENAIKAN HARGA GULA APAKAH BELANJA RM2.00 SEHARI INI MASIH RELEVAN...JIKA BELANJA SEKOLAH ANAK-ANAK INI PERLU DITAMBAH TIDAKKAH IANYA MEMBEBANKAN IBUBAPA MEREKA??
INI HANYA CONTOH KECIL KESAN KENAIKAN HARGA GULA KEPADA EKONOMI RAKYAT MALAYSIA...BAGI PEMIMPIN KERAJAAN '1MALAYSIA' PERKARA INI TIDAK MENJADI MASALAH BAGI MEREKA...PENDAPATAN MEREKA YANG TINGGI JIKA DIBANDINGKAN DENGAN KEBANYAKAN RAKYAT MALAYSIA MEMBUATKAN KENAIKAN HARGA GULA INI TIDAK MEMBERI MASALAH BAGI MEREKA...TAPI TIDAK BAGI RAKYAT MALAYSIA...KENAIKAN HARGA GULA INI SANGAT 'MENAKUTKAN' RAKYAT MALAYSIA....
IANYA BOLEH DIKATAKAN HAMPIR SAMA DENGAN KESAN KENAIKAN HARGA MINYAK...KESANNYA SANGAT-SANGAT DIRASAI OLEH SEBAHAGIAN MASYARAKAT MALAYSIA YANG BERPENDAPATAN RENDAH...KERAJAAN HARUS MENGKAJI KENAIKAN HARGA GULA INI KEPADA RAKYAT SEBELUM MEMUTUSKAN UNTUK MENARIK BALIK SUBSIDI HARGA GULA KEPADA RAKYAT...
BIHUN SUP UTARA VERSI JEBAT BERANI
-
*HARI INI ISTERI MENYUARAKAN HASRAT UNTUK BERBUKA DENGAN BIHUN SUP
UTARA...SEBENARNYA BUKAN SUSAH PON NAK DAPATKAN BIHUN SUP UTARA NIE...IANYA
BANYAK DIJUA...
12 years ago
No comments:
Post a Comment